Monday, 31 December 2012

Sayonara 2012

Assalamualaikum... ^^



Sebenarnya tadi tgh pegang note comp... tapi tetiba tercampak kat tepi.. haha..
Hati risau bila nak sambut tahun baru... Rasa macam tak sedia nak berlalu ketahun seterusnya, sedangkan Iman masih lemah..dan dugaan luar makin meningkat...

Setiap tahun akan ada azam baru, Masa Ma'al Hijrah hari tuu, kita tanam azam baru, tahun masihi nie pun tanam azam baru jugak.. Apa guna azam-azam yang kita buat, kalau masih leka.. 
Katanya...:
~Aku nak ubah masa depan aku - sedangkan setiap tahun kau masih begitu..
~Aku nak hafal Al-Quran - Quran tahun nie je berapa kali je kau bukak..
~Aku nak pastikan CGPA aku meningkat - bila time exam je merungut pening kepala la, stress study la..cmne?
~Aku nak kahwin tahun nie - Diri un tak terjaga, Subuh un kadang-kadang bangun, kadang-kadang Subuh gajah je..cmne nak kejut pasangan naty?
~Aku nak jadi anak yang soleh/solehah - Setiap kali mak tegur, kau marah balik, setiap kali mak marah kau melawan..mana ciri2 anak soleh/solehah tuu?
~Aku nak kurangkan kontroversi - setiap kali kau buat sesuatu kau nak menunjuk.. cmne nak kurang kalau asyik nak orang tau je apa kebaikkan yang kau buat..

Macam-macam lagi lah.. *termasuk sya jugak*...

Sepanjang 2012... banyak benda berlaku dalam hidup.. kalau muhasabah balik diri.. rasanya kebaikkan yang kita buat masih sama atau kurang dari kejahatan yang kita lakukan.. 
Sya pernah terfikir, macam mana kalau setiap tahun yang berlalu hanya sia-sia..kita masih melakukan dosa yang sama.. kita masih mengulangi kesilapan yang sama... semuanya sama setiap tahun.. Apa gunanya tahun baru??

Rasanya tak perlu azam baru... Cuba kita selongkar balik azam-azam lama-lama yang tak tercapai lagi tuu...kita usaha balik.. tak salah.. Jangan ingat bila tahun nie kita tak ada azam, kita tak ada matlamat... Lantak orang la nak kata apa, kita tahu apa yang kita mahu.. Azam yang lepas-lepas tuu kita buat balik tahun baru nie..

Tapi make sure azam-azam tuu semua yang baik-baik la.. kalau yang jahat tuu, pergi tanam tak pun pergi bakar je..

Semakin hari semakin bertambah usia kita, semakin bertambah tahun kita, makin bertambah kedutan dimuka, makin bertambah ketinggian kita, perut makin besar..
TAPI..
kenapa Iman kita makin lama makin sakit? makin jatuh..makin berkurang?

Risaukan... Risau nyawa diambil saat Iman masih kurang didada..
Risau pergi berjumpa Ilahi saat Iman tak rela..
Risau saat diambil nyawa pinjaman-NYA ini, kita masih leka dengan dunia..

Setiap kali diambang tahun baru... Pesta diadakan sana sini..
Bunga api berdas2 ditembak..
Pasangan haram berkeliaran disetiap bilik...
Jabatan Agama Islam seluruh negeri sibuk mencegah maksiat saat mereka juga perlu bercuti rehat..

Kenapa? Kenapa setiap tahun begini permulaannya?
Kenapa setiap kali kita sambut tahun baru begini caranya?
Mana ajaran Islam yang Baginda ajar dulu?
Mana hilang nilai Islam yang Baginda usahakan dulu?

Sedihkan? Esok, lusa bahkan seminggu lepas tahun baru mesti bersepah berita diakhbar tentang maksiat tatkala sambutan tahun baru...
9 bulan kemudian, bersepah didada akhbar anak dibuang ditong sampah... diflash ditoilet..
Mana hak mereka? Tatkala kau bersuka ria, kau tak ingat akibatnya.. Bila lahir anak kecil kau takut... buang dia tanpa belas..mana nilai kemanusian kita?
Anak yang sepatutnya dipakaikan baju baru, diraikan dengan majlis kesyukuran tapi tidak..kau tongsampahkan dia.. Layakkah dia dihukum??

Allah...Risaunya...

Kita dianugerahkan akal fikiran yang nilainya tinggi... Kalau harapkan pendidikan sampai ke luar negara tapi soal agama kita zero.. tak guna.. Useless..
Gunakanlah akal yang Allah beri untuk berfikir.. 
Pemimpin yang berakal takkan anjurkan pesta2 yang melalaikan.. Apa guna jadi pemimpin sedangkan dia tak mampu nak menghalang..sedangkan kuasa ditangannya..

Sahabat,,
jika sayangkan Islam usaha tegakkan Islam..bukan hancurkannya..
Baginda bermandikan darah menegakkan Islam, Palestine berhujankan peluru mempertahankan Islam..jangan kita jadi golongan yang menghancurkan Islam..

Malaysia, masih lemah... Islam disini lemah...
Kita pejuangnnya.. 
Jangan kita lemah.. Bangkit.. 



~....................................................................~

^_^
InsyaAllah, tahun 2013 yang bakal menjelma esok akan jadi permulaan yang baik bagi kita dan Islam.. Moga Allah bersama kita.. ^^

Teruskan usaha dakwahnya, teruskan video dan tulisan2 dakwah.. Jangan pernah menyerah...
Bangga sya menjadi warga Econss....
Baru lepas tengok video hasil sahabat econs sendiri.. 
Moga, usaha dakwah mereka berterusan dan insyaAllah dapat dijadikan teladan...


~Aku ceraikan 2012 dan aku terima 2013 dengan 365 hari dibalas 12 bulan . 


# Ya ALLAH , lindungi Muslimin dan Muslimat seluruh dunia . Terimalah usaha kami dalam menyebarkan Agama-MU . Aamiinn # --> FB

::Sya masih dalam usaha mensolehahkan diri.. Mohon doa sahabat... Andai ada salah silap sepanjang 2012, mohon maaf dan teguran yang diberi insyaAllah sya akan usaha perbetulkan diri.. Terima kasih kerana hadir dalam diri sya sebagai sahabat2 yang banyak membantu sya.. Semoga suka duka kita ditahun 2012 akan selalu dikenang sampai bila-bila.. ::

~~Sayonara 2012~~
:')




Saturday, 29 December 2012

It's just begin.. ^^

Assalamualaikum.. ^^
Apa khabar? Sihat? Suka sya tnya..cmna Iman sahabat? Okay? InsyaAllah teruskan usaha.. Sya un masih berusaha.. Kita juga masih perlu berusaha..

Alhamdulillah, semua beban yang ada hilang sikit2.. Mulanya tak boleh nak bawak, tapi last2 boleh jugak.. Tu la kalau kita serahkan semuanya pada-NYA, insyaAllah, DIA bantu sikit2.. Just kena banyak bersabar la.. ^^ 
--- Gud job kina!! u made it!! ^^ ---

Sya tak sempurna.. Tak boleh nak expect semua benda sya boleh buat, masih ada banyak salah silap, kekurangan banyak yang masih perlu ditampung.. Masih banyak lopak dalam hidup, masih lemah kaki untuk berdiri tanpa family dan teman disisi.. Sya lemah, banyak kekurangan, andai sya pernah sakitkan hati sesapa, menguris perasaan sesapa.. itu kelemahan sya.. Tanpa sedar semuanya berlaku.. Maaf. 

Sebab tuu sekarang nie, sya serah sepenuhnya pada-NYA.. Sya tau DIA lebih sempurna dalam mengaturkan segalanya.. Sya takut mengikut hati yang pernah disakiti.. Sya takut ikut teman yang pernah lari dipertengahan jalan meninggalkan diri ini, sya takut mengharapkan keluarga yang semuanya ada hal sendiri...

Now, my life just begin.. InsyaAllah everything will be fine when I'm giving up everything to HIM..Let HIM be my Planner.. 

Wahai makhluk hamba Allah, 
~berhenti sakitkan hati ini..
~berhenti mainkan diri ini..
~berhenti setiap apa yang kau lakukan..

~........................................................................................................................~

Ya Allah, give me strength, give me something U never give me to face with all of this.
^_^


p/s~xde kaitan dengan sape un, just reminder.. Hidup ini tak best kalau asyik kita diatas, atau tak mencabar jika kita asyik mengalah.. Hidup tak semudah yang kita impikan tapi tak sesukar yang kita fikirkan.. Kita hidup atas jalan-NYA, dibawah naugan-NYA, insyaAllah semuanya indah.. Percaya pada ketentuan-NYA.. 

Bersyukur kita masih hamba-NYA.. bersyukur kerana kita masih menjadi keutamaan-NYA... bersyukurlah wahai hati.. 

Indahnya hidup andai kita tau betapa besarnya kasih sayang-NYA buat kita.. Tak pernah padam walau sedikit un kasih sayang-NYA buat hamba-NYA.. ^^

~~Alhamdulillah~~

Wednesday, 14 November 2012

Ma'al Hijrah

Assalamualaikum :) 
Salam Ma'al Hijrah semua.
Cepatkan masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru hijrah.
1433 bertukar 1434 lepas nie 1435, insyaAllah kalau masih diberikan masa untuk tahun seterusnya.


Suka saya ingatkan, ustazah pernah cakap msa time usrah dulu kat sekolah, n alhamdulillah saya masih ingat, n saya suka sampaikan pada yang lain.. ~Sekarang nie, kalau kita tengok, kejap je kan masa berlalu. Macam sekarang, rasa macam baru je lagi kita sambut Ma'al Hijrah 1433, alih2 dah masuk 1434 dah. Macam time Ramadhan lepas, rasa macam baru je puasa tapi kejap je dah habis 30 hari. Singkat je kan? Allah, itu lah akhir zaman, bila setahun kita rasakan bagai sebulan, bila sebulan rasakan bagai seminggu, bila seminggu kita rasa bagaikan sehari dan bila sehari kita rasakan seperti beberapa jam sahaja. Sangat singkat~

Begitu juga hidup kita, jangan ingat kita akan hidup 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Takut kita hanya ada masa 10 jam dari sekarang, 9 jam dari sekarang. Takut kan? Allahuakhbar! Takut sangat bila fikir balik. Cukup ke amalan kita selama ni? Allah terima ke semua amalan kita? Kita buat ikhlas ke tidak? ---> Mati itu pasti, kita nak terima atau tolak itulah janji Ilahi. Siapa yang baik amalannya, tinggi imannya, yakin solat dan ibadahnya, dialah orang yang paling suka akan kematian. Sebab dia yakin akan amalannya untuk dibawa menghadap Allah. Kita? 

~copy paste from FB~

--"Hebat Zaman Ini"--
*Hampir semua org celik IT, tp asas Fardhu Ain kite tuli..
*Grammar english boleh celah gigi je, tp hukum tajwid gigit jari..

*Boleh cari duit untuk buat O.T hari2, tp kuliyah agama 1minggu 2kali pun susah nak pergi..
*Boleh online,update fb,twitter sana sini dan hari-hari, tp 1muka surat Al-Quran 1 hari susah nak mengaji..
*Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD, tapi Sirah Nabi sikit tak nak ambil peduli..
"Hebat zaman ini"..

Tak salah nak hebat ke Dunia, asalkan hebat juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI. ;)



Nauzubillah, moga kita tak seperti itu. Walaupun kita pandai IT, kita juga cerdik Fardhu Ain, pandai tajwid, kuliyyah agama masih kita ikut, walaupun hanya melalui video. *thanks to Paen sbb masukkan video pasal agama dalam lappy nie, dapat jugak aku reflect diri*. Al-Quran masih kita bukak walaupun sekali sehari. InsyaAllah, kita masih jaga Islam dalam diri.

Bila datang tahun baru, syukur lah kita sebab masih diberi masa untuk bertaubat, sedangkan ada yang pergi lebih awal dari kita.Kita masih dipinjamkan nyawa untuk meningkatkan amal ibadah kita, memperbaiki akhlak dan personality kita dan masih diberi masa untuk tingkatkan Iman kita. 

Setiap hari yang diberikan Allah adalah, hadiah buat kita, untuk kita perbaiki diri. Moga kita menggunakan hari tersebut sebaiknya untuk beribadat kepda-NYA disamping mengejar kejayaan dunia. ameen, insyaAllah.

Hijrah bukan hanya hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah, bukan juga hanya dengan berdoa akhir dan awal tahun. Hijrah tu luas definisinya. Hijrah dari seorang yang malas kepada rajin- itu juga hijrah. Hijrah dari sehari sehelai muka surat kepada dua helai muka surat Al-Quran- itu juga hijrah. Hijrah kerana Allah adalah hijrah terbaik.

Semperna Ma'al Hijrah nie, kita tanam azam baru supaya kita hijrah kejalan-NYA untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Hijrah tak bererti kita kena terus berubah at least kita mulakan sikit-sikit. saya masih dalam progress, doakan :) Istiqamah itu yang penting. Tapi itulah yang paling susah nak buat kan? :) Moga kita diberi kekuatan untuk terus berubah kejalan-NYA. ameen~~

Moga kita terdiri dalam kalangan hamba-NYA yang mempertahankan Islam saat orang lain tolak Islam. Moga kitalah yang akan jadi pembela Islam, tegakkan agama Allah, pertahankan perjuangan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Islam itu hadiah buat kita. Kalimah syahadah itu lah kalimah paling agung buat kita. Syukur kerana dilahirkan Muslim dan masih terus berpegang dengannya. Moga Allah pelihara kita dengan redha dan kasih sayang-NYA. :)

~Salam Ma'al Hijrah~
Jaga iman, jaga hati... :)



Friday, 9 November 2012

~Result~

Assalamualaikum... Semoga semuanya sihat sentiasa.. ^_^

Jumaat.. hari yang penuh barakah, n hari ni hari lahir aku yang ke-19 tahun.. Alhamdulillah.. 19 tahun dah aku kat dunia ni dgn nikmat-nikmat Allah yang sentiasa melimpah untuk aku.. alhamdulillah..
and hari ni jugak result keluar.. Ya Allah, cuak sangat4.. hanya Allah je yang tahu betapa cuaknya aku.. 

Tapi alhamdulillah, segalanya berakhir saat portal UIA berjaya juga aku masuki.. walaupun di'anaktiri'kan hampir 3 jam..akhirnya UIA mengaku jugak aku sebagai anak didiknya. haha. :D
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. itu ucapan yang paling bermakna saat itu.. syukur sangat4.. Allah itu adil dengan semua hamba-NYA.. kita akan dapat seperti yang kita usahakan.. Walaupun aku nye result tak segempak yang lain, tapi aku bersyukur kerana mungkin usaha aku setakat itu.. :)

BUT result ept aku masih xdapat dikenal pasti.. insyaAllah, moga resultnya naty seperti yang diharapkan.. :)

Aku tak mahir menasihati orang sebab aku un masih memperbetulkan diri.. Ya! betul, kadang-kadang kita usaha lebih dari yang lain, tapi kenapa kita tak dapat macam yang sepatutnya kita dapat.. so, kita kena berbalik pada diri kita balik, mungkin ada salah kita yang kita buat yang menyebabkan effect kat result kita.. ada hikmahnya tuu..

Mungkin juga Allah masih mahu menduga kita.. or mungkin Allah masih ingin kita sentiasa mendekati-NYA, dengan cara ini.. Bila kita sedih, Allah sentiasa jadi tempat mengadu.. so Allah rindu akan aduan kita, rintihan kita, sebab tuu Allah uji kita begitu.. Kalau Allah beri apa yang kita mahu, boleh jadi kita riak dan lupa diri dan kita kufur dengan nikmat-NYA, sebab tuu Allah nak pelihara kita dari sifat2 macam tuu.. so, apa pun keputusannya, bersyukur lah.. itu sebaik2  ucapan yang seharusnya kita ucapkan.. :)

Tadi masa check keputusan..mak dengan ayah ada dengan aku.. Mak ngn ayah ada cukup la kekuatan untuk aku tengok result tadi.. Nak tengok result tuu un perlukan kekuatan, ye la takut tak cukup kekuatan nak hadapi keputusan tuu naty.. Redha tu penting. Apa pun keputusannya, itu yang terbaik untuk kita.. Masa sekolah dulu ada cikgu pernah pesan, walau apa pun yang kita dapat, redha je.. kita dah xboleh nak buat apa dah, memang itu dah tertulis untuk kita.. so redha tu penting.. sebab dengan redha la kita boleh teruskan hidup.. betul tak?

~~~ .......................................................................... ~~~

Okay la, tak guna jugak membebel kat sini.. pape un congrate buat semua sahabat seperjuangan.. teruskan kecemerlangan anda.. Ingat walau apa un keputusannya, terima dengan redha n hati yang terbuka.. Allah takkan uji hamba-NYA melebihi tahap kemampuan kita.. n Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Sentiasa bersangka baik dengan-NYA, insyaAllah, Allah telah mengukir sesuatu yang indah buat kita, hamba-NYA yang mensyukuri nikmat pemberian-NYA. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu sebab kemahuan kita selalunya mengikut nafsu.. :)


p/s- Allah tau siapa kita melebihi kita mengenal diri sendiri.. 

tahniah buat sahabat ~ fina, dila, paen, ili, feeqa, tikah, alep, yus, na'im, akim, syamil, fakar, keoi, mahani, lly, fatin, farah, farahin, sorfina, hanis, 'izzah, radhiah, sher, n semua la dak2 CFS IIUM.. selamat melangkah ke alam degree.. :D 

Wednesday, 31 October 2012

Allah dah bagi warning...

Amerika Syarikat dilanda Taufan Sandy..


Assalamualaikum... :) cmne sihat? 
Semalam tengok berita, tetiba dengar pasal US kena serang dengan taufan.. Dalam hati dah syukur sangat2 dah sebab padan muka US, amik kau.. Allah da turunkan hukuman... 
Tapi, bila rationalkan balik iman dengan akal.. Allah turunkan semua nie ada sebab.. Allah tak akan hukum sesuatu kaum tanpa sebab.. Ya, kita boleh tengok sendiri macam mana US.. orangnya, negaranya, semua tip-top.. memang superb.. Amerika negara paling maju.. Tiba2 dengan sekelip mata Allah tarik nikmat tuu.. 

Jom kita fikir balik.. pernah tengokkan cerita 2012 ?? Ramai yang kata tahun 2012 Kiamat.. betul ke tak? Bila tengok berita pasal US hampir tengelam nie, terfikir jugak.. betul ke nak kiamat dah? 
Bukan percaya pada firasat barat..cuma terfikir.. Tapi masalahnya, hanya Allah yang tahu bila.. Sekarang kita tak perlu risau bila kiamat.. InsyaAllah kiamat akan muncul.. so, don't worry..

Yang kita perlu risau sekarang nie.. KITA, Ummat Muhammad, Manusia, Hamba Allah.... kita da sedia ke? da ready nak hadapi hari tu? Okay, jujur cakap saya tak ready lagi.. Iman tak mantap lagi, akhlak un tunggang terbalik lagi.. ibadah un belum sempurna.. tal ready untuk hari itu..

Sedih sangat bila tengok Malaysia masih belum sepenuhnya negara Islam.. Melayu Islam un masih berpakaian seperti kafir.. Tak tau hukum hakam.. Rambut da macam2 warna, skirt pendek atas lutut, baju sendat padat ketat--> itu baru luaran dalaman, ibadahnya, kita tak tengok lagi... kita boleh kategorikan Malaysia nie klon kepada US la.. boleh terima? Mungkin elok sikit dari US.. 
 Nauzubillah, moga Allah lindungi kita dari semua itu.. ameenn..

Orang kita belum  sepenuhnya sempurna termasuk saya sendiri.. Peringatan yang diberi hanya bagai mencurah kedaun keladi.. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Sahabat, mungkin hari ini US dilanda bencana, mana tau esok lusa Malaysia pula yang kena.. Siapa tahu kan? Allah adil.. Takkan nak hukum US je, sedangkan kita un lebih kurang je.. Nauzubillah, saya tak mintak... cuma nak ingatkan je.. 

Saya un masih belajar n belum sempurna semuanya.. Mendidik iman untuk cekal n lebih kuat pergantungan dengan Allah.. Bila tengok Taufan Sandy landa US.. saya takut sangat, pernah dengar orang ckp, tanda2 kiamat naty... Amerika akan tengelam dulu... so bila tengok tadi, terus teringat kata2 sahabat tuu..... 

So, jom prepare diri, iman, akidah, ibadah kita.. kita ada tujuan kita sendiri bukan hanya hiburan kita di dunia nie.. Syurga tujuan kita.. Dunia penghubung kita dengannya.. Allah tahu hamba-NYA yang benar2 ikhlas akan syurga-NYA.. hidup kita untuk Allah, mati kita juga untuk-NYA..  ameen..
"sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah"

jadikan gambar2 nie sebagai iktibar tau... kalau nak tau lagi berita pasal nie ce Google.. jadikan pengajaran buat kita.. :)






imej dari satelit - Taufan Sandy


dah macam cerita Titanic kan..

p/s- Allah menyayangi dan mencintai hamba-NYA yang selalu mengingati-NYA.. <3

^_^

Friday, 19 October 2012

Thanks coz being a part of me ~~

Assalamualaikum. . . . . 
alhamdulillah, still here for the new entry... Budak bilik dah pengsan terus sebab struggle gila untuk Economics.. kesian tengok dorang. Aku? Yup memang letih...sangat-sangat letih, tapi I still have more things to do. Tak packing barang lagi.... =.=' 

Pejam celik, dah nak habis CFS un, even aku still ada short sem kat sini tapi sedih la, just me without u all. Ya, sedih bila fikir balik... Korang boleh istirehat kat rumah sambil habiskan masa dengan family. Tapi aku kena struggle for the next paper here. Am iz sad...

TAPI.. its okay.. Allah dah rancang dengan sebaiknya, aku disini ada tujuannnya, bukan untuk bersuka ria. 

Bermula dengan pendaftaran di PJ sehingga ke UIA Nilai... satu jangka masa yang sangat perit bagi aku sebab aku tak biasa berjauhan dengan family.. Ye la anak mak sorang nie mana pernah duk asrama, tetiba kena tinggal jauh sejauh 3oo++km.. mau tak sedih.. Tapi semua berubah lepas aku jumpa korang. G922, was my best group i ever meet. Tak pernah terfikir nak jumpa orang2 macam dorang. Very gila-gila, sporting, share everything together. My best first friend, Fina- jumpa dia masa tengah tengok list grup kat Block C then terus rapat lepas tu aku jumpa Ili, feeqa, dila, tikah, niza, wani, arifah, reen, paen, ain, sue. Best sangat dengan dorang.

~aku sayang korang gila2~

Pastu aku jumpa budak2 laki yang superb la..+ pandai2 semua.. Yus, alep, na'im, arif, arep, din, zaki, pudin, aiman, aiman kama, afiq, kamil, yusri... very sporting plus kuat makan!! 

~secret recipe G922~

Bab makan aku suka group nie. Sem 1 je banyak kali buat even makan2. lagi2 bila ngn gang soulmate aku- Fina, Dila n Paen.. Nie gang makan. Pantang ada waktu free mesti g cari makan.  Bagi aku tradmark grup nie Secret Recipe. haha.. Benda wajib setiap kali ad jamuan.. :) luv 'em ever la. Aku suka G922..

~sambutan birthday~ ^^

Suka duka aku dulu dorang la yang selalu dengan aku~~~ -Fina, Paen, Dila, Ili, Tikah-

~ice-roOm~

~kitaorang suka g makan #hobby# ~

~semua gambar kat tempat makan je~ hakhak

~thanks gurls.. ~


Then, berubah angin ke IIUM Gombak, first jejak kaki ke sini wah memang bangga la. Ye la batch first CFS Econs yang wat CFS kat main campus... :DDDD.. Sem 3 11/12 aku Group 912.. best gak group nie.. Kat sini aku tambah lagi kawan, fatin, farah, radhiah, lly, hanis, izzah, akim, syamil, syukor, amzar, izwan, hafiq....

~hye G912 (: ~

Masa sem 3 nie, aku still cam budak2 tapi budak2 yang matang sikit la dari sem 1 dulu. haha.. Best memory masa sem nie group project account la..For me, i'm proud to be with them as a team.. Mungkin sebab aku jadi manager kot time tuu.. hahaha.. Akim, syamil, perangai dorang yang kadang2 lucu, kadang2 macam nak cari gaduh un ada and kadang menceriakan suasana.., buatkan team tuu jadi ceria.. Small Ville Homestay~~ was my great project with 'em.. :D  

~Small Ville Homestay team~ ^_^

Yang tak best sikit pasal group nie, TAK pernah ada makan2 dengan dorang.. sebab tuu aku kurus sikit masa sem 3. haha :D

Then... now is my last sem.. sepatutnya la.. :'( ... Sem nie aku banyak group so, tak de yang best sangat.. Tapi kawan still bertambah.. Sem nie yang best Perkim.. Rugi sape tak join activity dorang.. Yang paling best bila Imtiaz jadi buah hati.. suka sangat dengan budak2 Imtiaz tuu.. Even nakal tapi best sangat.. Suka layan dorang, macam layan adik sendiri..



Then, jaga adik, yayang dengan abang.. Budak-budak nakal yang paling penat nak dilayan.. lagi-lagi adik.. Adik tersangat la nakal.. Boleh rebah aku layan dia.. Yayang, yang paling aku sayang.. luv yayang sangat4.. hee.. Abang, okay la sikit.. matang sikit dari yang dua orang tuu... Thanks my dear darlings coz being with akak bila akak rindukan adik2 kat rumah.. :))

All my sem, aku ada kenangan indah untuk dikenang... Alhamdulillah, Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat baik dan macam adik beradik kat sini.. Thanks coz being a part of me.. Thanks :D

Note :
<3 aku rindu masa berfacebook aku ditemani dengan notis yang banyak2... Fina, Alep, Ili ngn Yus yang penuhkan notis aku.. Sumpah, aku rindu saat tuu.. Gaduh sampai lebam...Penuhkan status orang... Aku simpan kenangan tuu sampai bila-bila.. Thanks korang.. :)

~ miss this moment~


#Sedihnya bila short sem aku tak ada korang,, at least dulu kalau bosan aku kacau alep... Kalau nak merajuk lebih2 aku kacau dila.. kalau nak suoh belanja makan aku minta kat yus, kalau nak teman aku ajak Fina ngn paen g joging.. kalau nak gaduh kat facebook aku ajak ili join sekali.. Tapi naty.... sedihnya...  Argh.. pape un, thanks korang... :D sedihnya nak habis CFS.. naty ntah jumpa,, ntah tak..#

Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfitri~~

~S.E.L.A.M.A.T.H.A.R.I.R.A.Y.A.A.I.D.I.L.F.I.T.R.I~
. . . M.A.A.F.Z.A.H.I.R.&.B.A.T.I.N . . .

~ sAlAm LeBaRaN~
. . . ikhlas dari kami sekeluarga . . .

10 jari disusun,
memohon keampunan,
jika ada salah silap sepanjang perbualan,
percakapan,
pertemuan,
pertelingkahan,
mohon dimaafkan,

manusia itu hina,
kesilapan selalu,
perteligkahan kekadang,
sakit hati mungkin berlarutan,
mohon dimaafkan dihari mulia ini.

Ramadhan meninggalkn kita,
dengan seribu ujian yang bakal datang,
tingkatkan amal ibadat,
agar kuat iman, takwa dan diri,
agar kita laluinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan diri,
jadikan amalan sepanjang Ramadhan sebagai benteng untuk 11 bulan mendatang...

 . . . _______________________________________________________________ . . .

Assalamualaikum,,, ^_^ nie la suasana raya kat umah rynie.. haha











p/s~ nie utk raya pertama,, insyaAllah kalau rajin naty uplod utk raya kedua lak.. hehe.. tgh bosan sbnarnya nie, pagi tadi ramai la yg dtg umah, sekarang nie xde sape dh.. so on9 la.. ^___^

~ maaf zahir & batin ~



Sunday, 15 July 2012

Imtiaz Melaka - The best school in the world

Assalamualaikum, sempat g en ak update blog malam2 nie.. haha
Xcelly baru balik dari Melaka, Bandar bersejarah.. Join program Crystal bersama Imtiaz Melaka..
Penat sangat.. penat angkut barang + penat layan budak2 tu + penat .. penat .. penat .. tapi yang penting best sangat.. Tak terucap keseronokannya *ceewah* haha...
Layan adik-adik tu best sangat.. aktif, cergas, talkative.. hahaha.. tu yang paling best.. tak kering idea la kalau cakap dengan dorang.. :))) sebenarnya myb terlalu rindukan adik2 kat rumah so, layan dorang dah macam adik2 sendiri.. :D 

okay, aku malas nk taip panjang-panjang.. biar gambar menceritakan semuanya.. :)

nie la adik2 grup yang tersayang ^_^

khusyuk je.. :)

Bro Dolah- 'pencuri' telur.. haha.. yg sorang tu photographer tak bertauliah. ^_^

dorang tengah menari2. haha

syafiq.. kecoh budak nie. haha

kena denda. haha... suka sgt tengok dorang pakai seragam..semua putih.. ^^

^_^

^____________^

second day- at Tajung Bidara Beach

yea!! grup 1-5 menang! tengok la fasi dorang sape. haha

tengah fikir idea nk cipta barang.. :)

tak sabar nk mandi pantai dorang nie~~

bro Asri dikelilingi adik2.. haha ^_^

grup 3 tengah present barang dorang.. ^^

^_^

~brother2 tgh buat persembahan untuk adik2~ ^^

~anuar n marzuk...best ngn dorang..anuar pnggil aku----> cikgu..err ustazah..err kakak.. haha :D

^___^

last pic. saje nak bg korang xcersice sikit kepala tu.. haha.. birthday party, last moment at Imtiaz.. :)


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi malas nak uplod semua, so yang nie je la yang sempat nak uplod.. kenangan dengan dorang best sgt.. lagi2 dengan grup 3.. adik2 grup aku memang talkative sangat.. Untuk fasi yang sekali dengan aku, Aimad n Anat.. sorry ek kalau ada salah silap time jalankan tugas.. ^^
Yang pasti adik-adik Imtiaz memang terbaek.. :)))


p/s~rindu twin kat rumah.. insyaAllah Jumaat nie boleh jumpa dorang.. Rafiq, Adik kembar, Abang kembar, Sofieah, Alia, Abang, Mak ngn Ayah..tunggu kakak balik ! ! :))



segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA