Salam PKP chuolls.
Harini rajin sikit nak blog since ada yang tanya progress skin.
Dah lama tak story pasal skin sebab dah sihat compared dengan masa zaman breakout dulu. Allahu. Selain skin, sekarang ni process nak jaga badan jugak. Sebab dh makin menimbun nii sejak2 WORK AT KITCHEN sekarang ni.
Kalau sebelum ni entry yang pasal kulit kina, masa tu tahun 2017 kot masa dalam recovery process. Boleh baca kat sini
Kalau kat entry ni kina ada kongsi basic skin care yang kina guna. Secara generally-nya tak berubah pon, still guna product yang sama- Hada Labo. I trust this product since 2017 till now la, tak pernah lagi tukar walaupun rasa nak bertukar jugak. Sekarang kan kita tengok product Meeracle mcm best kan, ramai jugak yang bagi feedback yang positive.
Lagi satu tertarik dengan Bougas skin care. Allahu teringinn sangat, tapi macam mahal jugak benda alah tu. So since sekarang nak kena simpan duit untuk kawen, kita hold dulu.
Okay, macam yang kina cakap- i use the same product Hada Labo. But Hada Lado ni ada banyak jenis utk skin type dia, kena make sure pakai product yang sesuai dengan kulit kalau taknak ada radangan pada kulit muka. Macam mana nak tahu sesuai ke tidak bila kita pakai kesan dia okay je, xda gatal-gatal, xda kulit mengelupas atau kemerah merahan. Sebab pernah cuba utk tukar ke jenis yang lain tapi tak sesuai dengan muka. Payah sikit Hada Labo ni sebab tulisan dia semua korea jepun mari, so kena pandai-pandai search la untuk tahu which one better for your skin type.
Okay ni list yang kina guna untuk sekarang.
Cleanser | Scrub | Toner | Moisturizer | Skin UV protect
Yang kina nak add up sekarang ni, pasal Scrub tu. Allah love sangat.
Sebelum ni pakai apricot. Apricot punya teksture tu macam kasar sikit, dan kesan dia kat kulit agak teruk la kalau jenis kulit yang ada jerawat jeragat. Bila kasar, dia akan merosakkan kulit. I stop using apricot since makin teruk je muka.
But thanks to my baby girl- Rina. sbb dia letgo dia punya scrub tu- St Ives Green Tea Scrub. Kina kalau tak scrub kulit rasa tak puas, so sejak pakai green tea tu memang sangat puas hati. Sebab dia sangat lembut & smooth je bila kena skin tu. Jangan la p tonyoh tak mau mau kat muka tu. Make it gentle and sopan laa sebab kulit muka sendiri kan.
Itu one of yang kina add up to my skin routine la, secondly pernah tanya tunang dulu macam nak amek supplement contohnya macam yang Hanis Zalikha pakai tu, Tonjour advanced. Dok usha lama dah, tapi tak terbeli beli sebab mahal sangat laa mak oii. Nak consume sebulan pon dh RM200, uish tak mampu.
So i search apa yang boleh boost up kan skin. Vitamin C.
Pengambilan vitamin C ni bagus bukan untuk kulit je but untuk kesihatan kita jugak. Sama jugak try search kat drug store vitamin c yang boleh di-consume but still costly. Maaf ya nak cantik memang kena keluarkan duit but, berpada-pada la yaa- bukan semua boleh terjah je masuk bakul. Ikut kemampuan. Disebabkan tengah simpan duit untuk kawen, kina guna alternative lain untuk vitamin C iaitu oren sunquick. ala buah limau tuu.
Ni gambar ihsan Google.
Setiap kali p pasar ke tesco mydin, mesti grab benda ni. Kat rumah jarang sikit dorang suka benda masam-masam macam ni, so kalau letak dalam peti pun takkan sapa sentuh kecuali orang yang beli tu. HAHAHA. But seriously benda ni menjadi bila selalu amik.
Natural kan, so takda add ups benda lain.
Selain limau, pisang pon baik untuk skin. Any fruits laa, semua ada khasiatnya.
Others yang kina jaga since kulit breakout dulu ialah pantang. I pantang semua makanan yang berminyak contohnya kacang. Paling pantang benda ni sampai sekarang dah tak makan laa. banyakkan minum air masak which is semua orang dah tahu. Benda ni common okay, kena minum.
Minum air masak ni make it wajib la sehari habiskan satu botol besar tu. 8 gelas sehari.
Bangun pagi first thing, minum air masak dulu before breakfast benda lain. Lepas habis breakfast amek lagi satu gelas air masak untuk penutup. Then in between nak tunggu lunch minum lagi satu gelas. Lepas lunch sebagai penutup minum segelas lagi air masak. In between nak tunggu makan petang minum satu gelas, lepas makan petang satu gelas. Pastu malam amek la 2 gelas, satu gelas before tido. Dah settle.
Hahaha
Okay itu je skin routine kina sekarang. Untuk make up pulak kina tak pakai heavy makeup. Sekarang pakai basic je. Prep skin dengan toner and moisturizer pastu pakai sunblock. Then concelear sikit kat bawah mata and blusher & lipstick calit sikit2. DONE.
I dah tak pakai foundation. Last pakai masa tunang dulu, itu pon korek botol foundation yang dok ada tu. Hahaha, bukan taknak beli tapi sbb memang nak stop sat guna foundation since asyik berminyak je kulit. So pakai concelear je.
So itu je.
Kalau ada yang tanya lagi- how i manage to get back my skin is sabar. Itu je
Walaupun tak sembuh sepenuhnya, but im happy dan bersyukur sangat dengan kulit sekarang. Nak compare dengan kulit dulu. Tapi benda tu la yang tolong untuk kina jadi disiplin sekarang tentang penjagaan kulit. Sekali lagi- skincare lagi penting dari makeup. Make sure jaga skin dulu tau. Jangan pandang rendah dengan penjagaan kulit.
Semua cantik & always be no matter how you looks like. Masa breakout pun still cantik, dan skin sihat pon cantik. Believe in yourself. Kalau orang lain cakap skin kau tak elok pon, trust me your skin better than orang yang cakap tu. Ignore what people say believe with what you have. Skin breakout tu tak lama pon kalau kita betul-betul sabar. I took more than 2 year untuk recover. Sekarang pon still ada parut2, but still you have to be SABAR-
Love,
Kina
Ni kongsi sikit gambar
Kalau sapa tak tengok lagi gambar masa skin breakout boleh tgok bawah ni.
Atas tu gambar breakout, bawah tu dah okay.
Ni masa worst kat dahi laa. Kat pipi and dagu pon ada, but paling worst kat dahi sebab lepas dia tinggalkan parut dia naik lagi biji jerawat bernanah tu.
Okay itu je.
Semoga yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu kesilapan diri saya sendiri. Moga ada yang bermanfaat dari perkongsiaan ni.
No comments:
Post a Comment