11.11 pm baru boleh login blog. Damn!
So, haii. Pukul 11 baru boleh start menaip atas keyboard. Habis semua idea lari berterabur masa membebel sebab time ni laaaaa Windows nak update. -.-
Okay straight to the point sebab aku pun dah ngantok (tapi nak jugak share tips) ngee.
Tadi pergi bayar duit pinjaman PTPTN. Dah selesai tu shopping la. Kononnya taknak keluarkan duit dahh. Tapi hancuss, habis jugak duit aku. RM100 jugak la habis kat skincare ja. HAHA
Tapiiii, aku bukan main beli ja skincare ni. Kalau masuk watsons tu habis semua tray, semua rak, level by level aku usha. Takut nak cuba product baru. Sebelum ni aku pengguna Mary Kay (MK). Alhamdulillah MK banyak bantu aku untuk pulihkan kulit muka aku yang sebelum ni. Keadaan kulit muka aku yang sebelum ni :-
1. Gatal-gatal
2. Jerawat + jeragat (siap ada nanah lagi) T.T
3. Mengelupas.
Tapi lepas guna MK, alhamdulillah semakin baik hingga sekarang. Tap cost nak guna MK terlalu mahal. Tak mampu nak beli. Lagipun nak dapatkan product dia susah. Kena cari agent yang sah dan bla bla bla. Sangat susah. So aku cuba cari alternative lain. Banyak buat reading kat websites and baca review orang kat twitter. Follow tips kecantikkan dan cuba guna bahan semula jadi. Aku suka follow kak Iman punya twitter and blog sebab banyak info yang boleh aku dapat daripada review2 netizen kat situ yang berkaitan dengan skincare.
Amaran- kalau rasa kulit sensitif dan untuk elak sebarang kecelakaan. Elakkan mencuba. Maka kena banyakkan readings and bertanya. Macam aku dulu malu nak tanya, malas nak membaca. Tapi bila rasa nak baik cepat. Semua usaha aku buat.
So, apa beza skincare dan make up.
Rasanya ramai yang tau beza dua ni. Skincare more to long term investment and makeup more to faster route which means short term investment. Dua-dua bagus. Aku tak cakap tak elok and taknak comparekan pun.
Certain orang- dia mengutamakan kesihatan kulit wajah dia berbanding penampilan wajah dia. Dia jenis tak kisah tak pakai makeup or just calit-calit sikit sudah asalkan kulit muka dia makin hari makin elok. Orang macam ni boleh tengok rak skincare dia lagi banyak dari rak makeup dia.
Ada pulak orang yang dia tak kisah pasal kesihatan kulit muka dia, yang penting ada alat boleh cover cela dia. So dia akan lebihkan barang-barang makeup dari skincare treatment.
Dua-dua okay. Satu pikir more kepada future investment. Macam dia takda boyfriend lagi, so dia
pikirkan macam mana nak pikat lelaki untuk suka dia yang boleh sehidup semati dengan dia. The second type is yang dah ada boyfriend and she need to make sure yang lelaki tu tak lari cari orang lain. So she need something yang fast and gogess.
HAHA. Siot. Okay lain laa. Saja letak analogi macam tu. But somehow betul kan?
So here is my skincare routine :-
Hado labo tu aku guna yang trial set dulu sebab nak try tukar. Seminggu pakai kulit mengelupas, aku cuba kurangkan kuantiti cleanser dia, lepas tu dah okay. Just nice. Suka sebab rasa sangat kulit lembab. Tonner and moisturizer wajib pakai lepas mandi pagi tu and sebelum tido.
Facial oil cleanser tu macam nak boleh taknak pun takpe. Macam lagi bersih bila cuci dua kali. Oil cleanser fungsi dia untuk tarik minyak-minyak kat kulit kita ni. Untuk elak jerawat. Sesiapa yang selalu pakai makeup, kena la guna ni untuk elak jerawat. Agak costly but somehow percaya la berbaloi. Use wisely. Pandai jimat insyaAllah berbaloi walaupun mahal.
Serum Sugar gold tu aku terjebak. HAHA. Sebelum ni pakai serum morgan oil. Tapi dah habis. So terjebak bila kakak yang jual tu cakap okay. Tapi memang serious okay pun. Tak berminyak bila pakai and smooth je masa nak apply foundation. Tak bertompok and jimat foundation sebab guna sikit pun dah boleh apply sekata kat muka dengan bantuan Sugar Gold ni.
UV perfect tu sunblock. Wajib pakai ye kawan-kawan. Especially bagi sesiapa yang nak menghilangkan parut jerawat dimuka. UV protect ni untuk elak parut kita jadi lebih hitam. So kalau parut kita terbakar kena cahaya matahari so susah la nak hilangkan parut tu. So wajib pakai bagi sesiapa yang nak hilangkan parut. Aku dah guna nak masuk 5 bulan dah. Sangat jimat and murah ja. So tak rugi pun kalau beli sunblock sebab sangat berguna dan penting!
Ni pulak basic makeup aku :-
Serious aku tau yang ni ja. Yang lain kirim salam awal-awal. Sumpah fail.
Bagi aku makeup ni macam nak bagi nampak aku ni confident sikit ja. InsyaAllah confident la sikit sekarang ni bila nak jumpa client bincang pasal penyata kewangan syarikat. HAHAHA
So bagi pendapat aku, penjagaan kulit tu macam benda wajib dan makeup tu just like hobby. Skincare tu keperluan dan makeup itu kehendak. Tapi serious aku suka makeup. Seronok kot makeup. Tapi barang makeup aku tak banyak. Basic ja. Tapi aku suka tengok MUA bellaz. Even tengok officemate makeup pun aku suka. Sebab aku fail makeup. Bagi la berus tu kat aku, serious tak jalan.
Banyak aku baca yang dah fedup dengan skincare and lebih fokus kepada makeup sebab fast route untuk cantik. But pleaseee, skincare first, bagi aku sejauh mana makeup tu boleh cover cela kau? Itu apa yang aku pikir la.
Kalau kulit kita cantik + bersih = tak akan ada masalah, bila kita apply makeup pun serious cun. Nak tanggalkan makeup pun tak malu. Tak la segan dengan bakal suami nanti. Lelaki zaman sekarang macam-macam peel. Sebelum kawen suka la dapat makwe kulit lincin, lawa, cun, makeup elok. Lepas kawen, bukak makeup jenuh nak hadap.
Beauty lies in the eye of beholder
Apa-apa pun be confident. And enjoy your beauty, cause everyone have. Don't envy with others, cause you have better.
So to all gals, love your skin.
Wassalam. Tido oii ngantok.
12.34am
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA