Kekadang aku terasa biadap
menyoal-MU
kenapa aku...
tidak dia, tidak mereka
Terasa egonya hati
terasa kasarnya jiwa
berhadapan dengan mahu-MU
aku tidak redha
Ahh... aku si debu yang hina
terbang bagaikan habuk di kaki langit
sudah dikendang
ini pula dijulang
Ya Allah
berikanlah aku kerendahan itu
agar aku mampu merayu-rayu-MU
Ya Allah
berikanlah kelembutan hati
agar aku teleku, tunduk dan tersembam
ditelapak redha-MU
~Egonya aku-karangan ustaz Pahrol; Dimana DIA dihatiku?~
~...................................................................................~
Selalukan kita menyoal
Kenapa aku yang selalu kena semua nie?
Kenapa aku je yang asyik diuji?
Kenapa aku je yang Allah pilih untuk terima semua ujian-NYA?
Kerana itu tanda sayangNYA pada kita..
^__^
Analogy:
Minggu exam, semua struggle hard nie sebab nak jawab exam dengan sehabis baik. Sampaikan waktu tidur un sanggup digadaikan demi sehelai paper dan gred. Nota demi nota sanggup ditela'ah, buku demi buku sanggup dibuka, last sem punya paper sanggup diphotocopy dan di buat ulang kali. Ya, semuanya demi satu paper. :)
Begitu juga lah kehidupan ini.
Hidup ini satu ujian.
Tak semua mengetahuinya, hanya mereka yang berfikir sahaja mengetahui rahsia alam ini.
Dunia yang penuh dengan ujian.
Gembira itu ujian
Sedih itu ujian
Marah itu ujian
semua jenis nikmat yang kita dapat itu ujian sebenarnya.
Kalau sebelum masuk exam hall, kita da prepare semua. Dengan harapan kita bole jawab semua soalan.
Sama juga dengan kehidupan nie, tapi cuma kita je tak amik tahu semua tuu.
Kita perlu prepare dengan semua jenis cabaran yang ada, prepare apa kemungkinan akan jadi moga semua yang bakal kita hadapi sedikit un tak mengoyahkan keimanan mahupun kesetiaan kita pada Dia.
Kalau dalam exam kita tak boleh jawab soalan yang diberikan selalunya kita amalan selawat, istighfar moga-moga Allah kembalikan ingatan kita. Tapi kalau tak datang juga, kita ikhtiar, kita timbang baik sesuatu jawapan tuu relevan tak dengan soalan, kita fikir baik buruk dan semua lah asalkan kita nak jawapan kita tuu betul..
Sama la dengan kehidupan, bila kita face dengan sesuatu yang mendownkan kita. Sesuatu yang kita sukar untuk hadapi. Banyakkan istighfar, selawat, zikir moga Allah kuatkan hati hadapai semua rintangan dan cabaran tersebut. Menimbang baik sesuatu keputusan yang kita buat. Sama kan?
Sesungguhnya Allah mengetahui hamba-hamba-NYA melebihi kita mengenal diri sendiri.
Pencipta lebih mengenal ciptaannya berbanding barang yang dicipta mengetahui fungsinya.
^__^
Allah tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita.
Andai kita selembut sutera, tak mungkin ujian yang datang itu sekeras batu bata
Andai kita selemah lalang, tak mungkin ujian yang datang itu sekuat balak.
Allah menguji kita mengikut kemampuan kita..
Macam lecturer uji pengetahuan student dia melalui test2 yang dia berikan.
Siap dengan detail spot topic lagi.
Begitu arif seorang lecturer mengetahui kelemahan studentnya.
Kalau tak bagi spot, kompem tak bole jawab la..
haha
*nampak sangat selalu nak kena suap, baru bole telan*
So, tak perlu la lagi kita menyoal kenapa aku?
Kita tukar kepada,
"Alhamdulillah, Allah pilih aku..."
Baru la semua ujian yang datang tuu just macam angin lalu je.
Hadapi dengan senyuman, bersabar dengan Iman,
InsyaAllah~~
No comments:
Post a Comment