Assalamualaikum :)
Salam Ma'al Hijrah semua.
Cepatkan masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru hijrah.
1433 bertukar 1434 lepas nie 1435, insyaAllah kalau masih diberikan masa untuk tahun seterusnya.
Suka saya ingatkan, ustazah pernah cakap msa time usrah dulu kat sekolah, n alhamdulillah saya masih ingat, n saya suka sampaikan pada yang lain.. ~Sekarang nie, kalau kita tengok, kejap je kan masa berlalu. Macam sekarang, rasa macam baru je lagi kita sambut Ma'al Hijrah 1433, alih2 dah masuk 1434 dah. Macam time Ramadhan lepas, rasa macam baru je puasa tapi kejap je dah habis 30 hari. Singkat je kan? Allah, itu lah akhir zaman, bila setahun kita rasakan bagai sebulan, bila sebulan rasakan bagai seminggu, bila seminggu kita rasa bagaikan sehari dan bila sehari kita rasakan seperti beberapa jam sahaja. Sangat singkat~
Begitu juga hidup kita, jangan ingat kita akan hidup 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Takut kita hanya ada masa 10 jam dari sekarang, 9 jam dari sekarang. Takut kan? Allahuakhbar! Takut sangat bila fikir balik. Cukup ke amalan kita selama ni? Allah terima ke semua amalan kita? Kita buat ikhlas ke tidak? ---> Mati itu pasti, kita nak terima atau tolak itulah janji Ilahi. Siapa yang baik amalannya, tinggi imannya, yakin solat dan ibadahnya, dialah orang yang paling suka akan kematian. Sebab dia yakin akan amalannya untuk dibawa menghadap Allah. Kita?
~copy paste from FB~
--"Hebat Zaman Ini"--
*Hampir semua org celik IT, tp asas Fardhu Ain kite tuli..
*Grammar english boleh celah gigi je, tp hukum tajwid gigit jari..
*Hampir semua org celik IT, tp asas Fardhu Ain kite tuli..
*Grammar english boleh celah gigi je, tp hukum tajwid gigit jari..
*Boleh cari duit untuk buat O.T hari2, tp kuliyah agama 1minggu 2kali pun susah nak pergi..
*Boleh online,update fb,twitter sana sini dan hari-hari, tp 1muka surat Al-Quran 1 hari susah nak mengaji..
*Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD, tapi Sirah Nabi sikit tak nak ambil peduli..
"Hebat zaman ini"..
Tak salah nak hebat ke Dunia, asalkan hebat juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI. ;)
Nauzubillah, moga kita tak seperti itu. Walaupun kita pandai IT, kita juga cerdik Fardhu Ain, pandai tajwid, kuliyyah agama masih kita ikut, walaupun hanya melalui video. *thanks to Paen sbb masukkan video pasal agama dalam lappy nie, dapat jugak aku reflect diri*. Al-Quran masih kita bukak walaupun sekali sehari. InsyaAllah, kita masih jaga Islam dalam diri.
Bila datang tahun baru, syukur lah kita sebab masih diberi masa untuk bertaubat, sedangkan ada yang pergi lebih awal dari kita.Kita masih dipinjamkan nyawa untuk meningkatkan amal ibadah kita, memperbaiki akhlak dan personality kita dan masih diberi masa untuk tingkatkan Iman kita.
Setiap hari yang diberikan Allah adalah, hadiah buat kita, untuk kita perbaiki diri. Moga kita menggunakan hari tersebut sebaiknya untuk beribadat kepda-NYA disamping mengejar kejayaan dunia. ameen, insyaAllah.
Hijrah bukan hanya hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah, bukan juga hanya dengan berdoa akhir dan awal tahun. Hijrah tu luas definisinya. Hijrah dari seorang yang malas kepada rajin- itu juga hijrah. Hijrah dari sehari sehelai muka surat kepada dua helai muka surat Al-Quran- itu juga hijrah. Hijrah kerana Allah adalah hijrah terbaik.
Semperna Ma'al Hijrah nie, kita tanam azam baru supaya kita hijrah kejalan-NYA untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Hijrah tak bererti kita kena terus berubah at least kita mulakan sikit-sikit. saya masih dalam progress, doakan :) Istiqamah itu yang penting. Tapi itulah yang paling susah nak buat kan? :) Moga kita diberi kekuatan untuk terus berubah kejalan-NYA. ameen~~
Moga kita terdiri dalam kalangan hamba-NYA yang mempertahankan Islam saat orang lain tolak Islam. Moga kitalah yang akan jadi pembela Islam, tegakkan agama Allah, pertahankan perjuangan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Islam itu hadiah buat kita. Kalimah syahadah itu lah kalimah paling agung buat kita. Syukur kerana dilahirkan Muslim dan masih terus berpegang dengannya. Moga Allah pelihara kita dengan redha dan kasih sayang-NYA. :)
~Salam Ma'al Hijrah~
Jaga iman, jaga hati... :)
1 comment:
Pnjangnye boh-.-
Post a Comment