Tuesday 26 March 2013

kita dan mereka~~

Assalamualaikum~~

kita menangis disebabkan...
keputusan peperiksaan yang tak mengalakkan,
ibubapa yang kejauhan,
kekasih hati yang bergantian,
kelaparan akan makanan,

tetapi mereka disana, menangis
kerana tidak syahid dalam peperangan,
menangis akan negara Islam yang kini dalam jajahan,
menghitung hari untuk diri di'kembalikan'

kita disini,
rindu akan kampung halaman,
rindu dalam pelukan,
rindu untuk bertemu kekasih yang kononnya halal kan?

mereka?
mereka merindui syahidnya peperangan,
syurga yang sentiasa dalam igauan,
pertemuan dengan Allah, kekasih sejati sentiasa dirindukan,
bau syurga dari kejauhan.

kita..
lagu irama peneman seharian,

mereka..
bom, peluru berpandu dipagi kedinginan,
teriakkan menjadi kebiasaan,
batu bata sebagai pertahanan,
tapi itulah sebenarnya keberanian.

~................................................................~

Nukilan kat atas, sya amik dari ikim.fm sebenarnya..
Tapi ada sikit-sikit yang tak ingat, so sya tambah sendiri sikit-sikit.. hehe

Masa dengar tuu tersentuh hati..
banyakkan bezanya kita dengan mereka..
moga Allah sentiasa merahmati mereka disana..
hanya doa yang mampu dikirimkan buat saudara-saudara kita disana..

Jangan ingat pemuda kita disini bila bergaduh pastu menang dalam pergaduhan dianggap jaguh,
Tapi pemuda disana, saat batu yang dibaling mengena musuh Allah itu lah jaguh sebenarnya..
Berani melawan musuh Allah demi untuk menegakkan agama-NYA, mengembalikan Islam dimata dunia..

Bila disini heboh dengan politik yang entah bila akan berakhir..
Disana, mereka memikirkan bilakah penderitaan ini akan berakhir?

beza..memang berbeza..
Tapi, sebenarnya kita sendiri sedang berperang..

Berperang dengan nafsu sendiri..
Kalau disana mereka berperang dengan musuh Allah yang boleh nampak dengan mata..
Tapi kita berperang dengan musuh Allah yang lagi bahaya dari musuh lain..
Nafsu~~

Dengar macam tak takut langsung..
Ceh..pijak sikit dah boleh mati..

Tapi sebenarnya kita yang selalu mati bila kena pijak dengan nafsu sendiri..
Selalu tewas tatkala nafsu menguasai diri..
Ini lah kita disini..

Tapi Ustaz zaharudin cakap tadi..
Kita tak pernah terlepas dari melakukan dosa..
Dosa kecil mahupun besar..
Manusia tak sempurna..

Nafsu ibarat pesawat..
Hati macam pilot..
Akal co-pilot..
n anggota badan kita ibaratkan macam penumpang..

Bila pilot berjaya kawal pesawat dengan baik..ditambah pula dengan co-pilot yang sentiasa membantu..
secara automatik penumpang-penumpang akan rasa tenang dan semuanya dalam keadaan baik..

berbeza bila..
Pilot tak berjaya kawal pesawat, then co-pilot pun gelabah tak tentu pasal. dua-dua tak waras..
so secara automatik dan manualnya, penumpang-penumpang akan gelabah dan mula la haru biru keadaannya..

faham tak situasi kat atas?
Pilot kita nama Iman dan akhlak
Pesawat kita nama Boeing-Nafsu-666-jahanam
penumpang kita, amalan-amalan..

so, jadilah pilot yang serba boleh..
Tak goyang bila diuji dengan angin ribut..
Tenang hadapi awan mendung dilangit..
Tak panic tatkala pesawat meragam..
Co-pilot yang sentiasa membantu bila perlu mahupun tidak..
InsyaAllah pesawat kita akan sentiasa dalam kawalan..
dan penumpang kita sentiasa dalam landasan menuju destinasi yang diimpikan..

So, take it as advice..
Ambil yang baik, yang buruk biarkan disini..
Pendapat dan pandangan digalakkan..
Sya budak baru belajar..
Kadang-kadang bila jatuh sya perlukan tangan yang membantu, 
bukannya kaki yang menjauh pergi.. ^_^

p/s- Nafsu boleh dilemahkan bila kita kuatkan Iman, moga Allah bantu..InsyaAllah..

anyway, sekarang tgh lawan nafsu malas nie.. Malas nak bukak buku.. pray da best for my mid term exam n moga semua student IIUM dapat keputusan cemerlang dalam midterm first dialam degree nie..InsyaAllah..amiinn~~

^_^

...Filhifzillah...

Friday 15 March 2013

Allah, I only have U

Assalamualaikum~~
^_^

Sihat?
hehe, sejak akhir-akhir nie sy rajin sikit update blog..
Mungkin sebab tension sangat kott~~
\(^_^)/




Bila kita tension, stress apa benda pertama yang kita cari??
Ada yang cari music, ada yang cari facebook, ada yang cari kawan, ada yang cari mak ayah, cari adik beradik.. Tapi berapa ramai dari kita yang cari ALLAH??
~jawab sendiri, sya xnak tau un~~ ^_^

Sya pun manusia tak sempurna..
Banyak salah silap, dosa noda yang sya buat..
Kadang-kadang bila tension, jarang sya cari ALLAH,
Malah Al-Quran un tak pegang bila tension..

Padahal tuu lah penawarnya..
Surat cinta dari Pencipta kita yang sentiasa menyintai dan menyanyangi kita..

Allahurabbi
Sedihnya hidup kalau kita tak ingat ALLAH..
ALLAH tak pernah lupakan kita malah tak pernah un Dia sekat kita punya rezeki kalau kita tak ingat Dia.
Oksigen yang kita dapat cukup untuk 24 jam, 1 hari, seminggu 7 hari cukup..
"Setiap helaan nafas yang dihelakan adalah syarat untuk rindu, cinta dan kasih. Izinkanlah hela nafas ini menjadi nikmat untuk aku bersyukur dan berdoa memohon keampunan-MU"
Setiap helaan nafas kita tuu, kita ingat tak Dia?
*hanya mampu tersenyum*
Jarang kan?
Kata-kata syukur tuu hanya bila ada yang mengingatkan..
Manusia nie lemah, sebab asyik kena diingatkan je..

Setiap ujian yang kita dapat tuu tanda peringatan dari ALLAH untuk kita..
Tahu tak tujuannya untuk apa?
~Untuk kita selalu mengingati-NYA, memohon ampunan-NYA, mensyukuri nikmat-NYA, 
ALLAH merindu kita..
rindu akan rintihan kita..
rindu akan cinta kita..
rindu akan air mata kita..
Uijian tuu tanda ALLAH menyintai kita~~



Dulu sya selalu fikir, susahnya nak dapat kecintaan dari ALLAH..
Hamba-NYA ramai.. Ramai yang soleh dan solehah..
Mana sya?
Sya rasa kecil je.
Taraf sya tak sama dengan orang soleh n solehah..
Sya hanya hamba-NYA yang lemah, kerdil, hina..

Mana kita disisi-NYA?

Tapi ALLAH tuu Maha Adil.
Cinta dan kasih sayang-NYA menyeluruh untuk semua hamba-NYA..
Even kita tak ingat kat ALLAH un, Dia tetap menyintai kita~~

Andai kita tahu banyaknya rasa cinta-NYA untuk kita..
Kita tak akan pernah rasa kekurangan kasih sayang..
Kita tak perlukan orang lain untuk mencurah kasih sayang..
Tak perlu menyintai orang lain, kerna kita ada Dia..

Bersyukurlah kita diberikan peringatan..
Itu tandanya kita sentiasa dirahmati-NYA..
ALLAH menyayangi hamba-NYA yang selalu ingat mengingati antara satu sama lain..

Jom kejar cinta ALLAH,
Tebus balik rindu, cinta dan kasih yang ALLAH berikan..
Balas balik cinta suci yang ALLAH berikan..

Cuba kita bayangkan~~
Bila kita menyintai seseorang, kita mesti mengharapkan cinta kita dibalas.. Setuju?
So, kalau kita confess kat orang yang kita suka tuu, then dia langsung tak hiraukan kita, malah pandang kita un tidak. Apa kita rasa? Sakit kan?
So, bagaimana pula selama nie, ALLAH menghulurkan cinta-NYA tapi kita langsung tak pandang..
Kejam kan kita?

Alhamdulillah, kita masih hidup dibumi ciptaan-NYA ini dengan penuh rasa cinta n kasih dari-NYA..
Malaysia aman dibawah rahmat-NYA..
Bersyukurlah wahai hamba-hamba ALLAH..
n kita doakan semoga Lahad Datu kembali aman dan dijauhkan dari segala masalah..

"Jika kamu bersyukur, maka Aku tambah lagi nikmat-Ku, dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"-Surah Ibrahim:7

Okay, setakat nie saja ingatan buat sahabat yang sya sayangi kerana ALLAH..



p/s- hurm, announcement buat sahabat2, kalau ad dengar gossip pasal sya, buat tak tau je.. Tuu semua bukan betul un. Seriously tak betul. Kalau betul un biar sya sendiri yang announce kan.. I'm waiting a prince from ALLAH. So, segala yang korang dengar tuu, tak semestinya betul~~ 

Saturday 9 March 2013

#1

Assalamualaikum~~
n salam syukur wahai Iman2 sekalian.. ^_^

*letak buku macroeconomic kat tepi + bersihkan meja study + tarik lappy depan mata kasi dekat sikit*

Hari nie nak kongsi pasal input dapat time study circle yang dah 3 kelas attend..
First kelas tak sempat nak update sebab buzy.

Masa mula2 kelas dulu, malas jugak nak pegi. Seriously tak tipu  o_O
Tapi Allah guide jugak hati nie untuk pegi majlis ilmu tuu.. Thanks Allah..
*tetiba rasa nak nagis* Hebatkan petunjuk Allah tuu~~

Alhamdulillah,
Banyak input dapat masa join halaqah nie.. 
Makin lama makin cinta..

Tadi un TERlewat sebenarnya.. ye la sebab dh jadi sleeping beauty >_<
Tapi Allah guide jugak kaki nie pegi majlis yang barakah tuu~~
See, sayangnya Allah kat sya.. :') Luv U Allah~~

Antara yang boleh dikongsi :
(macam status kt FB tadi)
~ Allah pencipta kita n Dia tau segalanya tentang kita.. Dia yang ciptakan hati kita.. Bahan binaan hati kita tuu hanya Allah je yang tau.. Ada yang binaannya macam banggunan konkrit, ada yang lemah macam sand castle.. Sebab tuu, kalau kita sedih, kita kena selalu mengadu pada-NYA sebab hanya Dia yang tau macam mana nak renovate balik hati kita nie.. :)
Orang perempuan selalunya, suka cari mak, mama, ummi, mummy, ibu kalau ada masalah *kalau lelaki cari mak dia instead of kawan sure hensem sgt.. owesome!!*.. Tak salah nak cari mak, sebab selalunya mak yang faham anak2 dia.. Macam sya, sikit2 cari mak.. kena buli cari mak, kena marah cari mak, tak faham lecturer ngajar apa cari mak.. kesian mak.. So, lepas nie boleh nak cari mak tapi kalau cari Dia lagi sweet.. Allah tau apa penyelesaiannya, sebab Allah yang ciptakan semuanya..
Kalau kita buka Al-Quran, banyak sangat ayat-ayat yang boleh menenangkan hati kita, tuu la salah satu cara Allah renovate hati kita.. :)

~Second point, ujian Allah tuu datang dalam banyak bentuk..
Ada yang sakit, ada yang kita tak sedar, ada yang gembira n macam2 laa..
So, kita nie memang fitrahnya diuji~~
Kena banyakkan bersabar, dalam setiap ujian tuu ada hikmahnya.. Mungin kita tak nampak sekarang, tapi insyaAllah di'sana' naty kita akan nampak semua tuu..

Time kita sedih - banyakkan berzikir mengingati Allah, sebab ujian yang Allah bagi tuu nak bagi kita sedar apa kesalahan kita, nak tegur kita apa dosa yang kita buat, nak remind balik apa yang melalaikan kita.. Sebab tuu kita sedih, Air mata yang mengalir tuu bole menghapuskan dosa2 kecil kita insyaAllah~~
:: TAPI nangis sebab dosa-dosa lalu la, kalau sebab lain xde maknanya!! *nasihat utk diri sndiri::

Time gembira - banyakkan bersyukur, sebab kegembiraan tuu Allah yang bagi.. Setiap nikmat yang kita dapat tuu kita kena sentiasa bersyukur.. Jangan ingat ujian tuu masa kita susah je, Allah uji kita time kita senang juga.. Dia nak tengok masa kita senang nie, kita ingat Dia atau tak.. 
Ingat tuu!!

~Third point - ukhwah itu indah~~ ^_^
Indahkan bersahabat.. Bila jauh dari family, baru tau pentingnya bersahabat.. Dengan mereka la kita ketawa, menangis, gila-gila, kongsi suka duka~~ I luv my friends much!!
Kadang-kadang tuu kita ada jugak masam muka, tarik muka 14, tengok dia tuu macam nak telan hidup2 je.. Tapi tuu semua kejap jee.. :) 
Kalau kita tau hargai orang yang selalu dengan kita, kita akan rasa indahnya ukhwah.. 
Akak tuu cakap "buka hati untuk orang lain"
maksudnya, buka hati untuk terima pendapat, pandangan, cadangan *macam sama je semua nie* dari orang lain jugak. Buka hati untuk memaafkan, n untuk meminta maaf.. Jangan letak ego tuu tinggi sangat.. Buang dendam.. Tak guna simpan lama-lama.. Naty hati sendiri jugak yang busuk.. :D 
p/s- kalau jumpa tengah jalan then sya tak tegur or tak nampak korang sangat sangat sangat lah dialu-alukan untuk menegur.. jerit nama kuat sikit !!! ^^ seriously~~ *diri nie un kadang2 malu nak tegur*
special dedicate to rummates yang dah gila-gila then tambah lagi dengan kina yang gila nie, jadikan bilik G 1.6 nie macam rumah orang yang gila gila~~ haha
Bilik sentiasa ceria dgn suara mummy, ibu, mak, ummi yang sangat caring.. Compartment mate a.k.a Tikah yang sabar melayan perangai sya yang gila nie.. thanks !! *makcik kalau lepas baca nie jangan bangga sangat lak.. anyway, thanks tau!!* ---> dia tgh duk kat sebelah baca eco..
ukhwah kami satu bilik indah tauu!! 
tak dilupa sahabat2 yang sentiasa call, send mcg n chat kat fb..


Tuu je kott yang sya dapat setakat nie~~
*mesti ada yang cakap- ala, semua benda yang sama je..*
^_^
Benda yang sama kita tau n selalu ingat tak semestinya kita amalkan..
So, sya jadi orang yang ke berapa kali entah ingin menyampaikan apa yang kita semua dah tau.. 
Semoga sentiasa menjadi peringatan untuk diri sendiri :')

~~..................................................................................~~
commercial break
---->tgh makan moist kek... sedap<----

^_^



#Rindu mak!!#


Thursday 7 March 2013

Serabut Serabut Serabut~~~~

Assalamualaikum !!!
Selamat pagi!! 
sihat? ^_^

Sempat lagi en update belog pagi2 nie..
Well kelas tengah hari, pagi2 cmnie, kalau bukak buku ngantok, so, untuk menghilangkan ngantuk untuk seketika, kita update la belog usang nie.. *betol tak ayat bm tuu?*

Semalam siap assignment akaun.. Sikit je kan?
Sikit tuu un bila dah banyak kali update serabut jugak.. Tapi disebab kecintaaan yang mendalam terhadap akaun tuu buat la jugak.. 
Then assignment lain still gatung tak bertali... :'(


ISF- cari da isi tapi bab nak kena cipta ayat sendiri tuu yang fail tuu.. Kalau mdm sari tengok balik ayat bi nie kompem kena masuk balik level 6..huhu.. Sorry mdm~~ Dalam kelas bi je rule grammar-structure ayat n semua semua tuu  diaplikasikan.. dalam kelas lain TAK PERNAH UN PIKIR~~ *teruk en?*

MGT- da cari jawapan, tapi masalah yang sama berulang.. Cmne nak buat essay panjang2 guna bahasa sendiri. Kompem la fail bab tuu.. Tak pe budak pandai ramai grup nie~~

UNGS- sebenarnya tajuk tak kompem lagi. Tapi hati+perasaan+akal nak buat human creation, sebab waktu kelas FIM kat nilai dulu buat tajuk nie.. so, ada la skit2 input nak masukkan dalam report naty.. lagi pun maklumat time FIM dulu still bernyawa dalam lappy nie.. hehe *bijak-bijak*

Then pikir pasal mid-term pulak...
Masuk degree nie pelik jugak bila mid-term tak diselaraskan..
Berterabur ikut suka~~ *hehe*

Setakat nie yang tau just:
MGT-19/3 chptr 1,2,5,9,10
ACC- 5/4 chptr undefined
ISF- 2nd Test 8/4 chptr unknown
MACRO- lepas habis bab 33 baru mid-term.. sekarang baru bab 30~~ 
BUSI MATHS- blurr terus bila~~ undefined n unknown n unbelievable 
UNGS- tak tau jugak. Ustaz tak cakap apa2 un tapi ramai yang cakap 18/3.. betol ke?

Dalam serabut pikir mid-term plus quizzes..
Kelab Akhi pulak buat banyak event..
Sayang kalau tak pegi, tapi takut jugak kalau pegi semua mark melayang~~
Teringin nak join, tapi tuu la konfius nak buat keputusan...

n event dengan adik-adik tersayang kat Imtiaz tuu un hopefully sangat sangat sangat bole join, walaupun rasa mcam kena pikir sekali lagi untuk join, sebab akan cash dengan test ISF~~
Ala, da la rindu gila dengan budak2 Imtiaz tuu.. :'(

Okay, nampak tak keserabutan yang melanda nie??
Tuu nasib tak masuk wataniah or suksis or apa persatuan yang lagi memeningkan kepala~~



~~........................................................~~

Bila time serabut macam nie selalu ingat pesan seorang sahabat insyaAllah sahabat selamanya..

"Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu, setiap apa yang Allah uji tuu semua kita masih berdaya untuk selesaikan. Allah tak kejam menghukum hamba-NYA dengan sesuatu yang hamba-NYA tak mampu lakukan. Berserah diri pada-NYA, InsyaAllah Allah bantu"~~

^_^

Bila da tenang baru bole pikir waras, Allah tak kejam dengan kita cuma kita je kejam dengan masa yang Allah beri..

Guna masa sebaik-baiknya, insyaAllah semuanya selesai~~

Ingat mak ayah, abang, adik-adik kat rumah..
Jauh dorang hantar kita, banyak duit mak ayah keluarkan untuk kita, doa abang ngn adik-adik sentiasa untuk kita... so buat yang terbaik~~
Tapi dalam mengejar kejayaan jangan lupa tanggungjawab kita kepada-NYA..
Solat still tunaikan..
Yang sunat kita perbanyakkan..
InsyaAllah, kita mudahkan agama Allah, Allah akan mudahkan kita... :)

Kejayaan tanpa redha Allah macam gelas kosong..
Lawa, cantik dengan bunga2 sekeliling, tapi kosong.. Hanya bunyi je tak ada nilai...
Biar kita jadi cawan, rendah diri, tapi yang selalu diisi dan dimanfaatkan.. :)

Okay, sampai sini dulu.. Ingat nasihat tuu.. Sebenarnya untuk diri sendiri, n insyaAllah kalau yang bermanfaat ambil lah, kalau yang buruk tuu tinggalkan je kat sini.. n teguran dan peringatan amatlah berharga disini buat insan yang lemah ini..

Sukran ^_^



Friday 1 March 2013

My degree begin~~

Assalamualaikum...
Sihat? Da makan? sya dah makan, selalunya makan bubur chicken florest.. hari nie tukar mood sikit.. 
^_^

Hari nie agak buzy antara hari-hari yang buzy.. Faham?
Pagi tadi quiz ISF alhamdulillah, okay.. Tapi part yang tetiba ada essay tuu memang terkejut sangat.. Madam just bagitau yang ada 10 question fill in da blank je.. Tak sangka lak madam nak wat suprise bagi essay on da spot.. cuak la.. sebab prepare untuk fill in da blank je.. so bila madam buat suprise... otak nie, terkejut tetiba blank terus.. Tapi last2 minit tuu bole la jugak idea nak menggoreng tiba.. Entah apa yang digorengnya atas kertas tadi..

Then bergegas lak pergi library... Continue dengan discussion ISF.. well, semua tau buku kat library tuu memang banyak.. Disebabkan tak pegi lagi library skills so memang tak tau la macam mana nak cari buku.. So, si cerdik dan pandai lagi rajin nie, pergi la search buku rak by rak, level by level.. Dari level 1 sampai ke level 5 yang takde pape tuu un kitaorg pegi cari..
Tapi bila dah dapat information macam mana nak cari baru la search cara orang professional sikit.. hehe

ISF sya segroup dengan sorang foreigner dari Indon, tapi muka dia tak macam Indon.. Bila disoal selidik, dia ada mix dengan turkey.. Cantik sangat.. seriusly... hehe
Dia speaking BI, susah nak dengar dia cakap Indon.. so, sya n da geng yang memang power gila speaking nie memang stuck la.. Dalam hati, macam mana nak start nie? Bila dia cakap kitaorang angguk je.. Tapi Tikah rajin sikit kot berbual dengan dia sebab tikah rapat sikit dengan dia.. 

Tapi, bila dah tinggal sya dengan dia je, nak taknak terpaksa jugak lah bercakap.. Sya tak boleh la diam dalam jangka masa yang sangat lamaa.. bosan.. So, start dari tuu la keberanian datang nak speaking dengan dia.. Dia okay, ramah n da most important cute.. haha.. 
I have a lunch dengan dia.. duduk berdepan n rasa macam blind date.. hahaha :D
Dalam hati time tuu tak sangka lak, sya bole speaking lancar dengan dia.. n da most important and da miracle one is dia faham apa yang sya cakap.. hahaha :D

Then, lepas ber'blind date' dengan Salsa tuu.. 
Pergi masjid solat zohor then rush pegi library balik untuk next discussion..
MGT study cases~~
Blur terus baca text dia.. Time petang2 macam tuu memang kalau baca un tak masuk la, lagi2 BI... haha..
So time tuu tunggu explanation je.. haha.. Tapi sya tolong jugak..
Sya amik part yang kena search internet pasal further research pasal UPS tuu.. Sebab tengah2 search tuu bole la ber'facebook' sebentar.. hehe..
Dalam berfacebook tuu dapat jugak 2,3,4,5 article pasal UPS tuu.. ^_^

Pastu habis pukul 5, terus balik bilik, then solat asar pastu syahid atas sejadah.. Memang letih sangat laa..
Lepas 10 minit syahid atas sejadah bangun bukak telekung then sambung syahid atas katil.. baru best sikit.. hahaha.. 
Disebabkan best sangat, pukul 7.45 baru bangun..  
*adik2 yang tersayang jangan ikut tau perangai cmnie*

Tapi seriusly letih... N bila da masuk bulan 3 nie da start buzy la dengan assignment n project serta presentation dan quiz tak dilupakan test.. :D

Mak selalu pesan jangan malas study, kalau malas buku tak rugi, lecturer tak rugi, kasut tak rugi.. semua tak rugi yang rugi diri sendiri~~
^_^

#okay, bye..wish me luck for Test 1 ISF this monday.. #
Assalamualaikum~~
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA