Saturday 6 February 2016

Wahai

'Selamat pagi cikgu!'-
Sejak dah bersekolah ni,  selalu la dengar Rafiq tu duk mengaji alif ba ta. Siap ajar orang mengaji lagi. Jangan main² dengan sheikh sorang tu. Haha
~~~~

Assalamualaikum wahaii. Dah lama tak update blog. Busy. Haha.

Dah 3 minggu internship. Alhandulillah so far, masih okay lagi. Akak² satu office semua baik² plus sporting sangat. Sanggat. So tak rasa ketinggalan atau rasa keseorangan sangat.
Syukur Allah hadirkan orang baik² yang sentiasa ada mengelilingi hambaNya ni.

Wahaii.
Sis nak kongsi tips. Bukan tips cari jodoh. Bukan jugak tips bakal pengantin. Tapi tips untuk bangkit semula selepas gagal. Macam sis selalu ulang, dan bukan sis sorang, ramai lagi orang yang selalu ingatkan kita- 'rezeki orang masing². Hari ni rezeki dia, esOk lusa rezeki kita pulak'. Allah tak kejam sebab asyik uji kita ja. Uji kita dengan kegagalan. Uji kita dengan kepandaian. Uji kita dengan kesabaran. Ingat. Setiap ujian itu tanda cinta dan kasihnya seorang Pencipta buat hambaNya.

Sebagaimana yang tak ramai yang tahu, sis pernah gagal semasa belajar. Memang nak give up. Tapi, sis rasa itu macam lari dari masalah sendiri. Sis bersyukur ada sahabat² family yang selalu ada dengan sis. Tak pernah downkan sis soal pelajaran. Sis bersyukur sangat. Mak ayah yang memahami, adik beradik yang sentiasa menyokong. Dan sahabat yang selalu beri nasihat dan dorongan.

Tak pernah minta untuk berada jauh dari kawan² bila soal pelajaran. Sis mengaku, sis yang paling lemah dalam pelajaran berbanding kawan² yang lain. Dahulu waktu sekolah lain, bila masuk U ceritanyalain. Tak pernah minta pun. Adik sis pun selalu mengadu soal pelajaran. Zaman sekarang- zaman banding membandingkan. Zaman beza membezakan. Bezakan darjat dan keturunan, pelajaran, taraf hidup dan sebagainya. Kita kena hadapi benda ni. Ingat. Gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Dan selalu beringat- Allah tak akan uji hambaNya melebihi kemampuan mereka. So sentiasa lah bersangka baik dengan ujian Allah. 

So. Ini sedikit tips yang bole diguna pakai. Untuk semua lapisan. Kau pandai ke. Kau CGPA 3.85 ke. Kau CGPA 2.5 ke. Kau kaya ke. Kau perdana menteri ke. Semua bole guna. Sentiasa istiqamah lah untuk capai apa yang kita inginkan. Dan sahabat baik sis selalu ingatkan- bila kita mendirikan sesuatu ibadah, pastikan niat kita bukan untuk capai impian atau hajat kita. Pastikan nawaitu kita lillahi ta'ala. Sebab kita di ajar dan di didik untuk menyembah Allah, bukan impian ataupun hajat kita. Maka, bersihkan hati dan sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah.

1. Solat awal waktu.
- Perghh. Bab ni sis pun tak boleh. Kadang² cuai jugak. Maka itulah pentingnya kawan yang baik dan sentiasa mengingatkan kita. Bila sis, mula fokus buat kerja dan cuba untuk lewatkan solat. Ada sahabat yang sentiasa ingatkan- dahulukan Allah dari segala perkara. Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Masalah sekarang, kita jaga hak Allah time² nak exam je. Benda ni bukan magik tau kalau takda usaha. Allah boleh beri, tapi redha Dia tak ada. Kalau bole, biar redha Allah tu kita peroleh sekaligus dengan kejayaan kita. Baru berkat tu ada. Baru senang nak dapat kerja. Allah permudahkan urusan kita. Faham? 

Macam Matluthfi cakap- agama bukan untuk ditunggang, tapi untuk dipegang. Jadi muslim yang melambangkan Islam. Bukan muslim yang menjatuhkan islam. 

2. Solat sunnat.
-Solat sunnat dhuha. Start dari awal sem. Istiqamah. Mulakan dengan dua rakaat. Lepas tu up sikit jadi empat. Then up lagi jadi 6 8 rakaat. Dirikan solat itu dengan hatinya baik. Niat yang betul. Kalau just demi rezeki mencurah-curah. Memang sampai 20 rakaat pun Allah tak beri rezeki yang kita minta tu. Sekali lagi- niat lillahi ta'ala, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. 
-Solat sunnat tahajud. Ini serious susah. Sis pun kadang² je. Sebulan tu dapat la sekali dua. Kadang tak dapat langsung dah. Betul la orang kata, nak beribadah untuk Allah ni susah, walaupun Allah dah sediakan macam² untuk kesenangan kita. Macam sis, bila sis dengan kawan sis nak bangun sepertiga malam, kami akan diskus- kunci jam. Tido awal. Dan sebelum tido kami dua akan ingatkan each other untuk kejut kalau sesiapa bangun dulu. Itu pentingnya sahabat. Dan UIA kan setiap hari Jumaat Sabtu Ahad free. So amek la satu malam dari tiga hari cuti tu untuk bangun tahajud. InsyaAllah, kalau niat kita betul, Allah akan permudahkan. 
-solat hajat. Amalkan selalu. Minta dan luahkan apa saja permintaan kita. Dan berserah serta yakin dengan Allah. Sentiasa positifkan diri- Kalau lambat Allah tunaikan permintaan kita, bukan maksudnya Allah tak dengar doa² kita, tapi Allah tunggu masa yang sesuai untuk menjawab semua doa² kita. InsyaAllah. Yakin dan sentiasa berpegang pada tali Allah.

3. Rajin baca al-Quran sehari sekali pun cukup.
-Al-quran ni macam makanan untuk roh kita. Kita sendiri perlukan makanan setiap hari. Jadi roh kita juga perlukan makanan dia. Kalau tak dia akan lemah dan sentiasa letih. Sebab tu jadinya kes² malas. Mudah putus asa. Selalu hilang keyakinan pada Allah. Sentiasa salahkan takdir. Maka dengan itu, wahaii, selalu² lah buka al-quran. Pastikan sehari satu muka. Macam pepatah- sikit² lama² jadi kebiasaan la. 😊😊 sejujurnya, sis sendiri pun susah nak buka al-quran. Tapi cuba muhasabah diri, dah terlalu banyak nikmat Allah beri, takkan la nak baca ayat² cinta Dia sikit pun tak bole. Takkan tak ada masa langsung untuk Dia. Sedangkan 24 jam Allah bagi untuk hambaNya. Allah minta 5-15 minit je untuk ingat Dia sepenuhnya. Wahaiii, termasuk diri ini. Ingatlah kita hanya hamba. Tanpa Allah , kita sangat hina. Kita tak ada apa². Segala yang kita ada, semua Allah punya.

4. Selalu ingat pengorbanan makayah.
-selalunya kes² gagal ni sebab malas. Malas nak ulang kaji. Malas nak repeat bacaan bila tak faham. Macam sis la. Haha. Tapi bila kita malas tu, cuba ingat mak ayah kat rumah. Doa² mereka. Setiap masa mereka mendoakan kita. Macam mak sis selalu kata- berbuih mak doakan. Haha. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah. Mak ayah mana yang tak nak tengok anak² dia berjaya. So, wahaii, marilah sama² kita capai impian mak ayah kita. Nak malas ja, terus ingat mak ayah. Sambil² tu bole doakan kesejahteraan untuk mereka. Selalu la ingat mak ayah kita. 23 tahun 24 tahun 25 tahun, mereka jaga kita, tak pernah mereka lupakan kita. Tak pernah mereka berhenti mendoakan kita. Maka itu, selalu-selalu la doakan mereka, call atau mesej. Mak ayah tu harta yang paling bermakna buat anak².

5. Yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
-Sentiasa yakin dengan kehendak dan ketentuan Allah. Allah is the best Planner and He knows what is the best. Maka, yakin setiap yang Allah tentukan untuk kita, itulah yang terbaik. InsyaAllah.

Okay. Itu la sedikit tips dari sis. Sis bukan orang yang tepat untuk kongsi idea mahupun tips, tapi ini dari pengalaman sendiri dan cara yang sis guna sebagai salah satu dari usaha sepanjang  berjuang untuk raih kejayaan seterusnya. Cuma satu nasihat sis- betulkan niat. Sentiasa perbaharukan niat dan yakin dengan Allah. 


segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA