Wednesday, 10 May 2017

Moving On

 
00.01am -Wednesday-

Baru lepas kena bebel dengan abang sebab tengok cerita korea
'Orang bgtau mak'
'Berhenti la belajar kalau macam ni!'

HAHA. I need some rest ma
Okay okay bukan rest. Lebih kepada 'self-reward'. wah wah wah. hakhakhakhak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay berbalik kepada tajuk entry kali ni.
'Pandai dah Kina sekarang ni. Move on move on pulakkkkk'

Yaaa. Its happen to alllllllll people kan?
Tak boleh move on dari tempat tu, tak boleh move on dari makanan tu, tak boleh move on orang tu.
kan kan kan ??

Sama je. I pun manusia biasa. Tersuka orang? Terjatuh cinta? Terpaksa? Ter. semua ter.
huhhh *anoyying*

Okay, aku bukan niat nak bagi tips untuk move on. Sebab aku percaya setiap orang ada cara tersendiri untuk move on dari masa lalu dia. Ada alternative tersendiri untuk yakinkan diri dia yang dia kuat hadapi semua ni. Dan ada ilmu tersendiri untuk terus kuat jadi manusia lain dari sebelum ni. I believe all have their own ways to help themselves.
 
Sama juga macam aku. Ramai je yang marah, caci maki- sampai panas telinga nak dengar. Bertubi-tubi nasihat dorang bagi masa nak move on dulu. Menangis? Tak payah cakap. Dah jadi rutin setiap hari. Dulu la. Lepas solat nangis. Balik kelas nangis. Semua la nangis. Hah useless nya masa tu. Damn.
 
Seriously bukan mudah nak move on. Tapi for certain orang, senang je nak move on. Harini putus esok ada orang lain. Macam tak perlu nak risau sebab for sure esok lusa akan ada penganti. Wahhhh. Seronok gitu babe!!
 
This was my second time untuk move on. 24 years old dah pun. Sometimes tu rasa la...
'Aduhaiii, kawen dah member aku sorang tu'
'Nak bersalin dah? Wahhh, Semoga dipermudahkan semuanya tau'- This moment bila kawan kau dan dah bersalin. Dan ada anak pun umur 24 tahun. Good for her not for me. Happy tengok kawan-kawan dah berumah tangga ada anak-anak. Siapa taknak kan?
 
Tapi lepas move on dari kehidupan lama. I wish i could be like now forever. Ya Allah bukan nak doa hidup single selamanya. Tapi aku takut nak kenal dengan manusia lain dah. I keep my circle smaller and smaller. Move on ada lah stage di mana kau tengah cari diri sendiri lepas kau dah serahkan jiwa raga hati perasaan kau kat orang lain. Move on adalah stage bila kau nak kena sayang diri sendiri lepas kau dah sayang orang lain lebih dari segalanya. Move on adalah stage bila kau nak bangkit lepas kau dan jatuh lepas kau dah korbankan segalanya- masa, fikiran, hati jiwa.
 
Bukan senang babe. I was at that moment and i believe ada orang lagi teruk nak face fasa ni dalam hidup dia.
 
Im glad that i have abang yang selalu ada dengan aku bila aku perlukan teman nak berbual. Aku bersyukur dia ada masa aku nak menagis. Abang selalu ada masa ups and downs aku. Ya, semua kawan-kawan aku ada. But my abang is the main role behind this. Kalau takda abang, aku taktau apa jadi kat aku sekarang ni.
 
HAHA. Sound bad kan? Alhamdulillah Allah sayang lagi hambaNya yang hina ni.
 
There are my tips:
1. Block number dia- aku tau part ni paling susah sebab deep deep deep deep inside kau berharap dia akan datang melutut mesej kau balik merayu untuk sambung balik relationship korang. STOP it! Once he dump you, ingat sampai mati apa yang dia dah buat. Bukan nak ajar kau berdendam, tapi kalau betul dia sayang, dia akan kotakan janji dia. Bukan ungkit semua salah kau, minta penjelasan atas apa yang berlaku. Dia ada hak untuk tau semuanya, but when you have declare all the situation and dia tak boleh terima. Bukan salah kau dah. Its depend on macam mana dia nak berusaha untuk atasi masalah tu. Okay la. Yang penting block je number dia. DIA TAK AKAN CARI KAU DAH FAHAM!!
 
2. Unfriend FB, Insta, Twitter dia- dulu pernah unfriend FB sorang ni. *Maaf la kalau kau baca*. Tapi katanya tak professional. Okay aku amek itu sebagai one of my challenges nak lupakan dia masa tu. Lagi pun kita semua educated kan. But sometimes unfriend or blocking the social media play an important roles jugak. Lagi-lagi kalau dia jenis tak professionalism. Buat apa nak tengok status dia cerita dia hidup dia gambar dia? Abaikan. Lebih baik kau tak boleh access langsung kehidupan dia for your own benefit. Lantak dia la kalau dah ada penganti ke apa. Memang la susah nak percaya yang dia boleh bahagia lepas semua benda terjadi. But itu hidup dia biar lah. Trust Him. Allah dah rancang kehidupan yang lebih baik untuk kita. Trust me. Semua yang Allah rancangkan, apa yang terjadi semua dengan kehendakNya. Trust Him okay? He knows what is the best for you and him. Biarkan dia dengan hidup dia. Ingat lagi kata-kata mak- 'Takpa la kakak, biar dia dengan hidup dia. Kakak teruskan hidup macam biasa'. Love you mom.

3. Delete all the chat and the photos- ini seriously HARUS + WAJIB + PERLU !!! Dah tak ada makna nak baca balik semua chat-chat korang. Dan tak ada benefit nak tatap gambar-gambar dia. Penuhkan memory phone je. Baik delete je semua. Please do this for the sake of your life. Hidup bahagia please. Jangan menagis untuk orang yang tak hargai kita. Ini bukan kat tempat aku la. Aku tak ada sangat pun gambar dia, sebab aku bukan jenis nak minta-minta gambar. Selalunya dia yang offer diri send gambar sendiri. So, aku jarang ada gambar dia. But lepas apa yang berlaku aku dah delete semua. YA SEMUANYA. Termasuk semua chat. Bukan tak ingat apa yang kita borak. Gila kau tak ingat. Aku selalu berharap aku kena amnesia bila bangun pagi esok. Sebab semua benda pasal dia aku ingat. Hurm. Tapi Allah dah cleearkan dah minda aku. Instead of ingat semua manis-manis dia, sekarang aku lebih ingat semua buruk-buruk dia. HAHA. Bukan laaa. Tapi lebih kepada- Terima kasih Ya Allah atas semuanya. Semoga dia bahagia dengan pilihan dia sekarang. Demi Allah, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia. Tak berdendam pun dengan dia walaupun kekadang bila dia cari aku balik, aku sangat annoying. Tak balas mcg dia langsung and terus delete. Sistersss, please kuatkan hati. Delete je. Tak guna simpan.

4. Cari kawan yang kau open untuk bercerita- kadang-kadang ada kawan tak suka kita cerita pasal orang tu. Sebab kawan tu benci sangat dengan laki tu sebab selalu buat kita menangis. HAHA. Semua kawan-kawan aku macam tu. But sometimes im dying nak story sebab aku bukan jenis pendam. Aku nak lepaskan apa yang aku rasa even setiap kali aku sebut aku akan sakit. Sebab tu aku selalu cerita dekat abang. Bersyukur ada abang yang selalu dengar semuanya walaupun aku tau jugak dia annoying. HAHA. Bersyukur jugak ada sahabat yang selalu cari jalan supaya aku tak terus cerita benda yang menyakitkan hati tu. Thanks babe! Tapi the best thing is to story everything kat membe yang kau open. Serious. Kalau simpan pun kau sakitkan diri sendiri. At least bila kau lepas, hilang sikit beban kau. Sharing is loving kan? HEHE. 

5. Minta Allah jaga- Selalu lepas solat tu mengadu kat Allah. Cerita semuanya, menangis la sampai bengkak mata pun. Kerna Allah tau segalanya tapi Dia yakin kau boleh hadapi semua ujian tu sebab tu Allah uji. Be happy dear. Kita ada Allah. Semuanya Allah dah aturkan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah.

Itu je kot tips aku. HAHA. Tapi nak move on bukan senang. Lepas berbulan then dia datang cari kau balik, kau cair get into relationship balik. Pastu putus balik. And the cycle continous macam tu. Bukan senang. Faham. Kalau dia tak cari kau, kau yang cari dia. Kan? HAHA.

Kena kuat la. Serious kena kuat. Kalau kau yakin dia the only one yang boleh bahagiakan kau. Kau percaya pada takdir Allah je. Kalau dah jodoh dia akan datang balik nanti. Kalau tak ada jodoh, kau akan jumpa someone yang lebih baik dan lebih lebih lagi boleh bahagiakan kau. Trust Him. Percayalah Allah dah aturkan semuanya. Ya semuanyaa.

Bagi aku mungkin dulu memang kalau boleh nak kawen awal la. Ceh. Mimpiii. Tapi sekarang bukan masanya kot. Biar la 25 ke, 29 ke, 30 ke, 35 pun Allah dah aturkan semuanya. Sekarang aku nak hidup normal macam sebelum ni. Bahagia dengan kawan-kawan keluarga. Keluar sorang pun rasa boleh bernyawa je tak rasa lonely pun. Sometimes single better than berdua-dua ni. 

Walau apa pun terjadi, semua ni experience nak mendewasakan kita. Jangan down sebab kita terjebak bercinta. Semua orang ada kisah silamnya. Jadikan apa yang berlaku dalam hidup kita adalah bertujuan untuk mendewasakan kita untuk jadi manusia lebih baik kelak. Yakin semua yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

Pasal jodoh sekarang ni Sakinatul Syafiqah serahkan pada takdir. Biar Allah yang tentukan. Mak ayah abang yang carikan. Dan biarlah semuanya berlaku atas aturanNya. Pertunangan Pernikahan Perkahwinan bukan kehendak sekarang ni, ia lebih kepada impian yang entah bila kenyataannya. HAHA. 24 tahun masih banyak yang aku nak cari dalam hidup ni. Mak dah listkan dah senarai apa yang aku kena bayar lepas dah kerja ni. HAHA. So my first responsiblity is to fulfill my mom list. Astro. WIFI. Barang dapur. Tuisyen adik-adik. HAHA. Im happy now. Jangan ganggu hidup aku. 

Please. Jangan ganggu hidup aku dah! Aku doakan kau bahagia dan jadikan dia perempuan yang paling bahagia dalam hidup kau. Sebab aku dah bahagia dengan hidup aku.

And before that, please sisters kalau rasa tersuka atau terminat dengan lelaki orang (bf orang atau tunang orang atau suami orang) please jarakkan diri tu. Please. Jangan ganggu kebahagiaan perempuan lain. Kita sama-sama perempuan. We should know perasaan sesama kita kan? it hurt untuk kongsi atau untuk rela berkongsi. Sakit perasaan tu. So jarakkan diri anda sebelum anda menjarakkan kebahagiaan orang lain sebelum kedatangan anda. 

And for the gentlemen. Kalau rasa dah ada yang suka. Make a move la bro, nanti dia dah ada orang kau jangan menyesal tak mulakan dulu. Dan bila dia dah berpunya kau jangan pula nak kacau hubungan dorang. Dann kalau dah ada orang dah berjanji dengan orang dan yakinkan orang nak jadikkan dia the only one. Kau jangan gatal tangan kaki nak ayat perempuan lain. Respect perempuan please. Please la. Aku annoying dengan sweet talker mulut jenis penuh tebu keliling bibir macam ni. Tolong la. Kau jangan ingat perempuan ni mainan. Please la. Sebelum aku sumpah keturunan kau jangan start cari pasal dengan perempuan!!! HAH GERAM PULAK MASA MENAIP NI!! Hormat satu sama lain. okay?

Ini kata-kata abang untuk aku dan semua perempuan- 'Perempuan biar ada standard tersendiri. Jangan mudah terpengaruh terikut dengan orang sekeliling. Jaga standard diri tu baru orang lain susah nak dekat. Bukan maksudnya angkuh ke sombong ke. Bagi lelaki, perempuan yang ada standard ni lagi baik dari segala segi. Dia tau standard dia so dia takkan terikut dengan kehendak orang lain.'

Biar ada standard okay! Jangan dok pi merayu mengoda mengatal ya sister sister sekalian. Jaga standards tu! Sekian.

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA