Friday, 23 June 2017

#AccSurvivor

 
 
 
 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi Nya, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa yang segalanya berlaku atas kehendak dan perancanganNya.
Syukur sangat.
 
Finally!! I'm GRADUATED!
OFFICIALLY GRADUATED!
 
 
Walaupun lambat sikit dari yang lain, tapi aku tetap bangga dengan diri sendiri.
 
Sempat la menangis dalam keta odw balik dari kerja hadap jem tadi.
Rasa macam lamanya nak survive 6 tahun (1 1/2 tahun -CFS, 4 1/2 tahun- Degree) kat IIUM. And Alhamdulillah i'm done!
 
Dah berjaya pun survive as accounting student and graduated from the best Uni ever. Ya IIUM is the best uni yang banyak kenangan jatuh bangun aku sepanjang belajar demi masa depan nih. 
 Alhamdulillah.
 
And Alhamdulillah jugak Allah mendengar doa aku untuk dipermudahkan urusan kerja. Habis exam 28th May 2017. 7th June dapat panggilan interview untuk jawapan assistant auditor dan bersyukur dengan izin dan rencanaNya aku diterima masuk dalam audit firm tu.
 
Segala yang berlaku atas kehendakNya. Ini mungkin nikmat dan boleh jadi ini ujian terbesar. He's know the best. Apa-apa pun dah 2 minggu start kerja as an auditor:-
 
Miserable
Trouble
Penat
Banyak mengeluh
Kadang ada rasa menyesal
Life full of suprise
 
 
This will be another game for me. Lepas selesai azab nikmat as a student. Now tengah merana nikmat dan azabnya seorang wanita bekerjaya. Semoga Allah terus membuka jalan dan mempermudahkan urusan hambaNya ni.
 
Semoga seketul kina ini juga terus istiqamah atas jalan yang dah dipilih ni. HAHA. 
Takut jugak. Start kerja time peak period. Dapat satu file depan mata terkebil kebil jugak la nak buat. Nasib ada yang sudi bantu. Bersyukur masih dihadirkan dan dikelilingi orang-orang yang baik baik keluarga sahabat mahupun teman sekerja. Doa aku masih didengar. Alhamdulillah.
 
Semoga terus dipertemukan dengan orang yang baik-baik yang sentiasa mengingatkan seketul kina ni tentang penatnya nak kejar dunia, indahnya sebuah mimpi dan bezanya reality.
 
Alhamdulillah.
#AccSurvivor
 
 

Friday, 7 April 2017

Final Sem

Lebih kurang tambah tolak darab bahagi 7 week lagi tinggal. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 
 
 
Sejujurnya, ada la rasa akan merindui zaman-zaman belajar ni. Bila tengok adik-adik first year yang sangat gigih kehulu kehilir dengan buku-buku tebal. Semangat naik turun tangga library tu. 100% preparation for class presentation. Rasa rindu zaman ramai member-member yang masih sama-sama berjuang. Sem ni keseorangan la jugak rasa walaupun masih ada yang masih setia. haha.
 
Best belajar sebenarnya. Serious. Aku suka belajar. Aku suka lalui zaman-zaman air mata waktu hectic week. Masa study week. Last minute preparation untuk report and presentation. Semua akan aku rindu. 
 
Cuma rasa down macam ni. Rasa nak habis cepat-cepat ni bila kau takda kawan yang nak membesar sama-sama macam dulu. Tak ada kawan yang nak menggila sama-sama. Kawan yang dulunya nangis sama-sama dekat tangga. Member yang sama-sama solat jemaah. Sahabat yang sanggup berkongsi katil dan meja study. Aku rindu zaman tu. Rindu sangat. Aku rindu zaman berkongsi katil, meja study dan bilik. Berkongsi cerita cinta dan air mata. Zaman lepak bawah bulan sampai pagi buta makan megi dan snack dekat court. Aku rindu.
Tapi hidup mesti diteruskan. Semua tu kenangan.
InsyaAllah, niat nak sambung study tu ada. Masih ada. Orang kata kalau nak belajar, biar belajar dulu nanti dah kerja jadi malas dah nak sambung. Tapi aku ada pengorbanan lain, aku ada impian lain.
Orang akan kata-
'Kau akan rindukan UIA'
Ya, sekarang pun dah rasa rindu. Rindu suasana dulu-dulu yang kehulu kehilir masa tu kau nak lari dari crush ke kau masih akan terserempak dengan dia. Rindu masa PRK suasana meriah berkempen. Rindu berebut-rebut jaga tempat duduk member tak kisah la kat kelas ke cafe ke. Suasana sekarang?
Asalkan boleh masuk, aku redah je.
Doakan semoga semua graduate student sem ni akan berjaya dengan cemerlangnya. InsyaAllah semoga semua lepas dan dapat convo sama-sama.
Okay. kerja banyak sebenarnya, tapi tak boleh nak jalan. Takada idea nak menaip ayat. Neuron tak bersambung. Ahhhhh. Okay itu je.
 
I taksabar nak balik Penang. April already. Baby, wait for me ya. *kiss*
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA