Wednesday, 31 October 2012

Allah dah bagi warning...

Amerika Syarikat dilanda Taufan Sandy..


Assalamualaikum... :) cmne sihat? 
Semalam tengok berita, tetiba dengar pasal US kena serang dengan taufan.. Dalam hati dah syukur sangat2 dah sebab padan muka US, amik kau.. Allah da turunkan hukuman... 
Tapi, bila rationalkan balik iman dengan akal.. Allah turunkan semua nie ada sebab.. Allah tak akan hukum sesuatu kaum tanpa sebab.. Ya, kita boleh tengok sendiri macam mana US.. orangnya, negaranya, semua tip-top.. memang superb.. Amerika negara paling maju.. Tiba2 dengan sekelip mata Allah tarik nikmat tuu.. 

Jom kita fikir balik.. pernah tengokkan cerita 2012 ?? Ramai yang kata tahun 2012 Kiamat.. betul ke tak? Bila tengok berita pasal US hampir tengelam nie, terfikir jugak.. betul ke nak kiamat dah? 
Bukan percaya pada firasat barat..cuma terfikir.. Tapi masalahnya, hanya Allah yang tahu bila.. Sekarang kita tak perlu risau bila kiamat.. InsyaAllah kiamat akan muncul.. so, don't worry..

Yang kita perlu risau sekarang nie.. KITA, Ummat Muhammad, Manusia, Hamba Allah.... kita da sedia ke? da ready nak hadapi hari tu? Okay, jujur cakap saya tak ready lagi.. Iman tak mantap lagi, akhlak un tunggang terbalik lagi.. ibadah un belum sempurna.. tal ready untuk hari itu..

Sedih sangat bila tengok Malaysia masih belum sepenuhnya negara Islam.. Melayu Islam un masih berpakaian seperti kafir.. Tak tau hukum hakam.. Rambut da macam2 warna, skirt pendek atas lutut, baju sendat padat ketat--> itu baru luaran dalaman, ibadahnya, kita tak tengok lagi... kita boleh kategorikan Malaysia nie klon kepada US la.. boleh terima? Mungkin elok sikit dari US.. 
 Nauzubillah, moga Allah lindungi kita dari semua itu.. ameenn..

Orang kita belum  sepenuhnya sempurna termasuk saya sendiri.. Peringatan yang diberi hanya bagai mencurah kedaun keladi.. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Sahabat, mungkin hari ini US dilanda bencana, mana tau esok lusa Malaysia pula yang kena.. Siapa tahu kan? Allah adil.. Takkan nak hukum US je, sedangkan kita un lebih kurang je.. Nauzubillah, saya tak mintak... cuma nak ingatkan je.. 

Saya un masih belajar n belum sempurna semuanya.. Mendidik iman untuk cekal n lebih kuat pergantungan dengan Allah.. Bila tengok Taufan Sandy landa US.. saya takut sangat, pernah dengar orang ckp, tanda2 kiamat naty... Amerika akan tengelam dulu... so bila tengok tadi, terus teringat kata2 sahabat tuu..... 

So, jom prepare diri, iman, akidah, ibadah kita.. kita ada tujuan kita sendiri bukan hanya hiburan kita di dunia nie.. Syurga tujuan kita.. Dunia penghubung kita dengannya.. Allah tahu hamba-NYA yang benar2 ikhlas akan syurga-NYA.. hidup kita untuk Allah, mati kita juga untuk-NYA..  ameen..
"sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah"

jadikan gambar2 nie sebagai iktibar tau... kalau nak tau lagi berita pasal nie ce Google.. jadikan pengajaran buat kita.. :)






imej dari satelit - Taufan Sandy


dah macam cerita Titanic kan..

p/s- Allah menyayangi dan mencintai hamba-NYA yang selalu mengingati-NYA.. <3

^_^

3 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

Subhanallah, kuasa Allah tu besar. siapa kita nak melawan. Amerika yang maju dengan pelbagai teknologi dunia pun dilanda bencana. we do ours. Doa and usaha. chande ahead for a better.

Muhammad Adam bin Roslan said...

Ujian tu bukan dari segi musibah seperti taufan atau kemarau je.. tetapi nikmat tu juga boleh jadi ujian.. kat Malaysia ni aman, kaya.. kalau ikut mata kepala, kita merasakan itu nikmat, tetapi kalau ikut mata hati, itulah ujian yang Allah letakkan pada kita.. hasilnya, mereka yang beriman takkan terlalu cintakan dengan nikmat dunia. Orang yang tak beriman, mereka akan berasa selesa dengan nikmat-nikmat yang ada dan kufur terhadap nikmat itu. Oleh itu, Malaysia juga ditimpa musibah Kina. Sekadar nak kasi faham. Apa-apa pun, bagus la Kina dah rasa kiamat tu dekat.. Kalau kina betul2 mendalami apa yang berlaku sekarang, Kina akan menangis.. Semoga Allah mudahkan jalan Kina. Terima kasih atas perkongsian. :)

sakinatulsyafiqah said...

sukran, atas perkongsian.. yup, mmg Malaysia un da diuji, cuma kita je yang tak sedar... thanks adam, ingatkan.. :) sedih en, kenapa kita kena diuji dgn benda berat baru kita sedar siapa kita n tujuan kita.. kadang2 tuu kita terus lupa bila diberi segalanya.. mungkin ini kuasa Allah sebab hanya Allah yang dapat membolak balikkn hati.. mohon agar kina n kawan yg lain sentiasa dalam n dibawah lindungan-NYA.. moga kita makin denkat dgn-NYA tatkala yang lain jauh.. :) Thanks adam.. InsyaAllah, moga Allah mudahkan segalanya..

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA