Sunday, 15 July 2012

Imtiaz Melaka - The best school in the world

Assalamualaikum, sempat g en ak update blog malam2 nie.. haha
Xcelly baru balik dari Melaka, Bandar bersejarah.. Join program Crystal bersama Imtiaz Melaka..
Penat sangat.. penat angkut barang + penat layan budak2 tu + penat .. penat .. penat .. tapi yang penting best sangat.. Tak terucap keseronokannya *ceewah* haha...
Layan adik-adik tu best sangat.. aktif, cergas, talkative.. hahaha.. tu yang paling best.. tak kering idea la kalau cakap dengan dorang.. :))) sebenarnya myb terlalu rindukan adik2 kat rumah so, layan dorang dah macam adik2 sendiri.. :D 

okay, aku malas nk taip panjang-panjang.. biar gambar menceritakan semuanya.. :)

nie la adik2 grup yang tersayang ^_^

khusyuk je.. :)

Bro Dolah- 'pencuri' telur.. haha.. yg sorang tu photographer tak bertauliah. ^_^

dorang tengah menari2. haha

syafiq.. kecoh budak nie. haha

kena denda. haha... suka sgt tengok dorang pakai seragam..semua putih.. ^^

^_^

^____________^

second day- at Tajung Bidara Beach

yea!! grup 1-5 menang! tengok la fasi dorang sape. haha

tengah fikir idea nk cipta barang.. :)

tak sabar nk mandi pantai dorang nie~~

bro Asri dikelilingi adik2.. haha ^_^

grup 3 tengah present barang dorang.. ^^

^_^

~brother2 tgh buat persembahan untuk adik2~ ^^

~anuar n marzuk...best ngn dorang..anuar pnggil aku----> cikgu..err ustazah..err kakak.. haha :D

^___^

last pic. saje nak bg korang xcersice sikit kepala tu.. haha.. birthday party, last moment at Imtiaz.. :)


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi malas nak uplod semua, so yang nie je la yang sempat nak uplod.. kenangan dengan dorang best sgt.. lagi2 dengan grup 3.. adik2 grup aku memang talkative sangat.. Untuk fasi yang sekali dengan aku, Aimad n Anat.. sorry ek kalau ada salah silap time jalankan tugas.. ^^
Yang pasti adik-adik Imtiaz memang terbaek.. :)))


p/s~rindu twin kat rumah.. insyaAllah Jumaat nie boleh jumpa dorang.. Rafiq, Adik kembar, Abang kembar, Sofieah, Alia, Abang, Mak ngn Ayah..tunggu kakak balik ! ! :))



Tuesday, 12 June 2012

Belum layak~~

Assalamualaikum...
Sihat ? Hopefully sihat la.. May Allah bless us every single day.. amiinn~~

HUrm..tiap2 hari aku ziarah Facebook, blog2 kawan2, stalk tweeter... boleh dikatakan hot topic untuk tahun nie kahwin.. kenapa mesti K.A.H.W.I.N ? Macam dah tak ada benda lain nak dibahaskan, nak dibincangkan, nak dikongsikan, nak dimentionkan..



Kadang-kadang aku un terikot jiwangnya, terikot dengan peredaran masa, tapi nak jiwang-jiwang tu tgok tempat jugak. Ada jugak kawan yang tegur aku. 
"Jiwang gile status ko. Ada pape ke?"
"Sejak bila jadi minah bunga2 nie?"

Terbaca dalam satu blog. Jiwang tu perasaan yang .... korang sendiri boleh fahamkan.. and romantik ni sikap. Sikap yang Rasulullah sendiri ada dalam diri Baginda.. mungkin aku nak jadi romantik bukan jiwang... haha.. Tak salahkan romatik sebab Rasulullah pun romantik orangnya.. :)

Ramai yang buat status, nak kahwin awal. Ada jugak status yang terawang-awang like flying in da sky tatkala aku membacanya.. haha.. randomly talk. Tak mention sesape.. :)

Terbaca dalam sebuah blog yang alhamdulillah banyak manfaat aku dapat kat situ..
Brother ni cakap.. dia tak sedia untuk mendirikan rumah tangga, even dia kadang-kadang jeles dengan kawan-kawannya yang sudah berumah tangga. 
katanya : (lebih kurang la...)

"saya tak sedia nak jadi suami sebab, saya masih nak belajar jaga diri sendiri dulu sebelum nak jaga isteri dan anak2 nanti. saya masih nak belajar kemas bilik dulu sebab nanti saya tak nak isteri bebel tengok rumah sepah, saya nak belajar masak dulu sebab nanti saya nak tolong dia masak, saya nak belajar macam2 benda lagi untuk kebaikan orang rumah nanti. sebab tu sekarang ni saya tak sedia lagi sebabnya masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab."

See, kalau lah semua fikir macam brother nie.. suka gaya fikiran dia.. memikirkan sesuatu yang memang tak dijangka oleh otak saya.. :) hehe..

Kalau brother boleh fikir macam oleh, kenapa pula kita. aku. saya. awak. enti. wanita. perempuan. muslimah yang insyaAllah akan menjadi isteri yang solehah serta mak. mama. ummi yang baik utk anak2 tak fikir apa yang perlu kita buat sekarang untuk masa depan...

Jom kita ubah gaya pemikiran kita. Jangan diikut hawa nafsu. Ye, aku tau umur yang berganjak ke angka 2 ni memang macam ni kot rasanya. Tapi cuba kita jadi seorang muslimah yang suatu hari nanti boleh menjadi wanita solehah yang menjadi sebaik-baik perhiasan seperti yang Allah janjikan..

Bagi aku, 
Aku nak latih diri untuk lebih bertanggungjawab. Aku nak bertanggungjawab kepada mak ayah aku, adik-adik aku sebelum aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku nak jadi chef dalam family sebelom aku layak untuk jadi chef dihati suami. Aku nak belajar jadi makmum terbaek sebelum aku menjadi makmum kepada suamiku. Aku nak belajar jaga adik-adik dulu sebelum aku layak untuk jaga anak-anak. Aku nak belajar taat akan perintah mak ayah dulu agar kelak aku sentiasa taat akan perintah Imamku. Aku nak jadi seorang yang cintakan ilmu agar anak-anak aku kelak turut mencintai ilmu. Dan yang paling penting aku nak belajar untuk mencintai-NYA sepenuh hati sebelum ada seseorang yang Allah utuskan untuk aku.

Bagi aku sekarang nie itu keutamaan aku. Aku tak pernah kisah siapa bakal suami kelak. Yang penting sekarang AKU!...

Sebenarnya dah malas fikir pasal benda nie.. Banyak yang tanya. Kadang-kadang aku layan je.. :)

Kalau ikut fikiran yang tak waras, rasanya dah kawin aku nie.. Tapi bila balik kepada diri sendiri, balik kepada lumrah sebagai student, balik kepada gaya hidup yang masih keanak-anakkan, aku masih belum layak. Biarlah Allah simpan 'dia' untuk aku nanti... nanti... nanti... sampai aku dah layak..

So, sekarang aku tak layak dan TAK NAK!!! macam iklan tak nak merokok tu..haha.. Seriusly tak nak lagi... MAsih dahagakan ilmu Allah . Masih perlukan masa untuk jadi lebih dewasa... haha..

Lagipun, aku nak bagi masa untuk Abi kpd anak-anak aku nanti untuk siap sedia jugak... Biar 'dia' cintakan Allah dan yakin dengan cinta Allah dulu sebelum 'dia' yakin dengan cinta aku..;)----> okay nie jiwang sikit.. haha



Okay, sampai sini dulu entry malam nie... bye.. 
Semoga bermanfaat.. :)

p/s- 'dia' tuu sbnarnya tak ada sesapa un.. saje je letak 'dia' sbb Allah je yang tau siapa 'dia'.. hehe


 
 

Friday, 18 May 2012

salah siapa?

"semalam SEJARAH, hari ini KENYATAAN, esok MISTERI" ~~

Selalukan kita dengar pasal kata-kata ni.. Ingat lagi masa kat sekolah dulu, ramai cakap "Sejarah tak penting sebab semua tu dah berlaku, tak perlu nak ingat pasal sejarah, kita just perlu focus matlamat kita sekarang dan akan datang"~~~~

Sebenarnya, sejarah tu penting.. Okay kita revise balik sejarah Islam dulu....

Masa zaman Firaun dulu, semua baby lelaki dibunuh sebab----------------> Firaun tak nak ada bayi yang naty besar akan gantikan tempatnya sebagai pemimpin dan bayi lelaki yang akan menghancurkan kerajaannya suatu hari naty...~~

Masa zaman masyarakat Arab Jahilliah pula, bayi perempuan dibunuh sebabnya------------------> bagi mereka perempuan itu akan merosakkan keturunan mereka.. *betulkan kalau salah* ^^

Okay zaman sekarang?????
Tak kira, bayi tu lelaki ke perempuan ke semua mereka bunuh. Sebabnya???

sebenarnya kesian sangat nak letak gambar ni. Time cari gambar2 bayi2 ni, rasa sebak sangat~~ :'(


SEBABNYA---> malu nak tanggung dosa, malu naty masyarakat pandang serong, malu sebab anak tu anak luar nikah, malu sebab naty anak tu tak ada bapa, malu...malu...malu dan malu...

Itulah pentingnya sejarah, at least kita boleh jadikan sejarah tu sebagai iktibar, pengajaran kepada kita untuk menjauhkan perbuatan-perbuatan hina macam tu.

Kalau dah tau MALU jangan la TAK TAHU MALU pegi buat maksiat.. Sengal kan? Buat maksiat tak malu, bila nak tangung akibatnya tu baru tau malu.. Ni la masyarakat kita. Bila dah jadi baru tau menyesal, baru tau malu... Kenapa tak fikir dulu benda tu??

Kita, kalau nak buat something tu cuba fikir dulu kesan dan akibatnya masa akan datang. Sekarang ni banyak kita boleh tengok benda-benda macam ni. Bersepah kat surat khabar, Sorry, aku memang emo sikit bila cakap benda ni... Tolong la fikir baik buruk kita buat something tu.. FIKIR!!!

Sekarang ni, salah semua. Lelaki salah, perempuan pun salah. Kenapa tak fikir masa buat benda tu? Boleh tak bila kita nak buat benda-benda jahat ni kita fikir kejap pasal dosa pahala.. Rasanya semua tahu pasal benda dosa pahala ni, even tanya adik aku yang umur 6 tahun tu pun tahu pasal yang mana dosa yang mana pahala..

Stop la buat benda-benda yang tak berfaedah ni.. Tak ada faedah langsung.. Bila dah lahir anak tu, bersepah kat merata tempat macam sampah. Korang buang anak tu macam sampah weyh. Tolong la ada hati perut sikit, budak tu bernyawa! Korang yang buat asal korang tak tangung? Asal korang buang?



Ni la orang kata----> Tahu buat tapi ta tahu nak bertanggungjawab.. 

Kalau korang rasa macam tak boleh sangat tahan. Pergi merisik then kahwin. habis cerita...

TAPI!!!! jadikan itu perkara last untuk selesaikan masalah...

Banyak lagi cara penyelesaiannya.. Korang boleh habiskan masa korang dengan kawan-kawan.. G lepak ke. At least better lepak dari pegi berzina kan??? Korang penuhi masa korang dengan benda-benda yang berfaedah, like bersenam ke, baca Al-Quran ke, apa-apa je la. Asalkan berfaedah..

Yang penting tak yah couple-couple la.. Buang masa.

Allah berfirman; Jangan kamu dekati zina...

Bukan "Jangan kamu BUAT zina".. tapi Allah dah sebut jangan MENDEKATI zina.. So, salah satu perkara yang mendekati zina ialah couple..

Kita selalu ikut barat. semua Barat bawa, semua kita ikut.. Ada ke yang Timur orang barat ikut? Kita je bengong, ikut satu satu.. sebiji sebijik kita amik.

Dorang pakai skirt singkat kita pun pakai, dorang kaler rambut, kita pun nak, dorang buat tatooo, kita pun bodoh buat gak...Ni la orang kita.. buat tak fikir... tau buat je... Ikut je......

Cuba kita cari identity kita sendiri, jangan asyik ikut orang je.. Islam ada identity tersendiri, so cuba kita ikut ajaran Islam, kenapa nak ikut ajaran Barat yang memang sah2 bukan ajaran Islam...

Last pesanan, kalau kita rasa kita jahil, kita belajar, kalau kita rasa kita perlukan bimbingan, kita cari org yang boleh tolong kita. Banyak penyelesaian untuk kita elak benda ni berlaku. Jangan kita terlalu ikut nafsu. Fikir dulu sebelum buat. Thing first!

Bertaubatlah selagi pintu taubat terbuka luas. Allah Maha Penyanyang, InsyaAllah, Allah terima taubat hamba-NYA yang benar-benar ikhlas.

Semoga kita sentiasa berada dibawah limpahan rahmatnya dan naugan cinta-NYA. Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang menjauhkan kita dari nikmatNYA.. aamiin~~


p/s~ suka tengok Liga Ilmu chanel 106 Astro Oasis.. Alhamdulillah banyak ilmu dapat drpd program tersebut... ^^ <3


Saturday, 14 April 2012

finally............

 Assalamualaikum, pembuka bicara~~~ ^^


Pejam celik, pejam celik... da nak habis sem da pun... Kejap je kan? Hurm, nak kiamat da la ni...

Dulu ustazah pernah cakap..
"Dalam setahun, kamu akan rasa seperti sebulan,
Sebulan kamu akan rasa seperti seminggu,
Seminggu kamu akan rasa seperti sehari,
Sehari kamu akan rasa seperti sejam.. dan seterusnya..."


Tinggal lagi berapa minggu je lagi nak menetap kat sini sebagai junior...
Sem depan dah jadi senior------> tua dah kan? ^^




SEM 1:
Nilai jadi saksi kitaorang bersahabat.. 922..
Indahnya nama seindah ukhwahnya..
Rindunya...
Akhirnya tinggal kenangan je semua..

SEM 3:
Gombak jadi saksi kami bersama...
Gelak ketawa,
Gaduh bermasam muka perkara biasa...
912 insyaAllah, akan ku kenang sampai bila-bila..


Kalau dulu, selalu bising dengan..
Alep, Yus, Naim, Fina, Pain, Dila, Ili n semua dak perempuan...
Sem ni..
Kalau nak gaduh kat fb cari Syamil dengan Akim... :)
Dila banyak bagi nasihat n ketawakan aku
Tikah, menceriakan hari aku... 
Fina, Pain ngn Ili, kawan aku selamanya...

Kalau dulu, meeting project account jadi tempat hilangkan tension...
Sem ni, Fb jadi sasaran hilangkan tension..

Kalau dulu, cornetto jadi pilihan hati..
Sem ni choki-choki peneman hati tatkala sunyi..

Kalau dulu, dataran Nilai jadi saksi kebosanan,
Sem ni, tasik jadi pilihan meluahkan perasaan..

Banyak yang dah berubah kan?
Aku berubah tak?
Erm, mungkin ya..
Or mungkin tak.. hehe

Sem depan kena jadi matang sikit..
Childish je aku dari sem lepas sampai sekarang..




Sejarah jadi kenangan,,
Masa depan jadi sasaran.. ^_^

Friday, 13 April 2012

Salahkah aku? ^^

"Duhai muslimah yang dikasihi Allah S.W.T tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah 'mensolehahkan' dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hamba-Nya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada-Nya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua."





Kosong...- bak kata Najwa Latif

Nak kata diri ni kosong menanti ada yang mengisi, tak juga... Tapi entah mungkin seorang manusia ingin untuk menyintai dan dicintai....

Adam,
Apa dosa aku jika menyintaimu?,
Salah aku, atau kau?,
Atau salah takdir kerana hadirnya perasaan ini dalam hatiku?

Nak salahkan takdir, memang tak boleh la..
Cinta itu suci, kerana Allah yang membenihkannya dalam hati setiap insan...

Hawa,
Kita lemah,
Kita sangat lemah,
Lemah untuk menangung rasa hati,
Membiarkan hati dan perasaan menangisi,
Rasa yang semakin berisi dhati...

Muslimah, bukan salah kita untuk menyintai..
Siti Khadijah juga menyintai Rasulullah, sebelum Rasulullah menyintainya..
Zulaikha juga menyintai Nabi Yusuf sebelum cintanya dibalas..

Tapi,
Dalam menyintai,
Perlu ada untuk menyakiti..

Jangan diikut perasaanmu,
Jangan tunduk dengan keinginanmu,
Jangan terdorong dengan kehendakmu,

Muslimah,
Kita kuat,
Kuat untuk menahan diri..
Jika Adam kuat untuk menegakkan ego,
Kita juga kuat untuk mempertahankan maruah diri..

Selagi kau percaya Allah yang terbaik,
Kau akan percaya adanya JODOH yang terbaik untuk kau,
Jangan pernah dusta dengan kasih Allah..
Jika kau menyintai Adam, kau cintailah dia kerana Penciptanya...




p/s~ Imam yang baik untuk makmum yang terbaik..~~ cari diri sendiri dulu sebelum sempurnakan orang lain.. ^^

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA