Wednesday, 26 June 2013

Dimana DIA dihati kita?

Assalamu'alaikum..
Time-time jereu nie jaga kesihatan ek.
Jerebu nie ujian dari Allah untuk kita menghargai nikmat nyawa dan oksigen yang Dia berikan.

Hari nie kat Penang da hujan, Alhamdulillah sangat-sangat.. :) sejuk rasanya..
kalau dari rumah sya semalam n dua hari lepas, nak tengk bukit un susah, nak tengok matahari terbenam un mengidam je la, tapi hari nie da bole tengok bukit walaupun samar-samar lagi, ^_^

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk kongsi kat sini.
sebenarnya rasa rendah diri nak kongsi, sebab sya bukannya sebaik n sehebat kawan-kawan yang lain.
Sya kongsi setakat yang sya mampu sebagai teguran dan nasihat untuk sya dan kawan-kawan.
InsyaAllah~~

Sering kali kita lupa siapa pemilik sebenar hati nie.
Selalu nampak status or kadang-kadang ada jugak yang macam nie..
"Dia lah yang selalu dihatiku selamanya"
"Tak ada yang lain selain dia dihati ini"

Faham tak?
Kita lupa yang sebenarnya hati tuu Allah yang punya.
Dia yang kita selalu maksudkan tuu DIA? or dia?

Nak dengar citer? maybe kebanyakkan dah tahu citer nie.. :) sama-sama amek iktibar ek..

Da'thur, seorang tentera musuh yang menyerang hendap Rasullullah lalu meletakkan pedang di leher Banginda dan berkata, "Siapakah yang dapat menyelamatkanmu dariku?"
Dengan penuh tenang dan yakin Baginda menjawab "Allah".
Lalu Da'thur tuu un takut dan pedang yang dipegangnya terlepas.

Walaupun ketika diwaktu-waktu kecemasan macam tuu Rasulullah boleh yakin yang Allah dapat membantunya. Kita? Kalau kena culik ke kena rompak ke, siapa yang kita panggil??

Cerita seorang budak pengembala kambing..

Khalifah Umar ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah padang pasir, Dia berkata, "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing tersebut?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja"
"Kambing-kambing ini banyak, sukar untuk sesiapa mengetahui kehilangan seekor kambing, katakan kepada tuanmu, seekor daripada kambing-kambing ini telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya", desak Khalifah Umar
"Habis dimana Allah?", soal budak itu. Khalifah Umar sangat bangga dengan budak tersebut, ternyata Allah hidup dihatinya.

Bagaimana dengan kita? jauh terpesong kan? Bukan sahabat-sahabat la, sya sendiri.
Bila baca je rasa tertanya-tanya Allah hidup tak ek kat hati nie?
Rasa macam nak nangis sebab...

Satu lagi cite..

Seorang sufi diajukan soalan, "Apakah engkau takutkan Allah?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak aku akan jadi seorang yang kufur, kalau aku katakan ya, aku merasa diriku munafik. Sikapku berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah akan bergetar hatinya tatkala disebutkan nama-nama Allah, tapi aku tidak..."

So, kalau seorang ahli sufi begitu kita bagaimana?
 Siapa yang kita paling takut?
Hantu? ^__^

Susahkan nak jawab soalan simple macam tuu..
Ya Allah, rasa hinanya diri..
Sebelum nie rasa bangga jalan kat muka bumi nie tanpa rasa bersalah un sebab dalam sehari tuu hanya 5 kali kita ingat Dia, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrb n Isyak. Lain dari tuu semua dunia..

Allahurabbi,
Jauhnya diri nie dari Dia..
Dunia ciptaan-NYA yang diagung-agungkan,
sedangkan Penciptanya kita lupakan..

Kita bole lihat sendiri bagaimana Allah hidup dalam hati Rasulullah, semua yang Baginda lakukan atau kerjakan Baginda yakin Allah ada disampingnya.
Tak kisah lah time susah mahupun senang, baginya Allah ada dimana-mana.
Sebab tuu Baginda bole berjaya..

Kita? Atau sya sendiri?

Allahuakhbar..
Hanya Dia yang mengetahui segalanya..

Tak terlewat lagi untuk kita hidupkan DIA dihati kita..
Banyakkan mengingati Allah, InsyaAllah, kelak hati kita bagaikan pesta tanpa henti.
Bahagia, tenang, nyaman dengan adanya Dia dihati..

Sama-sama usahakan..

Asif salah silap..

Wallahu'alam.. ^__^

No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA