Friday, 23 June 2017

#AccSurvivor

 
 
 
 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi Nya, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa yang segalanya berlaku atas kehendak dan perancanganNya.
Syukur sangat.
 
Finally!! I'm GRADUATED!
OFFICIALLY GRADUATED!
 
 
Walaupun lambat sikit dari yang lain, tapi aku tetap bangga dengan diri sendiri.
 
Sempat la menangis dalam keta odw balik dari kerja hadap jem tadi.
Rasa macam lamanya nak survive 6 tahun (1 1/2 tahun -CFS, 4 1/2 tahun- Degree) kat IIUM. And Alhamdulillah i'm done!
 
Dah berjaya pun survive as accounting student and graduated from the best Uni ever. Ya IIUM is the best uni yang banyak kenangan jatuh bangun aku sepanjang belajar demi masa depan nih. 
 Alhamdulillah.
 
And Alhamdulillah jugak Allah mendengar doa aku untuk dipermudahkan urusan kerja. Habis exam 28th May 2017. 7th June dapat panggilan interview untuk jawapan assistant auditor dan bersyukur dengan izin dan rencanaNya aku diterima masuk dalam audit firm tu.
 
Segala yang berlaku atas kehendakNya. Ini mungkin nikmat dan boleh jadi ini ujian terbesar. He's know the best. Apa-apa pun dah 2 minggu start kerja as an auditor:-
 
Miserable
Trouble
Penat
Banyak mengeluh
Kadang ada rasa menyesal
Life full of suprise
 
 
This will be another game for me. Lepas selesai azab nikmat as a student. Now tengah merana nikmat dan azabnya seorang wanita bekerjaya. Semoga Allah terus membuka jalan dan mempermudahkan urusan hambaNya ni.
 
Semoga seketul kina ini juga terus istiqamah atas jalan yang dah dipilih ni. HAHA. 
Takut jugak. Start kerja time peak period. Dapat satu file depan mata terkebil kebil jugak la nak buat. Nasib ada yang sudi bantu. Bersyukur masih dihadirkan dan dikelilingi orang-orang yang baik baik keluarga sahabat mahupun teman sekerja. Doa aku masih didengar. Alhamdulillah.
 
Semoga terus dipertemukan dengan orang yang baik-baik yang sentiasa mengingatkan seketul kina ni tentang penatnya nak kejar dunia, indahnya sebuah mimpi dan bezanya reality.
 
Alhamdulillah.
#AccSurvivor
 
 

Friday, 7 April 2017

Final Sem

Lebih kurang tambah tolak darab bahagi 7 week lagi tinggal. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 
 
 
Sejujurnya, ada la rasa akan merindui zaman-zaman belajar ni. Bila tengok adik-adik first year yang sangat gigih kehulu kehilir dengan buku-buku tebal. Semangat naik turun tangga library tu. 100% preparation for class presentation. Rasa rindu zaman ramai member-member yang masih sama-sama berjuang. Sem ni keseorangan la jugak rasa walaupun masih ada yang masih setia. haha.
 
Best belajar sebenarnya. Serious. Aku suka belajar. Aku suka lalui zaman-zaman air mata waktu hectic week. Masa study week. Last minute preparation untuk report and presentation. Semua akan aku rindu. 
 
Cuma rasa down macam ni. Rasa nak habis cepat-cepat ni bila kau takda kawan yang nak membesar sama-sama macam dulu. Tak ada kawan yang nak menggila sama-sama. Kawan yang dulunya nangis sama-sama dekat tangga. Member yang sama-sama solat jemaah. Sahabat yang sanggup berkongsi katil dan meja study. Aku rindu zaman tu. Rindu sangat. Aku rindu zaman berkongsi katil, meja study dan bilik. Berkongsi cerita cinta dan air mata. Zaman lepak bawah bulan sampai pagi buta makan megi dan snack dekat court. Aku rindu.
Tapi hidup mesti diteruskan. Semua tu kenangan.
InsyaAllah, niat nak sambung study tu ada. Masih ada. Orang kata kalau nak belajar, biar belajar dulu nanti dah kerja jadi malas dah nak sambung. Tapi aku ada pengorbanan lain, aku ada impian lain.
Orang akan kata-
'Kau akan rindukan UIA'
Ya, sekarang pun dah rasa rindu. Rindu suasana dulu-dulu yang kehulu kehilir masa tu kau nak lari dari crush ke kau masih akan terserempak dengan dia. Rindu masa PRK suasana meriah berkempen. Rindu berebut-rebut jaga tempat duduk member tak kisah la kat kelas ke cafe ke. Suasana sekarang?
Asalkan boleh masuk, aku redah je.
Doakan semoga semua graduate student sem ni akan berjaya dengan cemerlangnya. InsyaAllah semoga semua lepas dan dapat convo sama-sama.
Okay. kerja banyak sebenarnya, tapi tak boleh nak jalan. Takada idea nak menaip ayat. Neuron tak bersambung. Ahhhhh. Okay itu je.
 
I taksabar nak balik Penang. April already. Baby, wait for me ya. *kiss*

Wednesday, 3 August 2016

Late night thoughts


Dalam usaha untuk menghabiskan bacaan- bila baca English book ni, kalau boleh habiskan dua page pun dah boleh tido nyenyak tau. hahaha

Okay.
Abaikan

Reading is the best part in my life.
I think- la.
 
Okay.
Move.
 
Malam-malam ni, terimbau balik la kenangan.
Not kenangan la actually.
Lebih kepada muhasabah diri.
 
*mengeluh*
Banyak dosa.
*mengeluh lagi*
 
Scroll FB,
Kawan-kawan banyak berkongsi rasa, cerita dan cinta.
Sis sangat bersyukur,
Dikelilingi orang-orang hebat. Serious.
Kat media social tu, semua kawan-kawan berkongsi benda baik-baik.
Benda yang boleh menginsafkan diri,
Pengalaman yang boleh dijadikan iktibar buat insan lemah ni,

Tapi tu laa.
Masalah diri sendiri yang.
Hmmm- kau fikir la sendiri.
Jenis yang terjentik sekali je. Pastu dah tak terjentik dah. Kebal terus. 
*mengeluh*

Hina kan?
Ya hina sangat rasa.

***

'Kau buat apa ja cuti ni?'

'Tak buat apa pun. Melagha'- haha ha ha 'Kau?'

'Alhamdulillah sambung intern haritu terus serap masuk kerja'

'Bagusnya. Alhamdulillah.'

Seronok bila kawan-kawan semua dah masuk alam pekerjaan ni. Cemburu mungkin.
Sebab, sis masih kena bukak buku.
Masuk dewan exam.
Berperang dengan diri sendiri untuk improve carry marks.
Dan.
The list goes on..
 
Okay. Abaikan
Belajar lagi best.
Rasa muda forever.
Gitchu..
*happykan hati sendiri*
 
***
 
 'Kina.. serious la kadang tu rasa cemburu bila orang lain dah bertunang, kawan-kawan dah melangsungkan perkahwinan. Paling kurang pun dah ada yang berpunya'

'Hmm. betul. Teringin jugak'

*pecah gelak dua-dua budak bijak nih*. hahaha

Tipu la kalau takda perasaan cemburu bila
Datang la walimah saya hujung bulan ni.
Nah kad kawen saya. Jemput la semua family.
Aku tunang xx/xx/xx ni. Mai la tau.
dan the list berpanjangan..

Haha
Terus ketuk kepala sendiri.
Masih banyak kurang diri ni.
Masak pun terkial-kial kat dapur.
Adik buat salah sikit, dah naik angin.
Nak basuh baju pun berkira-kira.
Nak lipat baju pun tunggu mak arah.
Halaman rumah pun kadang kemas, kadang mak yang buat.
Hmmm... masih teringin?

Mimpi laaa.
Banyak lagi benda boleh buat.
Travel.
Hiking.
Dan
Study.

Jodoh?
Serahkan je pada Ilahi.
Itu bukan kerja kita.
 
And the thought bertukar lagi.

***

Baca karangan Aiman Azlan soal master degree.

'Kau nak sambung master sebab apa?'

'Nak kaya?'

'Nak pangkat dan status?'

'Buat apa nak sambung kalau niat tak betul'

Hmmm. berbalik pada niat diri sendiri.
Kenapa nak sambung master eh dulu?
Dan masih ada keinginan.

Mungkin sebab
Ramai kata study lagi seronok dari bekerja.
Dan orang kata boleh dapat gaji lagi tinggi dari degree holder.
Mungkin.

Tapi bila tengok mak ayah.
Fikiran bertukar.
'...aku nak kerja dulu lah. Balas jasa mak ayah. Nak sambung? Nak. Tapi mungkin nanti-nanti lah kalau ada rezeki. Insyaallah'

Kalau nak ikut orang
Lain orang
Lain pandangannya
Lain hati
Lain pendapatnya.

'People can only assist you in life. They can offer advice and support, but they can't dictate your life for you- it is your life.' -by Aiman Azlan

***

'O Turner of Hearts, make my heart firm upon Your way'

Ameenn.
InsyaAllah.

Saturday, 30 July 2016

Ini cerita anak perempuan

 

"Cintaku bukan untuk dipertaruhkan. Sayangku bukan bahan mainan. Rinduku jangan diperlekehkan. Kerana kau tak akan jumpa sesuatu yang sama seperti yang pernah kau rasakan"
-jika ada quotes yang hendak di-copy mohon di-credit-kan jugak pengarangnya nie ye. hoho

~~~~~~~~~~~~~~~~
 
*Currently: Tengah teman ayah tengok TV.*
I'm a part time blogger. Maka nak habiskan sebulan lagi sementara nak masuk UIA balik, sis nak habiskan masa berkongsi rasa dan sesuatu. haha

Bila anak perempuan dapat lesen kereta- apa kau akan fikirkan.
'Perempuan bawak kereta memang suka-hati-mak-ayah-dia-punya-jalan-je'
haha

Start tahun 2016 ni dah boleh pegang stereng kereta sepenuhnya, rasa bebas. Seperti rasanya- kau tak perlu bercinta sebab kau punya jalan kau sendiri (macam tak kena kan? tapi itu la rasanya) haha. Bila dah panjang kaki- kemana saja sis aci rembat kunci kereta ja. 

Makanyaa..
Mak ayah mula la nak bersoal. Hahaha. Especially my mom.
'Nak pergi mana?'
'Dengan siapa?'
'Kenapa balik lambat sangat?'
'Orang pergi open house sat ja. Ni pasaipa lama sangat?'
'Bawak kereta jangan laju sangat'
and etc..

Haha. Lagi satu kalau lebih dari dua tiga jam keluar tanpa khabar berita- Phone tu akan selalu la berbunyik. Huhu. Sayang sungguh dengan anak perempuan sulung nii.

TAPI... jangan salah faham. Seketul kina tak akan keluar rumah tanpa izin mak ayahnya. Kerana restu mak ayah itu kunci keselamatan di dunia dan rahmat Allah itu kunci kebahagiaan di akhirat. :)

Throwback 22 tahun yang lepas. Bila nak keluar dengan kawan-kawan pun mak ayah tak bagi. Ini kan pula nak bermalam lama-lama kononnya travel. Lagi-lagi-lagi la mak ayah tak bagi. Rombongan sekolah pun mak aci pasang spy ja (baca: cikgu pengiring jadi spy mak). Sebab apa? Sebab sis ANAK PEREMPUAN. And i'm proud to be a daughter of cikgu suhaimi and cikgu rokiah.

Mak ayah sangat-sangat-sangat menjaga anak-anaknya. And bila anak perempuan sulung dorang dah mula ke hulu ke hilir tanpa teman- mak ayah akan mula risau tentang keselamatan, maruah anaknya dan sebagainya la. Kadang tu rasa bersalah jugak sebab buat mak ayah risau. Tapi kadang tu darah muda seorang remaja melonjak melebihi segalanya. huhuhu

Kalau dulu nak pergi reunion pun mak ayah sanggup hantar tunggu berdekatan kawasan reunion tu sampai laaaaaaaaa habis majlis. Tak kira lagi waktu jamuan akhir kelas dulu mak ayah sanggup shopping dalam shopping mall tu sampaila habis jamuan. See, mak ayah sayang sungguh-sungguh lahh. haha

Bila pegang title ANAK PEREMPUAN, kita akan pegang
* Nama baik mak ayah
* Nama keluarga
* Maruah mak ayah dan keluarga

Bukan tu ja, anak perempuan ni besar effectnya kepada keluarga seperti pentingnya dia pada sesebuah institusi keluarga. Maruah seorang perempuan itu perlu dijaga sebaiknya. Jangan jadi seperti;
'Kerana setitik nila, rosak susu sebelanga'

Faham?
So, kembali kepada status seorang anak perempuan, kita kena pandai jaga diri. Jaga diri sebaiknya. Sis tau, sis tak sehebat muslimah kat luar sana. Sis bukan calon isteri mithali yang solehah dan peribadi terjaga. Bukan juga bakal ibu yang layak digelar madrasah sempurna buat anak-anak. Tapi usaha ke arah yang lebih baik itu sentiasa ada walau kadang tu culas terleka dengan dunia. huhu. khilaf diri sendiri.

Anak perempuan ini ibarat permata keluarga. Kerana dia lah yang akan membina generasi sesebuah keluarga. Dia lah yang akan mendidik generasi seterusnya menjadi hamba Allah yang lebih baik. Perempuan yang sempurna itu mustahil untuk dicari, tapi perempuan yang baik itu sentiasa ada untuk diperbaiki.

Besarkan tanggungjawab seorang anak perempuan. Selagi dia masih bergelar anak perempuan. Wajib ke atasnya untuk menjaga maruah diri, keluarga dan terutamanya maruah agamanya. Jika kelak dia menjadi seorang isteri- wajib keatasnya menjaga maruah diri, maruah suami dan keluarganya serta agamanya. Walaupun tak nampak besar seperti tanggungjawab seorang lelaki. Tapi amanah itu lah yang paling besar buat perempuan.

Nak jaga maruah diri sendiri tu susah tau. Susah sangat.
Sebab kadang tu culas. Leka dengan dunia yang penuh dengan technology yang semakin berkembang hinggakan iman dan amal berterbangan. Leka nak kejar kemodenan sampaikan akhlak koyak rabak tak diendahkan. Sis juga salah sorang mangsa kemodenan dunia ber-technology ni. 

Akhir kata, nak jadi permata tu tak semudah kau solat lima waktu puasa sunat isnin khamis selalu tapi maruah ibu ayah kau endahkan, nama keluarga kau rosakkan, aurat kau jaja, akhlak kau berkira, sopan santun kau lupa, hukum agama kau tak pernah ambil kira.
Kita tak pernah sempurna dan jangan impi untuk jadi sempurna kerana kita akan selalu hitam dengan dosa dan noda. Tapi pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Jangan leka hingga kau lupa Dia.

Sis bukan anak perempuan yang baik untuk dicontohi. Bukan juga calon isteri solehah untuk diimpikan. Jauh sekali bakal ibu yang terbaik buat anak-anak. Tapi selagi nyawa masih dihela kerna redhaNya, hati masih diisi dengan rahmat dan restu sebagai hambaNya dan jasad masih dikandung atas nama makayah - akan sis cuba perbaiki diri. Bukan untuk menjadi sempurna, cukup la untuk sebuah generasi pejuang Islam suatu hari nanti. Insyaallah. 

~~~~~~~

Maka dengan itu, mak ayah nak lepas anak perempuan sulung dorang ni, sangat la susah. Bab calon-bakal-suami tu sangat-sangat la particular. Hmm. *mata keatas*

~~~

Harap ada laa sesuatu yang korang dapat. Nasihat untuk diri sendiri jugak.

-Love, kina-

Monday, 18 July 2016

Ini kisah 'cinta' saya

Assalamualaikum.
Semoga iman kita semakin bertambah dan meningkat dari hari ke hari. Semoga bahagia sentiasa terutama sekali buat kesayangan sis yang sedang baca coretan sis kali ni. Heart you!

Penat sebenarnya nak memeikirkan ayat nak letak dalam report. Tapi nak update entry baru sis tak pernah penat. Ahakss. :p

.........................

Isnin (18.07.2016) genap 6 bulan sis habiskan internship. Yahoooooooo finally habis jugakkk. Hikhik. Tapi hakikatnya seketul kina je yang faham. Dah jadi kebiasaan pagi-pagi siap pergi kerja. Isi air mineral dalam botol. Start enjin kereta. Hantar Rafiq pergi sekolah. Isi minyak. Dengar radio bukak volume kuat-kuat nyanyi dalam kereta sementara tersekat dalam jem. Semua tu dah jadi rutin untuk tempoh 6 bulan. Cepatnya masa berlalu.Sedihhhh T_T

Sedih sebabnya sis dah jatuh cinta sangat-sangat dengan budak-budak office. 

Bercinta dengan kakak-kakak office adalah suatu perasaan yang paling seronok sis lalui sepanjang hidup sis. Ye la sebelum ni tak pernah bercinta. Syok sendiri pernah la. Ahaks. Tapi bila dah start bercinta dengan budak-budak office satu perasaan nyaman tenang bila dengan dorang tu seronok sangat walaupun kekadang tu mood dorang swing sikit emotional terlebih tapi biasala orang bercinta tak selalunya manis ja. Ada trials baru best feeling tuh. Kan? Suami Isteri lagikan bertengkar, inikan pulak kekasih. 😁😁

Sis tak pernah ada kakak. Ada seketul abang je kat rumah ni. Nak cerita problems dengan abang? Memang cari nahas laa. Haha. Apa-apa pun sis sayang abang sis sangat4. Abang tu nyawa sis tau. Back to my officemate. So bila pergi kerja jumpa kakak-kakak yang raaammmmaaaaiiii sis jadi seronok. Selalunya sis yang jadi kakak. So bila pergi kerja sis boleh jadi adik. Haha 😜😜

~~~~


Ini cinta hati saya:

Kak Ina
Seorang kakak yang sangat penyayang. Caring. Always care about others more than herself. Love others more than she love herself. Always there whenever you need her. Kak ina seorang kakak yang sangat prihatin dengan adik-adik dia. Seorang yang pandai memasak. Selalu mengusik dan menceriakan suasana. Tak tegas, tapi ada aura seorang kakak untuk semua hormati dia. There are no words to describe her, sebabnya kak ina memang seorang yang awesome.

Untuk kak ina,
Terima kasih untuk setiap nasihat dan tunjuk ajar kak ina selama kina belajar kat MMIA. Kina sayang sangat kak ina sebab selalu jaga kina sebaiknya. Kina tak pernah amek hati pun setiap usikkan kak ina. Kina sangat berterima kasih sebab terima kina untuk belajar kat MMIA. Hope to see u in future. Selalu-selalu la contact kina. Kalau ada makan-makan jemput la kina. Ngeee. Kak ina happy selalu tau. Jangan stress-stress. Just be who you are. Kalau stress jugak mcg kina. I will be there, mungkin tak boleh selesaikan masalah kak ina but i will be your ear and shoulder for you. Kina nak kak ina happy ja selalu. I love u soo much kakak.

Kak Anis
Seorang kakak yang tegas. Aura seorang auditor dan manager terserlah pada diri kak anis. Seorang yang sangat memahami. Always listen to others problem and help to solve. Seorang yang sangat pemberi. Selalu mengajar dan memberi tunjuk ajar bila sis tak faham. She was an awesome mom. I wish i could be a mother like her one day.

Untuk kak anis,
Jaga kesihatan kak anis elok-elok tau. Jaga kandungan kak anis betul-betul. Nanti dah bersalin bgtau kami eh. Kami nak p tengok plus boleh ngorat Dhia lagi. Haha. Terima kasih sangat-sangat kak anis untuk semua tunjuk ajar kak anis. Kami minta maaf kalau ada salah sepanjang kami bekerja bawah kak anis. Terima kasih jugak sebab jadi kakak tempat kami kongsi pendapat dan pandangan. I was really appreciate semua yang kak anis nasihatkan. Kami doakan kak anis sentiasa bahagia dan gembira bersama suami dan anak-anak kak anis. Selalu jadi ibu yang awesome untuk anak-anak kak anis. Kami sayang sangat kat kak anis sebab banyak ajar kami macam mana nak jadi seorang ibu yang bekerjaya.

Kak Ana
Seorang kakak yang tegas tapi baik sangat-sangat. Berjiwa muda. Suka mengusik dan selalu jadi penceria kat office. Seorang yang murah dengan senyuman dan seorang yang sangat berdisiplin dan bermotivasi. Seorang yang garang tapi penyayang.

Untuk kak ana,
Always be happy. Jangan stress-stress kena usik dengan kak ainaa ngn kak iylia. Kalau depa kacau kak ana, kak ana kacau hidup depa balik. Haha. Kak ana jaga kesihatan kak ana. Happy-happy selalu. Terima kasih untuk masa dan nasihat kak ana untuk kami. Kami doakan kak ana sentiasa bahagia dan gembira dengan suami dan anak-anak kak ana. Kami sayang kak ana. Terima kasih sebab jadi tempat kami luahkan masalah dan cerita.

Kak Iylia
Kakak yang sangat sis sayang. Seorang yang ceria. Happy go luck. Sentiasa menceriakan susana pagi tenghari dan petang selagi kak iylia tak stress. Kalau stress sehari tak dengar suara dia. Kalau puasa lagi lagi laaa. Hahaha. Seorang yang sangat cantik. Tinggi. I wish i could be like her. Cantik sungguhhhh. Selalu jadi tempat sis luahkan rasa tapi kena tengok mood kakak jugak la. Kang silap mood jadi kot lain. Haha.

Untuk kak iylia,
Terima kasih kak untuk segala-galanya. Terima kasih untuk ilmu yang kakak kongsi. Terima kasih untuk nasihat yang kakak beri. Terima kasih untuk cinta yang tak pernah bertepi. Terima kasih untuk motivasi dan cerita yang selalu dikongsi. I rasa i banyak salah dengan kak. Dengan sepupu kakak and dengan keluarga kakak. I hope there are nothing more to be explain in future. Haha. I do love you sooo much. Kakak ajar kami banyak benda. About life. About career. About love. And about ourself. Thanks you so much kakak. Sayang kakak dunia dan akhirat. I minta maaf jika i pernah sakitkan hati orang-orang yang kakak sayang. I really sorry. I doakan kakak sentiasa bahagia dengan abg khairi. Bina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah tau. Heart you kak. Hope to see you in future. Really hope. Walaupun not as your family member, but still as your sister. haha

Kak ainaa
Ini lagi sorang kakak yang sayang sampai mati. Kakak yang happy go lucky. Muka jenis layak jadi pelakon popular suatu hari nanti. Hahaha. Kakak yang tak pernah kedekut ilmu. Selalu berkongsi. Berkongsi rasa. Nasihat. Cerita. Dan segalanya. Seorang yang sangat kemas dan sentiasa ceria. Menceriakan susana dengan usikkan manja dia. Hiburkan semua orang dengan gelak tawanya. Bosan kalau tak ada dia.

Untuk kak ainaa,
Semoga dipertemukan jodoh secepatnya. Hahahahaha. Kak ainaa, terima kasih untuk semuanyaaaa. Semuanya lahh. Nasihat. Ilmu. Cerita. Motivasi. Dan segalanya. Terima sebab sudi jadi telinga dan bahu tempat kami bersandar. I really appreciate semuanya. Kami tak pernah amek hati pun dengan usikkan kak ainaa dan kak iylia. Cuma bila bab perasaan tu terusik la jugak. Hahahahaha. Sayang kak ainaa sangat4 and hope to see you in future. Kalau ada cerita nak kongsi cari la kami. Insyaallah selalu ada untuk kak ainaa.

Kak Pija
Ini geng kakak tersayang jugak. Kakak yang selalu jadi mangsa pelukkan. Mangsa duduk atas riba dia. Mangsa ngusik. Mangsa selalu mntak topup time krja tengah banyak. Hahaha. Seorang kakak yang sangat ceria dan penyayang. Selalu tersenyum kecuali waktu kak pija tido je dia tak senyum. Haha.

Untuk kak pija,
Thanks kak pija untuk semuanya. Selalu tolong kami bila kami sangat perlukan pertolongan. Selalu jadi peneman kami jalan naik office. Thanks for everything. Terima kasih untuk nasihat kak pija yang sangat berguna buat kami masa hari last kita jumpa. Thanks kak pija. Kami sayang sangat kak pija. Nanti apa-apa kami cari kak pija lagi. Heart you love you and hope to see you lagi in future.

Kak melia
Ini kakak favourite. Selalu jadi mangsa buli adik dia yang sorang ni. Memory iphone dia penuh dengan gambar selfie adik kesayangan dia nih. Hahahaha. Wallpaper pun gambar i. Mau tak sayang. Hahaha. Seorang kakak yang tegas and happy go lucky. Jenis kacau dia time busy pun takpe. Haha

Untuk kak melia,
Kita p tengok wayang eh nanti. Selalu-selalu la ajak kami keluar. Nak kongsi cerita lagi pasal gadget. Pasal apps dan semuanya pasal iphone. Hahaha. Dan i need u advise pasal hidup hati dan perasaan. Hahaha. Terima kasih sebab selalu fixkan masalah laptop setiap kali laptop tu buat hal. Terima kasih selalu bersabar bila kami buat kerja macam kura-kura tertelan kapur. Terima kasih sebab tak pernah marah kamii. Terima kasih sangat. Sayang kak melia selamanya.

Najmi
Ini kekasih gelap. Haha. Mati sis kena serang dengan makwe dia nanti. Seorang yang pendiam tapi bila dia bukak mulut habis semua benda dia cakap. Kadang tu sampai tak tau berpunca dari apa topik yang dia keluarkan. Haha. Seorang yang sangat sabar bila kena tolong.

Untuk najmi,
Hang kawen takk ajak aku siap laa monopod hang aku patahkan. Haha. Minta halalkan la mcflury tuu. Hahaha. Aku doakan hang sentiasa bahagia dan gumbira mengusik kakak kakak office.

............................

Ini buat mereka yang sis sayang kerana Dia

Allah pertemukan kita diwaktu yang sangat sempurna masa dan waktunya
Kita bergembira bergelak ketawa hilang rasa gundah dalam jiwa
Kita makan dan bercerita bagaikan tiada esok atau lusa
Kita mengusik sesama kita hingga hilang semua sedih dan duka.

Ada kala kita bermasam muka
Itu tak beerti kita berpisah selamanya
Kerana cinta yang ada pada setiap kita sudah cukup untuk menyatukan kembali setiap hati kita untuk terus berpaut bersama

Tanpa mereka aku bukan sesiapa
Hanya budak trainee yang menumpang kasih meminta simpati untuk belajar erti sebuah rezeki halal
Memohon diberikan peluang untuk mendidik hati menjadi seorang insan gemilang
Mengemis untuk pencapaian cemerlang.

Mereka yang aku sayang
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama
Sentiasa dilimpahkan restu dan diberikan ketenangan dan kesenangan di dunia dan di akhratNya kelak.
Semoga kita bertemu disyurgaNya nanti sebagai sebuah keluarga yang sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah sentiasa.

Terima kasih cinta untuk segalanya.



segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA