Friday 19 July 2013

Coupling vs marriage

Assalamua'laikum..
Dah second week dah kita dalam bulan mulia nie..

Tadi tengok rakaman 'Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab'
Imam Muda Ashraf cakap, rugi lah bagi kita kalau kita tak gunakan sebaik-baiknya bulan Ramadhan nie..

Ramadhan datang setahun sekali.
TAPI !!!
Buat baik bukan setahun sebulan je..
AWAS !!!
haha. 

Hari nie dah 10 ramadhan kan?
dah habis fasa pertama ramadhan.. kejap je en. tak terasa un 10 hari dah berlalu..
Kita macam mana? dah cukup 10 kebaikan kita buat?
*eh tanya orang, diri sendiri un tungang terbalik lagi*

Dua tiga hari nie agak sensitip sikit telinga dengar nama ashraf..
tapi kalau tittle kat depan Imam Muda tak la sensitip sangat. haha
Dan berdua dah dia dengan Wan Sakinah.
Perghhh, yang nie lagi haru..nama den tuu..
haha. Tapi insyaAllah, suatu masa naty sya tak akan jadi perampas. :D

Sekarang kiranya tengah panas pasal gosip si ashraff nie la pulak..
hurm.. dah rezeki dia pasang dua. nak buat macam mana.
Dalam bulan mulia nie, banyak pulak timbul gosipnya.
Jangan la pulak kita ikut terpengaruh atau ikut turut serta dengan bismillahnya masuk usrah gosip tuu..
Jaga hati jaga mulut.
*eh suka sangat kata kat orang, tengok diri tuu dulu*

"kau tau, ashraf kawen lain sebab dayana tak bole pregnant"
"jemah, kau tau tak, kurang asam belimbing punya sakinah. Bole dia rampas suami orang"
"aku tak puas hati betul la timah. Bole la dia buat-buat tak bersalah dah laki orang nak dia. Artis pulak tuu siap popular lagi. Cuba mat bangla yang buat rumah belakang rumah aku nie ajak kawen, takdak nya dia nak layan"
"Nab, sakit hati aku, kenapa la dipilih nya wan sakinah tuu? kenapa tak dipilihnya aku? aku un wan jugak. wan kipas"

macam-macam sektsa. hurm..
Antara yang golongan yang paling bengang semestinya la perempuan.
Sekejam-kejam, setomboy-tomboy, sekeras-keras perempuan tak ada sesiapa un nak dimadukan.
Nak nanges baca nukilan Kak dayana.. hurm, kalau den la kat tempat kak dayana mahu dibunuhnya dua-dua orang tuu.. haha. hoverr lak

poligami. kalau dulu tak tau mende poligami tuu.
yang cek tau origami ja. :)

kak dayana tulis,
sucinya aku, kau miliki di Mekah
hebatnya dia, kau sembunykan d Thailand

okay.drop.pasal.ashraf.dayana.sakinah.

now we talk about marriage n couple-ing
ada kesinambungan la sikit but sya tak akan cakap pasal poligami. haha

sektsa orang yang dah break n cari lain,
"dia ex aku. lantak kau la nak buat apa un dengan dia. aku dah tak kisah"
"eh, sejak bila kau kapel dengan dia? kau tau dia tuu..."
"macam mana kau tau perangai buruk dia? kau penah kapel dengan dia ek?"
"kau nie ex dia ek? aku nie baru sehari jadi ex dia. kau tau dia....."
"kau tak nak aku?? tak pe, 10 lagi tengah tunggu"

perkahwinan nie berbeza dengan couple.
kalau couple, dia bukan sepenuhnya milik awak.
n couple-ing kebanyakkan daripada orang akan cerita pasal pasangan dia..tapi sucinya perkahwinan, aib pasangannya dirahsiakan, 

"kau tau, dia tuu rupanya tak suka mandi. setiap kali nak date dengan aku baru dia mandi, tuu un basuh muka, kumur sikit, berus gigi sikit, dah. nasib kaya, kalau tak aku un taknak"
"man, nie aku nak gtau. girlfriend aku nie nampak je ayu tapi rupanya pengotor. kau tau, masa aku buat candle light dinner untuk annivesarry kitaorang yang ke-dua hari bole dia korek hidung time aku tengah sedut spegati"

hahaha. sumpah nak nanges baca ayat sendiri.

khas untuk yang bercouple la..
Apa awak dapat couple dengan dia?
Pahala? hurm pahala apa?
"pahala hantar mesej kejut dia subuh"
"pahala saya selalu nasihat dia jaga ikhtilat dengan lelaki lain"
"pahala saya belanja dia makan"

oh. okay. no komen.
awak tau tak yang dia belum tentu jodoh awak.
mungkin ye dia. tapi mungkin 100% bukan dia.
ntah-ntah jodoh awak tengah solat sunat terawikh 20 rakaat kat masjid bertam sedangkan awak tengah date buka puasa sampai pukul 10 un tak habis lagi berbuka.
ntah-ntah jodoh awak tengah hafaz Quran dah nak masuk 15 juzuk, sedangkan awak tengah lepak sambil pegang tangan baca novel kat klcc.
ntah-ntah jodoh awak tengah jadi imam solat kat masjid putrajaya, sedangkan awak niat solat jemaah un merangkak lagi meghafal.
ntah-ntah jodoh awak tengah doakan kesejahteraan awak, sedangkan awak tengah bermesra-mesraan dengan orang lain atas moto pegi cinema.

tapi kalau jodoh tak kemana.
kalau sya dapat orang yang baik macam nie, sya malu la.
sebab sya jauh beza dengan dia..
dia ngaji semalaman habis satu juzuk, sya habis 3 muka surat je.
dia hafal habis 30 juzuk, sya hafal surah pendek-pendek je sebagai alas untuk solat.
dia bagi tazkirah sana sini, sya tidur je.
dia pakaian hebat, sya pakai tak sempurna.

malu la bila ta'aruf kali pertama lepas kawen
"awak pernah kapel?"- dia tanya
"pernah, masa form 3 saya start kapel. mula-mula kapel dengan budak sama umur, tapi bertahan 6 bulan je. pastu kapel lak dengan senior. awak tau tak, senior tuu dah la hensem pastu kaya lak. setiap kali rehat mesti dia belanja saya makan. Duit belanja yang mak ayah saya bagi saya simpan tabung. Tapi bertahan 2 tahun je. Lepas dia masuk U dia dah jumpa orang lain. Kami break. pastu lepas SPM saya keja kat popular, saya suka kat budak cina nie. Ya Allah hensem gila. Rupa-rupanya dia un suka saya. Sya un kapel la dengan dia, sampai abang saya tau. Pastu abang suruh break n behenti keja. sedih la masa tuu, tapi still mesej dengan dia. Pastu masa masuk U saya ada ramai kawan lelaki tapi sorang nie special sikit. Sem 1 kat U saya kapel dengan dia habis sem 1 saya break, masuk sem 2 saya kapel dengan orang lain pulak. pokoknya, setiap sem saya kapel dengan orang lain-lain. hurm, hebatkan? last kapel bulan lepas sebelum awak masuk minang..."
pusing-pusing tengok suami dah pengsan dengan mulut berbuih-buih. 
parah gila kan???

haha. nie rekaan semata-mata tak ada kaitan dengan tuan punya blog. ^__^

awak, kalau suka seseorang better ajak je dia kawen.
tapi kalau awak still bawah umur, still belajar untuk PMR tak payah, pegi kuburkan je niat nak kawen tuu n niat nak couple pegi batu nisan kan dia.
okay. pasal nak kawen tuu.
buat apa tambah dosa yang dah banyak tuu pegi couple?
kawan-kawan dekat facebook, banyak post pasal couple.
"we are best couple in da world"
"kitaorang dah sehari bercouple. bahagia je. tak ada masalah"
"first honeymoon kat Feringgi, tapi jangan salah faham, kitaorang tak kawen lagi" - nie kes nak kena makan kaki dengan stokin busuk tak basuh seminggu. *memang minta form suruh block la*

Nauzubillah..
Minta kawan-kawan + baik + rapat + adik beradik + saudara mara + DIRI SENDIRI dijauhkan dari perkara-perkara keji yang dimurkai-NYA.

Allah halalkan hubungan lelaki dengan perempuan dengan berkahwin.
buat apa kita pergi couple?
 memang terang lagi bersuluhkan spot light dengan lampu jalan, couple tuu haram, berdosa.

Tapi nak kawen ikut kemampuan.
kalau still study, tak digalakkan lah.
kawen dulu dengan buku-buku tuu.

jangan pulak macam nie,
"Najib, tolong buat baucer mas kawen RM 10k bagi sesiapa yang nak kawen tahun 2014 nie"
"Leman, Fuad, Fizi, pinjam duit ptptn korang. Aku nak p minang budak tuu"

haha.
okay la. harap dapat point untuk entry yang sengal nie.
tak betul sikit minggu nie.

anyway, i miss my frenz much!!..
nak hantar mesej sorry sya seorang yang kedekut. jimat untuk nak beli bekalan berbuka buat anak-anak.

before terlambat,
sya nak minta maaf kepada semua pembaca + kawan-kawan + peminat *ceh, macam ada* + musuh *insyaAllah tak ada* + crush, sya minta maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa terketidaksopanan terpukul ter..ter.. sorry sangat4. Naty raya sya hatar mesej sorry lagi.. Tuu un kalau sempat. InsyaAllah, sya un dah maafkan salah semua orang. 0-0. semoga ramadhan nie lebih berkat dan sempurna disisi-NYA..

Ampun maaf dan selamat menunaikan ibadah puasa ikhlas dari sya n anak-anak :)

p/s- kak dayana be strong. Allah with u. Sya akan doakan kakak bahagia walaupun tak bersama dia. Asalkan DIA ada. 

Amaran- sya tak suka di-poligami-kan. so, menantu mak yang baik hati kalau ada niat nak pasang cawangan mohon cari orang lain sebelum terlambat. hakhakhak *gelak jahat*

Kepada yang tengah couple, cari alternatif untuk berpisah secara baik + sopan + tak gaduh-gaduh. 
Sya sayang korang sebab tuu sya gtau. kalau tak ada maknanya nak tegur. 
^_^ peace..


segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA