Monday 1 December 2014

Aurat awak, aurat saya jugak :)

"Allah jodohkan awak dengan buku. Tapi Allah telah jodohkan saya dengan blog awak nie. Alhamdulillah, saya tenang. Terima kasih"

Hampir menitis air mata terima comment macam nie.
Tak pernah un mengharapkan catatan dan tulisan di sini dapat menyentuh mana-mana hati.
Tak pernah mengharapkan apa yang ditaip dapat menggugurkan mana-mana air mata.
Tak mengharap pun sesuatu.

Semua tulisan dan catatan di sini memang untuk nasihat diri sendiri.
Sya insan lemah, Banyak kekurangan. Setiap catatan dan tulisan disini untuk sedarkan sya
Siapa sya disini. Apa tujuan sya kat sini. Kemana sya nak pergi.

Terima kasih untuk feed back yang baik. Sya hargai sangat.
InsyaAllah Sya akan guna kan medium ini sebaiknya untuk sampaikan sesuatu
Even sesuatu tu bukan permata yang berkilau terang,
Bukan juga intan yang cantik untuk dipandang,
Mungkin hanya sebagai dedebu pasir.

Terdetik malam nie nak update pasal aurat. Ye AURAT.
Tau, sya bukan selayaknya. Bukan juga sebaiknya untuk berbicara soal ini.

Mungkin di Mahallah lain
Di kelas dan tempat lain, lain juga pakaiannya.

Abaikan post yang down tu. InsyaAllah da okay dah. Nie nak cakap pasal aurat. Sebenarnya saya tak layak. Sebab saya un tak sempurna dari segi aurat. Kalau ada yang perlu saya betulkan terus terang je. 
 
Antara yang salah bagi saya: -->Baju lengan pendek pakai dengan inner baju yang ketat. -->Baju tak lepas punggung. Tak kisah la pakai dengan seluar atau skirt labuh. Tapi tak manis saya tengok. Kalau nak pakai jugak. Cover dengan cardigan. Okay sikit.
-->Tudung silang atas dada. Lagi tak manis saya tengok. Saya malu sebenarnya. Paling kurang un buat la butterfly. Molek sikit. 

Bak kata ustaz latif. Perempuan itu sebenarnya perhiasan. Dah cantik. So jangan ditambahkan dengan perhiasan2 sampingan. Sekarang kan kes dah banyak. Risau. Saya sebagai seorang sister, ada adik perempuan, kawan2 perempuan saya un banyak. Sayang sangat4. Nak ke syurga tu bukan bole masuk sorang2. Kena bawak masuk satu kampung baru best.
Yang selebihnya saya serahkan kepada yang lebih layak. Saya nak cakap lebih2 un saya ada kekurangan jugak. Asifff. Teguran untuk saya jugak.

Nie status post sya minggu lepas.

Nak post nie berpeluh tau. Takut
takut orang akan kata

'Eleh, dia un pakai biasa ja. Bukannya tertutup sangat un'
'Macam la dia tu tutup aurat perfect sangat. Berlagak alim betul'
'Nak tegur orang tengok diri sendiri dulu. Macam baik sangat dah'
'Orang yang pakai tutup aurat. Bertudung labuh. Pakai niqab un takde nak tegur macam tu. Pesal dia sibuk sangat nak tegur-tegur?'
'kita yang pakai tudung labuh un tak tegur macam tu. Suka hati dia je'

Maaf. Maaf. Maaf kalau status sya ada terguris mana-mana pihak.
Maaf sya tak selayaknya untuk menegur. Tapi bila nampak mungkar didepan mata, mana sya nak lari?

Berbalik kepada isu aurat.
Pernah jumpa kes macam nie?
Dulu dia pakai tudung labuh. Bidang 60, paling kurang un bidang 50. Sekarang dah pakai tudung bidang 45. Shawl pendek pulak. Allah.
Atau.
Kalau kita tengok balik dia dulu, tudung dia pendek dari kita. Siap silang tudung atas dada lagi. Sekarang, Allah sejuk mata memandang. Litup. Siap berniqab lagi. Hidayah Allah.
Atau.
Pelik la aku tengok dia, sebelum nie tudung biasa ja. Sem lepas tudung labuh jugak. Bidang 50. Handsock pakai. Stokin tak tinggal. Tapi apasal sem nie lain pulak? Baju makin ketat. Makin kecik je aku tengok size baju dia. Handsock dah kemana. Stokin kekadang pakai, kekadang tidak. Hurmm..

Pernah nangis depan kawan cakap pasal aurat.
Sebab aurat sya tak sempurna tertutup. Kekadang lupa. Kekadang ikut suka. Kekadang ah..lantak lah.

nangis, sebab hinanya. Kenapa bila Allah dah detik@tiupkan rasa insaf. hidayah tu dibiar.

Sisters...
Sya nak tegur. tapi sya takut. Kalau nak amek, amek lah. kalau nak biarkan biarlah.

Aurat nie, analogy dia banyak dah orang bagi. Tapi sya nak bagi analogy lain sikit. Aurat nie macam dosa kita. Bila kita buat dosa. Kita nak tunjuk kat orang tak? Bila kita buat salah, kita nak orang tau tak? Kalau orang nampak dosa kita. Kita malu sangat. Anggap jugak dosa tu busuk gila. Sama la, badan kita nie anggap je macam dosa. Nak tunjuk takut orang taknak kawan. Nak bukak je ingat yang badan kita nie berbau. Busuk yang teramat sangat.

Tapi tau susah. Sebab kita anggap badan kita nie lawa. Kan?
Sebab tu nak tunjuk. SALAH.

Di instagram. Di facebook. Di twitter even di tumblr un orang seronok tayang gambar.
Kalau elok sempurna auratnya tak kisah (abaikan kes yang suka menunjuk tu)
sedap jugak mata nak pandang. Tapi bila datang gambar, pakai baju adik. Seluar ketat sampai nampak garis. Baju pendek atas punggung. Allah. Malu sya. Malu. Sungguh.

Allah dah ciptakan kita dengan sebaik-baiknya. Dah cantik molek dah. Kenapa mesti dihuduhkan ciptaan-NYA? Huduh? Yup memang sya nak cakap un. Huduh! Ye la, pakai baju nampak sebijik-sebijik tak huduh ke? Allah. Malu.

Jangan ingat semua lelaki suka tengok perempuan macam tu.
Dorang jijik. Sungguh jijik.
Hanya lelaki yang penuh dengan nafsu ja akan suka tengok perempuan macam tu.
Ya Allah sisters. Tolong la. Kalau taknak pakai stokin un pastikan baju tu sempurna tutupnya.
Kalau taknak pakai handsock un pastikan lengan tu terjaga.

Sya akui, sya un jarang patuh. Terutama bab handsock dan stokin waktu dalam kawasan mahallah.
So sya minta maaf kalau teguran sya menguris.
Sya tegur diri sendiri jugak.

Sofeah kat rumah
umur 8 tahun dah minta kakak dia belikan handsock
Pakai tudung setiap kali keluar nak pergi jenjalan.

memang kengkadang geram jugak nak kena siapkan tudung si ciah tu
Tapi asalkan dia nak tutup aurat dia.
Kita turutkan.

Kalau dah budak sekecil tu tau
Lengan dia kena tutup pakai handsock
Rambut dia kena lindung dengan tudung

Takkan la kita yang dah 20'an nie tak faham lagi?

Tak payah cakap pasal seru tak sampai lagi
Pergi bukak al-Quran, Allah dah lama cakap pasal nie.
Kalau malas sangat pergi google cari ayat Quran yang cakap pasal aurat.

Manusia hidup beralasan.

Setakat ini je yang mampu sya coretkan
Sya akui, bab aurat dan bab agama sya lemah sangat
Sya tak sebaik yang lain. Sya banyak kurang. Tak caya tanya bebudak bilik
Sya banyak sangat kurang
Sya minta maaf andai terguris mana-mana hati.
Asiff.

Wallahu'alam. Wassalam.
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA