Assalamu'alaikum~~
"Saya tak bole hidup tanpa awak, moga hubungan kita berkekalan"
"Doakan kami bahagia selamanya"
"Dalam hidup nie, hanya awak yang saya inginkan"
"Aku sakit hati betul la dengan minah tuu, ada je benda nak sakitkan hati aku"
"Siapa yang sudi, pm"
"Ehem...ehem... secocoknya"
"Roadblock pula, tak ada keja lain ke asyk nak block jalan orang je?"
"Aku tak faham orang yang suka perli-perli orang nie"- sya terasa. hehe bior lee
**letak gambar**-caption: baju raya tahun nie, cantik tak? baju ke I yang cantik? - caption pasal baju tapi picture muka je. yang comment pula- wow, marbelousssss.., awak nie kiut la..
okay fine..dah melebih nie.
Gaya macam jeles pulak. hehe
Nie antara status di facebook
Kalau di twitter,
"@xxx_xxx a........"
opss sorry sya dah deactive twitter so tak tau perkembangan apa kat twitter.
Kalau kat instagram,
*letak gambar*
"......."
pun tak ada jugak, so tak tau langsung pasal instagram. hehe
*ketinggalan kan?*
Okay la,,
itu KITA..
Kalau MEREKA..
Boooommmmm...
Penggg..pengg..pennggg...
Arghhhhh...
Tolong..help...
hanya itu sahaja kott, status yang bole di-update
Hurm,, nampak tak beza kita dengan dorang?
Terfikir tak apa yang mereka fikir
Sya terfikir, mungkin dorang selalu fikir...
"Saudara aku dah pergi, mungkin lepas nie giliran aku.."
"Demi Islam dan umatnya aku sanggup darah ini menitis membasahi bumi"
"Kami perlukan bantuan, siapa yang sanggup?"
"Mak, ayah, adik takut."
"Kenapa dorang jahat sangat amik mak ayah adik? Adik dah tak ada sesiapa dah"
T_T
Kalau kita kat sini hujan sikit je dah bebel,,
"Alahai, time2 nie la nak hujan. Aku nak g date nie. Blind-date lak tuu, kang lambat free je kena reject"
=.='
Dorang kat sana hujan peluru,,
Kita,
"kan dah basah baju nie ha, ish.. siang malam nak hujan, bila baju nak kering!!!"
bentak pula bila hujan. baju basah katanya..
Dorang,
bukan sahaja basah, bertukar warna terus..
Merah je..
Kita, panas sikit marah,,
"Ish, panasnya hari nie. Bila nak hujan nie, berpeluh habis"
Dorang,
peluh dengan darah un tak ada bezanya..
Banyak sangat beza kita dengan dorang..
Apa lagi yang kita nak?
Malaysia dah cukup aman
SAMPAIKAN
artis kita dengan penuh rasa tak tergugat bukak sana sini, kononya nak up-to-date
anak dara bonceng motor teruna kesana kesini, hilang rasa malu, katanya anak gadis sekarang tak macam dulu
hilang dara, tukar pasangan bagaikan barang dagangan, bilangnya itu normal, perempuan sekarang dah tak ada semua tuu
lelaki seronok bawa gadis sana sini, peluk tak kira tempat, sogoknya kita kena maju
tua muda sama ja, Al-Quran hanya hiasan, Masjid dijadikan sempadan,
akhirat? hanya khabar, dunia yang dikejar
Begitukan kita kat sini?
Mungkin bukan kita, tapi sebahagian dari kita.
"Kami tak mampu buat apa, kos nak pergi sana tinggi, lagipun kami still belajar, ada anak bini, ada keluarga yang nak dijaga, ada taggungjawab, bukan kami taknak tolong, kami kesiankan mereka kat sana tapi kami pun tak mampu nak bantu"
Ya, sya un sama. Tak mampu nak turut serta pegang senjata
Tak mampu nak pegang batu nak baling kat yahudi
Tak mampu nak berhadapan dengan orang2 yang bencikan Islam..
Hanya doa sya bole titipkan..
Ya Allah...kami lagi lemah rupanya..
T_T
Umi, abi, abang, kakak, adik..
maafkan kami,
kami tak sekuat kalian,
hanya doakan senjata kami untuk kalian..
maafkan kami,
kami hanya mampu melihat darahmu mengalir,
hanya air mata yang mampu kami alirkan..
maafkan kami,
kami masih lemah untuk turut serta bersamamu..
kami hanya mampu berdoa untuk kekuatanmu, kesabaran, keselamatan dan demi Islam yang kalian perjuangkan..
Kami tak akan sia-siakan perjuangan kalian...
Ya Allah, selamatkanlah saudara kami...
p/s: kehidupan kita dan mereka bagaikan cinta antara dua darjat yang tak mungkin dapat disatukan. Tapi demi satu kalimah yang sering kita dan mereka ungkapkan itu sudah cukup untuk samakan kita dengan mereka. Kalau keluarga kita disana diseksa apakah kita masih bole bersuka ria?
"kita selalu takutkan jasad kita mati, tapi kita tak pernah takut hati kita yang mati"
No comments:
Post a Comment