Sunday, 25 August 2013

Kita vs Mereka

Assalamu'alaikum~~

"Saya tak bole hidup tanpa awak, moga hubungan kita berkekalan"
"Doakan kami bahagia selamanya"
"Dalam hidup nie, hanya awak yang saya inginkan"
"Aku sakit hati betul la dengan minah tuu, ada je benda nak sakitkan hati aku"
"Siapa yang sudi, pm"
"Ehem...ehem... secocoknya"
"Roadblock pula, tak ada keja lain ke asyk nak block jalan orang je?"
"Aku tak faham orang yang suka perli-perli orang nie"- sya terasa. hehe bior lee
**letak gambar**-caption: baju raya tahun nie, cantik tak? baju ke I yang cantik? - caption pasal baju tapi picture muka je. yang comment pula- wow, marbelousssss.., awak nie kiut la..
okay fine..dah melebih nie.
Gaya macam jeles pulak. hehe

Nie antara status di facebook

Kalau di twitter,
"@xxx_xxx a........"
opss sorry sya dah deactive twitter so tak tau perkembangan apa kat twitter.

Kalau kat instagram,
*letak gambar*
"......."
pun tak ada jugak, so tak tau langsung pasal instagram. hehe
*ketinggalan kan?*

Okay la,,
 itu KITA..
Kalau MEREKA..

Boooommmmm...
Penggg..pengg..pennggg...
Arghhhhh...
Tolong..help...

hanya itu sahaja kott, status yang bole di-update

Hurm,, nampak tak beza kita dengan dorang?

Terfikir tak apa yang mereka fikir
Sya terfikir, mungkin dorang selalu fikir...
"Saudara aku dah pergi, mungkin lepas nie giliran aku.."
"Demi Islam dan umatnya aku sanggup darah ini menitis membasahi bumi"
"Kami perlukan bantuan, siapa yang sanggup?"
"Mak, ayah, adik takut."
"Kenapa dorang jahat sangat amik mak ayah adik? Adik dah tak ada sesiapa dah"
T_T

Kalau kita kat sini hujan sikit je dah bebel,,
"Alahai, time2 nie la nak hujan. Aku nak g date nie. Blind-date lak tuu, kang lambat free je kena reject"
=.='

Dorang kat sana hujan peluru,,

Kita,
"kan dah basah baju nie ha, ish.. siang malam nak hujan, bila baju nak kering!!!"
bentak pula bila hujan. baju basah katanya..

Dorang,
bukan sahaja basah, bertukar warna terus..
Merah je..

Kita, panas sikit marah,,
"Ish, panasnya hari nie. Bila nak hujan nie, berpeluh habis"

Dorang,
peluh dengan darah un tak ada bezanya..

Banyak sangat beza kita dengan dorang..
Apa lagi yang kita nak?
Malaysia dah cukup aman 
SAMPAIKAN
 artis kita dengan penuh rasa tak tergugat bukak sana sini, kononya nak up-to-date
anak dara bonceng motor teruna kesana kesini, hilang rasa malu, katanya anak gadis sekarang tak macam dulu
hilang dara, tukar pasangan bagaikan barang dagangan, bilangnya itu normal, perempuan sekarang dah tak ada semua tuu
lelaki seronok bawa gadis sana sini, peluk tak kira tempat, sogoknya kita kena maju
tua muda sama ja, Al-Quran hanya hiasan, Masjid dijadikan sempadan, 
akhirat? hanya khabar, dunia yang dikejar

Begitukan kita kat sini?
Mungkin bukan kita, tapi sebahagian dari kita.

"Kami tak mampu buat apa, kos nak pergi sana tinggi, lagipun kami still belajar, ada anak bini, ada keluarga yang nak dijaga, ada taggungjawab, bukan kami taknak tolong, kami kesiankan mereka kat sana tapi kami pun tak mampu nak bantu"
Ya, sya un sama. Tak mampu nak turut serta pegang senjata
Tak mampu nak pegang batu nak baling kat yahudi
Tak mampu nak berhadapan dengan orang2 yang bencikan Islam..
Hanya doa sya bole titipkan..
Ya Allah...kami lagi lemah rupanya..
T_T

Umi, abi, abang, kakak, adik..
maafkan kami, 
kami tak sekuat kalian,
hanya doakan senjata kami untuk kalian..
maafkan kami,
kami hanya mampu melihat darahmu mengalir,
hanya air mata yang mampu kami alirkan..
maafkan kami,
kami masih lemah untuk turut serta bersamamu..
kami hanya mampu berdoa untuk kekuatanmu, kesabaran, keselamatan dan demi Islam yang kalian perjuangkan..
Kami tak akan sia-siakan perjuangan kalian...

Ya Allah, selamatkanlah saudara kami...

p/s: kehidupan kita dan mereka bagaikan cinta antara dua darjat yang tak mungkin dapat disatukan. Tapi demi satu kalimah yang sering kita dan mereka ungkapkan itu sudah cukup untuk samakan kita dengan mereka. Kalau keluarga kita disana diseksa apakah kita masih bole bersuka ria? 


"kita selalu takutkan jasad kita mati, tapi kita tak pernah takut hati kita yang mati"


Sunday, 4 August 2013

Muhasabah: Dosa jangan dijadikan rutin. :)

Assalamua'laikum..
:)

"dan mohonkanlah ampunan kepada Allah. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"-106

"Dan janganlah kamu berdebat untuk (membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat dan bergelumang dosa"-107

"mereka dapat bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, karena Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredhai-NYA. Dan Allah Maha Meliputi terhadap apa yang mereka kerjakan"-108

Terlelap sekejap, cuba pejam balik nak tido..
Jam menunjukkan pukul 1.30 am, mata enggan jugak tutup padahal badan da letih gila
Teringat sesuatu yang belum dilaksanakan. Mungkin itu kehendak-NYA
Buku pink bertanda segera dibuka...

~..................~

Tersentuh baca ayat yang sya share atas tuu.
Jom teman sya muhasabah diri kejap 

"...mohonkanlah ampunan kepada Allah..."
Kalau kita selalu baca Al-Quran dengan taksirannya mesti kita selalu jumpa ayat nie.
Allah ulang ayat nie banyak kali minta kita memohon keampunan dari-NYA
Nak tau kenapa??
Sebab Dia sayang kita la.. Sesesat dan sejauh mana un kita pergi dari Dia, Dia tetap ingin kita mohon keampunan-NYA supaya Dia bawa kita kembali pada-NYA.

Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-NYA
Setiap dari kita tak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sama ada kecil atau pun besar. 
Tapi sebesar-besar mana un dosa yang kita lakukan, Allah tetap ampunkan kita kalau kita betulbetul ikhlas.

Solat Sunat Taubat,
Jarangkan kita buat *sya laaa*
Kita selalu pandang remeh solat sunat.
Sebab solat tuu sunat je - buat dapat pahala, tak buat tak berdosa.
Solat Sunat Taubat nie salah satu solat yang kita bole mengadu semua dosadosa kita pada Allah.
Mohon ampunan-NYA, insyaAllah, diampunkan
Dengan syarat betulbetul ikhlas lah.

Pernah tak terpikir macam nie
"...esok la aku taubat, malam nie da ngantuk dah"
Kita terlalu yakin masih ada esok untuk kita.
110% keyakinan yang esok kita masih ada.
Kawankawan, esok mungkin kita ada tapi esok hari lain, tak sama macam hari nie.
Ironinya sama, tapi secara halusnya tak sama
Hari nie kita buat dosa, esok mungkin kita buat dosa yang sama tapi kuantiti dosa kita tak mungkin sama macam hari sebelumnya.
Jom buat calculation
Kalau hari nie punya dosa kita tambah anggaran esok punya dosa
bukan ke kalau ditambah dosa tuu akan berganda??

"...sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat dan bergelumang dosa"

Bila kita bergelumang dengan dosa,
dosa tuu akan jadi macam rutin harian kita
Dia macam makanan ruji kita- kita perlukannya setiap hari
Nak ke kita jadi macam tuu??

"mereka dapat bersembunyi dari manusia tapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, kerana Allah beserta mereka..."

Allah sentiasa dengan kita,
sedalam mana un lubang kita korek untuk tanam dosadosa kita
Allah tetap mengetahuinya.
Allah melihat setiap perbuatan kita
setiap isi hati kita 
kita bole tipu orang lain malah kita juga mampu untuk tipu diri sendiri tapi kita tak mungkin bole tipu Allah.
Apply balik Ihsan dalam diri kita

"dan mohonkanlah ampunan kepada Allah. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

Allah Maha Penyayang malah kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu untuk anaknya
Allah sentiasa mendengar rintihan doa hambahamba-NYA
Allah menghampiri hamba yang memerlukan-NYA

Kita selalu pertikaikan
"kenapa dia tak sayang aku macam mana aku sayang dia"
TAPI
pernah tak kita pertikaikan
"kenapa kita tak sayang Allah macam mana Allah sayangkan kita?"

Allahurabbi..

"Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, niscaya dia akan mendapatkannya, Allah Maha Pengampun, Maha Penyanyang"-110

Keampunan Allah itu seluas langit dan bumi untuk kita hamba-NYA
cuma sayang keegoan kita menghapuskan  dan melenyapkan segalanya
Kita lupa siapa kita
Kita lupa apa taraf kita
Kita lupa kedudukan kita

Pohonlah keampunan-NYA
Selagi nafas dihela, selagi nyawa dikandung
belum terlewat untuk mohon ampunan Allah
Kita dah di penghujung Ramadhan
Gunakan baki hari yang tinggal nie dengan sebaik-baiknya
^__^

Peringatan buat kawankawan yang buzy persiapkan kemeriahan Aidilfitri naty
Dua hari dimana hati manusia akan mati iatu pada malam Aidilfitri dan Aidiladha..
*betulkan sya kalau silap, sya amik petikkan katakata prof izzy

okay la, yang bangun online tuu jangan lupa Tahajud sebelum sahur 
^^

p/s- buat kaum hawa yang sya sayang kerana Allah, jaga kesucian dan kehormatan kita di Aidilfitri naty. Kita bukan barang dagangan yang bole bonceng moto ikut lelaki sesuka hati. Kita bukan anak patung untuk sentiasa dipeluk lelaki ajnabi, kita bukan barang promosi untuk ditayang-tayang sana sini. Jadilah muslimat yang mewarisi legasi 'Siti' dalam sejarah nabawi, insyaAllah.

Salam Ramadhan.
Nantikan mesej sya malam raya naty. haha
sapa yang bertuah je dapat. hakhak *kejam*

Asif salah silap, sya hanya hamba Allah yang juga hina dan tak sempurna
yang baik dari-NYA dan yang buruk itu dari sya sendiri.

Wallahu'alam~~
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA