Friday, 22 November 2013

Aku berserah. Moga ini yang terbaik~~

"Kalau kita dah berserah pada-NYA, kita tak akan menyesal dengan keputusan yang kita ambik. Sebab kita dah serahkan takdir kta pada-NYA dan Dia lah sebaik-baik perancang." - Imam Muda Asyraf

~................~

Seminggu dua nie agak stress memikir..
Pikir pasal..... macam-macam..
Haha. Biasala nama pun students.

Kebanyakkannya fikir pasal MAJORING..

"Nak major apa nie???"
Pecah otak fikir..

Dulu memang cinta sampai mati dengan Account. Tapi bila mula study MAF, rasa macam tak boleh nak carry account. Bila keluar kelas MAF je asyik nak nangis je. Tuu memang trouble + horrible laa..

Then rasa macam nak ber'chenta' dengan IBF pulak. Okay stick dengan IBF. Then pikir balik, IBF belajar macam mana ek nanti? Ada term-term baru ke? Account dia sama macam account sekarang tak?
Hah, dia mula pikir luar alam dah...

After that, mula berjinak-jinak dengan Economics pulak. Maaf memang tak boleh. Dalam kelas je rasa macam kelas berangan dah. Berangan je keja. Bila sir cakap, imagine.. dia mula imagine beli rumah then jiran dengan sape, pastu nak pergi keja nanti, nak drive ke nak naik public. Pastu pergi pulak ke UK, main-main salji. Then travel ke Korea jumpa Gary. Ji Hyo jeles then kena lempang, pastu terus tersedar. Tapi sedar-sedar je dah habis kelas.. n_n

BBA? Memang tak tengok dah. 1000 kemaafan.. ^_^

~.....................................~

Buntu sangat nak pilih apa then, call orang rumah
"Mak, ce mak gtau kakak jap. Kakak patut major apa?"
"Mana mak tau. Dulu cakap nak accounting"
"Tapi rasa macam tak boleh nak carry"
"Mak tak boleh nak buat keputusan sebab nie tentang masa depan kakak. Kakak lebih tau apa yang kakak nak. Make the best choice. Mak akan doakan yang terbaik. Tapi !!! Mak nak keluar naty keja pensyarah bukan keja bank. Mak tak nak keja bank. Kakak perempuan."

Tak selesai jugak call mak un. Tanya ayah n abang un jawapan yang sama..

Tanya kawan pulak
"Apa yang kau cari dalam major nie?"
"................."

Aku sendiri tak boleh nak jawab. Apa yang aku cari ek?

Dalam kelas MAF tadi, kena duduk belakang sebab tak buat exercise. Nampak tak kemalasan Sakinatul Syafiqah. huhu. Then tengah-tengah buat latihan tuu, terfikir soalan sahabat tuu. "Apa yang aku cari?"

.........housewife-to-be je la. senang keja.
Jaga account isi rumah, urus ekonomi rumah tangga, finance duit husband n anak-anak, manage business rumah tangga je. - Apply semua course terus..

Tapi, apa guna belajar sampai tahap nak gugur isi rambut kalau just grad jadi housewife je.
At least naty bole ringankan beban suami sikit kalau keja.
TAPI AKU NAK MAJOR APA???

~..................................................~

Doa tak pernah putus, mohon diberikan petunjuk.
Berteleku lama diatas sejadah mohon untuk dipermudahkan urusan...
Allah bukak sikit jalan..

Nampak sikit apa yang aku nak,
Aku nak sesuatu yang aku idamkan selama nie.

Ada sahabat pernah kata
"Kau nak putus asa? Allah tak suka orang yang putus asa tanpa usaha nie? Kalau ye un nak putus asa, mana usaha kau? Dah berusaha sangat-sangat ke nie sampai nak putus asa?"

Tak kan nak patah balik
Move on.
Cabar diri.
Melayu tak akan maju kalau asyik putus asa
Kalau asyik rendah diri. *bukan suruh sombong takabur tau*
Kalau asyik kata diri tak boleh..
Bila nak maju macam nie??

Melayu mundur, Islam terkubur.
Jangan! Kita pewaris bangsa dan agama.
^__^

~.........................................~

Akhirnya,
Allah bimbing juga hati nie untuk pilih Accounting as the first choice.
Alhamdulillah. akhirnya nampak pro-cont 
Beza keputusan bila kita berserah pada-NYA dan keputusan bila kita buat ikut suka hati je.

Mungkin ini yang terbaik. InsyaAllah.

~.............................~

Semuanya selesai
Bila kita yakin dengan-NYA, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Allah knows what the best for us.
Yakin~~

"Yakin pada Allah. Dekat diri dengan-Nya. Jaga hubungan. InsyaAllah, keberkatan sentiasa disisi. Allahul musta'an." - Ariff

~................................................................................~

"Mak, kakak amek Accounting. Mak doakan yang terbaik tau"
^___^

..........

1st choice- Accounting
2nd choice- IBF
3rd choice- Economics

Moga Allah mudahkan segalanya. 

"....rugi la dptmnt acc xde bdk mcm ko nnti.."- Syukur

Rugi ke? Jangan menyesal sudah lah. haha

Friday, 8 November 2013

Terima kasih sahabat~~~


Assalamualaikum~~~

Khamis, 7 November 2013, 2 Muharram 1435
Aku mula faham apa itu sahabat bila mula jauh dari family..
Bab kata dila
"Kami kan family kau kat sini..."

Tersentuh dengar kata-kata tuu..

Ah, indahnya ukhwah bila bersatu dalam satu ikatan kekeluargaan..



~.......................................~

Balik dari kelas tadi lepas solat zohor terus landing atas katil...
Baca buku motivasi kejap then tertidur *Baca buku 2 baris pun dah mengantuk. Itu normal*

Then sampai la ke asar sya tidur. wah wah, bahagia sungguh petang nie.
Assignment, quiz, test, presentation macam tak wujud ja..

"Kina, bangun solat"- paen
"okay2.. kejap2."- aku

5 minit after

"Kina, nak pergi makan pukul bape? Lapar"- tikah
"Pukul 6 naty la. pukul 5.30. okay2, kejap nak g solat"- aku

Sampai je bilik lepas balik dari toilet, bukak-bukak langsir compartment..
"Happy advanced birthday !!!"
Dengan towel atas kepala, dengan muka bangun tidur dengan tak readynya..
Ya Allah, speechless time tuu. Tak tau nak kata apa..

Beb, Sayang korang~~
Tau apa?
Aku tak pernah bermimpi nak ada kawan yang macam korang..
Even kadang-kadang angin tuu kalah monsun timur laut barat,
Perangai kalah taiko simpang empat jalan belakang KLCC,
air mata kalah drama Nur Kasih,
But
Sweet korang memang nak buat aku kena diabetes..
sweet n cute sangat korang..
Memang tak bole lah aku nak replace korang dengan yang lain..

Ya Allah, jika ada musuh antara kami jauhkanlah, jika air mata dalam hubungan kami, hapuskanlah, jika ada pertelingkahan antara kami padamkanlah. Ya Allah, jangan pisahkan kami dengan perpisahan yang panjang kecuali kematian memisahkan~~ Ameenn

Fina + Paen + Dila + Tikah
Happy jumpa korang. Insya Allah may Allah bless our ukhwah n be till Jannah













Ha tudia kalau bab makan ngn amik gambar itu memang profession kitaorang.. haha

"Kalau aku pergi jauh, aku tau ada yang mendoakan aku kelak.. Terima kasih sahabat buat segalanya"

~..................................................................~

Buat yus jugak, tak ketinggalan terima kasih nya..
^__^

InsyaAllah korang akan ku kenang sampai bila-bila

p/s: Mak ayah abang adik-adik, kawan-kawan kakak sambut bufday kakak awal sangat. But pape un celebrate bufday dengan family tetap number satu dalam hati..

#Allah sampaikan rindu dan sayang aku buat family. Lindungi mereka~~
segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA