Thursday 7 September 2017

Beauty: Part 1 (Penjagaan Muka)

 
Bismillah..
Harini berjalan-jalan pusing blog sambil menerbangkan beberapa resume ke beberapa company. Doakan ada rezeki sangkut kat mana-mana. :D InsyaAllah.
 
Mesti terkejutkan tengok tajuk entry. Kawan kata- 'buat benda yang hang suka'
Okay, aku nih jenis suka masuk Watsons atau Guardian atau Farmasi atau Body Shop atau adik-beradik-yang-seumpama-ibubapa-dengan-nya ni jenis kalau boleh perabih masa kat dalam tu pun takpa. Sejam dua jam tiga jam pun sure boleh !! Hidup wanita !. HAHA. Baru-baru ni habih seratus lebih jugak la dalam Watsons. Giloss. Maaf la. High-maintenance.
~...................~
Benda ni jadi kat aku setahun yang lepas. Kalau sebelum ni kulit muka elok je. Tak putih hitam manis je. Tapi kulit okay, takda sebutir jerawat pun hinggap. Kiranya kategori flawless-hitam manis lah. Cehh. Puihh. Izinkan. Boleh dikatakan macam tu la.
 
Tapi lepas try beberapa skin care, tukar itu tukar ini, try hat tu try hat ni. Orang guna yang tu kita pun gatai nak guna. Makanya mula la kulit jadi tak okay. Jerawat, jeragat, kulit berminyak, gatal dan macam-macam lagi lah. Jadi pulak masa dah 20'an. Memang jodoh lari berselerak lah. Hump !
Tapi masa hujung tahun dalam bulan November, ada kenal sorang kakak yang baik sangat. Dia kenalkan Mary Kay. Orang cakap-
 
'Orang kaya ja guna Mary Kay. Mahai !'
 
Hmm. Diakui memang mahai. Tapi daripada aku pi Dr Ko yang berganda mahai tu aku try la product Mary Kay. Kesan dia diakui sangat lambat sebab dia guna bahan semulajadi. Kalau yang pakai seminggu boleh sihat tu percayalah itu semua indah khabar sahaja. In future tak tau lagi macam mana. Nasihat aku sebelum mengunakan sesuatu product-
 
1. Tau dan kenalpasti dulu jenis kulit muka- hat jenis berminyak ka hat jenis kering ka hat combo dua-dua.
2. Minta pendapat pakar. Tak guna pakar pun takpa, pi ja kat beauty consultant tanya depa lagumana. Dan product mana yang okay dengan kulit muka.
3. Jangan guna product yang ada bahan kimia banyak sangat. Diakui, sesetengah orang pakai product kecantikkan yang ada bahan kimia ni serious kulit dia jadi glowing flawless sangat-sangat. Tapi ada orang macam aku contohnya, pakai sat ja jadi kot lain. Nasib baik Allah tunjuk la. Hmm.
4. Consistant. Jangan sat pakai sat dak. Berterusan baru la nampak hasilnya. :D
*ish lalat duk kacau*
Okay. Lepas guna Mary Kay, Alhamdulillah lama-lama aku nampak kesannya. Kalau dulu kat dahi, pipi dagu ya Rabbi, Allah ja tau macam mana malunya nak pi kelas. T.T
 
'Kina, kenapa dengan muka hang? Dulu okay ja'
'Kina, hang salah pakai product ka?'
'Kina, sakit ka?'
 
Serious malu. Nanti aku share gambar. Setakat ni dah 10 bulan la aku guna Mary Kay, kesannya sangat memuaskan hati. Tapi masih ada parut la, tengah sedang cuba usaha untuk menghilangkannya. Doakannn !!
 
Tapi aku tak depend on Mary Kay ja. Aku ada juga guna bahan semulajadi. Mak adalah tunjang belakang dalam membantu aku nak menyembuhkan benda-alah ni. Terima kasih mak.
Aku ada guna:
1. Air sejuk + lemon + bedak sejuk + madu asli = setiap malam sebelum tido.
(Jangan pakai sampai esok pagi, nanti kering sangat muka *kalau kulit muka aku la*. So sebelum tido tu aku basuh then cuci muka then pakai toner dan pelembab)

2. Guna daun lemuni (blend-kan) + air + bedak sejuk = aku pakai sebelum tido dan esok pagi before mandi.

3. Bedak sejuk + asam jawa + air = sebelum tido
(Tapi yang ni jarang sikit aku buat sebab berbau. HAHAHAHA. Actually okay ja tapi tu la tak tahan lama la kalau tempek kat muka tu. But berkesan jugak. Selalu-selalu la buat)
 
Takda la aku buat setiap hari. Aku buat bila rajin dan bila tak lupa. Hiks. Kekadang tu mengantok sangat makanya dibiarkan begitu saja... sekadar basuh muka dan pelembab sahaja.
Selain tu. Pemakanan penting. Kurangkan minyak. Kurangkan ayam. Kurangkan kacang. Jaga betul-betul gaya pemakanan. Bukan untuk kurus ja, untuk penjagaan kulit jugak.
 
Sekarang favourite aku- TOMATO
Bila kat dapur duk masak tu, aku akan potong tomato satu mangkuk untuk aku punya snack bila memasak. Tomatokan bagus untuk kulit. Ngee
 
Benda lain yang aku belajar untuk penjagaan kulit muka. Khas dari guru bertauliah aku iaitu- Farah Hani. :D
 
1. Scrub dulu muka (seminggu sekali)
2. Sapukan olive oil kat muka sebelum cuci muka- fungsinya untuk menarik  semua minyak minyak kat muka tu.
3. Then bilas, baru cuci muka guna cleanser. Cara nak cuci muka pun kena betul. Guna tiga jari- jari hantu, jari manis & jari kelinking. Guna 3 jari ni ja tau. Buat urutan dari bawah keatas. Then bilas.
4. Lap dengan tuala bersih. Tapi aku suka dia kering sendiri, kipas-kipas dengan tangan. haha
5. Pakai toner. PENTING !
6. Serum.
7. Pakai pelembab- tak kisah la jenama apa pun tapi pastikan dipercayai lah.
8. Sunblock. Harus !!! Bukan nak halang dari muka hitam tapi nak halang dari sinaran UVA & UVB. Kita tak tau banyak penyakit yang boleh datang dari sinaran tu. Maka adalah penting untuk setiap wanita memiliki sunblock. Pakai sebelum apply make-up kat muka ye. :D
9. Make up remover. Ini pun penting. 
 
Bagi aku, penjagaan kulit muka itu lebih penting dari penjagaan makeup diwajah anda. Ahaks. Biar nampak natural beauty. Tak pakai makeup pun dah cantik. Haaa gitew.
Ni antara skincare yang aku pakai sekarang.
 
InsyaAllah ada penambahan nanti. Haha. Tengah kumpul duit. Ini basic la yang duk pakai la ni.
Ni gambar tahun lepas masa kulit muka aku bermasalah.




Sedih. Ni sebelum guna Mary Kay. Masa ni guna product farmasi. Tapi tak berkesan sebab pncuci dia dalam bentuk sabun buku. Sebenarnya pencuci yang berbentu sabun buku ni lagi susah nak jaga. Kena betul-betul bersih baru boleh apply kat muka. Then naik banyak lagi la biji kat pipi dan dahi. T.T- Tak tau la pasaipa boleh pi simpan gambar ni. HAHA
InsyaAllah sekarang dalam proses pemyembuhan. Nak hilangkan parut-parut ja. Semoga dipermudahkan.
Ni kalau zoom nampak la parut-parut. Tapi hat ni dah tampal dengan cream dan foundation. HAHA.

Sekian.
Nanti aku update lagi. InsyaAllah lepas ni nak share penjagaan lain pulak. Doakan.

1 comment:

Unknown said...

Yeayyyyyyyy ada nama penuh akuuu. Hahahahah cepatlaaa tulis lagiii. I like to read your entryyyy!! Btw kinahh study la pasal 10 steps Korean skincare routine if you haven't la. Hahahaha okayyy next entry please!!

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA