Assalamu'alaikum, Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk menyertai satu program seminar yang orang akan selalu judge,
"Ala kau, program-program macam nie seronok nak pergi sebab cinta. Gatal nak kahwin"
"Tak habis-habis cinta. cinta. dan cinta"
"Program kat UIA nie banyak sangat berkisar dengan cinta. Lagha"
Dan banyak lagi. Saya seperti yang lain, sebelum menghadiri program ini juga berfikiran sebegitu. Orang kata berfikiran sempit. Sebelum saya teruskan, saya minta sahabat kosongkan fikiran. Analoginya, setiap kali menghadiri talk atau pun seminar, saya akan jadikan diri saya ini seperti sebiji gelas yang hanya ada 1/3 air darinya. 2/3 air lagi yang saya perlu isi untuk penuhkan gelas saya. Begitu juga sahabat-sahabat, jangan hadiri sesebuah talk, ceramah atau program dengan gelas yang penuh dengan air. Bilamana ada air lagi yang hendak atau perlu di isi, bila gelas dah penuh, kalau lagi di isi air akan melimpah. Itu lah yang berlaku bila ada yang tak bersetuju dengan pandangan seseorang. Dia tak boleh nak terima input lain bila gelas dia dah penuh. Selalu muhasabah diri supaya, air-air yang tak diperlukan, kita boleh buang dan isi lagi dengan air yang baru supaya ilmu(air) dalam diri(gelas) kita boleh bertambah dan insyaAllah bermanfaat.
'Setiap orang ingin berkahwin dengan orang yang mereka cintai, tetapi adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menyintai orang yang kita kahwini'~
Sebelum saya menghadiri seminar ini, malam sebelumnya, saya mendengar ceramah Armarhum Tok Guru yang berkisar soal hati dan cinta. Sebelum Tok Guru mengupas soal cinta dan hati yang menjadi penyakit anak-anak muda hari ini. Tok Guru menjelaskan
kepentingan hidayah untuk memimpinkan kita.
Saya percaya bukan semua peserta yang hadir, hampir atau mungkin mencecah 3000 orang tadi, sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. 70% dari kami yang hadir untuk memperoleh sedikit ilmu sebelum kami melangkah ke alam rumah tangga. Saya akan simpulkan slot by slot. Supaya saya boleh revise balik apa yang saya dapat dan insyaAllah boleh jadi rujukkan mereka yang lain.
Santai-santai je baca. (Ngee). Kalau ada yang pergi, jika saya ada salah mohon betulkan.
~~.......................................................~~
SLOT 1: FIQH CINTA (Ustazah Fatimah Syarha)
Dalam topik ini, ustazah banyak sentuh kepentingan mengutamakan cinta Allah. Apa itu fiqh? Fiqh itu memahami. Adalah penting untuk memahami apa itu cinta.
Cinta terbahagi kepada
3:
1. Imam Ibn Qayyum;
Cinta itu ibarat singa dan pedang. Yakni cinta yang menguatkan. Cinta apa yang menguatkan? Cinta Allah. Cinta Rasul. Cinta inilah yang menguatkan kita. Memotivasikan kita untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang terbaik.
2.
Cinta itu ibarat bencana besar- Apa yang menjadi bencananya? Yang menjadi bencananya apabila kita salah meletakkan cinta. Kita salah menyalurkan cinta itu. Itu sebab sekarang nie banyak masalah sosial dalam kalangan remaja. Darah muda kononnya. Menyalurkan perasaan cinta itu pada tempat yang salah.
3.
Cinta ibarat arak yang memabukkan- Berkhayal. Berangan-angan. Nie yang merosakkan hati. Zina hati lebih tepat. Sepatutnya kita lebih mengingati Allah. Jika cinta itu membawa kita hayut meninggalkan Allah. Tinggalkan.
Anak-anak muda dan remaja sekarang, tau bercinta, tapi tak tau apa itu cinta. Seronok bawa anak dara orang ke sana ke sini. Apa yang dia tau
SERONOK. Ustazah dan majority ahli panel yang hadir menekankan betapa pentingnya soal cinta ini. Bila kita tau, faham baru kita boleh lead hati kearah yang lebih baik. Isu cinta ini penting untuk kita mendapatkan kemanisan iman.
Macam mana nak dapatkannya?
1. Kita tau apa keutamaan kita dalam percintaan.
Cinta utama kita adalah Allah dan RasulNya. Pastikan kita jadikan cinta Allah dan Rasul itu sebagai priority. Tujuan kita hidup ini sebagai hamba Allah untuk mendapatkan redhaNya. Oleh itu, sebelum jatuh cinta- belajarlah untuk menyintai Allah sepenuhnya. Jadikan Allah segalanya dalam hidup.
2. Kepentingannya kita berbincang soal cinta adalah untuk
mendapatkan 'alat' untuk mencapai redhaNya. Analogi ustazah, baju yang kotor, kita masukkan kedalam mesin basuh untuk membersihkannya. Baju itu umpama hati@diri kita, mesin basuh itu adalah alat untuk kita membersihkan hati kita. Alat tu banyak, salah satunya pasangan hidup dengan cara berkahwin. Tapi kalau berkahwin tapi tak ada satu proses yang baik, itu akan menzalimi institusi perkahwinan itu sendiri. Sebab itu perancangan dan persediaan diri itu penting.
3. Bila kita sudah lena dibuai kemanisan iman, kita akan
membenci saat-saat kekafiran dahulu. Bila kita teringat saat kita jahil dulu, kita akan segera bertaubat. Bila kita nampak orang melanggar hukum Allah, kita bencikan perbuatan itu. Tapi tak semudah itu untuk mendapatkannya. Dia perlukan ramuan secukupnya. Antara ramuannya- mencintai Allah dan RasulNya melebihi segelanya.
Proses:
Pertama:
Input- Cinta itu fitrah. Suci.
Cinta boleh mengubah diri seseorang, dari seorang yang lemah kepada yang kuat. Dari seorang yang takut kepada seorang yang sangat berani. Dari seorang yang jahat kepada seorang yang lebih baik. Sebab itu pentingnya cinta supaya apa yang mengubah diri kita itu tidak jauh lari dari jalanNya. Jika kita menyintai Allah sepenuhnya, kita akan berubah untuk menjadi hamba terbaik. Menjaga solat dan amalan kita. Memperbaikan apa yang wajib. Memperbanyakkan sunat. Tapi kalau salah saluran, cinta itu berubah bukan disebabkan Dia, perubahan itu tiada makna. Takut ianya tidak mendatangkan pahala- ustaz. Malahan takut ianya hanya sementara.
Bina diri sebelum nikah.
Macam mana nak bina diri?
- Lagi sekali ustazah fatimah stress kan- letakkan cinta Allah yang no. 1.
- Bina diri dengan bukti- Buktikan kita menyintai Allah sepenuh hati sebelum kita buktikan apa-apa kepada manusia.
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan (Nya) itu lebih baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunanya ditepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia kedalam neraka jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim"- At Taubah:109
"Dan orang-orang yang berkata 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpim bagi orang-orang yang bertaqwa"- Al Furqan:74
Kedua:
Proses kedua yang kita perlukan lakukan adalah membersihkah fikrah kita. Caranya:
* Perbanyakkan ilmu- ilmu agaman, ekonomi, politik, psikologi dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
* Tidak berhenti menuntut ilmu. Merasakan diri itu kekurangan dan sentiasa mengali-gali ilmu pengetahuan.
* Sempurnakan wudhuk.
* Ikhlaskan kerana Allah- Niatkan segalanya yang kita kerjakan hanya kerana Allah.
* Jaga kesihatan fizikal dan batil.
* Banyakkan berfikiran- Fikiran yang berpengetahuan.
* Mujahadah
* Kemampuan untuk mencari duit- saat jatuh cinta, mulakan menyimpan. Berjimat cermat.
* Jaga masa. Penuhkan masa yang ada dengan amalan dan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
* Merancang - 'Sehari yang ada perancangan adalah lebih baik dari berhari-hari tanpa perancangan'
* Kejar keredhaan Allah- Sesuatu perkara itu tidak memerlukan kesempurnaan. Jika kita lakukan yang sebaiknya insyaAllah, Allah akan anugerahkan kita kebahagiaan dan kesempurnaan.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"- Az Zukhruf:67
Ayat kat atas nie Ustazah beri atas jawapan kepada soalan untuk menolak sesuatu pinangan. Berterus terang adalah yang terbaik. Tidak menjatuhkan air muka si dia dan membantu dia untuk menjadi lebih baik.
Ketiga:
Lepas kita dah urus fikrah kita, bermuhasabah diri. Kita sudah mengetahui keutamaan kita. Akhirnya, haruslah kita menyampaikan hasrat supaya hasrat itu disalurkan kearah yang baik dan supaya ianya tidak tergelincir ke arah kejahatan.
Dr Yusuf al Qaradhawi-
Pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan dari:
1. kedua belah pihak- ibu dan bapa kedua-dua pasangan
2. Ahli keluarga yang lain
3. Adat
Kesimpulan slot 1: Mengutamakan apa yang seharusnya menjadi keutamaan. Menyintai Allah dengan seikhlas dan sepenuh hati.
SLOT 2: 1,2,3 CARI JODOH! (Ustaz Zaharudin)
On da line, set, goooo.
Haha. Sebelum kita GO kita kena U-Turn balik. fahami konsep jodoh dulu. Apa itu jodoh.
1- Jodoh itu adalah
rahsia Allah sepertimana KEMATIAN juga rahsia Allah. Oleh itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang jodoh kita. Siapa dia, dimana dia, umur dia berapa, kat mana dia tinggal, siapa wali dia, keturunan dia macam mana, sikap peribadi dia sesuai tak dengan kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sebab itu kita kena selalu merujuk kepada Dia. Sentiasa berdoa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik.
2- Jodoh itu juga adalah
rezeki. Iaitu rezeki (jodoh) yang haram dan jodoh yang halal- pernikahan.
3- Jodoh itu tidak diketahui urusannya. Kita tak tau macam mana Allah uruskan. Oleh sebab itu kita kena
sentiasa bersedia- PENTING! Membuat persediaan awal adalah penting. Macam nak final exam, bukan time study week baru nak bersedia. Sepatutnya dari awal sem nie lagi dah bersedia. Dengan perancangan dan perbuatan.
4- Jodoh boleh jadi yang
kedua dan yang ketiga. Atau mungkin yang keempat. Kalau lelaki, dia kawin empat, jodoh dia memang 4 orang lah. Perempuan pun boleh kawin sampai 2 tapi lepas diceraikan atau kematian suami. TAPI KALAU LELAKI NAK PASANG EMPAT, DIA KENA ADIL LAH- yang pasti bukan suami saya kelak :D
Ketahuilah wahai sahabat-sahabat.
Pernikahan itu adalah satu platform yang besar. Sebuah pentas yang sangat besar untuk tatapan masyarakat. Jika baik pementasan kita, maka ianya akan jadi contoh teladan buat masyarakat.
Jodoh- Ditunggu atau diusahakan?
---> Harus
DI USAHAKAN !! Analogi yang ustaz bagi. Dalam bisnes, sebelum nak dapat profit, kita kena berusaha. Macam mana nak usaha?
1. Berdoa dan yakin doa kita akan dimakbulkan.
- Bagi bakal isteri, hendaklah berdoa diberikan dan dianugerahkan suami yang dapat memimpin kita sebaiknya. Tarbiah untuk perkahwinan itu penting hingga akhir hayat kita dan insyaAllah sampai syurga. Setiap kali nak berdoa tu, pastikan serius bukan main-main.
- Analoginya, kita belajar nak habiskan degree nie, perlukan masa berapa tahun? Lepas tu kita perlukan requirement apa untuk kita berjaya jadi seorang yang professional dalam bidang yang kita nak ceburi. Begitu juga dengan institusi perkahwinan. berumah tangga nie bukan hanya 4 tahun, 5 tahun atau 10 tahun. Kalau boleh setiap orang nak hidup dengan pasangan dia selama-lamanya. Oleh sebab itu, tarbiah atau pendidikkan awal sebelum berkahwin itu PENTING!
2. Buang perspektif negative, optimis.
- Sentiasa bersangka baik dengan takdir dan ketentuanNya. Apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik.
- Jika dah ada calon, tunang, hendaklah terima kebaikkan dan kekurangannya. Jika ada ter-spot perangai dia yang tak sedap mata memandang, berikanlah dia peluang untuk berubah dan bantu dia untuk berubah.
- Belum tentu jodoh yang tak baik itu tak elok. Kadang-kadang kita kena pegang konsep, Allah yang pegang hati-hati kita. Berdoa supaya yang tak elok itu, Allah akan perelokkan kelak.
- Ego seorang suami itu penting. Lelaki memerlukan ego untuk memimpin. Ego itu hendaklah disalurkan kearah yang baik supaya isteri dan anak-anak akan menghormati dan mencontohi kepimpinannya.
3. Gunakan cara atau landasan yang betul. Mencari dan mengunakan jalan dan kaedah perkenalan yang dilandaskan oleh syarak.
- Bagi perempuan yang berpurdah, jika bakal suami meminta izin untuk melihat wajah maka hendak lah dia membenarkannya dengan ditemani ibu bapanya. Lelaki perlu lihat sebaik-baiknya. Kalau perempuan, dia tak tengok sangat kehenseman seorang lelaki, yang dilihat adalah hati budi lelaki itu. Bagaimana dia memimpin dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Lelaki lain. Duhai adinda-adindaku, lelaki nie perkara pertama yang dia akan nilai adalah kecantikkan. Serious! Lepas dah cantik baru dia consider yang lain. haha.
- Berta'aruf lah jika ianya serious untuk kearah pernikahan. Jika tidak ada niat untuk memperisterikan atau mempersuamikan dia, maka u-turn lah awal-awal sebelum anda menganggu atau menguris perasaan salah satu pihak. :D
4. Istisyarah- Berbincang dengan ibu bapa. Bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman.
- Adalah menjadi kewajipan seorang anak untuk menghormati dan menghargai kedua ibu bapanya. Oleh itu, utamakanlah ibu bapa sebelum membuat sesuatu keputusan.
5. Istikharah- Memohon petunjuk dari Allah.
-Petunjuk Allah tidak datang hanya dari mimpi. Boleh jadi Allah tunjuk melalui orang atau keadaan, sama ada Allah menyulitkan keadaan atau Allah mempermudahkan keadaan.
6. Tawakal, redha dan berserah kepada Allah.
"Penzina laki-laki tidak boleh bernikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan penzina laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin"- An Nur:3
"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Merek memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)" An Nur:26
Dalam ayat nie Allah telah aturkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Tetapi tidak beerti seorang lelaki yang jahat tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang baik. Dengan syarat, dia kena bertaubat dengan sebenar-benar taubat lah. Dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Allah berfirman lagi dalam surah yang sama ayat 32;
"Dan nikahkan orang-orang yang masih membujang antara kamu dan juga orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah maha luas (pemberianNya), maha mengetahui."
Bagi yang tak ada calon lagi. ustaz ada bagi tips.
Tips untuk mendapatkan jodoh:
1. Berdoa. Berdoa. Berdoa.
2. Bantuan ibubapa atau sahabat.
- Minta ibubapa carikan atau kalau dah ter-jatuh cinta dengan seseorang, boleh minta bantuan sahabat untuk approach.
3. Menyertai organisasi dakwah.
- Orang cakap kalau nak yang baik-baik, alim-alim nie kena join usrah, talk, ceramah. Confirm jumpa. Tapi jangan diniatkan untuk itu. Jadikan niat utamanya kerana Allah. Baru niat kedua untuk dapatkan jodoh terbaik. InsyaAllah
4. Menyertai organisasi kebajikan atau program-program keagamaan.
- Saya bukan taknak ber-society. Tapi bila dah kena reject tu saya down sikit lah. haha.
- Skill communication dengan orang lain itu penting.
5. Melalui laman social- facebook, twitter, instagram.
-Tapi kalau melalui cara ini, kena lebih berhati-hati lah. Mohon supaya Allah sentiasa menjaga hati kita. Ameenn
6. Memulakan langkah dan menawarkan diri kepada orang-orang yang soleh@solehah.
-Sekarang nie nisbah lelaki sangat sikit. Anggaran ratio 1:6. So kita ketandusan lelaki yang baik-baik. Oleh itu adalah diharuskan untuk perempuan menawarkan diri atau memulakan langkah. Sebab, perempuan yang menyukai seorang lelaki yang baik itu bukan dia tidak tahu malu, tapi dia tahu apa yang dia mahu. Demi institusi kekeluargaannya serta anak-anaknya kelak.
-Saya pernah terbaca, 'Don't marry a man until you want your children to be like him'. Maka adalah perlu bagi kami perempuan untuk mencari seseorang yang baik untuk anak-anak serta keturunan kami. Begitu juga lelaki. Mereka juga memerlukan seorang isteri yang akan menjadi madrasah untuk anak-anak serta keturunannya.
-Istilah 'perigi mencari timba' sangat lah tidak relevant buat masa kini.
7.Sentiasa bertaubat dan beristighfar.
Yang pentingnya sekarang nie, diri sendiri. Sebelum bernikah atau mendirikan rumah tangga. Kita perlulah penuhkan diri dengan ilmu. Selain itu:
a. Perlu fahami diri sendiri.
b. Ilmu dan pengetahuan kena luas
c. Pendidikkan penting sebagai persediaan untuk anak-anak kelak.
d. Tahap kewangan kena kukuh.
e. Rupa dan fizikal serta spiritual kita kena jaga- Qurratul 'Ain.
f- Jangan terbuai dengan cinta. Fahami erti cinta yang sebenarnya.
g. Bila atas semua dah ready- mulakan langkah perkenalan, berjumpa walinya dan meminta izin. Mengikat tali pertunangan adalah penting untuk sesi ta'aruf. Tapi pertunangan bukan beerti tiket untuk kita bergerak bebas. Pertunangan adalah satu proses perkenalan sebelum mengutuskan untuk hidup bersama selama-lamanya. Jika dalam sesi ta'aruf itu ada perkara atau perbuatan si dia yang tidak menyenangkan hati. Adalah digalakkan untuk memutuskan perhubungan.
Sebab itulah, Islam tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan. Untuk menutup aib kedua belah pihak terutamanya perempuan. Untuk mengjaga aib kedua belah pihak serta kaum keluarga.
Apa kepentingannya orang tengah:
-Orang tengah nie macam agent cari jodoh lah. Tapi dia tak mencari, dia cuma membantu agar perhubungan itu tidak tergelincir.
-Kepentingan orang tengah nie untuk memelihara maruah seorang muslimat itu.
-Orang tengah mestilah seorang yang diyakini akhlaknya (gulp, insyaAllah saya baik).
-Dia juga menjadi orang yang akan menjaga kedua-dua belah pihak. Sentiasa menasihati dan dijadikan rujukkan untuk perbincangan. (saya akan cuba)
Apa yang penting sebelum memulakan sesebuah perhubungan adalah AGAMA kedua-dua belah pihak. Istilah 'don't judge the book by its cover' tak boleh diapplykan dalam isu nie. Baca tak post sir yazid pasal nie? Saya ringkaskan post sir. Seorang yang membaca buku playboys, cover buku tu masyaAllah saya nak sebut un segan. Tapi isi kandungan buku tu ada terjemahan surah-surah al-Quran. Nie nak bawa maksud jangan menilai luaran tapi dalaman yang penting.
Sir Yazid menyanggkal perumpamaan itu malah ustaz zaharudin juga tidak bersetuju. Malah saya yang ilmu yang sangat kurang ini juga tidak bersetuju dengan perumpamaan itu. Ustaz kata, luaran akan menentukan dalamannya. Jika dalaman baik makan akan baiklah luarannya. Faham tak? Susah benar nak explain. haha. Maksudnya, kalau seseorang perempuan itu, tau ilmu agama. Hukum hakam sesuatu perkara, maka dia akan menjaga luarannya sebaiknya. Dia akan menjaga aurat dan berusaha menutup aibnya. faham kan? hehe
Perkenalan tidak akan membuatkan kita faham si dia sepenuhnya. Tapi cukuplah untuk kita tau agamanya terjaga. Banyakkan merisik dari orang-orang yang terdekat. Jangan memperjudikan masa depan anda. haha. Tapi setiap orang tiada yang sempurna. Yang penting berterus terang itu penting. Kita nak kahwin dengan dia bukan untuk 6, 7 tahun tapi untuk 50, 67 tahun. Oleh itu sikap berterus terang adalah penting. Tapi sebelum berkahwin soal atau isu perbincangan ada limitasinya. Antara yang perlu di jelaskan adalah tahap kesihatan, sikap dan perbuatan. Supaya ianya tidak menzalimi sebelah pihak.
Selain itu, jangan jadikan duniawi sebagai ukuran. Macam yang saya cakap kat atas, lelaki lebih tertarik kepada kecantikkan. Saya tak nafikan. Dan please brothers lain tidak menafikan. haha. Tetapi ukuran kecantikkan itu duniawi, kalau kita memilih atas dasar agama insyaAllah kecantikkannya lebih teserlah. Equationnya saya simpulkan macam nie:
Agama=0
Keturunan=1
Kecantikkan=10
Harta=2
Bahagia = Agama x Keturunan x Kecantikkan x Harta
Bahagia = 0 x 1 x 10 x 2
Bahagia = 0
Sebab itu agama penting. Jangan pulak tanya kalau kecantikkan 0, bahagia un akan 0 jugak. Kalau orang macam nie susah lah nak jawab. Pergi majlis ilmu banyak sikit. huh. Ini hanya analogi. Cantik itu subjektif. Jangan di ukurkan sangat kecantikkan itu.
Jodoh tak semestinya Allah akan berikan jalan yang mudah. Kalau kita tengok drama un, berpusing-pusing jalan cerita dia, akhirnya kalau director kata last sekali Adam kena dengan Hawa jugak. So ending dia mesti Adam dengan Hawa. Macam tu jugak, kalau Allah aturkan jalan kita nak dapatkan seseoran itu susah, tak bererti dia bukan jodoh kita. Hanya berpegang pada 'Kalau dah Allah tetapkan jodoh kita dengan dia, Allah tak akan bagi dia kat orang lain'. InsyaAllah. Analogi untuk budak-budak CGPA tinggi, macam kita nak berjaya dan nak tingkatkan CGPA setiap sem, kita perlu struggle lebih dari orang lain. Susah kita itu lebih banyak dari orang lain sebab kita nak maintain CGPA kita. Macam tu jugak soal jodoh. Lastly, istikharah itu penting. Dalam apa-apa hal sekali un, sentiasalah meminta petunjukkan Allah semoga ianya lebih membawa keberkatan dan insyaAllah akan memperoleh keredhaanNya.
Kesimpulan slot 2: Kenali siapa yang hendak kita jadikan pasangan hidup. Berusaha mencapai apa yang kita mampu. Jaga hati dan banyakkan berdoa.
SLOT 3: MERANCANG WANG SEJAK JATUH CINTA (Hajah Rohani)
"If you fail to plan, you plan to fail"- Selalu sangat dah dengar ayat nie. Tapi tak buat-buat jugak.
Statistik:
-44.2% hutang perumahan- Hutang yang paling banyak sekali yang dihadapi orang sesebuah keluarga.
-17.0% hutang kenderaan- Ni un antara yang paling banyak jugak dialami oleh isi rumah
-16.6% hutang peribadi- Contohnya seperti hutang PTPTN.
Sebab tu pentingnya perancangan kewangan. Macam Saudara Hilal Asyraf. Dia jatuh cinta sejak 18 tahun, dan sejak itulah dia merancang perbelanjaan dan kewangannya. memang lah duit buat ukuran kebahagiaan. Tapi duit itu penting untuk menjamin masa depan keluarga. Kita kena pikir pasal pendidikkan anak-anak. Tepat tinggal dan kelengkapan rumah untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia. Tak semestinya rumah tu perlu ada tangga. Haha. Okay tak lawak. Yang penting ada tapak untuk membina rumah sendiri.
Mak pernah cakap, pentingnya tanah untuk masa depan. Perancangan awal itu penting. Ini buat abang saya yang tersayang. Plan your future for your family.
Credit cards membantu kewangan yang sangat worst. Saya pelajar jurusan Ekonomi dan Pengurusan tau lah betapa tak eloknya memiliki credit cards. Credit cards nie boleh menjadikan seseorang itu muflis dan bankrupt.
Salah satu cara untuk menrancang kewangan adalah memiliki tabung. Tak perlu beli tabung baru, just amek botol kosong dan kategorikan. Tabung mas kahwin, tabung hantaran, tabung majlis, tabung anak pertama, tabung anak kedua dan sebagainya. Budaya menyimpan ini perlu diusahakan sejak kecil lagi. Tak pe lah dah terlambat untuk kita. Untuk anak-anak nanti, kita ajarkan dan terapkan dari awal. InsyaAllah.
Adalah tidak digalakkan memulakan sesebuah pernikahan itu dengan hutang. Mas kawen un dengan hutang, hantaran un berhutang. Buat setakat yang termampu. Tak perlu lah photoshot yang berlebih-lebihan. Pinjam adik ke abang ke suruh amek gambar kita pakai camera phone pun jadilah. Majlis tak perlu bermewah-mewah. Pakaian setakat yang dilandaskan syarak. Tak perlu bertabarruj. Selalunya urusan kewangan nie dihadapi oleh kaum lelaki. Tapi kalau dah nak anak perempuan dia, usaha la. haha.
Start invesment dari sekarang. Apa-apa pertanyaan atau pun soalan pasal invesment atau isu kewangan ini boleh rujuk, Hajah Rohani sendiri atau pergi ke laman web.
- rohani@hijrahwealth.my
- www.hijrahwealth.my
SLOT 4: ANAK MUDA DAN CINTA (Bro Aiman Azlan)
Norma kehidupan. Kalau kita pergi je mana-mana nak persoalan pasal cinta. Ramai akan kata kita berfikiran kolot. Memikirkan soal yang tidak penting. Yang tidak berintelektual. Itu salah. Ramai yang salah dalam membicarakan soal ini. Bro Aiman cakap, jadikan cinta ini sebagai sesuatu yang intelektual. Yang berilmu untuk dibahaskan dan dibincangkan. Bukan setakat 'I love u'. Kita perlu kembangkan ilmu pasal cinta supaya kita tak tersasar.
Tengok saja dunia hari ini. Banyak bencana yang berlaku kerana kita kurang ilmu pengetahuan tentang cinta. Cinta itu bukan soal aku dan dia. Suami dan isteri. Ia meluas. Jangan kecilakn skop. Besarkan skop ini dan bincangkan. Cinta kepada Allah dan bincangkan bagaiman untuk memperolehnya. Kita tau. Senang je. Istiqamah dalam beribadah. banyakkan membaca al-Quran. Tapi ada kita amalkan selalu? Kalau sempat kita buat, kalau tak kita tinggalkan. Terlalu kecil kita definisikan istilah cinta.
Cabaran anak muda:
1. Asyik-asyik cinta.
- Kita selalu lihat anak muda kita nie termasuk saya sendiri melihat cinta ini sesuatu yang keji. Ye la asyik-asyik cinta. cinta. cinta.
- Cuba kita bawa perspektif baru tentang cinta. Melihat percintaan ini sebuah element kebahagiaan yang membawa kepada keutuhan sesebuah ummah. Kalau tak ada cinta hancur negara. Andaikata pemimpin tidak memimpin dengan cinta, apa yang akan terjadi kepada rakyat-rakyatnya? Masyarakat akan hilang rasa hormat terhadapnya dan negara akan kucar kacir.
2. Muda.
- Dalam Islam tiada istilah kawen muda atau kawen awal.
- Yang ada. Dah ready ke nak berumah tangga? Kalau tak ready, gali lagi ilmu dan berusaha untuk capai mampu. Kalau ready, jangan bercinta tanpa restu. Mulakan langkah untuk berumaah tangga.
- Jika diawal perkenalan, kita memikirkan soal untuk serious ke arah kebaikkan, kita tidak akan mengajak dia untuk melalui proses-proses yang membawa kepada dosa dan penzinaan. Antara prosesnya, bercinta, dating, sentuh menyentuh dan sebagainya. Ini lah yang terjadi kepada kebanyakkan dari rakyat malaysia khasnya.
3. Kematangan.
- Isu kematangan ini menjadi ukuran sesetengah pihak. Terutamanya ibu bapa. Mereka lebih memeikirkan anak mereka dah cukup matang ke untuk berumah tangga. Menjaga anak orang lain dan memimpin kearah yang lebih baik.
- Matang terbahagi kepada 4 iaitu:
a. Fizikal- automatik. Dengan secara semulajadinya akan matang. Sistem tumbesaran kita.
b. Spiritual- Manual. Kita perlu berusaha untuk mematangkan tahap spiritual kita.
c. Emotional- Manual. Selalu berusaha untuk menjaga emotional kita supaya terkawal.
d. Mental- Manual. Berfikiran jauh dan tidak berfikir perkara-perkara keburukkan.
- Bro Aiman ada bagi buku-buku yang boleh dijadikan rujukkan antaranya; Weapons of Man Instruction. Tulisan sapa, saya tak sure. Tak dengar.
- Emosi kita nie kadang-kadang tak boleh nak stabil. Kebanyakkan perempuan fail kalau bab nie. Lelaki selalunya lebih rasional. Antara tips yang kita boleh buat kalau marah misalnya adalah;
a. Bila marah, terus diam.
b. Sabarkan dan tenangkan diri sendiri dan pasangan anda
c. Kawal kemarahan dengan berwudhuk atau merehatkan diri
d. Jangan berbincang ketika marah kerana ini akan menjadikan sesuatu masalah bertambah buruk.
-Spiritual kita memerlukan makanan yang baik. Perbanyakkan mendengar cermah-ceramah agama. Menghadiri seminar. Banyakkan berzikir dan membawa al-Quran. Kita juga kena faham siapa Allah dan siapa hamba. Mengapa kecintaan kepada Allah itu penting? Kalau ditanya kenapa kita sayangkan dan cintakan ibu kita? Applykan reason tu untuk Allah. Misalnya, kita cintakan ibu kita sebab sejak kecil lagi ibu sentiasa ada dengan kita saat kita perlukan dia. Same reason with Allah, Allah sentiasa ada untuk kita saat sedih mahupun bahagia.
- Mental seseorang diukur dengan pengetahuan dia tentang sesuatu. Selalu membudayakan pertanyaan. Bertanya soalan yang boleh mengembangkan pemikiran bukan menyempitkan. Menyuburkan curiosity. Mengapa terjadinya ini dan itu. Bagaimana nak menyelesaikan sesuatu perkara. Befikir secara rasional.
4. Fantasi cinta
- kita terlalu mengikut drama. Terbabas dengan istilah cinta dan pengorbanan yang ditunjukkan melalui media massa, drama dan iklan. Filem dan telenovela. Kita terlalu inginkkan kehidupan kita penuh dengan drama. Itu semua fantasi.
- Kembali kepada kehidupan reality. Life is not an answer scheme.
- Setiap individu itu complex. Kenapa complex? Complex dengan;
a. Sikap dan perangai dia
b. Keturunan dan ahli keluarga dia
c. Macam mana dia nak handle sesuatu masalah
d. Macam mana dia berurusan dengan masyarakat dan sebagainya.
- Ini semua complex, dan kekadang ia memerlukan masa yang lama untuk memahami pasangan masing-masing. Oleh sebab itu, sikap pemerimaan dan keterbukaan untuk menerima kelemahan dan kekurangan pasangan sangat diperlukan.
- Perkahwinan itu adalah proses mengambungkan dua individu yang complex untuk membangunkan sebuah ummah dan generasi yang cemerlang. InsyaAllah.
Untuk lebih lanjut penjelasannya, boleh pergi ke www.aimanazlan.com
SLOT 5: TARBIAH ANAK SEBELUM BERKAHWIN (Pak Arbi)
"Persiapkan dirimu sebelum engkau melalui pernikahan"
- Dalam hidup nie, semua perkara perlukan persiapan rapi. Perancangan itu PENTING!
Par Arbi menekankan 3 projek atau 3 perancangan;
1. Membina diri menjadi hamba Allah yang terbaik.
- Kita kena selalu istiqamah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Mendisiplinkan diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik dan betul-betul menjadikannya sebagai tujuan hidup kita. Apabila kita berusaha menjadi seorang hamba yang baik. Ia akan melatih diri untuk menjadikan kita sebagai seorang ibu bapa yang berjaya kelak.
- Jadikan rumah tangga sebagai modal. Modal untuk mendidik insan-insan dan generasi akan datang supaya mengenali Allah dengan lebih mendalam dan insyaAllah dapat membentuk masyarakat Islam yang lebih kuat dan utuh.
2. Membangunkan keluarga.
- Kita hendaklah mempunyai perancangan untuk membangunkan keluarga yang Islamik. Keluarga yang dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah. Mendidik anak-anak menyintai Allah dan RasulNya melebihi segalanya.
3. Membangunkan masyarakat dengan acuan syariat.
- Success marriage is hardwork. Marriage is not getting what you want, it is wanting what you get.
" Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk meambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana"- Al Fath:4
- Semua dari kita nak bahagia. Dan inginkan institusi perkahwinan yang berjaya dan bahagia. Maka kita perlulah, memimpin dan mendidik diri kita dengan acuan agama yang telah dilandaskan. Seterusnya baru lah kita boleh memimpin keluarga mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Imam Hassan al Banna,
"Kehidupan berumah tangga adalah 'hayatul 'amal'. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajipan"
Nampak je words beban dan kewajipan jadi takut terus nak berkahwin. Haha. Sebab itu pentingnya keberjayaan sesebuah perkahwinan. Setiap isi rumah terutamanya suami dan isteri perlu memainkan peranan penting untuk membangunkan modal yang berjaya untuk membentuk masyaraat Islam yang berjaya. Bebanan dan kewajipan itu sangat penting supaya kita tidak melebihi landasan yang ditetapkan. Allah telah mengariskan panduan yang perlu kita ikuti. Sebab itu ianya penting untuk sentiasa mendorong kita ke arah yang baik dan insyaAllah lebih baik.
"Pernikahan adalah akad untuk beribadah kepada Allah, akad untuk menegakkan syariat Allah"
Pernikahan bukan permainan budak-budak yang main pondok-pondok belakang rumah. Pernikahan ini adalah ibadah. Ibadah untuk kita menegakkan syariat Allah. Kita datang dari Allah dengan izinnya melalui Nabi Adam dan Hawa. Manusia berkembang dari dua orang menjadi sebuah masyarakat. Oleh itu, adalah pentingnya orang itu iaitu suami dan isteri untuk mendalami ilmu agama sebelum bercita-cita untuk membina sebuah masyarakat.
Niat kita juga penting. Pak Arbi terangkan dua niat. iaitu:
1. Al-Azam (keinginan)
2. Al-Qashd (tujuan)
- Banyak dari kita yang nak berkahwin tapi tak ada preparation untuk berkahwin. Niat ada tapi usaha tak ada. Tak boleh jugak.
- Permulaan kepada cinta adalah memberi...memberi perhatian- Pak Arbi
- Nak mendirikan sesebuah rumah tangga nie haruslah bertujuan untuk meraih cinta dan redha Allah. Maka, kita perlulah perbetualkan niat dan tujuan kita supaya ianya tidak tersasar.
- Project Mega yang perlu kita mula dari sekarang adalah; mengali ilmu sebanyaknya, berusaha mengenal pasti kemahiran kita, belajar untuk bersabar dalam setiap ujian dan cabaran dan hendaklah memupuk semangat pasukan yang tinggi. Sebab semua ini penting untuk membentuk sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan selain sentiasa berfikiran rasional.
2 Asas rumah tangga:
a. Asas Rabbani:
- Asas rabbani ialah ikatan yang terkait dengan hukum-hukum serta perintah dan larangan Allah.
- Oleh itu adalah penting untuk kita sentiasa mematuhi suruhan dan menjauhkan laranganNya dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira lah hubungan kita dengan suami atau isteri tetapi hubungan kita dengan Allah itu lebih utama.
b. Asas Insani:
- Hubungan sesama insan. Dalam konteks nie, adalah hubungan sesama suami dan isteri.
- Kita kena selalu pelajari pasangan kita. Supaya kita tau macam mana hendak berurusan dan mendidik dia sebaiknya.
- Al-Ma'ruf; terbahagi kepada 3;
a. Berkata-kata dengan cara yang terbaik
b. Berbuat dengan cara terbaik
c. Hati yang penuh denga kasih dan sayang
Seperti yang saya cakap sebelum nie, banyak ahli panel men-stress-kan, bahawa perkahwinan ini adalah proses pembentukkan sebuah ummah yang berjaya. Oleh itu adalah penting bagi kita iaitu bakal suami atau isteri untuk mempunyai misi dan visi dalam keluarga. Selesai sahaja majlis akad nikah, malam tu terus bincang pasal visi dan misi keluarga. Apa yang hendak dicapai. Keluarga macam mana yang hendak dibentuk. Apa yang diperlukan. Bagaimana untuk merealisasikan. Pendidikkan anak-anak dan sebagainya. Laksanakannya dalam bentuk penulisan supaya kita sentiasa beringat agar kita tidak lari dari visi dan misi rumah tangga kita. InsyaAllah.
Selain itu, suami dan isteri juga perlu memiliki
a. kesedaran diri- Sentiasa sedar akan kelemhan dan kekurangan. Dan jika ada menguris hati pasangan segera memohon maaf.
b. muhasabah diri- Sentiasa bermuhasabah diri supaya boleh memperbaiki diri dari hari ke hari.
Kepentingan taqwa dalam membina rumah tangga adalah penting kerana cinta sejati antara suami dan isteri dicambah melalui ketaqwaan kepada Allah. Yang akan mengangkat cinta kita adalah taqwa.
Kesimpulan slot 5: Sentiasa istiqamah untuk mencapai ketaqwaan.
SLOT 6: SEBELUM AKU BERNIKAH (Bro Hilal Asyraf)
Cinta adalah asas kepada pembentukkan umat dan masyarakat. Melalui media social dan media massa, kita diajar dengan konsep dan pemahaman yang salah mengenai cinta. Sebagai contoh, kalau nak lamar seseorang tu mesti atas pentas. So ia jadi trend tapi ianya bukan ajaran yang betul.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.'..."- Al-Baqarah:30
Allah dah menetapkan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Dengan cintaNya, Allah mengangkat kita untuk menjadi khalifahNya. Oleh sebab itu, kita perlukan cinta untuk menjadi khalifah. Seorang pemimpin yang baik akan memimpin dengan cinta. sambungan
"... Apakah Engkau hendak menjadikan orang-orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji Mu dan menyucikan nama Mu? Dia berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".- Al Baqarah : 30
Kalau kita tak takbir dengan cinta maka akan berlakulah kerosakkan disana disini.
"Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjagaan malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"- At Tahrim: 6
Institusi keluarga akan rosak jika tidak ditarbiah dengan sebaiknya. Sebab itulah, ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan amat lah penting. Sebab pernikahan nie memakan masa yang sangat panjang. Sepanjang hidup kita. Maka sentiasa la berguru dan mencari ilmu untuk menambah ilmu-ilmu dan amal. Bukan sahaja ilmu berkaitan rumah tangga, malah ilmu berkaitan dunia masa kini juga diperlukan untuk mendidik keluarga khususnya anak-anak kelak. Anak-anak kita kelak lah yang akan menjadi penyambung warisan Islam. Mereka lah yang akan menyambung perjuangan Islam maka, sebagai bakal ibu dan bapa, kita perlu mendalami pelbagai ilmu sebelum ke arah berkeluarga.
Kita juga hendaklah memantapkan diri kita untuk membina ummat. Seperti yang kita lihat sekarang. sakit. Ada yang berhubungan bapa dan anak, abang dan adik. Isteri orang dan pelajar IPTA/IPTS. Dan sebagainya. Ummah kita dah sakit. Maka sebagai penyambung generasi akan datang kita perlulah memantapkan diri kita.
"Iman itu bukanlah dengan angan-angan juga kata-kata semata. Tetapi ia adalah apa yang tersemat di dalam hati. Dan dibuktikan dengan AMAL"
Jangan kita jadi lemah;
1. Terlalu mudah jatuh cinta. - Ini bahay bagi kaum adam. Mudah sangat. Jaga pandangan anda.
2. Kemaruk terlebih.
3. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu.
4. Lalai dan alpa.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."- Az Zariyat : 56
Kesimpulan slot 6: Sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran tu, kita hendaklah bersedia dari awal. Bukan semuanya indah. Ada juga lubang-lubang yang perlu kita hadapi, sebab itu kita perlukan persediaan untuk menghadapinya.
SLOT 7: MENDIDIK KELUARGA, MENDIDIK NEGARA (Ustaz Syaari, Ustazah Nurul Syuhada, Bro Hilal Asyraf dan Bro Hafiul faiz)
Secara keseluruhan dalam slot terakhirnya, banyak membincangkan dan menyimpulkan kembali topik-topik yang dibincangkan sebelum ini.
Saya ingin menekankan apa yang diperkatakan oleh Ustazah Nurul Syuhada tentang pendidikkan awal anak-anak. Pendidikkan awal anak-anak hendaklah bermula dari sebuah rumah yang kecil sebelum anak-anak melangkah keluar ke dunia yang luas ini. Pendidikkan awal anak-anak hendaklah dimulakan dengan ibu bapa yang sentiasa mentarbiah diri. Sebenarnya, didikkan ini dimulakan dengan seorang wanita yang dididikkan dengan tarbi'ah yang cukup. Kerana seorang wanita itu adalah madrasah bagi pejuang-pejuang yang bakal dilahirkan. Oleh itu, pencarian kepada sebuah madrasah yang baik adalah perlu demi menjamin keturunan dan generasi terbaik.
"Mendidik seorang wanita itu umpama mendidik sebuah generasi"- maka adalah pentingnya tarbi'ah bagi kita kaum hawa. Mungkin ada yang percaya suaminya akan mendidiknya kelak. Tapi sebaiknya berusahalah mendidik diri sendiri. Kita lebih kenal siapa kita.
Armarhum Tok Guru dalam ceramahnya berkata, setiap manusia tidak saling mengenali antara satu sama lain. Analoginya, bila kita makan kuih, kuih itu sedap tetapi kita tak boleh nak detailedkan sepenuhnya apakah ramuan yang digunakan, berapa biji telur yang diperlukan, berapa gram tepung yang ditetapkan. Yang mengetahuinya adalah orang yang membuat kuih itu sendiri. Sama seperti kita, sesama manusia tidak kenal satu sama lain. Yang mengenali kita sepenuhnya adalah pencipta kita iaitu Allah. Maka sentiasalah merujuk kepada Allah untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Supaya kita boleh bersedia untuk hari esok.
Bagi kaum hawa, hendaklah kita mengahwini seseorang lelaki yang kita boleh hormatinya. Ada wanita yang iron lady, keras. susah untuk menerima teguran dan nasihat. Yang independent. Oleh sebab itulah, perempuan haruslah mengahwini lelaki yang boleh mereka hormati sepanjang hayat mereka.
Last but not least, isu nikah kahwin nie bukan benda main-main. Kalau kita low dalam CGPA kita boleh repeat balik untuk tingkatkan balik. Tapi soal perkahwinan nie, selamanya. berkahwin untuk selamanya. Berkahwin untuk peroleh redhaNya. Oleh sebab itu ilmu itu penting untuk memimpin manusia ke arah lebih baik. Banyakkan kaji surah Yusuf ayat 21-25. Ustaz Syaari kata ada hikmah disebalik ayat-ayat tu. Bagaimana hendak lari dari godaan dan bagaimana cara untuk tidak jatuh ke lembah kehinaan.
Apa-apa pun, kemana un kita pergi. Seminar apa pun, ceramah apa pun. kembali kepada al-Quran. Al-Quran adalah sebaik-baik nasihat dan panduan. Saya doakan semoga sesiapa yang bersabar membawa entry panjang saya nie dikurniakan keluarga yang sakinah, mawardah dan rahmah. insyaAllah. Bersama-sama bangun untuk kembali menyuburkan tarbiah Islam dalam diri masyarakat kita.
Sampai disini sahaja, doakan juga saya djodohkan dengan orang-orang yang dipilih olehNya. Ameen InsyaAllah~
Apa yang baik itu dari Allah SWT dan yang kurang itu dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum.