Saturday, 30 July 2016

Ini cerita anak perempuan

 

"Cintaku bukan untuk dipertaruhkan. Sayangku bukan bahan mainan. Rinduku jangan diperlekehkan. Kerana kau tak akan jumpa sesuatu yang sama seperti yang pernah kau rasakan"
-jika ada quotes yang hendak di-copy mohon di-credit-kan jugak pengarangnya nie ye. hoho

~~~~~~~~~~~~~~~~
 
*Currently: Tengah teman ayah tengok TV.*
I'm a part time blogger. Maka nak habiskan sebulan lagi sementara nak masuk UIA balik, sis nak habiskan masa berkongsi rasa dan sesuatu. haha

Bila anak perempuan dapat lesen kereta- apa kau akan fikirkan.
'Perempuan bawak kereta memang suka-hati-mak-ayah-dia-punya-jalan-je'
haha

Start tahun 2016 ni dah boleh pegang stereng kereta sepenuhnya, rasa bebas. Seperti rasanya- kau tak perlu bercinta sebab kau punya jalan kau sendiri (macam tak kena kan? tapi itu la rasanya) haha. Bila dah panjang kaki- kemana saja sis aci rembat kunci kereta ja. 

Makanyaa..
Mak ayah mula la nak bersoal. Hahaha. Especially my mom.
'Nak pergi mana?'
'Dengan siapa?'
'Kenapa balik lambat sangat?'
'Orang pergi open house sat ja. Ni pasaipa lama sangat?'
'Bawak kereta jangan laju sangat'
and etc..

Haha. Lagi satu kalau lebih dari dua tiga jam keluar tanpa khabar berita- Phone tu akan selalu la berbunyik. Huhu. Sayang sungguh dengan anak perempuan sulung nii.

TAPI... jangan salah faham. Seketul kina tak akan keluar rumah tanpa izin mak ayahnya. Kerana restu mak ayah itu kunci keselamatan di dunia dan rahmat Allah itu kunci kebahagiaan di akhirat. :)

Throwback 22 tahun yang lepas. Bila nak keluar dengan kawan-kawan pun mak ayah tak bagi. Ini kan pula nak bermalam lama-lama kononnya travel. Lagi-lagi-lagi la mak ayah tak bagi. Rombongan sekolah pun mak aci pasang spy ja (baca: cikgu pengiring jadi spy mak). Sebab apa? Sebab sis ANAK PEREMPUAN. And i'm proud to be a daughter of cikgu suhaimi and cikgu rokiah.

Mak ayah sangat-sangat-sangat menjaga anak-anaknya. And bila anak perempuan sulung dorang dah mula ke hulu ke hilir tanpa teman- mak ayah akan mula risau tentang keselamatan, maruah anaknya dan sebagainya la. Kadang tu rasa bersalah jugak sebab buat mak ayah risau. Tapi kadang tu darah muda seorang remaja melonjak melebihi segalanya. huhuhu

Kalau dulu nak pergi reunion pun mak ayah sanggup hantar tunggu berdekatan kawasan reunion tu sampai laaaaaaaaa habis majlis. Tak kira lagi waktu jamuan akhir kelas dulu mak ayah sanggup shopping dalam shopping mall tu sampaila habis jamuan. See, mak ayah sayang sungguh-sungguh lahh. haha

Bila pegang title ANAK PEREMPUAN, kita akan pegang
* Nama baik mak ayah
* Nama keluarga
* Maruah mak ayah dan keluarga

Bukan tu ja, anak perempuan ni besar effectnya kepada keluarga seperti pentingnya dia pada sesebuah institusi keluarga. Maruah seorang perempuan itu perlu dijaga sebaiknya. Jangan jadi seperti;
'Kerana setitik nila, rosak susu sebelanga'

Faham?
So, kembali kepada status seorang anak perempuan, kita kena pandai jaga diri. Jaga diri sebaiknya. Sis tau, sis tak sehebat muslimah kat luar sana. Sis bukan calon isteri mithali yang solehah dan peribadi terjaga. Bukan juga bakal ibu yang layak digelar madrasah sempurna buat anak-anak. Tapi usaha ke arah yang lebih baik itu sentiasa ada walau kadang tu culas terleka dengan dunia. huhu. khilaf diri sendiri.

Anak perempuan ini ibarat permata keluarga. Kerana dia lah yang akan membina generasi sesebuah keluarga. Dia lah yang akan mendidik generasi seterusnya menjadi hamba Allah yang lebih baik. Perempuan yang sempurna itu mustahil untuk dicari, tapi perempuan yang baik itu sentiasa ada untuk diperbaiki.

Besarkan tanggungjawab seorang anak perempuan. Selagi dia masih bergelar anak perempuan. Wajib ke atasnya untuk menjaga maruah diri, keluarga dan terutamanya maruah agamanya. Jika kelak dia menjadi seorang isteri- wajib keatasnya menjaga maruah diri, maruah suami dan keluarganya serta agamanya. Walaupun tak nampak besar seperti tanggungjawab seorang lelaki. Tapi amanah itu lah yang paling besar buat perempuan.

Nak jaga maruah diri sendiri tu susah tau. Susah sangat.
Sebab kadang tu culas. Leka dengan dunia yang penuh dengan technology yang semakin berkembang hinggakan iman dan amal berterbangan. Leka nak kejar kemodenan sampaikan akhlak koyak rabak tak diendahkan. Sis juga salah sorang mangsa kemodenan dunia ber-technology ni. 

Akhir kata, nak jadi permata tu tak semudah kau solat lima waktu puasa sunat isnin khamis selalu tapi maruah ibu ayah kau endahkan, nama keluarga kau rosakkan, aurat kau jaja, akhlak kau berkira, sopan santun kau lupa, hukum agama kau tak pernah ambil kira.
Kita tak pernah sempurna dan jangan impi untuk jadi sempurna kerana kita akan selalu hitam dengan dosa dan noda. Tapi pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Jangan leka hingga kau lupa Dia.

Sis bukan anak perempuan yang baik untuk dicontohi. Bukan juga calon isteri solehah untuk diimpikan. Jauh sekali bakal ibu yang terbaik buat anak-anak. Tapi selagi nyawa masih dihela kerna redhaNya, hati masih diisi dengan rahmat dan restu sebagai hambaNya dan jasad masih dikandung atas nama makayah - akan sis cuba perbaiki diri. Bukan untuk menjadi sempurna, cukup la untuk sebuah generasi pejuang Islam suatu hari nanti. Insyaallah. 

~~~~~~~

Maka dengan itu, mak ayah nak lepas anak perempuan sulung dorang ni, sangat la susah. Bab calon-bakal-suami tu sangat-sangat la particular. Hmm. *mata keatas*

~~~

Harap ada laa sesuatu yang korang dapat. Nasihat untuk diri sendiri jugak.

-Love, kina-

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA