Wednesday 14 November 2012

Ma'al Hijrah

Assalamualaikum :) 
Salam Ma'al Hijrah semua.
Cepatkan masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru hijrah.
1433 bertukar 1434 lepas nie 1435, insyaAllah kalau masih diberikan masa untuk tahun seterusnya.


Suka saya ingatkan, ustazah pernah cakap msa time usrah dulu kat sekolah, n alhamdulillah saya masih ingat, n saya suka sampaikan pada yang lain.. ~Sekarang nie, kalau kita tengok, kejap je kan masa berlalu. Macam sekarang, rasa macam baru je lagi kita sambut Ma'al Hijrah 1433, alih2 dah masuk 1434 dah. Macam time Ramadhan lepas, rasa macam baru je puasa tapi kejap je dah habis 30 hari. Singkat je kan? Allah, itu lah akhir zaman, bila setahun kita rasakan bagai sebulan, bila sebulan rasakan bagai seminggu, bila seminggu kita rasa bagaikan sehari dan bila sehari kita rasakan seperti beberapa jam sahaja. Sangat singkat~

Begitu juga hidup kita, jangan ingat kita akan hidup 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Takut kita hanya ada masa 10 jam dari sekarang, 9 jam dari sekarang. Takut kan? Allahuakhbar! Takut sangat bila fikir balik. Cukup ke amalan kita selama ni? Allah terima ke semua amalan kita? Kita buat ikhlas ke tidak? ---> Mati itu pasti, kita nak terima atau tolak itulah janji Ilahi. Siapa yang baik amalannya, tinggi imannya, yakin solat dan ibadahnya, dialah orang yang paling suka akan kematian. Sebab dia yakin akan amalannya untuk dibawa menghadap Allah. Kita? 

~copy paste from FB~

--"Hebat Zaman Ini"--
*Hampir semua org celik IT, tp asas Fardhu Ain kite tuli..
*Grammar english boleh celah gigi je, tp hukum tajwid gigit jari..

*Boleh cari duit untuk buat O.T hari2, tp kuliyah agama 1minggu 2kali pun susah nak pergi..
*Boleh online,update fb,twitter sana sini dan hari-hari, tp 1muka surat Al-Quran 1 hari susah nak mengaji..
*Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD, tapi Sirah Nabi sikit tak nak ambil peduli..
"Hebat zaman ini"..

Tak salah nak hebat ke Dunia, asalkan hebat juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI. ;)



Nauzubillah, moga kita tak seperti itu. Walaupun kita pandai IT, kita juga cerdik Fardhu Ain, pandai tajwid, kuliyyah agama masih kita ikut, walaupun hanya melalui video. *thanks to Paen sbb masukkan video pasal agama dalam lappy nie, dapat jugak aku reflect diri*. Al-Quran masih kita bukak walaupun sekali sehari. InsyaAllah, kita masih jaga Islam dalam diri.

Bila datang tahun baru, syukur lah kita sebab masih diberi masa untuk bertaubat, sedangkan ada yang pergi lebih awal dari kita.Kita masih dipinjamkan nyawa untuk meningkatkan amal ibadah kita, memperbaiki akhlak dan personality kita dan masih diberi masa untuk tingkatkan Iman kita. 

Setiap hari yang diberikan Allah adalah, hadiah buat kita, untuk kita perbaiki diri. Moga kita menggunakan hari tersebut sebaiknya untuk beribadat kepda-NYA disamping mengejar kejayaan dunia. ameen, insyaAllah.

Hijrah bukan hanya hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah, bukan juga hanya dengan berdoa akhir dan awal tahun. Hijrah tu luas definisinya. Hijrah dari seorang yang malas kepada rajin- itu juga hijrah. Hijrah dari sehari sehelai muka surat kepada dua helai muka surat Al-Quran- itu juga hijrah. Hijrah kerana Allah adalah hijrah terbaik.

Semperna Ma'al Hijrah nie, kita tanam azam baru supaya kita hijrah kejalan-NYA untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Hijrah tak bererti kita kena terus berubah at least kita mulakan sikit-sikit. saya masih dalam progress, doakan :) Istiqamah itu yang penting. Tapi itulah yang paling susah nak buat kan? :) Moga kita diberi kekuatan untuk terus berubah kejalan-NYA. ameen~~

Moga kita terdiri dalam kalangan hamba-NYA yang mempertahankan Islam saat orang lain tolak Islam. Moga kitalah yang akan jadi pembela Islam, tegakkan agama Allah, pertahankan perjuangan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Islam itu hadiah buat kita. Kalimah syahadah itu lah kalimah paling agung buat kita. Syukur kerana dilahirkan Muslim dan masih terus berpegang dengannya. Moga Allah pelihara kita dengan redha dan kasih sayang-NYA. :)

~Salam Ma'al Hijrah~
Jaga iman, jaga hati... :)



Friday 9 November 2012

~Result~

Assalamualaikum... Semoga semuanya sihat sentiasa.. ^_^

Jumaat.. hari yang penuh barakah, n hari ni hari lahir aku yang ke-19 tahun.. Alhamdulillah.. 19 tahun dah aku kat dunia ni dgn nikmat-nikmat Allah yang sentiasa melimpah untuk aku.. alhamdulillah..
and hari ni jugak result keluar.. Ya Allah, cuak sangat4.. hanya Allah je yang tahu betapa cuaknya aku.. 

Tapi alhamdulillah, segalanya berakhir saat portal UIA berjaya juga aku masuki.. walaupun di'anaktiri'kan hampir 3 jam..akhirnya UIA mengaku jugak aku sebagai anak didiknya. haha. :D
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. itu ucapan yang paling bermakna saat itu.. syukur sangat4.. Allah itu adil dengan semua hamba-NYA.. kita akan dapat seperti yang kita usahakan.. Walaupun aku nye result tak segempak yang lain, tapi aku bersyukur kerana mungkin usaha aku setakat itu.. :)

BUT result ept aku masih xdapat dikenal pasti.. insyaAllah, moga resultnya naty seperti yang diharapkan.. :)

Aku tak mahir menasihati orang sebab aku un masih memperbetulkan diri.. Ya! betul, kadang-kadang kita usaha lebih dari yang lain, tapi kenapa kita tak dapat macam yang sepatutnya kita dapat.. so, kita kena berbalik pada diri kita balik, mungkin ada salah kita yang kita buat yang menyebabkan effect kat result kita.. ada hikmahnya tuu..

Mungkin juga Allah masih mahu menduga kita.. or mungkin Allah masih ingin kita sentiasa mendekati-NYA, dengan cara ini.. Bila kita sedih, Allah sentiasa jadi tempat mengadu.. so Allah rindu akan aduan kita, rintihan kita, sebab tuu Allah uji kita begitu.. Kalau Allah beri apa yang kita mahu, boleh jadi kita riak dan lupa diri dan kita kufur dengan nikmat-NYA, sebab tuu Allah nak pelihara kita dari sifat2 macam tuu.. so, apa pun keputusannya, bersyukur lah.. itu sebaik2  ucapan yang seharusnya kita ucapkan.. :)

Tadi masa check keputusan..mak dengan ayah ada dengan aku.. Mak ngn ayah ada cukup la kekuatan untuk aku tengok result tadi.. Nak tengok result tuu un perlukan kekuatan, ye la takut tak cukup kekuatan nak hadapi keputusan tuu naty.. Redha tu penting. Apa pun keputusannya, itu yang terbaik untuk kita.. Masa sekolah dulu ada cikgu pernah pesan, walau apa pun yang kita dapat, redha je.. kita dah xboleh nak buat apa dah, memang itu dah tertulis untuk kita.. so redha tu penting.. sebab dengan redha la kita boleh teruskan hidup.. betul tak?

~~~ .......................................................................... ~~~

Okay la, tak guna jugak membebel kat sini.. pape un congrate buat semua sahabat seperjuangan.. teruskan kecemerlangan anda.. Ingat walau apa un keputusannya, terima dengan redha n hati yang terbuka.. Allah takkan uji hamba-NYA melebihi tahap kemampuan kita.. n Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Sentiasa bersangka baik dengan-NYA, insyaAllah, Allah telah mengukir sesuatu yang indah buat kita, hamba-NYA yang mensyukuri nikmat pemberian-NYA. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu sebab kemahuan kita selalunya mengikut nafsu.. :)


p/s- Allah tau siapa kita melebihi kita mengenal diri sendiri.. 

tahniah buat sahabat ~ fina, dila, paen, ili, feeqa, tikah, alep, yus, na'im, akim, syamil, fakar, keoi, mahani, lly, fatin, farah, farahin, sorfina, hanis, 'izzah, radhiah, sher, n semua la dak2 CFS IIUM.. selamat melangkah ke alam degree.. :D 

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA