Thursday, 17 October 2013

Clash? Nikmat sangat...

Assalamu'alaikum..



Raya korban lepas, selain dari status pasal erti pengorbanan dan apa matlamat kita, apa yang kita nak korbankan demi kejayaan dan ada jugak status yang 'terkorban dalam percintaan' atau pun 'perhubungan cinta terkorban'.. :)

Dulu ada someone hantar mesej kat sya bunyinya lebih kurang macam nie...
"Perempuan hati dia Allah jaga, selagi Allah tak hadirkan seorang lelaki dalam hidup seorang perempuan tu, maknanya Allah masih nak jaga kita n Allah masih nak pelihara kita. Tapi bila telah hadir seorang lelaki dalam hidup (bukan suami) itu Allah nak uji setakat mana kecintaan yang Allah berikan dapat balasan dari kita. N bila Allah pisahkan kita dengan lelaki tuu, sebenarnya Allah nak jaga balik hati kita dan Allah nak hati kita sepenuhnya milik-NYA"

Lebih kurang gitu lah mesejnya.
Allah sayang kita lebih dari segalanya. Udara Allah kasi, makan minum Allah beri, tempat tinggal, duit makan pakai Allah rezekikan pada kita.
Masih ragu cinta Allah?

Sya bukan yang terbaik untuk mengarang pasal benda nie, but insyaAllah sya akan buat yang terbaik untuk korang faham mesej sya kali nie.

Petang tadi sya tengok video.
Menarik. Cerita pasal pasangan muda IIUM yang berkahwin n dah dikurniakan seorang cahaya mata.

Indahnya hubungan kalau halal. Tapi rosak erti cinta tuu kalau ianya hubungan yang haram.
Dr. Farhan Hadi cakap couple tuu haram.
Apa hukum makan khinzir? Haram kan?
Sama hukumnya dengan couple. Wallahu'alam.

Couple tuu bole bawa kepada penzinaan.
Allah telah berfirma..
"..jangan mendekati zina.."
Couple itu secara terang-terangan mendekati malah siap ada signboard lagi menuju zina.

'Tapi kami bukan berzina un'
Zina tuu banyak, zina hati, zina mata, zina tangan, zina mulut. Semua tuu zina.

Bila kita clash atau berpisah dari kekasih @ orang yang paling kita sayang, itu suatu nikmat bagi kita.
Allah nak kita kembali pada-NYA. 
Kembali kepada cinta yang lebih hakiki.

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
Ada yang kita nampak dan ada yang tak nampak contohnya macam perasaan cinta la.
Cinta itu fitrah, sebab Allah mencintai hamba-hamba-NYA
Allah menciptakan alam ini dengan penuh kecintaan.
Cinta itu sejak dari kiita lahir lagi kita dah merasainya.
So, sya tak salahkan sesiapa yang sedang bercinta mahupun yang ingin bercinta.
Tapi yang sya katakan ujian itu bila kita tak tau nak meng'control' perasaan itu.
Disitu la  markah kita akan ditolak.
:)

Amir cakap 'yang bercouple saya tak suruh clash tapi berkahwinlah'

Kenapa Allah jauhkan @pisahkan kita dari cinta manusia?
Kerana Allah tau kita belum cukup sempurna untuk menyintai dan dicintai.
Kenapa sya cakap macam tuu?
Okay reflect balik dalam diri.
Kita cukup cintakan diri kita ke?
Solat kita diawal waktu atau di'middle' atau diakhir? 
Puasa Ramadhan kita macam mana? Dijaga dengan sebaiknya tak? Ke habiskan dengan tidur je?
Amalan sunat untuk tambahkan amalan kita buat tak?
~~kalau yang diwajibkan kepada kita un kita gagal tunaikan, kita tak cintakan diri sendiri maksudnya, sebab kita rela dihukum kerana gagal tunaikan tanggungjawab~~

Dalam family...
Ada tolong ayah basuh keta?
Tolong mak masak kat dapur? Mandikan adik? Hidang makanan? 
Ajak adik2 g masjid, solat berjemaah? Tegur ahli keluarga yang tak sempurna auratnya bila keluar?
Dah yakin boleh tarik keluarga jauh dari neraka Allah?
~~kalau nak jadi abang dengan kakak dan anak yang soleh dan solehah yang baik untuk kelurga un tak bole, kita belum boleh menyintai orang lain selagi kecintaan pada keluarga sendiri tak ada~~

Begitu juga dalam bersahabat..
^__^

Banyak lagi yang perlu kita pelajari..
Kalau sisters, nak jadi seorang isteri tuu bukan senang. Seriously. 
Sabar kena tinggi, tanggungjawab kena ada. 
Seorang adam akan memilih perempuan yang mampu untuk melahirkan zuriat yang terbaik untuk dia.
Zuriat yang bole bawa kita kesyurga-NYA.
Zuriat yang bole mendoakan kita.
Sebab tuu kita digelar Madrasah- seorang ibu yang melahirkan anak2 Islam yang dapat memperjuangkan Islam kelak.
So, before kita di lamar atau sebelum jatuh cinta, perbaiki diri dulu. jadi wanita baik n insyaAllah yang bole bimbing anak-anak serta bantu suami dalam kehidupan berkeluarga.

Untuk brothers..
Jangan ingat perempuan je perlu berubah. Lelaki un perlu.
Dari kaca mata seorang perempuan.
Kami menginginkan seorang adam yang boleh bimbing kami, ajar ilmu agama, ajar baca Al-Quran, bantu kami didapur, ringankan beban seorang isteri. 
Lelaki lagi besar tanggungjawabnya.
So before kalian melamar, perbaiki diri supaya boleh jadi seorang imam yang terbaik untuk keluarga.

^__^

Kalau korang bukak link yang sya bagi, insyaAllah lagi banyak input korang akan dapat.

Sisters..
Sya tak nafikan kita selalu menginginkan ingin dicintai.
Tapi selagi hati kita belum bole tepis perasaan jeles, marah, sedih, cenggeng, yang berlebih-lebihan kita belum layak untuk dimiliki.
Sebab, ce kalau kita tak bole kawal jeles kita, mahu mati suami kita.
Bosan dia kalau kita asyik control hidup dia.
hahaha..
 Queen control-to-be. Jaga-jaga sape yang kurang bernasib baik tuu.. :D

Sya mohon sangat-sangat. Kalau clash or break-up or what ever.
Jangan update status minta couple or tayang muka kesian nak minta boyfriend baru.
Malu sangat-sangat. Macam tak ada maruah je.
Kesian mak ayah jaga dari kecik pakai tudung comel2, pegi ngaji.
Bila besar pakai tudung tapi macam tak mengaji..
Kesian~~

Sebagai kaum hawa, sya sangat-sangat malu.
Maruah seorang perempuan tuu Rasulullah dah bela dan tinggikan martabat kita..
Jangan kita jatuhkan martabat kita sampai boleh pijak terbenam dalam tanah.
Ingat!!! <----marah nie..

~......................................~
"Belajar elok-elok. Bagi dapat pointer tinggi, kalau boleh terus jadi pensyarah. Jadi pensyarah kat uia un senang sikit. Mak tak mau la kakak keja bank, keja pejabat. Balik malam-malam buta, keluar keja pagi-pagi. Kalau dah kahwin naty kesian anak suami. Tak terurus depa. Jadi pensyarah senang."-mak

Baiklah, mak dah kata gitu, ayah un dah sokong. Dengan sebulat suara, sya resign keja accountant n insyaAllah Lecturer-to-be. Ameenn...

"Keja pensyarah kat uia, kahwin dengan orang uia, naty anak-anak semua masuk uia. huh..tak berkembang langsung!!" haha


Dalam bisikan doa,
ada segaris nama.

Jika benar dia,
permudahkan segalanya.
Jika bukan dia,
luputkan lah dari ingatan. :')


p/s: tuan empunya blog nie tak pernah terlibat dengan aktiviti couple semua nie ye. First time masuk SM, ada orang tanya 'pernah couple tak?' geleng kepala-me. Mak ayah tak kasi. hahaha. 








No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA