Friday 20 June 2014

Terima kasih semua~~

Assalamualaikum... 
Sya mulakan bebelan sya dengan ucapan syukur alhamdulillah atas nikmat Allah sepanjang 20 tahun hidup dimuka bumi ini.


Hari nie result keluar. Tak macam sem sem lepas. Debaran dia lain. Sebab result first as a BACC Student. Cuak habis. Sangat cuak.

Tapi alhamdulillah. Sya tak minta lebih pun. Setiap orang sya hanya minta didoakan untuk sya lulus semua subject sem lepas. Hanya itu yang sya minta. Alhamdulillah dimakbulkab. Syukur kehadrat Illahi. Rasa syukur yang teramat sangat. Derita sakit susah air mata sepanjang belajar sem lepas sangat lah rasa bernilainya bila tengok result pagi tadi.

Pukul 12.30 pm lepas mak ayah balik kerja...

'Mak! Kakak dapat pointer 3.**. Tapi ada satu subject C'
'Alhamdulillah. Syukur. Sudah memadai untuk luahkan rasa syukur. Allah dah makbulkan doa'

'Ayah! Kakak dapat 3.**. Satu subject C. Hehe'
'Alhamdulillah. Berkat doa semua. Boleh la kot sambung belajar kat America. Jom p America'
~satu kucupan untuk ayah~

Sya bersyukur sangat kerana di kelilingi orang2 yang sentiasa bersama sya disaat sya jatuh dan disaat sya naik. Mak ayah adalah anugerah terindah buah sya. Mereka sentiasa bersama sya.

Cost Management. Sejak hari pertama dah takut dengan subject tu sampai rasa nak tukar cost. Tanya budak2 tu. Tapi teruskan jugak lepas dengat nasihat kawan2. Seriously dalam kelas tak faham pun belajar apa. Just ikut je. Madam cakap gitu angguk. Bila madam tanya geleng. Hehe. Preparation untuk CM yang paling awal amek. Khatam buku teks CM tu dari kulit ke kulit. Dengan notes n latihan bertimbun. Kat board siap tampal note2 penting. Budak belajar last minute memang note dia hujung2 sem baru tampal kat board.

Stress sampai jerit2 tarik rambut nangis semua sebab CM. Sya dah niat xnak tengok carry marks. Sebab takut down bila tengok. Tapi xtau rasa nak kena tengok jugak. Tapi sya tengok lepas exam. Dua tiga hari lepas exam CM baru bukak portal n check carry marks. Ya Allah, Tuhan je yang tahu perasaan time tu. 23/50. Langsung tak ada air mata mengalir sampai ada satu hari tu jatuh jugak air mata sebab nie.

Rasa macam. Ya Allah bole ke nak lulus nie. Tapi time tu yakin sangat yang final exam tu dah buat yang terbaik. Sokongan kawan2 n family sangat membantu. Agak worse jugak la sebab tak bole fokus untuk exam lain bila pikir carry marks CM. Takut sangat. Luaran mungkin orang nampak tenang tapi hati sya n Allah je yang tau macam mana rasa.

Exam sem nie paling sakit kepala. Sebab sebelum tido pejam mata hafal note. Esok pagi rasa macam nak hentak kepala kat dinding. Plus dengan macam2 hal jadi sepanjang study week n minggu exam rasa macam bole ke aku nak jawab final macam nie.

Alhamduillah semua selesai. Air mata terbalas jua akhirnya walaupun bukan dengan keputusan yang cemerlang tapi syukur lah kerana tak pernah taruh harapan untuk capai bintang dilangit. Hanya mengharapkan pasir-pasir putih dipantai. *Amboii. �:haha

Sya selalu berpegang. Allah tak pernah membeza2kan hambaNya dalam memberi rezeki. Setiap hambaNya diberikan rezeki setimpal dan sama. Mungkin bukan rezeki sya dialam degree. Rezeki sya untuk cemerlang mungkin dialam pekerjaan nanti. Atau mungkin rezeki sya mencurah2 untuk anak2 kelak. Mungkin~~ dikurniakan anak2 yang genius. Pandai. Bijak. Bekerjaya. Soleh. Solehah. Mungkin~~… tak mustahilkan.

Rezeki tu Allah yang beri. Apa pun Allah beri syukurlah. Sebab mungkin timbangan untuk menyelamatkan kita dari api neraka nanti ucapan syukur itu. Perbanyak bersyukur. Jangan dibanding-bandingkan sesama sendiri. Itu rezeki dia untuk berjaya. Rezeki kita mungkin tak lama lagi. Positive. Yakin Allah akan beri apa yang kita perlu buat masa sekarang. Jangan dengki. Dendam. Tamak. Bersyukurlah.

Sya nak berterima kasih kepada semua yang banyak membantu sya. Yang mengajar sya. Yang menyokong sya. Yang memberi nasihat. Yang marah. Yang mendownkan. Yang menemani. Yang mendoakan. Dan yang menghargai. Thanks a lot to brothers n sisters yang selalu membantu. Moga Allah membalas.

^___^


segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA