Alhamdulillah.
Tadi last exam midterm. MIDTERM je la. Final belom.
Rasa kurang sikit beban.
Sekarang cuma nak settle-kan assignment yang berguni-guni tu
Adoiii... Tu tak plus dengan homeworks DS macam nak membunuh buat simplex method linear programming tu. Pening kepala. -_-
Sem nie 8 subject termasuk perenting.
7 subject core. Seriously rasa macam hidup takde life.
Serious... arghhh
Sampaikan nak baring lepaskan penat un WhatsApp message masuk
'Erk,, bila nak discuss ek?'
'Kalau Kina present question 2 boleh?'
Haha. Tapi memang macam tu la hidup sebagai student. Tak boleh lari discussion.
~~~~~~~~
Baru je lepas lepak dengan adik-adik bilik nie.
Sem nie dapat sebilik dengan adik-adik junior. Bertambah tidak matanglah Sakinatul Syafiqah. haha
Sem lepas dengan akak-akak senior. Matang la sikit.
Actually, sekarang semua dah masuk frasa mencari kot. Macam Ustaz Latif cakap 'Cari dari sekarang. Jangan dah nak grad baru cari. Time tu all section closed!'. Betul la. Sekarang un dah banyak yang closed. haha
Emm, nak cari pasangan hidup nie bukan senang. Seriously. Dia macam soalan objective. Ada banyak pilihan. Nak pilih jawapan yang betul tu susah gila. Sebab tu la kita perlukan research yang banyak. Ilmu pengetahuan. Dan paling penting jalan. Jalan? Maksudnya jalan kita nak tuju Tuhan.
Jalan tu lah yang bermulanya dari diri sendiri. Persiapkan diri sebaiknya. Bukan dari segi kewangan atau asset je. Tapi dari segi keperibadian kita. Jaga hubungan dengan Pencipta. Hubungan dengan Allah kena sentiasa jaga. Banyakkan solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, lebihkan baca buku agama. Bukan sya mintak jadi belagak alim. No! Kenapa perlu pikir budak-budak alim je kena pegang al-Quran setiap masa? Budak-budak alim je yang kena puasa sunat setiap Isnin Khamis? Sepatutnya kita yang kena sebab kita nie bukan budak alim. Kan?
Jalan tu lah yang bermulanya dari diri sendiri. Persiapkan diri sebaiknya. Bukan dari segi kewangan atau asset je. Tapi dari segi keperibadian kita. Jaga hubungan dengan Pencipta. Hubungan dengan Allah kena sentiasa jaga. Banyakkan solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, lebihkan baca buku agama. Bukan sya mintak jadi belagak alim. No! Kenapa perlu pikir budak-budak alim je kena pegang al-Quran setiap masa? Budak-budak alim je yang kena puasa sunat setiap Isnin Khamis? Sepatutnya kita yang kena sebab kita nie bukan budak alim. Kan?
Pernah dengar quotes 'I'll treat you like you treat me'. Sama je concept dia. Kita akan dapat orang yang macam kita. Supaya kesefahaman itu tercapai.
Allah dah janji 'Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. So, sekarang kita just perlu jaga diri kita je. Treat diri untuk jadi yang terbaik bukan mengharapkan yang terbaik. But i know, sometimes nak jadi baik tu susah. Dalam proses pembelajaran itu susah sebenarnya. Ye la, nak jaga hati lagi, nak jaga amal lagi, nak jaga batas lagi. Memang susah. Tapi kalau kita yakin Allah bersama kita, insyaAllah Allah bantu.
Siapa lagi yang lebih memahami kita selain Allah? Allah lebih mengetahui segalanya. Analogynya macam nie, budak kecil nampak ibu dia pegang pisau dia nampak macam best je pisau tu. Seronok nampak ibu dia siang ikan guna pisau. Dia nangis-nangis minta. Tapi ibu dia tak kasi. Sebab ibu dia tau bahaya. Sedangkan si anak kecil itu hanya nampak seronoknya. Begitu lah Allah. Kita nampak seronoknya tapi Allah lebih mengetahui sebaliknya.
Berbalik kepada soalan objective kat atas. Bila nak exam preparation kita mantap. Kulit ke kulit kita hafal. Sama jugak. Nak cari pasangan hidup, kita perlukan ilmu. Bukan saja ilmu tentang pasangan kita. Malah ilmu tentang diri sendiri. Search yourself first. Kaji diri sendiri. Cari apa kelebihan dan apa kekurangan diri supaya pasangan kita nanti tak konfius. Dan dorang akan tau apa yang perlu dilengkapkan. Sya tak pandai sangat bab nie sebab tak pernah lagi ada pasangan hidup ke. Bercinta un tak pernah. Tapi alhamdulillah mak ayah selalu kongsi pasal benda nie. So ada la jugak ilmu pasal rumah tangga dan pengurusan rumah serta anak-anak.
Sya tau, mostly sekarang tengah crush-mencari-suka-admire dan sebagainya. Bak kata pepatah tak salah. Itu fitrah. yang post di FB un banyak. Sya sendiri kekadang post hal berkaitan di FB dan instagram. Bukan bermakna ada udang disebalik mee, just untuk pengetahuan.
Berkongsi pengalaman menghadiri kursus perkahwinan 2 tahun lepas (2012). Banyak info yang sya dapat. Antaranya isu penceraian. Faktor-faktor penceraian. Kalau ditilik balik tak sepatutnya timbul isu-isu kecil sehingga mendorong kepada penceraian. Kalau kita dah kenal pasangan kita, peceraian sepatutnya tidak akan berlaku. Sebab itu lah bercinta dahulu tidak menjamin kebahagian sepanjang hayat. Pernah dengar ungkapan, jika kita dah start hubungan dengan kejahatan@maksiat dimana lagi kebahagian dan keredhaan Allah bersama kita? Pegang konsep nie insyaAllah bahagia.
Analogynya macam nie, kalau kita dalam exam start dengan menipu@meniru, hasil atau result yang kita dapat disebabkan dengan perbuatan meniru kita. Gred yang kita capai setiap sem adalah hasil dari jawapan kita meniru. Dan keseluruhan CGPA kita adalah hasil tiruan dalam exam. Dan bila dapat kerja, gaji yang kita terima adalah sumbernya dari gred yang resultnya examnya hasil tiru budak pandai meja sebelah. Agak-agak gaji tu bersih atau tak? Fikir balik. Mungkin ada yang berpendapat gaji itu bersih. Ada jugak yang berpendapat sebaliknya. Sya cuma nak jelakan konsepnya.
Nak bahagia minta dengan Allah. Macam mana nak minta? Dekatkan diri dengan Dia. Nasihat untuk sesape yang tengah mencari mahupun yang tengah menunggu dan memikirkan keputusan. Istikharah adalah jalan terbaik. Mohon padaNya. Minta jalan untuk keluar dari masalah. InsyaAllah Allah akan permudahkan semua urusan. Dari Allah ujian itu datang dan hanya kepada Allah juga ujian itu akan dikembalikan. Maksudnya hanya Allah je yang tau jalan penyelesaikan bagi setiap masalah atau ujian yang datang. Minta padanya semoga segalanya dipermudahkan.
Ingat lagi pesanan mak
'Kakak, nak kawen bukan benda main-main. Perkahwinan satu institusi yang besar. Kakak tu lembut. Mak harap kakak tak dapat yang jenis panas baran'
Maaf andai sya terkasar or ada yang menyinggung perasaan sesape. Amek yang baik dan perbetulkan yang salah. Asif dari pihak saya. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka yang tengah dalam membuat keputusan dan kepada sesiapa yang dalam proses pencarian. Ameenn
Wallahu'alam. Wassalam