Saturday, 8 February 2014

Andaiku tau..

Dah seminggu di alam baru
2nd year 1st sem.
Macam mana?
TROUBLE.

one word can describe everything.

Nor Sakinatul Syafiqah Bt Mohamad Suhaimi
Cita-citanya dulu nak jadi doctor.
Tapi sayang hasrat tak kesampaian.
Tapi tetap nak teruskan jugak sampai dapat gelaran Dr 
So, sya dah plan nak belajar sampai phD.

Dr. Nor Sakinatul Syafiqah

Comey kan? huhu

Tapi nampaknya bakal musnah lagi..

First kelas jadi nightmare buat sya.
Tak ada kawan.
Takut.
CM.

Semua la sya fikir. Rasa down sangat-sangat.

Balik bilik terus nangis.

"Dila! Aku nak tukar course"

Mau tak terkejut. First day dah nak tukar course.

Kawan. Dari dulu anak mak ayah sorang nie tak pernah kena tinggal. Kemana saja mesti ada yang teman. Ye, susah nak jaga. Tapi itu la sya. Kalau duduk rumah, mak ayah yang akan teman untuk beli barang or shoping. Tak pun ada abang yang teman. Bila kat U kemana un mesti paling kurang berdua. Kalau sorang-sorang tu bila gaduh je. Tapi kemana un sya tetap perlukan kawan.

Bila masuk kelas sem nie rasa lost..
Tak ada kawan. Bukan tak kenal. Kenal je. Sama batch. Tapi sya susah sikit nak berkawan. Nak bercakap tu berat sangat. Ada berlian 500k dalam mulut.
Salah sya juga asyik duduk dalam kepompong yang diulit dengan sutera yang selalu dibelai.
Semua orang sya minta nasihat.
Bestfriends, twin, kawan, adik, mak ayah.

Adik yang terbaik.
Kalau waktu nak check department dulu.
Adik kat sebelah. Bila check-check dapat BECS rasa nak nangis.
Bukan rasa, dah nangis. Time tu marah sangat-sangat kat IIUM sebab bagi course yang sya tak suka.
Then bila nak tukar course..

'Kalau dah minat account tu mesti boleh carry punya. Jangan risau. Memang la mula-mula susah. Tapi lama-lama mesti boleh. Tak payah pikir nak balik rumah sangat. Kalau rasa rindu rumah balik je. Yang penting sekarang kalau dah minat account dah sayang account go on je. Mula-mula susah lama-lama insyaAllah senang.'- syakiratul 'aliah

Dia tu adik sya tapi macam kakak. Dia matang sikit. Bole berdikari. 
Dia la kekuatan. semangat. dan tempat sya luahkan segalanya.

'Mak tak tau sangat pasal course yang kakak amek nie, tapi kakak buat lah keputusan yang terbaik. Mak sokong. Kalau rasa boleh bawa economics bawak la. kalau rasa sayang nak lepaskan account teruskan je. Kena percaya pada diri yang kakak boleh buat. Jangan ikut orang sangat.'- Puan Siti Rokiah

Mutiara hati pengarang jatung hati sya. Ayah pun sama. Even jarang call ayah,
sebelum datang uia borak dengan ayah..

'Ayah...kakak tak mau balik uia. Nak duduk rumah'-peluk tangan ayah kuat-kuat kepala atas bahu ayah. Air mata tahan je nak pecah.
'Boleh je. Duduk rumah mengasuh Rafiq. Nak?'- Encik Mohamad Suhaimi

Seminggu kat sini dorang nie la penguat + penyokong 

Tak lupa juga kawan-kawan yang bantu..

'Keterbatasan diriku menjadi penghalang...'

Hanya Dimercu by Ayu

Sedikit sebanyak bagi juga semangat.
Nasib baik dengar lagu nie pagi Selasa. Pukul 7.30
Kalau tak petang tu dah tukar BECS dah.

Sebab, malam tu dah memang tekad dah nak tukar.
Pagi esoknya nak pegi GO uruskan pertukaran course.
Tapi tak jadi.

Ramai jugak yang nasihat buat istikarah.
InsyaAllah Allah bantu.

Ada juga yang marah-marah.
Cita-cita nak jadi accountant tapi tak ada kawan je nak down.

Ada juga yang seharian semalaman dengan sya.
Adilah Sabrina.

Kalau tak ada budak nie, taktau la
Mau aja lari balik Penang hari tu.

Sya syukur sangat, walaupun mak ayah jauh
Tapi kat sini sya tetap ada kawan yang menyokong.
Jatuh naik sya selalu bersama.

Nie la salah satu keputusan yang paling berat dalam hidup yang sya perlu buat.
Gila rasanya. Seminggu pikir. Siap ponteng kelas lagi.
Hari selasa nak stay BACC
Rabu nak tukar BECS pulak
Khamis rasa nak stay tapi ragu-ragu lagi.
Last sekali Jumaat putuskan nak teruskan BACC.

Moga Allah redha keputusan ini.
Kadang-kadang terpikir jugak. Kena Allah hadirkan ragu-ragu dalam hati bila apa yang sya nak Allah dah beri.
Macam sekarang. Sya berdoa berharap sangat dapat BACC tapi ada perasaan lain dalam diri. 
Mungkin Allah nak dengar rintihan sya, sebab jarang kot sya mengadu. Asyik meminta je.

Isi borang EMSS pun sebab nak cari kawan baru.
Bersosial sikit.
Mana tau jumpa jodoh ke. Eh.
Hahaha~~

Allah ada. Yakin Allah ada.

xtau la lepas nie jadi orang ke tak. Rasanya zombie kot sebab kena kawen dengan buku. huhu

Time bosan tadi. Lukis saja-saja. Haha. Nanti yang lain dah berdua bertiga berempat. Aku je kot yang masih bersatu dengan family. ^_^


p/s: tajuk entry mungkin tak kena tapi takpe lah. Malas nak pikir tajuk~~


No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA