Wednesday 22 May 2013

Keinginan itu ada, tapi kenapa malu itu menghalang?

Assalamualaikum..
Sihat? 
Iman?
Meningkat ke menurun? hehe
*tanya orang diri sendiri tuu yang penting*

Orang cakap malu tu separuh daripada Iman,
Tapi kalau dah malu-malu apa pulak?

Berubah itu senang..
Nak istiqamah itu susah.
Macam makan itu senang..
Nak masak itu yang susah..

"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina," -copypaste dari blog I LUV ISLAM

Tersentuh baca tulisan tuu...
Kekadang itu lah yang sya rasa.. Rasa nak berubah sangat4 bila tengok kawan berubah.
Entah..
Sekarang nie pakai tudung labuh time nak solat je, orang cakap slow2, biar perubahan itu tak nampak sangat. at least kita try. Biar niat kita ikhlas kerana Dia, bukan niat nak menunjuk..

Tersentap rasa bila ada yang tegur..
"Kenapa pakai time solat je, pakai la keluar pegi kelas"

Jujur cakap tak ready..
Mungkin dulu pernah try kat Nilai tapi rasa mcm tak kuat..
*nak nagis.. Allah da bagi hidayah tapi campak cmtu je.. *okay da nangis..

Tapi, sya positivekan diri, biarlah sya jujur ikhlas depan Allah dulu baru sya ikhlas sepenuhnya utuk keluar mcm sya solat tuu..

Sya rasa Allah da banyak bantu sya untuk berubah, tapi kenapa lambat sangat ek perubahan sya?
Iman tak kuat ke?
Sya selalu pikir cmtuu..
Iman sya nie tak kuat ke nak pakai macam muslimat yang lain..
Sopan macam yang lain..

Lemah sangat ke Iman sya?
Allahurabbi~~

Sya tertinggal buku Ustaz Pahrol kat rumah. tak sempat nak habiskan lagi..
Keinginan nak baca buku cmtuu ada. Banyak je post2 kat group ada buat service pinjaman, 
Tapi tuu la.. MALU punya pasal.
Pikir orang kata..
Sengal kan?

Sekarang nie kalau rasa down bukak Al-Quran. Bukak muka surat secara rawak then baca..
Alhamdulillah, tenang...setenang kata-kata-NYA..
Sebab tuu Quran pink tuu da berubah tempat.. Kalau dulu di rak kini depan mata. atas meja study..
Rasa selamat dia kat situ..

Bila ada sister pakai purdah lalu depan mata..
Rasa malu dengan dia. malu sangat..
Bila ada sister bertudung litup jalan sebelah rasa malu..
Hinanya diri..
Hati memberontak inginkan perubahan tapi akal tolak mahukan kemodenan.
Gila rasanya..

Ya Allah kuatkan aku.. 
Luaskan jalan aku menuju-MU, ya Rabb..
Pimpin tangan aku.. 
Amiinn~~


p/s- diri ini meginginkan yang soleh, tapi hati mencantas
"sedar diri, kau tak sesolehah untuk dipandang si-soleh"

Allahurabbi~~

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA