Friday, 8 February 2013

The Meaning of Life~~~

Assalamualaikum~~
Sihat? ^_^

2 minggu da ada kat UIA.. menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan seorang pelajar bertaraf degree..
Baru 2 minggu jadi budak degree, dah rasa berat sangat nak menanti lagi 4 tahun akan datang...
Anyway, so far semuanya alhamdulillah, okay.. berjalan dengan lancar dan smooth even terkejar sana terkejar sini.. Penat.. Dari Economics punya bangunan ke IRK punya bangunan, pastu naik tangga yang beribu-ribu tuu.. Tapi tak ada guna nak mengeluh.. Demi ilmu yang dicari insyaAllah semuanya okay..

Semalam first kelas untuk subject UNGS 2030.. 
Cuak sangat2 dengan ustaz tuu.. Tegas! tapi best la sebab ada la jugak dia buat lawak n yang pasti speaking dia ada yang faham ada yang tak~~
Orang ketawa, sya ketawa.. orang senyap, sya senyap.. haha

~~Islamic Worldview~~
Semalam ustaz tunjuk video berkaitan orang2 barat yang berjaya, kaya raya, rumah besar, duit berjuta juta, kereta berbiji biji, muka cantik, badan tough, semua ada.. cukup package untuk hidup bahagia.. tapi sayang dorang akhiri hidup dengan bunuh diri...
Ustaz bagi assignment untuk cari berapa ramai MELAYU MUSLIM YANG BUNUH DIRI...

Banyak link bukak tapi takde yang specific cerita berapa ramai orang kita yang bunuh diri...
Tapi sya jumpa info yang boleh dikongsi..

ANTARANYA:
~Kes bunuh diri di Malaysia tak sepopular kes-kes lain seperti ragut, rogol, pecah rumah dan sebagainya.. Tapi kes bunuh diri semakin membimbangkan kerana ianya semakin meningkat tahun demi tahun.

~Bunuh diri bukan hanya popular dikalangan dewasa yang sudah matang untuk berfikir, malah turut popular dikalangan remaja semuda 12 tahun..

~Pada tahun 1990-an kes bunuh diri banyak melaporkan popular dikalangan kaum India dan Cina, tetapi sejak akhir-akhir ini, kes bunuh diri mula meningkat dikalangan kaum Melayu..“Bagaimanapun, kebelakangan ini bilangan orang Melayu Islam yang bertindak membunuh diri semakin meningkat,”-Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari 

~Berdasarkan data WHO, usia dari 15-44 tahun adalah usia yang kritikal untuk membunuh diri.

~~berdasarkan kajian ada banyak faktor seseorang tuu bunuh diri antaranya:-
# Masalah dengan keluarga
# Masalah percintaan--> Kebanyakkan remaja yang tekad membunuh diri adalah kerana mempunyai maslah percintaan, kerana kecewa cinta ditolak, cemburu buta, tidak mendapat restu keluarga dan yang pasti TAK ADA AKAL..
# Masalah kewangan--> Terpaksa berhutang sehingga berjuta-juta.. dan untuk melarikan diri dari masalah mereka hanya nampak bunuh diri sebagai jalan keluar.
# Masalah akademik--> Remaja yang berusia linkungan 15-25 tahun banyak menghadapi masalah ini, antaranya kerana gagal membanggakan ibu bapa, tekanan dari ibu bapa, assignment yang banyak, project yang selalu kena reject, peperiksaan tak lulus, repeat paper, sistem pembelajaran yang tak sistematik dan banyak lagi.. *minta dijauhkan*

Sebab tuu la kita kena belajar apa erti hidup..
Allah menghidupkan kita bukan kerana saja-saja..
Setiap hidupan dimuka bumi ini, Allah ciptakan dengan tujuan dan matlamat..
Sebagai seorang manusia yang percaya dengan Allah dan agamaNYA, hendaklah kita tau apa matlamat hidup kita, supaya senang untuk kita merancang mencapainya..

Setiap dari kita faham 'The Meaning of Life' dalam erti kata yang berbeza-beza..
Tak kisahlah kita berbeza pendapat, yang pasti tujuan kita satu..

Tak guna kalau kita berjaya tapi kita tak tau untuk apa kita berjaya,
Tak guna kita kaya kalau kita tak tau mengunakan kekayaan yang kita ada,
^_^

Kalau dibarat kebanyakkan orang bunuh diri sebab tak tau mengapa mereka hidup.. tak tau megapa mereka disini, dan tak tau untuk apa mereka dihidupkan diatas muka bumi ini.
Sebagai seorang Muslim, kita taukan mengapa kita disini?
InsyaAllah kita akan cuba mencapai matlamat dan tujuan sebenar kita..

Kalau kita baca novel cinta karangan Allah, insyaAllah kita akan tau apa tujuan kita disini, dan Allah dah bagi direction untuk kita menuju jalan-NYA..

Bunuh diri bukan cara terbaik untuk selesaikan masalah.. Kembali pada-NYA, Allah ada jalan penyelesaiannya..

"Lecturer, cikgu, pengubal soalan membuat soalan mesti ada skema jawapan.. Soalan yang diberikan hanya untuk menguji kepandaian dan ketajaman akal seseorang pelajarnya.. Begitu juga Allah, setiap ujian yang Allah datangkan hanya ingin menguji ketinggian Iman dan amal hamba-NYA.."

~~........................................................~~

Moral of da story
cari makna hidup kita yang sebenar..
mengapa kita disini, untuk apa kita disini..
^_^


Anyway, kalau sesapa ada link pasal MALAY MUSLIM YANG BUNUH DIRI tolong share ek.. ^^
thanks

Friday, 18 January 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, semua aturan Allah berjalan dengan lancar..
Dulu sya pernah marah, berendam air mata tatkala orang lain bersuka ria dengan result final..
Bila difikirkan balik,, tersenyum sendiri..

Mungkin ramai yang sangka sya amik satu subject je untuk short sem nie.. Actually sya amik dua subject untuk short sem. Sepatutnya one of the subject kena amik waktu sem 1 2012/2013 tuu, tapi disebab sem tuu agak tough subjectnya dengan economics lagi IB lagi, so terpaksa la tunda ke short sem. 

Kawan-kawan yang rapat dengan sya tau la pasal nie.
Tough jugak kena amik dua subject masa short sem..
Mula-mula dulu fikir mungkin senang kot sebab boleh focus untuk dua subject je..
Tapi realitynya tidak..
Dalam masa seminggu boleh ada 2-3 quiz..
dalam masa sehari boleh ad 2-3 quiz.. 
Memang tough sangat4..
Time tengah study dalam kelas boleh lagi pegang note untuk exam lepas kelas tuu..
Memang nazak sangat time tuu..
Nasib family banyak bagi support..
Kalau tak memang dah kecundang laa...
Kawan-kawan un ada yang bagi support..nasihat.. thanks sangat4.. ^_^

Then bila nak final, time tuu rasa berat sangat otak + masalah peribadi lagi..
Rasa nak fed up. Tapi nasib ada kawan yang semngat belajar jadi tercabar untuk teruskan..
Sya nak tebus balik.
Alang-alang dah sampai short sem, biar short sem jadi pengahirannya..
N finally Allah makbulkan doa sya..
I win in my own competition berlawan dengan masa,otak, hiburan, dendam, sakit hati, air mata, n more..

Dulu sya pernah tak puas hati...persoalan
'kenapa? kenapa? kenapa? selalu dalam fikiran'
Now.. semua berubah jadi..
'Thanks Allah..'

^__^
Kita hidup jangan selalu berharap untuk sentiasa diatas..
kadang-kadang kita kena rendahkah diri 
ATAU
Allah yang akan jatuhkan kita sebab DIA taknak tengok kita bongkak..
Ujian itu tanda kasih sayang-NYA..
Jangan bila kita dapat apa yang kita mahu, kita lupa siapa yang memberi..
Jadilah hamba-NYA yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA,,
dan hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-NYA..

keep it up!!
Anyway, both subject i got A(+-) ! Alhamdulillah..
Bukan niat nak bangga diri.. Nauzubillah..
Moga yang baik jadikan iktibar, yang buruk minta dijauhkan..

Congrate to all my beloved friends yang amik s.sem!!
Tahniah.. 
Short sem is da best memory I ever have..
Disebalik kedukaan terselit beribu kegembiraan.. ^^

~................................................................~
SPECIAL THANKS TO~

~fina,dila,paen,ili,feeqa,niza,arifah,tikah,reen,jeeha,ain,izzati,wafa,filzati,mira,wani,sue,alep,yus,naim,fudin,afiq, aiman kama, aiman khai,arep,arif irfan,kamil,zaki,din,yusri,lily,hanis,fatin,farah,radhiah,izzah,syamil,akim,amzar,izwan,syukor,hafiq,shahida,sorfina,farahin,mae,shajie,shamie,hannan,asri,hazeeq,amirul arshad,fahmi,aimad,lukhman,syud,ain,paah,mat,maznie,alya,keoi,n semua la.. nak taip banyak sgt..
n to my junior yang selalu contact akak..

n the most beloved Imtiaz brothers.. Syafiq n the gang.. serta adik2 imtiaz.. ^__^

n the best...my yayang, adik n abang.. :)

n tak dilupakan doomates masa kat nilai dulu.. Mereka lah sahabat n merangkap family pertama sya masa kat perantauan.. ^^

thanks guys n gurls.. 

>>>>>> memory sepanjang CFS akan dikenang sampai bila2 <<<<<<<

::hopefully nak dapat kawan baru time degree naty.. hehe.. ::
^^



Monday, 31 December 2012

Sayonara 2012

Assalamualaikum... ^^



Sebenarnya tadi tgh pegang note comp... tapi tetiba tercampak kat tepi.. haha..
Hati risau bila nak sambut tahun baru... Rasa macam tak sedia nak berlalu ketahun seterusnya, sedangkan Iman masih lemah..dan dugaan luar makin meningkat...

Setiap tahun akan ada azam baru, Masa Ma'al Hijrah hari tuu, kita tanam azam baru, tahun masihi nie pun tanam azam baru jugak.. Apa guna azam-azam yang kita buat, kalau masih leka.. 
Katanya...:
~Aku nak ubah masa depan aku - sedangkan setiap tahun kau masih begitu..
~Aku nak hafal Al-Quran - Quran tahun nie je berapa kali je kau bukak..
~Aku nak pastikan CGPA aku meningkat - bila time exam je merungut pening kepala la, stress study la..cmne?
~Aku nak kahwin tahun nie - Diri un tak terjaga, Subuh un kadang-kadang bangun, kadang-kadang Subuh gajah je..cmne nak kejut pasangan naty?
~Aku nak jadi anak yang soleh/solehah - Setiap kali mak tegur, kau marah balik, setiap kali mak marah kau melawan..mana ciri2 anak soleh/solehah tuu?
~Aku nak kurangkan kontroversi - setiap kali kau buat sesuatu kau nak menunjuk.. cmne nak kurang kalau asyik nak orang tau je apa kebaikkan yang kau buat..

Macam-macam lagi lah.. *termasuk sya jugak*...

Sepanjang 2012... banyak benda berlaku dalam hidup.. kalau muhasabah balik diri.. rasanya kebaikkan yang kita buat masih sama atau kurang dari kejahatan yang kita lakukan.. 
Sya pernah terfikir, macam mana kalau setiap tahun yang berlalu hanya sia-sia..kita masih melakukan dosa yang sama.. kita masih mengulangi kesilapan yang sama... semuanya sama setiap tahun.. Apa gunanya tahun baru??

Rasanya tak perlu azam baru... Cuba kita selongkar balik azam-azam lama-lama yang tak tercapai lagi tuu...kita usaha balik.. tak salah.. Jangan ingat bila tahun nie kita tak ada azam, kita tak ada matlamat... Lantak orang la nak kata apa, kita tahu apa yang kita mahu.. Azam yang lepas-lepas tuu kita buat balik tahun baru nie..

Tapi make sure azam-azam tuu semua yang baik-baik la.. kalau yang jahat tuu, pergi tanam tak pun pergi bakar je..

Semakin hari semakin bertambah usia kita, semakin bertambah tahun kita, makin bertambah kedutan dimuka, makin bertambah ketinggian kita, perut makin besar..
TAPI..
kenapa Iman kita makin lama makin sakit? makin jatuh..makin berkurang?

Risaukan... Risau nyawa diambil saat Iman masih kurang didada..
Risau pergi berjumpa Ilahi saat Iman tak rela..
Risau saat diambil nyawa pinjaman-NYA ini, kita masih leka dengan dunia..

Setiap kali diambang tahun baru... Pesta diadakan sana sini..
Bunga api berdas2 ditembak..
Pasangan haram berkeliaran disetiap bilik...
Jabatan Agama Islam seluruh negeri sibuk mencegah maksiat saat mereka juga perlu bercuti rehat..

Kenapa? Kenapa setiap tahun begini permulaannya?
Kenapa setiap kali kita sambut tahun baru begini caranya?
Mana ajaran Islam yang Baginda ajar dulu?
Mana hilang nilai Islam yang Baginda usahakan dulu?

Sedihkan? Esok, lusa bahkan seminggu lepas tahun baru mesti bersepah berita diakhbar tentang maksiat tatkala sambutan tahun baru...
9 bulan kemudian, bersepah didada akhbar anak dibuang ditong sampah... diflash ditoilet..
Mana hak mereka? Tatkala kau bersuka ria, kau tak ingat akibatnya.. Bila lahir anak kecil kau takut... buang dia tanpa belas..mana nilai kemanusian kita?
Anak yang sepatutnya dipakaikan baju baru, diraikan dengan majlis kesyukuran tapi tidak..kau tongsampahkan dia.. Layakkah dia dihukum??

Allah...Risaunya...

Kita dianugerahkan akal fikiran yang nilainya tinggi... Kalau harapkan pendidikan sampai ke luar negara tapi soal agama kita zero.. tak guna.. Useless..
Gunakanlah akal yang Allah beri untuk berfikir.. 
Pemimpin yang berakal takkan anjurkan pesta2 yang melalaikan.. Apa guna jadi pemimpin sedangkan dia tak mampu nak menghalang..sedangkan kuasa ditangannya..

Sahabat,,
jika sayangkan Islam usaha tegakkan Islam..bukan hancurkannya..
Baginda bermandikan darah menegakkan Islam, Palestine berhujankan peluru mempertahankan Islam..jangan kita jadi golongan yang menghancurkan Islam..

Malaysia, masih lemah... Islam disini lemah...
Kita pejuangnnya.. 
Jangan kita lemah.. Bangkit.. 



~....................................................................~

^_^
InsyaAllah, tahun 2013 yang bakal menjelma esok akan jadi permulaan yang baik bagi kita dan Islam.. Moga Allah bersama kita.. ^^

Teruskan usaha dakwahnya, teruskan video dan tulisan2 dakwah.. Jangan pernah menyerah...
Bangga sya menjadi warga Econss....
Baru lepas tengok video hasil sahabat econs sendiri.. 
Moga, usaha dakwah mereka berterusan dan insyaAllah dapat dijadikan teladan...


~Aku ceraikan 2012 dan aku terima 2013 dengan 365 hari dibalas 12 bulan . 


# Ya ALLAH , lindungi Muslimin dan Muslimat seluruh dunia . Terimalah usaha kami dalam menyebarkan Agama-MU . Aamiinn # --> FB

::Sya masih dalam usaha mensolehahkan diri.. Mohon doa sahabat... Andai ada salah silap sepanjang 2012, mohon maaf dan teguran yang diberi insyaAllah sya akan usaha perbetulkan diri.. Terima kasih kerana hadir dalam diri sya sebagai sahabat2 yang banyak membantu sya.. Semoga suka duka kita ditahun 2012 akan selalu dikenang sampai bila-bila.. ::

~~Sayonara 2012~~
:')




Saturday, 29 December 2012

It's just begin.. ^^

Assalamualaikum.. ^^
Apa khabar? Sihat? Suka sya tnya..cmna Iman sahabat? Okay? InsyaAllah teruskan usaha.. Sya un masih berusaha.. Kita juga masih perlu berusaha..

Alhamdulillah, semua beban yang ada hilang sikit2.. Mulanya tak boleh nak bawak, tapi last2 boleh jugak.. Tu la kalau kita serahkan semuanya pada-NYA, insyaAllah, DIA bantu sikit2.. Just kena banyak bersabar la.. ^^ 
--- Gud job kina!! u made it!! ^^ ---

Sya tak sempurna.. Tak boleh nak expect semua benda sya boleh buat, masih ada banyak salah silap, kekurangan banyak yang masih perlu ditampung.. Masih banyak lopak dalam hidup, masih lemah kaki untuk berdiri tanpa family dan teman disisi.. Sya lemah, banyak kekurangan, andai sya pernah sakitkan hati sesapa, menguris perasaan sesapa.. itu kelemahan sya.. Tanpa sedar semuanya berlaku.. Maaf. 

Sebab tuu sekarang nie, sya serah sepenuhnya pada-NYA.. Sya tau DIA lebih sempurna dalam mengaturkan segalanya.. Sya takut mengikut hati yang pernah disakiti.. Sya takut ikut teman yang pernah lari dipertengahan jalan meninggalkan diri ini, sya takut mengharapkan keluarga yang semuanya ada hal sendiri...

Now, my life just begin.. InsyaAllah everything will be fine when I'm giving up everything to HIM..Let HIM be my Planner.. 

Wahai makhluk hamba Allah, 
~berhenti sakitkan hati ini..
~berhenti mainkan diri ini..
~berhenti setiap apa yang kau lakukan..

~........................................................................................................................~

Ya Allah, give me strength, give me something U never give me to face with all of this.
^_^


p/s~xde kaitan dengan sape un, just reminder.. Hidup ini tak best kalau asyik kita diatas, atau tak mencabar jika kita asyik mengalah.. Hidup tak semudah yang kita impikan tapi tak sesukar yang kita fikirkan.. Kita hidup atas jalan-NYA, dibawah naugan-NYA, insyaAllah semuanya indah.. Percaya pada ketentuan-NYA.. 

Bersyukur kita masih hamba-NYA.. bersyukur kerana kita masih menjadi keutamaan-NYA... bersyukurlah wahai hati.. 

Indahnya hidup andai kita tau betapa besarnya kasih sayang-NYA buat kita.. Tak pernah padam walau sedikit un kasih sayang-NYA buat hamba-NYA.. ^^

~~Alhamdulillah~~

Wednesday, 14 November 2012

Ma'al Hijrah

Assalamualaikum :) 
Salam Ma'al Hijrah semua.
Cepatkan masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru hijrah.
1433 bertukar 1434 lepas nie 1435, insyaAllah kalau masih diberikan masa untuk tahun seterusnya.


Suka saya ingatkan, ustazah pernah cakap msa time usrah dulu kat sekolah, n alhamdulillah saya masih ingat, n saya suka sampaikan pada yang lain.. ~Sekarang nie, kalau kita tengok, kejap je kan masa berlalu. Macam sekarang, rasa macam baru je lagi kita sambut Ma'al Hijrah 1433, alih2 dah masuk 1434 dah. Macam time Ramadhan lepas, rasa macam baru je puasa tapi kejap je dah habis 30 hari. Singkat je kan? Allah, itu lah akhir zaman, bila setahun kita rasakan bagai sebulan, bila sebulan rasakan bagai seminggu, bila seminggu kita rasa bagaikan sehari dan bila sehari kita rasakan seperti beberapa jam sahaja. Sangat singkat~

Begitu juga hidup kita, jangan ingat kita akan hidup 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Takut kita hanya ada masa 10 jam dari sekarang, 9 jam dari sekarang. Takut kan? Allahuakhbar! Takut sangat bila fikir balik. Cukup ke amalan kita selama ni? Allah terima ke semua amalan kita? Kita buat ikhlas ke tidak? ---> Mati itu pasti, kita nak terima atau tolak itulah janji Ilahi. Siapa yang baik amalannya, tinggi imannya, yakin solat dan ibadahnya, dialah orang yang paling suka akan kematian. Sebab dia yakin akan amalannya untuk dibawa menghadap Allah. Kita? 

~copy paste from FB~

--"Hebat Zaman Ini"--
*Hampir semua org celik IT, tp asas Fardhu Ain kite tuli..
*Grammar english boleh celah gigi je, tp hukum tajwid gigit jari..

*Boleh cari duit untuk buat O.T hari2, tp kuliyah agama 1minggu 2kali pun susah nak pergi..
*Boleh online,update fb,twitter sana sini dan hari-hari, tp 1muka surat Al-Quran 1 hari susah nak mengaji..
*Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD, tapi Sirah Nabi sikit tak nak ambil peduli..
"Hebat zaman ini"..

Tak salah nak hebat ke Dunia, asalkan hebat juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI. ;)



Nauzubillah, moga kita tak seperti itu. Walaupun kita pandai IT, kita juga cerdik Fardhu Ain, pandai tajwid, kuliyyah agama masih kita ikut, walaupun hanya melalui video. *thanks to Paen sbb masukkan video pasal agama dalam lappy nie, dapat jugak aku reflect diri*. Al-Quran masih kita bukak walaupun sekali sehari. InsyaAllah, kita masih jaga Islam dalam diri.

Bila datang tahun baru, syukur lah kita sebab masih diberi masa untuk bertaubat, sedangkan ada yang pergi lebih awal dari kita.Kita masih dipinjamkan nyawa untuk meningkatkan amal ibadah kita, memperbaiki akhlak dan personality kita dan masih diberi masa untuk tingkatkan Iman kita. 

Setiap hari yang diberikan Allah adalah, hadiah buat kita, untuk kita perbaiki diri. Moga kita menggunakan hari tersebut sebaiknya untuk beribadat kepda-NYA disamping mengejar kejayaan dunia. ameen, insyaAllah.

Hijrah bukan hanya hijrah Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah, bukan juga hanya dengan berdoa akhir dan awal tahun. Hijrah tu luas definisinya. Hijrah dari seorang yang malas kepada rajin- itu juga hijrah. Hijrah dari sehari sehelai muka surat kepada dua helai muka surat Al-Quran- itu juga hijrah. Hijrah kerana Allah adalah hijrah terbaik.

Semperna Ma'al Hijrah nie, kita tanam azam baru supaya kita hijrah kejalan-NYA untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Hijrah tak bererti kita kena terus berubah at least kita mulakan sikit-sikit. saya masih dalam progress, doakan :) Istiqamah itu yang penting. Tapi itulah yang paling susah nak buat kan? :) Moga kita diberi kekuatan untuk terus berubah kejalan-NYA. ameen~~

Moga kita terdiri dalam kalangan hamba-NYA yang mempertahankan Islam saat orang lain tolak Islam. Moga kitalah yang akan jadi pembela Islam, tegakkan agama Allah, pertahankan perjuangan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Islam itu hadiah buat kita. Kalimah syahadah itu lah kalimah paling agung buat kita. Syukur kerana dilahirkan Muslim dan masih terus berpegang dengannya. Moga Allah pelihara kita dengan redha dan kasih sayang-NYA. :)

~Salam Ma'al Hijrah~
Jaga iman, jaga hati... :)



segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA