Wednesday, 26 June 2013

Dimana DIA dihati kita?

Assalamu'alaikum..
Time-time jereu nie jaga kesihatan ek.
Jerebu nie ujian dari Allah untuk kita menghargai nikmat nyawa dan oksigen yang Dia berikan.

Hari nie kat Penang da hujan, Alhamdulillah sangat-sangat.. :) sejuk rasanya..
kalau dari rumah sya semalam n dua hari lepas, nak tengk bukit un susah, nak tengok matahari terbenam un mengidam je la, tapi hari nie da bole tengok bukit walaupun samar-samar lagi, ^_^

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk kongsi kat sini.
sebenarnya rasa rendah diri nak kongsi, sebab sya bukannya sebaik n sehebat kawan-kawan yang lain.
Sya kongsi setakat yang sya mampu sebagai teguran dan nasihat untuk sya dan kawan-kawan.
InsyaAllah~~

Sering kali kita lupa siapa pemilik sebenar hati nie.
Selalu nampak status or kadang-kadang ada jugak yang macam nie..
"Dia lah yang selalu dihatiku selamanya"
"Tak ada yang lain selain dia dihati ini"

Faham tak?
Kita lupa yang sebenarnya hati tuu Allah yang punya.
Dia yang kita selalu maksudkan tuu DIA? or dia?

Nak dengar citer? maybe kebanyakkan dah tahu citer nie.. :) sama-sama amek iktibar ek..

Da'thur, seorang tentera musuh yang menyerang hendap Rasullullah lalu meletakkan pedang di leher Banginda dan berkata, "Siapakah yang dapat menyelamatkanmu dariku?"
Dengan penuh tenang dan yakin Baginda menjawab "Allah".
Lalu Da'thur tuu un takut dan pedang yang dipegangnya terlepas.

Walaupun ketika diwaktu-waktu kecemasan macam tuu Rasulullah boleh yakin yang Allah dapat membantunya. Kita? Kalau kena culik ke kena rompak ke, siapa yang kita panggil??

Cerita seorang budak pengembala kambing..

Khalifah Umar ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah padang pasir, Dia berkata, "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing tersebut?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja"
"Kambing-kambing ini banyak, sukar untuk sesiapa mengetahui kehilangan seekor kambing, katakan kepada tuanmu, seekor daripada kambing-kambing ini telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya", desak Khalifah Umar
"Habis dimana Allah?", soal budak itu. Khalifah Umar sangat bangga dengan budak tersebut, ternyata Allah hidup dihatinya.

Bagaimana dengan kita? jauh terpesong kan? Bukan sahabat-sahabat la, sya sendiri.
Bila baca je rasa tertanya-tanya Allah hidup tak ek kat hati nie?
Rasa macam nak nangis sebab...

Satu lagi cite..

Seorang sufi diajukan soalan, "Apakah engkau takutkan Allah?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak aku akan jadi seorang yang kufur, kalau aku katakan ya, aku merasa diriku munafik. Sikapku berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah akan bergetar hatinya tatkala disebutkan nama-nama Allah, tapi aku tidak..."

So, kalau seorang ahli sufi begitu kita bagaimana?
 Siapa yang kita paling takut?
Hantu? ^__^

Susahkan nak jawab soalan simple macam tuu..
Ya Allah, rasa hinanya diri..
Sebelum nie rasa bangga jalan kat muka bumi nie tanpa rasa bersalah un sebab dalam sehari tuu hanya 5 kali kita ingat Dia, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrb n Isyak. Lain dari tuu semua dunia..

Allahurabbi,
Jauhnya diri nie dari Dia..
Dunia ciptaan-NYA yang diagung-agungkan,
sedangkan Penciptanya kita lupakan..

Kita bole lihat sendiri bagaimana Allah hidup dalam hati Rasulullah, semua yang Baginda lakukan atau kerjakan Baginda yakin Allah ada disampingnya.
Tak kisah lah time susah mahupun senang, baginya Allah ada dimana-mana.
Sebab tuu Baginda bole berjaya..

Kita? Atau sya sendiri?

Allahuakhbar..
Hanya Dia yang mengetahui segalanya..

Tak terlewat lagi untuk kita hidupkan DIA dihati kita..
Banyakkan mengingati Allah, InsyaAllah, kelak hati kita bagaikan pesta tanpa henti.
Bahagia, tenang, nyaman dengan adanya Dia dihati..

Sama-sama usahakan..

Asif salah silap..

Wallahu'alam.. ^__^

Saturday, 22 June 2013

Kadang-kadang...

Assalamu'alaikum..
Pernah dengar ayat nie?

"Orang baik@alim hari nie ada kisah silamnya, orang teruk@jahat hari ini ada masa depannya"

haha. lebih kurang la..

Budak-budak short sem dah nak masuk balik U sambung perjuangan.
Gud luck n wish u all da best.
Semua tanya, sya nie nak sambung accounting tapi tak nak ambik short sem.
hurm, sya tak kisah lambat un habis asalkan habis jugak even lambat dari yang lain un.
Izinkan sya bina kekuatan kat rumah nie dulu..

Hari nie seriously amat memenatkan,
Patah tulang belakang rasanya.
hurm, Rafiq buat perangai, 
Nak masak un susah. Nak bagi tidor pukol 12 tuu tak nak menangis gila2..
Tinggal kat ruang tamu suoh tengok kartun un tak nak..
So terpaksa la sya masak sambil dukung dia.
Tumbuk sambal, goreng ikan, tumis bawang, kisar, siang, potong semua dengan sebelah tangan.
huh, seksa. 

Hari nie OT sampai kol 10 malam.
mak n ayah join program kat sekolah.
Sangat-sangat penat.. =.='

But nie la yang sya selalu minta masa kat U dulu, n jaga adik-adik.
i love my brothers n sisters more than i love myself. really..

~....................................................~

Aku benci dipasang-pasangkan, disuai-suaikan, digosip-gosipkan biarpun atas nama gurauan. 

Syadid much?
Aku cuma bimbang aku hilang dari pandangan Tuhan.

Allah.
~Haslinda Alias~



Nak citer sikit,
Dulu waktu zaman sekolah dulu, sya pegi sekolah dengan ayah. Kadang-kadang naik keta kadang-kadang naik motor.
Ayah selalu guna jalan sawah bendang, kalau ikut jalan biasa jam, keta banyak, n yang paling penting nak avoid asap keta. hihi. mengada kan?

Apa-apa un sya suka lalu ikut sawan padi pagi-pagi, hidup udara segar n nyaman je.
Setiap kali sya lalu situ, sya suka pandang alam ciptaan Allah tuu. Indahnya.
n kadang-kadang atas motor tuu bole nangis.. dalam hati:
"Ciptaan Allah nie banyak sangat, kat mana aku dipandangan-NYA?"
"Orang yang cintakan Allah tuu ramai sangat, aku nie dalam senarai tak?"
Allah...

*macam tak ada kaitan je dengan statement Haslinda Alias tuu*
haha

Sya ada banyak kawan. kawan lelaki yang nakal gila n kawan perempuan yang gila-gila..
semua baik n perangai macam-macam but u know what i do love 'em tak kisah la macam mana un perangai dorang.. but satu je yang sya tak suka buat masa nie..
please dun match me dengan sesape un. sya tak suka.

semua tau kan, setiap ucapan itu doa, setiap kata-kata tuu harapan.
Dulu kat sekolah. Sya ada kena gosip tapi biasa-biasa ja. kan?
we still friend n alhamdulillah tak terjejas sikit un persahabatan tuu.
kawan je..
Now ada kan?
kawan-kawan punya keja sebab facebook punya angkara. haha

terus terang lagi bersuluh torchlight + lampu jalan, sya tak suka.
Sya ada hati n perasaan. Even mula-mula tak suka mungkin lama-lama benda tuu bole berubah.
kan? semua tau kan fakta simple nie. haha

Sya tak marah langsung. seriously. cuma kadang-kadang tuu geram je, geram je okay tak marah.. Adik beradik mana bole marah. haha (^_^)v
Sya tau niat baik + tulus murninya hati korang-korang tuu tapi pernah tanya hati sya sekarang?

I dun know orang yang dikaitkan dengan sya tuu tau ke tak but kalau dia tau I'm sorry.
bukan salah sya. haha

sahabat atau lebih rapat disapa adik beradik,
nak tau tak.. kadang-kadang gurauan tuu bole jadi indah dan igauan dalam mimpi..tapi ianya bole jadi reality yang paling teruk untuk diterokai..
tau tak? sakit tau. tergores2 nie. haha *gila*

biar la masa n takdir yang tentukan 
buat masa sekarang izinkan sya hadir di pandangan Allah dulu.
Biar sya serlahkan diri dihadapan-NYA dulu, sya rasa sya da makin jauh.

Okay..okay.. serious sangat.. santai balik~~
Sya tak nak dah okay! stop talking about me n sesape je la.. 
kita hooray.hooray macam dulu.. haha *macam la hooray sangat*

yang lain, bia gambar yang berkata-kata... :)


for now~~

InsyaAllah..

kan? malu untuk akui tapi itu lah reality. :'(

never !!

myb semua nie datang kerna salah sya sendiri


ukhwah fillah abadan abada. sayang korang kerna Allah. insyaAllah.

^__^


p/s- minta ampun salah silap. Asif jiddan. Stop talking let Him do everything. ^_^



Wednesday, 19 June 2013

Alhamdulillah.

Assalamu'alaikum.. :)
Sihat? 
Semoga semuanya baik-baik je.



Tak ada rasa nak bunuh diri kan lepas tengok result masing-masing?
^__^

Sya selalu amalkan doa nie.
"Ya Allah, berikan aku keputusan yang sebaik-baiknya dan selayak-layaknya untuk aku"

Alhamdulillah, Allah berikan yang sebaik-baiknya.
He give what i need. Keputusan cemerlang tapi bongkak un tak guna, baik keputusan ala kadar tapi bersyukur. 
Lagi best kalau keputusan gempak tapi rendah diri n rasa syukur tuu ikhlas kepada-NYA.

Allah berikan kita keputusan tuu sebagai ujian. Ujian nak tengok bagaimana kita mengucapkan syukur.
Bersyukur tak kita?
Kalau keputusan 4 flat tapi bongkak n tak terlintas kata syukur, itu failed namanya.
Tapi biar keputusan ala kadar tak dean list un tapi still lidah basah dengan kata-kata syukur.

Tahniah bagi yang dean list, korang memang layak dapat. U do ur best n sya tau korang sangat-sangat study hard for the grade n His blessing.
Tahniah untuk yang 3.00, bukan hina berkedudukan 3.00. Itu nikmat. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk teruskan perjuangan. 
Tahniah untuk semua.

Sya tak pandai nak nasihatkan orang sebab kadang-kadang sya un jadi macam tuu jugak.
mesti selalu dengar ayat macam nie
"Aku usaha lebih dari dia, kenapa dia dapat lebih dari aku?"
"Kenapa malang sangat nasib aku nie?"
n seumpama dengannya.

Nak tau perangai sya,
sya jenis kalau rasa benda tuu akan downkan sya, sya akan diam n diam n terus diam.
tipu la kalau kata tak pikir benda tuu tapi diam is better then cakap benda-benda yang macam tuu.
Masa dapat CM dulu, frust gila. tersangat-sangat frut call mak nangis bawah ampaian kat safiyyah tuu.
Bole dikatakan setiap hari call mak minta nasihat. Sya tak nak nasihat kawan-kawan sebab kadang-kadang perangai kawan nie pelik sikit.
Seriously tak tipu, sampaikan satu malam tuu sya geledah cari grade pemarkahan IIUM untuk lulus subject. 
tak jumpa, last2 minta tolong orang jumpa jugak.
Bila tengok je grade tuu, sentap jugak la.
"Macam mana aku nak buat untuk final nie?"

Ya, sya tahu perasaan bila gagal bila kena repeat bila jatuh.
I know well. sebab sya pernah kat tempat macam tuu
Perasaan tak puas hati tuu sangat-sangat la menebal.
Tapi mak ada, family ada n yang paling penting Allah kan ada.

Lepas tengok CM, sya dah tak tengok dah.
Tutup buku n buka buku baru 2 minggu before final.

kawan-kawan, nak tau tak.
Allah tuu adil sangat-sangat.
sya dulu terpikir jugak kenapa aku tak sepandai dia?
kenapa result aku tak segempak dia? sedangkan masa study sama-sama, buat salah un sama-sama.
Tapi bila pikir balik, cuba kalau sya dapat result gempak macam orang lain,
mesti Iman jatuh ke tingkat 1 even sekarang un masih merangkak2 naik tangga.
Mungkin sya jadi macam artis, nak glamour je tayang result,
mungkin sya akan jadi lupa kawan, sebab rasa macam dah tak setaraf..
banyak kemungkinan akan terjadi. mungkin sekarang kita kata TAK,
Allah tuu bole n mudah sangat nak bolak balikkan hati seseorang.
Biar kita dibawah tapi syukur kita diatas, jangan kita diatas tapi syukur tuu kita pijak-pijakkan dia.

Allah lebih suka orang yang berdosa n minta ampun atas dosa-dosanya, dari orang yang beribadat tapi bongkak tunjuk amalannya.
sama jugak macam kita,
Allah lebih suka orang yang rendah diri dengan keputusannya n bersyukur apa yang dia dapat.

Kadang-kadang kita tak bole samakan kita dengan orang lain,
Setiap orang Allah jadikan berbeza-beza.
n semestinya la tahap pencapaian un berbeza. 
Setiap orang ada keistimewaan masing-masing.
Mungkin kelebihan orang lain kelemahan kita
n kelemahan orang lain kelebihan kita.

kalau dapat C okay what?
C- cemerlang, cerdik, cergas, ceria
Syukur sangat-sangat dah tuu.

Kalau lidah tak tau bersyukur macam mana hati nak tenang. :)

~.................................................................................................~

p/s- thaniah buat semua kawan-kawan, sisters, brothers, kawan gaduh, kawan minta tolong, kawan joyah, kawan happy-happy, kawan nangis-nangis, kawan gila-gila n semua kawan-kawan. Korang memang terbaik!! u get what u give.
special thanks to mak ayah, adik2, abang, lecturer (mdm maslina, prof mousa, dr malik, dr norizah, dr hanizah, dr sheila, kak dayah) n semua kawan time senang n susah. :)


^______________^
Allah kan ada


Thursday, 6 June 2013

Mengapa aku?

Kekadang aku terasa biadap
menyoal-MU
kenapa aku...
tidak dia, tidak mereka

Terasa egonya hati
terasa kasarnya jiwa
berhadapan dengan mahu-MU
aku tidak redha

Ahh... aku si debu yang hina
terbang bagaikan habuk di kaki langit
sudah dikendang
ini pula dijulang

Ya Allah
berikanlah aku kerendahan itu
agar aku mampu merayu-rayu-MU
Ya Allah
berikanlah kelembutan hati
agar aku teleku, tunduk dan tersembam
ditelapak redha-MU

~Egonya aku-karangan ustaz Pahrol; Dimana DIA dihatiku?~

~...................................................................................~

Selalukan kita menyoal
Kenapa aku yang selalu kena semua nie?
Kenapa aku je yang asyik diuji?
Kenapa aku je yang Allah pilih untuk terima semua ujian-NYA?

Kerana itu tanda sayangNYA pada kita..
^__^

Analogy:
Minggu exam, semua struggle hard nie sebab nak jawab exam dengan sehabis baik. Sampaikan waktu tidur un sanggup digadaikan demi sehelai paper dan gred. Nota demi nota sanggup ditela'ah, buku demi buku sanggup dibuka, last sem punya paper sanggup diphotocopy dan di buat ulang kali. Ya, semuanya demi satu paper. :) 

Begitu juga lah kehidupan ini.
Hidup ini satu ujian.
Tak semua mengetahuinya, hanya mereka yang berfikir sahaja mengetahui rahsia alam ini.
Dunia yang penuh dengan ujian.
Gembira itu ujian
Sedih itu ujian
Marah itu ujian
semua jenis nikmat yang kita dapat itu ujian sebenarnya.

Kalau sebelum masuk exam hall, kita da prepare semua. Dengan harapan kita bole jawab semua soalan.
Sama juga dengan kehidupan nie, tapi cuma kita je tak amik tahu semua tuu.
Kita perlu prepare dengan semua jenis cabaran yang ada, prepare apa kemungkinan akan jadi moga semua yang bakal kita hadapi sedikit un tak mengoyahkan keimanan mahupun kesetiaan kita pada Dia. 

Kalau dalam exam kita tak boleh jawab soalan yang diberikan selalunya kita amalan selawat, istighfar moga-moga Allah kembalikan ingatan kita. Tapi kalau tak datang juga, kita ikhtiar, kita timbang baik sesuatu jawapan tuu relevan tak dengan soalan, kita fikir baik buruk dan semua lah asalkan kita nak jawapan kita tuu betul..

Sama la dengan kehidupan, bila kita face dengan sesuatu yang mendownkan kita. Sesuatu yang kita sukar untuk hadapi. Banyakkan istighfar, selawat, zikir moga Allah kuatkan hati hadapai semua rintangan dan cabaran tersebut. Menimbang baik sesuatu keputusan yang kita buat. Sama kan?

Sesungguhnya Allah mengetahui hamba-hamba-NYA melebihi kita mengenal diri sendiri.
Pencipta lebih mengenal ciptaannya berbanding barang yang dicipta mengetahui fungsinya.
^__^

Allah tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita.
Andai kita selembut sutera, tak mungkin ujian yang datang itu sekeras batu bata
Andai kita selemah lalang, tak mungkin ujian yang datang itu sekuat balak.
Allah menguji kita mengikut kemampuan kita..
Macam lecturer uji pengetahuan student dia melalui test2 yang dia berikan.
Siap dengan detail spot topic lagi.
Begitu arif seorang lecturer mengetahui kelemahan studentnya.
Kalau tak bagi spot, kompem tak bole jawab la..
haha
*nampak sangat selalu nak kena suap, baru bole telan*

So, tak perlu la lagi kita menyoal kenapa aku?
Kita tukar kepada,
"Alhamdulillah, Allah pilih aku..."
Baru la semua ujian yang datang tuu just macam angin lalu je.
Hadapi dengan senyuman, bersabar dengan Iman, 
InsyaAllah~~

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA