Thursday, 7 March 2013

Serabut Serabut Serabut~~~~

Assalamualaikum !!!
Selamat pagi!! 
sihat? ^_^

Sempat lagi en update belog pagi2 nie..
Well kelas tengah hari, pagi2 cmnie, kalau bukak buku ngantok, so, untuk menghilangkan ngantuk untuk seketika, kita update la belog usang nie.. *betol tak ayat bm tuu?*

Semalam siap assignment akaun.. Sikit je kan?
Sikit tuu un bila dah banyak kali update serabut jugak.. Tapi disebab kecintaaan yang mendalam terhadap akaun tuu buat la jugak.. 
Then assignment lain still gatung tak bertali... :'(


ISF- cari da isi tapi bab nak kena cipta ayat sendiri tuu yang fail tuu.. Kalau mdm sari tengok balik ayat bi nie kompem kena masuk balik level 6..huhu.. Sorry mdm~~ Dalam kelas bi je rule grammar-structure ayat n semua semua tuu  diaplikasikan.. dalam kelas lain TAK PERNAH UN PIKIR~~ *teruk en?*

MGT- da cari jawapan, tapi masalah yang sama berulang.. Cmne nak buat essay panjang2 guna bahasa sendiri. Kompem la fail bab tuu.. Tak pe budak pandai ramai grup nie~~

UNGS- sebenarnya tajuk tak kompem lagi. Tapi hati+perasaan+akal nak buat human creation, sebab waktu kelas FIM kat nilai dulu buat tajuk nie.. so, ada la skit2 input nak masukkan dalam report naty.. lagi pun maklumat time FIM dulu still bernyawa dalam lappy nie.. hehe *bijak-bijak*

Then pikir pasal mid-term pulak...
Masuk degree nie pelik jugak bila mid-term tak diselaraskan..
Berterabur ikut suka~~ *hehe*

Setakat nie yang tau just:
MGT-19/3 chptr 1,2,5,9,10
ACC- 5/4 chptr undefined
ISF- 2nd Test 8/4 chptr unknown
MACRO- lepas habis bab 33 baru mid-term.. sekarang baru bab 30~~ 
BUSI MATHS- blurr terus bila~~ undefined n unknown n unbelievable 
UNGS- tak tau jugak. Ustaz tak cakap apa2 un tapi ramai yang cakap 18/3.. betol ke?

Dalam serabut pikir mid-term plus quizzes..
Kelab Akhi pulak buat banyak event..
Sayang kalau tak pegi, tapi takut jugak kalau pegi semua mark melayang~~
Teringin nak join, tapi tuu la konfius nak buat keputusan...

n event dengan adik-adik tersayang kat Imtiaz tuu un hopefully sangat sangat sangat bole join, walaupun rasa mcam kena pikir sekali lagi untuk join, sebab akan cash dengan test ISF~~
Ala, da la rindu gila dengan budak2 Imtiaz tuu.. :'(

Okay, nampak tak keserabutan yang melanda nie??
Tuu nasib tak masuk wataniah or suksis or apa persatuan yang lagi memeningkan kepala~~



~~........................................................~~

Bila time serabut macam nie selalu ingat pesan seorang sahabat insyaAllah sahabat selamanya..

"Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu, setiap apa yang Allah uji tuu semua kita masih berdaya untuk selesaikan. Allah tak kejam menghukum hamba-NYA dengan sesuatu yang hamba-NYA tak mampu lakukan. Berserah diri pada-NYA, InsyaAllah Allah bantu"~~

^_^

Bila da tenang baru bole pikir waras, Allah tak kejam dengan kita cuma kita je kejam dengan masa yang Allah beri..

Guna masa sebaik-baiknya, insyaAllah semuanya selesai~~

Ingat mak ayah, abang, adik-adik kat rumah..
Jauh dorang hantar kita, banyak duit mak ayah keluarkan untuk kita, doa abang ngn adik-adik sentiasa untuk kita... so buat yang terbaik~~
Tapi dalam mengejar kejayaan jangan lupa tanggungjawab kita kepada-NYA..
Solat still tunaikan..
Yang sunat kita perbanyakkan..
InsyaAllah, kita mudahkan agama Allah, Allah akan mudahkan kita... :)

Kejayaan tanpa redha Allah macam gelas kosong..
Lawa, cantik dengan bunga2 sekeliling, tapi kosong.. Hanya bunyi je tak ada nilai...
Biar kita jadi cawan, rendah diri, tapi yang selalu diisi dan dimanfaatkan.. :)

Okay, sampai sini dulu.. Ingat nasihat tuu.. Sebenarnya untuk diri sendiri, n insyaAllah kalau yang bermanfaat ambil lah, kalau yang buruk tuu tinggalkan je kat sini.. n teguran dan peringatan amatlah berharga disini buat insan yang lemah ini..

Sukran ^_^



Friday, 1 March 2013

My degree begin~~

Assalamualaikum...
Sihat? Da makan? sya dah makan, selalunya makan bubur chicken florest.. hari nie tukar mood sikit.. 
^_^

Hari nie agak buzy antara hari-hari yang buzy.. Faham?
Pagi tadi quiz ISF alhamdulillah, okay.. Tapi part yang tetiba ada essay tuu memang terkejut sangat.. Madam just bagitau yang ada 10 question fill in da blank je.. Tak sangka lak madam nak wat suprise bagi essay on da spot.. cuak la.. sebab prepare untuk fill in da blank je.. so bila madam buat suprise... otak nie, terkejut tetiba blank terus.. Tapi last2 minit tuu bole la jugak idea nak menggoreng tiba.. Entah apa yang digorengnya atas kertas tadi..

Then bergegas lak pergi library... Continue dengan discussion ISF.. well, semua tau buku kat library tuu memang banyak.. Disebabkan tak pegi lagi library skills so memang tak tau la macam mana nak cari buku.. So, si cerdik dan pandai lagi rajin nie, pergi la search buku rak by rak, level by level.. Dari level 1 sampai ke level 5 yang takde pape tuu un kitaorg pegi cari..
Tapi bila dah dapat information macam mana nak cari baru la search cara orang professional sikit.. hehe

ISF sya segroup dengan sorang foreigner dari Indon, tapi muka dia tak macam Indon.. Bila disoal selidik, dia ada mix dengan turkey.. Cantik sangat.. seriusly... hehe
Dia speaking BI, susah nak dengar dia cakap Indon.. so, sya n da geng yang memang power gila speaking nie memang stuck la.. Dalam hati, macam mana nak start nie? Bila dia cakap kitaorang angguk je.. Tapi Tikah rajin sikit kot berbual dengan dia sebab tikah rapat sikit dengan dia.. 

Tapi, bila dah tinggal sya dengan dia je, nak taknak terpaksa jugak lah bercakap.. Sya tak boleh la diam dalam jangka masa yang sangat lamaa.. bosan.. So, start dari tuu la keberanian datang nak speaking dengan dia.. Dia okay, ramah n da most important cute.. haha.. 
I have a lunch dengan dia.. duduk berdepan n rasa macam blind date.. hahaha :D
Dalam hati time tuu tak sangka lak, sya bole speaking lancar dengan dia.. n da most important and da miracle one is dia faham apa yang sya cakap.. hahaha :D

Then, lepas ber'blind date' dengan Salsa tuu.. 
Pergi masjid solat zohor then rush pegi library balik untuk next discussion..
MGT study cases~~
Blur terus baca text dia.. Time petang2 macam tuu memang kalau baca un tak masuk la, lagi2 BI... haha..
So time tuu tunggu explanation je.. haha.. Tapi sya tolong jugak..
Sya amik part yang kena search internet pasal further research pasal UPS tuu.. Sebab tengah2 search tuu bole la ber'facebook' sebentar.. hehe..
Dalam berfacebook tuu dapat jugak 2,3,4,5 article pasal UPS tuu.. ^_^

Pastu habis pukul 5, terus balik bilik, then solat asar pastu syahid atas sejadah.. Memang letih sangat laa..
Lepas 10 minit syahid atas sejadah bangun bukak telekung then sambung syahid atas katil.. baru best sikit.. hahaha.. 
Disebabkan best sangat, pukul 7.45 baru bangun..  
*adik2 yang tersayang jangan ikut tau perangai cmnie*

Tapi seriusly letih... N bila da masuk bulan 3 nie da start buzy la dengan assignment n project serta presentation dan quiz tak dilupakan test.. :D

Mak selalu pesan jangan malas study, kalau malas buku tak rugi, lecturer tak rugi, kasut tak rugi.. semua tak rugi yang rugi diri sendiri~~
^_^

#okay, bye..wish me luck for Test 1 ISF this monday.. #
Assalamualaikum~~

Friday, 8 February 2013

The Meaning of Life~~~

Assalamualaikum~~
Sihat? ^_^

2 minggu da ada kat UIA.. menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan seorang pelajar bertaraf degree..
Baru 2 minggu jadi budak degree, dah rasa berat sangat nak menanti lagi 4 tahun akan datang...
Anyway, so far semuanya alhamdulillah, okay.. berjalan dengan lancar dan smooth even terkejar sana terkejar sini.. Penat.. Dari Economics punya bangunan ke IRK punya bangunan, pastu naik tangga yang beribu-ribu tuu.. Tapi tak ada guna nak mengeluh.. Demi ilmu yang dicari insyaAllah semuanya okay..

Semalam first kelas untuk subject UNGS 2030.. 
Cuak sangat2 dengan ustaz tuu.. Tegas! tapi best la sebab ada la jugak dia buat lawak n yang pasti speaking dia ada yang faham ada yang tak~~
Orang ketawa, sya ketawa.. orang senyap, sya senyap.. haha

~~Islamic Worldview~~
Semalam ustaz tunjuk video berkaitan orang2 barat yang berjaya, kaya raya, rumah besar, duit berjuta juta, kereta berbiji biji, muka cantik, badan tough, semua ada.. cukup package untuk hidup bahagia.. tapi sayang dorang akhiri hidup dengan bunuh diri...
Ustaz bagi assignment untuk cari berapa ramai MELAYU MUSLIM YANG BUNUH DIRI...

Banyak link bukak tapi takde yang specific cerita berapa ramai orang kita yang bunuh diri...
Tapi sya jumpa info yang boleh dikongsi..

ANTARANYA:
~Kes bunuh diri di Malaysia tak sepopular kes-kes lain seperti ragut, rogol, pecah rumah dan sebagainya.. Tapi kes bunuh diri semakin membimbangkan kerana ianya semakin meningkat tahun demi tahun.

~Bunuh diri bukan hanya popular dikalangan dewasa yang sudah matang untuk berfikir, malah turut popular dikalangan remaja semuda 12 tahun..

~Pada tahun 1990-an kes bunuh diri banyak melaporkan popular dikalangan kaum India dan Cina, tetapi sejak akhir-akhir ini, kes bunuh diri mula meningkat dikalangan kaum Melayu..“Bagaimanapun, kebelakangan ini bilangan orang Melayu Islam yang bertindak membunuh diri semakin meningkat,”-Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari 

~Berdasarkan data WHO, usia dari 15-44 tahun adalah usia yang kritikal untuk membunuh diri.

~~berdasarkan kajian ada banyak faktor seseorang tuu bunuh diri antaranya:-
# Masalah dengan keluarga
# Masalah percintaan--> Kebanyakkan remaja yang tekad membunuh diri adalah kerana mempunyai maslah percintaan, kerana kecewa cinta ditolak, cemburu buta, tidak mendapat restu keluarga dan yang pasti TAK ADA AKAL..
# Masalah kewangan--> Terpaksa berhutang sehingga berjuta-juta.. dan untuk melarikan diri dari masalah mereka hanya nampak bunuh diri sebagai jalan keluar.
# Masalah akademik--> Remaja yang berusia linkungan 15-25 tahun banyak menghadapi masalah ini, antaranya kerana gagal membanggakan ibu bapa, tekanan dari ibu bapa, assignment yang banyak, project yang selalu kena reject, peperiksaan tak lulus, repeat paper, sistem pembelajaran yang tak sistematik dan banyak lagi.. *minta dijauhkan*

Sebab tuu la kita kena belajar apa erti hidup..
Allah menghidupkan kita bukan kerana saja-saja..
Setiap hidupan dimuka bumi ini, Allah ciptakan dengan tujuan dan matlamat..
Sebagai seorang manusia yang percaya dengan Allah dan agamaNYA, hendaklah kita tau apa matlamat hidup kita, supaya senang untuk kita merancang mencapainya..

Setiap dari kita faham 'The Meaning of Life' dalam erti kata yang berbeza-beza..
Tak kisahlah kita berbeza pendapat, yang pasti tujuan kita satu..

Tak guna kalau kita berjaya tapi kita tak tau untuk apa kita berjaya,
Tak guna kita kaya kalau kita tak tau mengunakan kekayaan yang kita ada,
^_^

Kalau dibarat kebanyakkan orang bunuh diri sebab tak tau mengapa mereka hidup.. tak tau megapa mereka disini, dan tak tau untuk apa mereka dihidupkan diatas muka bumi ini.
Sebagai seorang Muslim, kita taukan mengapa kita disini?
InsyaAllah kita akan cuba mencapai matlamat dan tujuan sebenar kita..

Kalau kita baca novel cinta karangan Allah, insyaAllah kita akan tau apa tujuan kita disini, dan Allah dah bagi direction untuk kita menuju jalan-NYA..

Bunuh diri bukan cara terbaik untuk selesaikan masalah.. Kembali pada-NYA, Allah ada jalan penyelesaiannya..

"Lecturer, cikgu, pengubal soalan membuat soalan mesti ada skema jawapan.. Soalan yang diberikan hanya untuk menguji kepandaian dan ketajaman akal seseorang pelajarnya.. Begitu juga Allah, setiap ujian yang Allah datangkan hanya ingin menguji ketinggian Iman dan amal hamba-NYA.."

~~........................................................~~

Moral of da story
cari makna hidup kita yang sebenar..
mengapa kita disini, untuk apa kita disini..
^_^


Anyway, kalau sesapa ada link pasal MALAY MUSLIM YANG BUNUH DIRI tolong share ek.. ^^
thanks

Friday, 18 January 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, semua aturan Allah berjalan dengan lancar..
Dulu sya pernah marah, berendam air mata tatkala orang lain bersuka ria dengan result final..
Bila difikirkan balik,, tersenyum sendiri..

Mungkin ramai yang sangka sya amik satu subject je untuk short sem nie.. Actually sya amik dua subject untuk short sem. Sepatutnya one of the subject kena amik waktu sem 1 2012/2013 tuu, tapi disebab sem tuu agak tough subjectnya dengan economics lagi IB lagi, so terpaksa la tunda ke short sem. 

Kawan-kawan yang rapat dengan sya tau la pasal nie.
Tough jugak kena amik dua subject masa short sem..
Mula-mula dulu fikir mungkin senang kot sebab boleh focus untuk dua subject je..
Tapi realitynya tidak..
Dalam masa seminggu boleh ada 2-3 quiz..
dalam masa sehari boleh ad 2-3 quiz.. 
Memang tough sangat4..
Time tengah study dalam kelas boleh lagi pegang note untuk exam lepas kelas tuu..
Memang nazak sangat time tuu..
Nasib family banyak bagi support..
Kalau tak memang dah kecundang laa...
Kawan-kawan un ada yang bagi support..nasihat.. thanks sangat4.. ^_^

Then bila nak final, time tuu rasa berat sangat otak + masalah peribadi lagi..
Rasa nak fed up. Tapi nasib ada kawan yang semngat belajar jadi tercabar untuk teruskan..
Sya nak tebus balik.
Alang-alang dah sampai short sem, biar short sem jadi pengahirannya..
N finally Allah makbulkan doa sya..
I win in my own competition berlawan dengan masa,otak, hiburan, dendam, sakit hati, air mata, n more..

Dulu sya pernah tak puas hati...persoalan
'kenapa? kenapa? kenapa? selalu dalam fikiran'
Now.. semua berubah jadi..
'Thanks Allah..'

^__^
Kita hidup jangan selalu berharap untuk sentiasa diatas..
kadang-kadang kita kena rendahkah diri 
ATAU
Allah yang akan jatuhkan kita sebab DIA taknak tengok kita bongkak..
Ujian itu tanda kasih sayang-NYA..
Jangan bila kita dapat apa yang kita mahu, kita lupa siapa yang memberi..
Jadilah hamba-NYA yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA,,
dan hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-NYA..

keep it up!!
Anyway, both subject i got A(+-) ! Alhamdulillah..
Bukan niat nak bangga diri.. Nauzubillah..
Moga yang baik jadikan iktibar, yang buruk minta dijauhkan..

Congrate to all my beloved friends yang amik s.sem!!
Tahniah.. 
Short sem is da best memory I ever have..
Disebalik kedukaan terselit beribu kegembiraan.. ^^

~................................................................~
SPECIAL THANKS TO~

~fina,dila,paen,ili,feeqa,niza,arifah,tikah,reen,jeeha,ain,izzati,wafa,filzati,mira,wani,sue,alep,yus,naim,fudin,afiq, aiman kama, aiman khai,arep,arif irfan,kamil,zaki,din,yusri,lily,hanis,fatin,farah,radhiah,izzah,syamil,akim,amzar,izwan,syukor,hafiq,shahida,sorfina,farahin,mae,shajie,shamie,hannan,asri,hazeeq,amirul arshad,fahmi,aimad,lukhman,syud,ain,paah,mat,maznie,alya,keoi,n semua la.. nak taip banyak sgt..
n to my junior yang selalu contact akak..

n the most beloved Imtiaz brothers.. Syafiq n the gang.. serta adik2 imtiaz.. ^__^

n the best...my yayang, adik n abang.. :)

n tak dilupakan doomates masa kat nilai dulu.. Mereka lah sahabat n merangkap family pertama sya masa kat perantauan.. ^^

thanks guys n gurls.. 

>>>>>> memory sepanjang CFS akan dikenang sampai bila2 <<<<<<<

::hopefully nak dapat kawan baru time degree naty.. hehe.. ::
^^



Monday, 31 December 2012

Sayonara 2012

Assalamualaikum... ^^



Sebenarnya tadi tgh pegang note comp... tapi tetiba tercampak kat tepi.. haha..
Hati risau bila nak sambut tahun baru... Rasa macam tak sedia nak berlalu ketahun seterusnya, sedangkan Iman masih lemah..dan dugaan luar makin meningkat...

Setiap tahun akan ada azam baru, Masa Ma'al Hijrah hari tuu, kita tanam azam baru, tahun masihi nie pun tanam azam baru jugak.. Apa guna azam-azam yang kita buat, kalau masih leka.. 
Katanya...:
~Aku nak ubah masa depan aku - sedangkan setiap tahun kau masih begitu..
~Aku nak hafal Al-Quran - Quran tahun nie je berapa kali je kau bukak..
~Aku nak pastikan CGPA aku meningkat - bila time exam je merungut pening kepala la, stress study la..cmne?
~Aku nak kahwin tahun nie - Diri un tak terjaga, Subuh un kadang-kadang bangun, kadang-kadang Subuh gajah je..cmne nak kejut pasangan naty?
~Aku nak jadi anak yang soleh/solehah - Setiap kali mak tegur, kau marah balik, setiap kali mak marah kau melawan..mana ciri2 anak soleh/solehah tuu?
~Aku nak kurangkan kontroversi - setiap kali kau buat sesuatu kau nak menunjuk.. cmne nak kurang kalau asyik nak orang tau je apa kebaikkan yang kau buat..

Macam-macam lagi lah.. *termasuk sya jugak*...

Sepanjang 2012... banyak benda berlaku dalam hidup.. kalau muhasabah balik diri.. rasanya kebaikkan yang kita buat masih sama atau kurang dari kejahatan yang kita lakukan.. 
Sya pernah terfikir, macam mana kalau setiap tahun yang berlalu hanya sia-sia..kita masih melakukan dosa yang sama.. kita masih mengulangi kesilapan yang sama... semuanya sama setiap tahun.. Apa gunanya tahun baru??

Rasanya tak perlu azam baru... Cuba kita selongkar balik azam-azam lama-lama yang tak tercapai lagi tuu...kita usaha balik.. tak salah.. Jangan ingat bila tahun nie kita tak ada azam, kita tak ada matlamat... Lantak orang la nak kata apa, kita tahu apa yang kita mahu.. Azam yang lepas-lepas tuu kita buat balik tahun baru nie..

Tapi make sure azam-azam tuu semua yang baik-baik la.. kalau yang jahat tuu, pergi tanam tak pun pergi bakar je..

Semakin hari semakin bertambah usia kita, semakin bertambah tahun kita, makin bertambah kedutan dimuka, makin bertambah ketinggian kita, perut makin besar..
TAPI..
kenapa Iman kita makin lama makin sakit? makin jatuh..makin berkurang?

Risaukan... Risau nyawa diambil saat Iman masih kurang didada..
Risau pergi berjumpa Ilahi saat Iman tak rela..
Risau saat diambil nyawa pinjaman-NYA ini, kita masih leka dengan dunia..

Setiap kali diambang tahun baru... Pesta diadakan sana sini..
Bunga api berdas2 ditembak..
Pasangan haram berkeliaran disetiap bilik...
Jabatan Agama Islam seluruh negeri sibuk mencegah maksiat saat mereka juga perlu bercuti rehat..

Kenapa? Kenapa setiap tahun begini permulaannya?
Kenapa setiap kali kita sambut tahun baru begini caranya?
Mana ajaran Islam yang Baginda ajar dulu?
Mana hilang nilai Islam yang Baginda usahakan dulu?

Sedihkan? Esok, lusa bahkan seminggu lepas tahun baru mesti bersepah berita diakhbar tentang maksiat tatkala sambutan tahun baru...
9 bulan kemudian, bersepah didada akhbar anak dibuang ditong sampah... diflash ditoilet..
Mana hak mereka? Tatkala kau bersuka ria, kau tak ingat akibatnya.. Bila lahir anak kecil kau takut... buang dia tanpa belas..mana nilai kemanusian kita?
Anak yang sepatutnya dipakaikan baju baru, diraikan dengan majlis kesyukuran tapi tidak..kau tongsampahkan dia.. Layakkah dia dihukum??

Allah...Risaunya...

Kita dianugerahkan akal fikiran yang nilainya tinggi... Kalau harapkan pendidikan sampai ke luar negara tapi soal agama kita zero.. tak guna.. Useless..
Gunakanlah akal yang Allah beri untuk berfikir.. 
Pemimpin yang berakal takkan anjurkan pesta2 yang melalaikan.. Apa guna jadi pemimpin sedangkan dia tak mampu nak menghalang..sedangkan kuasa ditangannya..

Sahabat,,
jika sayangkan Islam usaha tegakkan Islam..bukan hancurkannya..
Baginda bermandikan darah menegakkan Islam, Palestine berhujankan peluru mempertahankan Islam..jangan kita jadi golongan yang menghancurkan Islam..

Malaysia, masih lemah... Islam disini lemah...
Kita pejuangnnya.. 
Jangan kita lemah.. Bangkit.. 



~....................................................................~

^_^
InsyaAllah, tahun 2013 yang bakal menjelma esok akan jadi permulaan yang baik bagi kita dan Islam.. Moga Allah bersama kita.. ^^

Teruskan usaha dakwahnya, teruskan video dan tulisan2 dakwah.. Jangan pernah menyerah...
Bangga sya menjadi warga Econss....
Baru lepas tengok video hasil sahabat econs sendiri.. 
Moga, usaha dakwah mereka berterusan dan insyaAllah dapat dijadikan teladan...


~Aku ceraikan 2012 dan aku terima 2013 dengan 365 hari dibalas 12 bulan . 


# Ya ALLAH , lindungi Muslimin dan Muslimat seluruh dunia . Terimalah usaha kami dalam menyebarkan Agama-MU . Aamiinn # --> FB

::Sya masih dalam usaha mensolehahkan diri.. Mohon doa sahabat... Andai ada salah silap sepanjang 2012, mohon maaf dan teguran yang diberi insyaAllah sya akan usaha perbetulkan diri.. Terima kasih kerana hadir dalam diri sya sebagai sahabat2 yang banyak membantu sya.. Semoga suka duka kita ditahun 2012 akan selalu dikenang sampai bila-bila.. ::

~~Sayonara 2012~~
:')




segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA