Friday 8 February 2013

The Meaning of Life~~~

Assalamualaikum~~
Sihat? ^_^

2 minggu da ada kat UIA.. menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan seorang pelajar bertaraf degree..
Baru 2 minggu jadi budak degree, dah rasa berat sangat nak menanti lagi 4 tahun akan datang...
Anyway, so far semuanya alhamdulillah, okay.. berjalan dengan lancar dan smooth even terkejar sana terkejar sini.. Penat.. Dari Economics punya bangunan ke IRK punya bangunan, pastu naik tangga yang beribu-ribu tuu.. Tapi tak ada guna nak mengeluh.. Demi ilmu yang dicari insyaAllah semuanya okay..

Semalam first kelas untuk subject UNGS 2030.. 
Cuak sangat2 dengan ustaz tuu.. Tegas! tapi best la sebab ada la jugak dia buat lawak n yang pasti speaking dia ada yang faham ada yang tak~~
Orang ketawa, sya ketawa.. orang senyap, sya senyap.. haha

~~Islamic Worldview~~
Semalam ustaz tunjuk video berkaitan orang2 barat yang berjaya, kaya raya, rumah besar, duit berjuta juta, kereta berbiji biji, muka cantik, badan tough, semua ada.. cukup package untuk hidup bahagia.. tapi sayang dorang akhiri hidup dengan bunuh diri...
Ustaz bagi assignment untuk cari berapa ramai MELAYU MUSLIM YANG BUNUH DIRI...

Banyak link bukak tapi takde yang specific cerita berapa ramai orang kita yang bunuh diri...
Tapi sya jumpa info yang boleh dikongsi..

ANTARANYA:
~Kes bunuh diri di Malaysia tak sepopular kes-kes lain seperti ragut, rogol, pecah rumah dan sebagainya.. Tapi kes bunuh diri semakin membimbangkan kerana ianya semakin meningkat tahun demi tahun.

~Bunuh diri bukan hanya popular dikalangan dewasa yang sudah matang untuk berfikir, malah turut popular dikalangan remaja semuda 12 tahun..

~Pada tahun 1990-an kes bunuh diri banyak melaporkan popular dikalangan kaum India dan Cina, tetapi sejak akhir-akhir ini, kes bunuh diri mula meningkat dikalangan kaum Melayu..“Bagaimanapun, kebelakangan ini bilangan orang Melayu Islam yang bertindak membunuh diri semakin meningkat,”-Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari 

~Berdasarkan data WHO, usia dari 15-44 tahun adalah usia yang kritikal untuk membunuh diri.

~~berdasarkan kajian ada banyak faktor seseorang tuu bunuh diri antaranya:-
# Masalah dengan keluarga
# Masalah percintaan--> Kebanyakkan remaja yang tekad membunuh diri adalah kerana mempunyai maslah percintaan, kerana kecewa cinta ditolak, cemburu buta, tidak mendapat restu keluarga dan yang pasti TAK ADA AKAL..
# Masalah kewangan--> Terpaksa berhutang sehingga berjuta-juta.. dan untuk melarikan diri dari masalah mereka hanya nampak bunuh diri sebagai jalan keluar.
# Masalah akademik--> Remaja yang berusia linkungan 15-25 tahun banyak menghadapi masalah ini, antaranya kerana gagal membanggakan ibu bapa, tekanan dari ibu bapa, assignment yang banyak, project yang selalu kena reject, peperiksaan tak lulus, repeat paper, sistem pembelajaran yang tak sistematik dan banyak lagi.. *minta dijauhkan*

Sebab tuu la kita kena belajar apa erti hidup..
Allah menghidupkan kita bukan kerana saja-saja..
Setiap hidupan dimuka bumi ini, Allah ciptakan dengan tujuan dan matlamat..
Sebagai seorang manusia yang percaya dengan Allah dan agamaNYA, hendaklah kita tau apa matlamat hidup kita, supaya senang untuk kita merancang mencapainya..

Setiap dari kita faham 'The Meaning of Life' dalam erti kata yang berbeza-beza..
Tak kisahlah kita berbeza pendapat, yang pasti tujuan kita satu..

Tak guna kalau kita berjaya tapi kita tak tau untuk apa kita berjaya,
Tak guna kita kaya kalau kita tak tau mengunakan kekayaan yang kita ada,
^_^

Kalau dibarat kebanyakkan orang bunuh diri sebab tak tau mengapa mereka hidup.. tak tau megapa mereka disini, dan tak tau untuk apa mereka dihidupkan diatas muka bumi ini.
Sebagai seorang Muslim, kita taukan mengapa kita disini?
InsyaAllah kita akan cuba mencapai matlamat dan tujuan sebenar kita..

Kalau kita baca novel cinta karangan Allah, insyaAllah kita akan tau apa tujuan kita disini, dan Allah dah bagi direction untuk kita menuju jalan-NYA..

Bunuh diri bukan cara terbaik untuk selesaikan masalah.. Kembali pada-NYA, Allah ada jalan penyelesaiannya..

"Lecturer, cikgu, pengubal soalan membuat soalan mesti ada skema jawapan.. Soalan yang diberikan hanya untuk menguji kepandaian dan ketajaman akal seseorang pelajarnya.. Begitu juga Allah, setiap ujian yang Allah datangkan hanya ingin menguji ketinggian Iman dan amal hamba-NYA.."

~~........................................................~~

Moral of da story
cari makna hidup kita yang sebenar..
mengapa kita disini, untuk apa kita disini..
^_^


Anyway, kalau sesapa ada link pasal MALAY MUSLIM YANG BUNUH DIRI tolong share ek.. ^^
thanks

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA