Thursday, 21 September 2017

Judgemental

 
Tipikal malaysian- Tak kira apa jenis race pun, orang-orang kita memang suka nak judge-judge. HAHA

Before I start.

'Semua orang nampak diri ni baik, tapi ada bahagian aib yang Allah sembunyikan dari pandangan mata kasar hamba-hambaNya yang lain. Bersyukur sangat Allah masih tutup aib diri ini yang nescaya kalau sekelian alam megetahuinya, maka akan dipulaukan lah oleh segelntir manusia. Kerana masing-masing merasa diri mereka mulia'

Ini bukan hadith atau ayat Al-Quran. Tapi lahir laju dari keyboard, ilham dari hati dan akal fikiran yang waras. 

Tak tipu, dulu aku pun suka judge.

'Eee, couple rupanya. Tak padan dengan tudung labuh, handsock stokin bagai. Couple jugak'

'Ala, dia tu nampak ja baik. Pakai songkok, kupiah bagai. Belakang-belakang..'

Paling kurang pun cemuh dalam hati

'Ish, macam mana la dia boleh serah diri dia kat boyfriend dia? Tau la cinta sayang pun tapi jangan la bodoh sangat sampai bagi semua.'
-bila baca confession kat page IIUM.

Allah. Hinanya rasa dirinya suka sangat judge, mengata, menghukum dosa manusia lain.

Sebab masa tu rasa diri ni dah cukup mulia.

Aku belajar sekolah agama- Aku tau dosa pahala
Aku sambung belajar UIA- Masuk usrah, aku tau syurga neraka
Solat 5 waktu mengaji tak tinggal- Aku tau haram halal.

Gah kan yang namanya manusia.

Aku bukan insan terbaik nak menyampaikan, malah mungkin aku lagi teruk dari mereka.
Tapi kita patut sedar, kita siapa.

Berhenti menilai
Berhenti menghukum
Berhenti bercakap perihal orang
Berhenti

Kerana bumi ini bulat
Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Boleh jadi bila kita di bawah nasib kita lebih teruk dan keadaan kita lebih hina dari mereka yang kita pernah hukum dulu.
 
Allah lebih mengetahui segalaNya.
 
Semoga Allah menjaga dan terus menutup semua aib kita, dan mengampunkan kita di atas setiap dosa maksiat yang telah kita lakukan. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang masih mendapat rahmat dan kasih sayangNya.
 
Ikhlas dari hambaNya yang hina-

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA