Tuesday 26 March 2013

kita dan mereka~~

Assalamualaikum~~

kita menangis disebabkan...
keputusan peperiksaan yang tak mengalakkan,
ibubapa yang kejauhan,
kekasih hati yang bergantian,
kelaparan akan makanan,

tetapi mereka disana, menangis
kerana tidak syahid dalam peperangan,
menangis akan negara Islam yang kini dalam jajahan,
menghitung hari untuk diri di'kembalikan'

kita disini,
rindu akan kampung halaman,
rindu dalam pelukan,
rindu untuk bertemu kekasih yang kononnya halal kan?

mereka?
mereka merindui syahidnya peperangan,
syurga yang sentiasa dalam igauan,
pertemuan dengan Allah, kekasih sejati sentiasa dirindukan,
bau syurga dari kejauhan.

kita..
lagu irama peneman seharian,

mereka..
bom, peluru berpandu dipagi kedinginan,
teriakkan menjadi kebiasaan,
batu bata sebagai pertahanan,
tapi itulah sebenarnya keberanian.

~................................................................~

Nukilan kat atas, sya amik dari ikim.fm sebenarnya..
Tapi ada sikit-sikit yang tak ingat, so sya tambah sendiri sikit-sikit.. hehe

Masa dengar tuu tersentuh hati..
banyakkan bezanya kita dengan mereka..
moga Allah sentiasa merahmati mereka disana..
hanya doa yang mampu dikirimkan buat saudara-saudara kita disana..

Jangan ingat pemuda kita disini bila bergaduh pastu menang dalam pergaduhan dianggap jaguh,
Tapi pemuda disana, saat batu yang dibaling mengena musuh Allah itu lah jaguh sebenarnya..
Berani melawan musuh Allah demi untuk menegakkan agama-NYA, mengembalikan Islam dimata dunia..

Bila disini heboh dengan politik yang entah bila akan berakhir..
Disana, mereka memikirkan bilakah penderitaan ini akan berakhir?

beza..memang berbeza..
Tapi, sebenarnya kita sendiri sedang berperang..

Berperang dengan nafsu sendiri..
Kalau disana mereka berperang dengan musuh Allah yang boleh nampak dengan mata..
Tapi kita berperang dengan musuh Allah yang lagi bahaya dari musuh lain..
Nafsu~~

Dengar macam tak takut langsung..
Ceh..pijak sikit dah boleh mati..

Tapi sebenarnya kita yang selalu mati bila kena pijak dengan nafsu sendiri..
Selalu tewas tatkala nafsu menguasai diri..
Ini lah kita disini..

Tapi Ustaz zaharudin cakap tadi..
Kita tak pernah terlepas dari melakukan dosa..
Dosa kecil mahupun besar..
Manusia tak sempurna..

Nafsu ibarat pesawat..
Hati macam pilot..
Akal co-pilot..
n anggota badan kita ibaratkan macam penumpang..

Bila pilot berjaya kawal pesawat dengan baik..ditambah pula dengan co-pilot yang sentiasa membantu..
secara automatik penumpang-penumpang akan rasa tenang dan semuanya dalam keadaan baik..

berbeza bila..
Pilot tak berjaya kawal pesawat, then co-pilot pun gelabah tak tentu pasal. dua-dua tak waras..
so secara automatik dan manualnya, penumpang-penumpang akan gelabah dan mula la haru biru keadaannya..

faham tak situasi kat atas?
Pilot kita nama Iman dan akhlak
Pesawat kita nama Boeing-Nafsu-666-jahanam
penumpang kita, amalan-amalan..

so, jadilah pilot yang serba boleh..
Tak goyang bila diuji dengan angin ribut..
Tenang hadapi awan mendung dilangit..
Tak panic tatkala pesawat meragam..
Co-pilot yang sentiasa membantu bila perlu mahupun tidak..
InsyaAllah pesawat kita akan sentiasa dalam kawalan..
dan penumpang kita sentiasa dalam landasan menuju destinasi yang diimpikan..

So, take it as advice..
Ambil yang baik, yang buruk biarkan disini..
Pendapat dan pandangan digalakkan..
Sya budak baru belajar..
Kadang-kadang bila jatuh sya perlukan tangan yang membantu, 
bukannya kaki yang menjauh pergi.. ^_^

p/s- Nafsu boleh dilemahkan bila kita kuatkan Iman, moga Allah bantu..InsyaAllah..

anyway, sekarang tgh lawan nafsu malas nie.. Malas nak bukak buku.. pray da best for my mid term exam n moga semua student IIUM dapat keputusan cemerlang dalam midterm first dialam degree nie..InsyaAllah..amiinn~~

^_^

...Filhifzillah...

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA