Monday, 8 April 2013

Ambil yang baik, buang yang buruk ~~

Assalamualaikum~~
Apa khabar? sihat? MOga sihat selalu dalam limpah kurnia kasih sayang-NYA.. insyaAllah..

Baru habis test 2 ISF.. 
perghhh...essay semua.. memang naya la.. gilakan?
5 question essay yang memang menguji minda..

Semalam baca sampai pukul 4 pagi untuk habiskan semua notes.
Tapi apakan daya, certain je yang ingat.. Hopefully mark naty seperti yang diharapkan..
Ammiinnn~~

Okay, taknak cakap pasal test nie.. abaikan..
Tapi doakan sya untuk test 2 macro rabu nie.. hiphip~~

~......................................................................................~

Semalam ABPBH.. 
Tapi tak tengok un, tengok fb je.. tuu un gelak guling baca comment yang memang tak membina..
Tapi nak salahkan public tak boleh jugak, sebab benda tuu memang benda tak ada akal fikiran pakai baju rupa macam alien planet marikh.. Marikh taknak terima, bumi terima dia.. nak buat cmna..

Pakaian artis nie kadang-kadang over n terlebih over..
Kita nak diamkan, ofcoz la tak boleh.. mesti ada jugak element nak mengutuk + mengumpat + mengata n segala M tuu ada..

Artis nie kadang-kadang ikut tema je cara dorang berpakaian tuu.. kadang-kadang tema pelik sangat..
sebab tuu pakaian un pelik.. ha..tak gitu?
Cuba la sekali penganjur buat tema Islamic ke.. 
paling kurang un, even dorang pakai secara terpaksa mengikut tema..
at least comey sikit penonton nak tengok.. takda la semalam berat sebelah penonton kumpul dosa..

^_^
Jom fikir rational..

hurm, sape yang tengok ABPBH semalam? angkat tangan?
hehe
Tak salah un tengok.. benda tuu cuma hiburan, tapi jangan sampai jadi ikutan..
Sya kalau duk kat rumah nie, memang tak tengok dah sebab family sya jarang sikit suka tengok benda-benda nie sejak abang masuk sekolah agama, sya un dari sekolah agama, si kembar tuu un da masuk sekolah agama.. at least dah faham la sikit apa dosa apa pahala..
Bukan bangga, tapi nie la reality.. kalau nak tengok un part yang okay.. tak un rakam melalui beyond.. 
kalau rakam tuu, part2 yang gelong gediksss gila tuu tak yah tengok.. tengok part last sape yang menang tuu je..

Okay drop pasal rumah..
Bila kita tengok sesuatu yang melawan fitrah..
Perempuan pakai baju macam tak pakai.. 
Baju tak cukup kain..
Baju terbelah tak cukup benang..
Baju kecik takde saiz..
Baju jarang.. n so on lah..

Kita fikir waras balik, mungkin Allah nak tunjuk kat kita dunia dah nak berakhir..
Allah nak tunjuk musuh nyata yang melawan-NYA..
So, sebagai seseorang yang berfikir, kita jadikan itu sebagai pengajaran, jangan jadikan trend dan ikutan..
Sya tak nak la pasnie tengok kat IIUM nie ada sisters pakai kotak terbuang kat atas kepala.. :)

Kadang-kadang kita dah tak boleh nak buat apa dah dengan orang yang macam nie..
Kalau kita lawan, lagi dorang melawan then ofcoz la dorang menang..
sebab dorang tak ada ilmu agama..
Kita tak akan menang dengan orang yang jahil agamanya..

So, kita kena ambil semua kesalahan mereka sebagai pengajaran bagi kita..
Supaya kita tak terikut dengan trend yang mereka bawa..
Bukan bermaksud nak pentingkan diri sendiri.. Tapi dah tak boleh nak buat apa dah..



Bila kita tegur..
'Hak saya, biar saya yang jaga'
'Itu hak saya, kalau nak pakai seksi'
'Jangan jaga tepi kain orang lah!!'

Bila kita cakap..
'Kita sesama Islam kena saling tolong menolong. Kalau awak tak cukup kain, izinkan saya nak tolong belikan kain'
Agak-agak apa dorang akan balas?

'Kubur masing-masing, so tolong jaga kubur sendiri'
=='

hehe.. manusia..manusia..
Kalau kita tegur un buat sakit hati.. baik kita benci dalam diri n tunggu ada yang lebih berani yang tegur..
Kita yang tak mampu buat apa nie, ambil pengajaran untuk didik hati dan diri menjauhi perkara yang Allah murka.. Bila Allah murka, kita susah.. 

Dunia sekarang dah terbalik.. even technology dah maju..
Bangunan tinggi-tinggi.. 
Tapi kenapa Islam itu mundur?

Kita dah masuk zaman dimana...
Perkara haram dibanggakan..
Perkara baik, dibenci dan difitnah sana sini..

Bila dah sampai tahap macam nie.. 
Salah siapa sebenarnya?

Sya ingat balik perkongsian dengan sister satu halaqah..
'Saat kalimah syahadah dilafazkan, kita adalah da'ie'

Sayu hati dengar.. Pernah ke diri nie berdakwah membawa orang kejalan-NYA?
Pernahkah sya tegur orang buat baik, pimpin tangan dia ke jalan benar?
Nak nagis un ada masa tuu sebab pikir macam tak pernah je sya buat macam tuu..

Semua nie salah Umat Islam tuu sendiri..
Sya tak berani nak bahas pasal nie sebab sya tak tinggi sangat ilmu pasal benda nie.. 
InsyaAllah kalau ada yang boleh bantu, mohon share lah.. :)

Tapi bagi sya la, umat Islam sekarang makin mundur..
Maju dalam technology, dunia, economic, satera..
Tapi hancur bab agama..

Teringat video Matluthfi..
Kalau pandai cakap, tapi tak nak belajar agama, jadi ahli politik lah..hehe

Jangan pulak kita salahkan orang lain..
Kita bertanggungjawab dalam kalangan kita untuk sampaikan dakwah..
Sampaikan sesuatu yang baik.. walaupun kita tak berani bersuara, kita cuba mengayakannya..
Tampil dengan gaya yang boleh jadi ikutan..
Alhamdulillah, penampilan brothers kat IIUM nie baik.. Berkopiah, kadang-kadang ada nampak brothers baca Quran pegi kelas..even tuu kelas economic..
Pakai baju melayu.. At least dalam kampus nie sya boleh lagi tengok nilai-nilai Islam dipraktikan..
Sisters un sama.. Pakai tudung labuh tutup dada.. Bawa Quran sebagai pendamping, duduk dalam usrah dengar nasihat n sebagainya.. *mungkin sya tak tergolong dalam golongan nie*
Tapi sya suka tengok majoritinya begitu, walau ada jugak yang tak..



Dalam halaqah minggu lepas, kitaorang discuss pasal..
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah, Allah akan jaga hak kita.. Hubungan baik dan rapat dengan Allah akan bawa kita lebih tenang dalam layari kehidupan dunia nie.. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.. Konsep dia senang je kan? 

Moga kita tergolong dalam golongan yang disayangi dan diredhai Allah..
May Allah bless all of us..

p/s-jaga adik-adik kita, didik mereka jadi insan berguna.. tanggungjawab mendidik bukan terletak pada bahu ibubapa sahaja, kita sebagai abang dan kakak un ada tanggungjawab untuk mendidik adik-adik kita.. :)

"Jangan tengok pada siapa yang menyampaikan, tetapi lihat pada apa yang disampaikan"
Sya tau sya masih kurang.. Doakan sya moga boleh jadi macam Muslimah lain.. :)

Thanks for reading.. sukran~~


No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA