Assalamu'alaikum.
Sihat? Macam mana Ramadhan tahun ni? Semoga kita memperoleh nikmat dan keberkatan dari Nya sepanjang kita beribadat di bulan mulia ni ikhlas kerana Dia.
Alhamdulillah. Semalam tanggal 4 Julai 2015, bersamaan dengan 17 Ramadhan, Nuzul Quran. Budak bilik buat kenduri. haha. Tak ada niat pun, tapi sebab dah masak lebih, jemput la kawan-kawan terdekat yang sama-sama mengumpul tenaga dan idea.
Tak nak borak pasal semalam. Entry kali ni nak kisahkan - setiap orang dari setiap negeri lahir dari keluarga dan adat budaya yang berbeza. Kadang-kadang agak kekok untuk bersama-sama- lebih-lebih lagi kalau perempuan-perempuan dalam dapur yang sama, berkongsi bahan yang sama untuk satu dishes yang sama. Akan terhasil lah moment yang awkward.
-Eh, takkk. Masukkan ini dulu.
-Jangannnnn, nanti berbau tak sedap.
-Hurm, ikut lah. kalau aku masak, aku tak masukkan bahan tu.
-Kenapa lain je kau potong.
Last sekali- 'Buat lah macam mana pun'
haha. Aneh kan? Nak masak satu masakkan tu tapi beribu-ribu resepi dari berlainan negeri dan keluarga. Benda baru untuk di ambil perhatian.
Walaupun dah kenal dari CFS Nilai lagi, rupanya banyak lagi yang kami tak kenal antara satu sama lain. Biasa la orang perempuan bila borak (kitaorang la), mesti mostly akan cerita pasal masakkan yang dorang pernah try buat. Apa yang mak dorang turunkan ilmu dan resepi. Kalau aku dengan Dila, memang ini la rutinnya. Nak kenal keluarga masing-masing.
Secara tak langsung kita akan belajar sesuatu yang baru. Dia akan ketuk dulu bawang putih baru kupas kulitnya, kita pulak buang kulit dulu baru ketuk. Ada yang basuh bawang dulu baru kupas kulitnya, ada jugak yang kupas dulu baru basuh. Macam-macam lah. Maaf la kalau entry ni brothers yang baca- untuk pengetahuan korang(brothers) setiap cara akan menghasilkan rupa dan rasa yang berbeza. Kalau nak tau lebih lanjut- rajin-rajin lah borak dengan mak, tak payah tanya makwe, rugi pahala puasa.
Bila dah rajin 'main masak-masak' dengan dorang ni. Banyak la yang aku belajar. Lagi-lagi bila setiap keluarga bawa adat dan tradisi yang berbeza. Bak kata pepatah - masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Macam tu la, bila kita ziarah keluarga orang lain, ikut tradisi adat dan budaya diaorang selagi tak bercanggah dengan shariah. Dan bila orang datang ziarah keluarga kita, ajar mereka apa kebiasaan dan tradisi keluarga kita. Ye la orang tua-tua ni berpegang teguh pada tradisi, pantang larang semua. Ikut lah selagi tak lari dari pegangan agama kita.
Bila time berbuka, macam-macam lah cerita bukak
-Eh, kat Kelantan kuih ni panggil apa?
-Korang tau tak kuih loyang? Kat Perak kitaorang panggil loyang.
-Kat Utara kuih ni korang makan dengan apa?
ada jugak cerita yang...
-Macam mana nak buat ketupat yang anyam-anyam tu. Ketupat palas kan? Eh. Kan?
-Ala, kuih yang bentuk dia tiga segi warna brown yang rapuh tu. Tapi bukan karipap. Tau tak?
-Kuih yang dia bulat-bulat warna putih pastu ada lubang-lubang tu. Kenal tak?
-Kat negeri korang ada tak kuih ni?
-Kuih dia bunga-bunga (siap lukis) *bengkang ke?* -bukan. *kuih bakar?* -bukannnnn.
Macam-macam lah. Lagak makcik-makcik dah.
Best rupanya kenal ragam adat dan budaya orang. Jadikan pengetahuan kita lebih luas dan secara tak langsung akan didik kita untuk lebih menghormati orang lain. Macam kita, suka ke bila orang mempersendakan adat negeri kita yang kita dah amalkan berkurun? Suka ke kita mainkan loghat negeri kita?
Dila suka kata aku cakap macam siam bila aku try nak cakap kelantan. Dia tu bunyi macam orang patani bila cakap penang. Haha. Aku pun pernah belajar cakap banjar dengan Tikah. Perghh sabar je dia ajar aku. Sungguh lain sangat. Dan aku suka. Suka tanya...
-Kelantan sebut benda ni apa? Orang banjar sebut macam mana?
Seronok. Selain tu, aku boleh belajar untuk adapt dengan family dorang. Macam mana nak sesuaikan diri dengan keluarga orang lain, secara tak langsung prepare kan diri untuk masa hadapan. Tak la mertua merunggut menantu tak reti suaikan diri. kan?
'Rambut sama hitam, hati lain-lain'
Begitulah perumpamaannya. (Tak sure guna peribahasa betul ke tak. ngeee). Tak semua orang yang kita jumpa pendirian adat dan ragam mereka sama kepala dengan kita. Kadang-kadang berkawan dah bertahun tapi banyak lagi sebenarnya yang kita perlu belajar untuk betul-betul kenal hati budi orang. Supaya apa yang kita buat tak guriskan hati sesiapa. Kadang-kadang ada negeri boleh terima bahasa kasar, ada yang tak boleh terima. Ada orang boleh adapt dengan kritikkan ada yang tak boleh tegur dengan kritikkan tapi boleh tegur dengan tunjuk ajar. Ha, bukan aci main redah je nak tegur orang. Hikmah itu penting. *Hehe. kekadang aku pun tak ber-hikmah jugak tegur*
Kita masuk dapur balik...
Setiap wanita lahir dari dapur yang berbeza. Ada mak ajar masukkan garam last, bila dah tutup api baru masukkan garam. Ada ibu yang ajar, nak hilangkan masin kat ikan masin tu, rendam dalam air garam supaya kurang sikit masinnya. Ada mama bilang, setiap bahan ada mineralnya, contohnya sayuran, jangan terlalu masak sebab boleh kurang zatnya. Udang jangan masak terlalu lama, hilang manisnya. Umi pesan, nak sedapkan masakkan kena pandai jaga api dapurnya, jangan terlalu kuat tapi jangan terlalu perlahan. Mummy pulak ingatkan loyang yang masih panas jangan terus dibasuh nanti rosak permukaannya.
Dan bermacam-macam lagi lah pesanan...
'Benda pertama aku nak tanya lepas kawen nanti. Aku nak g approach mak dia tanya mak dia suka makan apa'- aku
'Ehh, kalau aku tanya dia suka makan apa. Ambil hati dia dulu'-kawan
'Eh, laki aku tu nanti dia kena makan apa je yang terhidang. Kena telan jugak. Lepas first dishes aku hidang, baru dia cakap dia suka makan apa, masakkan yang mana dia tak suka. Mak dia lagi penting, kan orang cakap, nak ikat suami bukan ikat perut dia, ikat hati mak dia dulu. Syurga suami tu'- aku
Haha. sampai sini je entry malas ni.
Semoga bermanfaat. Maaf jika mencuri masa anda.
Dan maaf jika entry ni menganggu tidur malam anda.
Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini, kita gunakan sebaiknya. Jangan lupa niat :)
No comments:
Post a Comment