Monday, 27 May 2013

Her---><---Him

Assalamu'alaikum...

Rest kejap.. Tepu otak baca MGT lama2..
Hafal bab 12 je perlukan sehari lebih. =='

Entry untuk menghilangkan mengantuk motif utamanya.. 
^__^

Hari nie study kat library..
Minggu-minggu exam nie. rajin benor kaki melangkah ke library tuu..
Kalau sapa jumpa sya tengah melilau kat library tuu jangan kata rajin..
Tuu sebagai langkah berjaga-jaga untuk jauh dari katil.. hehe..

Tadi study kat meja yang sorang2 tuu..
Sebelah meja sya, ada pasangan suami isteri..
Sweet sangat..
Si isteri marah, suaminya lewat datang... Tapi suami tuu senyum je siap bole melawak lagi dengan wife yang tengah marah tuu..
Comey !! n jeles un ada jugak! >_<

Oh, lupa nak cakap. kalau da datang IIUM n kalau jumpa pasangan yang nampak baik + bertudung labuh + berkopiah + berjanggut sejemput tuu + muda belia + tengah sembang2 berdua + berpegang tangan = da kawen la maksudnya tuu..
n kalau jumpa sebaliknya... TAK KAWEN LAGI kottt..kott laa :) hehe

Bila da duk sebelah sya tuu je, sedikit sebanyak tapi sikit je la, bole la jugak dengar perbualan dorang..
eh bukan saje2 pasang telinga nak dengar.. memang TERdengar un..
Comey!!! n kompem la jeles.. Mesti !! >_<

^___^
Indahnya tengok hubungan halal mcm tuu, tak ada orang nak kacau un..
n orang nak mengata belakang un tidak..

n si suami tuu tengah buzy study *agaknya laa*
si isteri minta dengar kejap dia nak tasmi' bacaan..
wahhhhh... lagi comey!! suami tuu dengar n betulkan..
sempoii betul!! 
n orang kat sebelah tuu----> *sya* makan hati sorang2.. haha :D
May Allah bless them..

Bagi sya, berbeza la kita lihat pasangan yang belum ada apa-apa ikat yang sah duduk bedua-duaan macam tuu..
Orang nak study un rasa terganggu + nak marah tengok perangai merenggek-renggek tak tentu hala.. Study berdua kononnya sweet, duduk bersebelahan + rapat-rapat.. Ya Allah, mengucap panjang kalau nampak..
Menyampah!!

Lain pula bila kita tengok macam pasangan tady..
Walaupun da kawen tak ada pulak nak merenggek-renggek dalam library tuu..
Tak duduk bersebelahan tapi berhadapan...
Kerja jalan walaupun kadang-kadang tuu tanya ada la jugak dengar dorang sembang kosong..
Comey je tengok.. kita yang tengok nie un tak ada la sakit hati + tak menyampah langsung..

Indahnya aturan-NYA..
Hubungan yang Allah restu tuu lagi berkat n sejuk mata orang memandang..
berbeza dengan hubungan yang dilarang-NYA..
kan? sape setuju..

Tapi kalau da ada calon n pasangan tuu..
Sya sarankan teruskan je majlisnya daripada terus menerus main perasaan macam tuu..
:)

n sweet sangat bila dengar si isteri tuu merunggut ke'buzy'an dia kat suami dia..
Suami dia dengar je, siap bagi nasihat lagi..
Then tanya bangun pukul berapa hari nie?
Da breakfast belum..?
Kalau macam nie la gayanya..
Sya sokong kalau semua yang tengah couple tuu kawen je..
At least kalau korang kawen tak payah habiskan kredit hantar mesej
Dah bangun belom? da makan belum?<---- membazir je.. ^^

Eh, nie tak study namanya.. haha
Study jugak, tapi dengar-dengar jugak perbualan dorang sebab jarak meja tuu dekat je..

Nie kalau citer kat mak.. Kompem mak melayan anak dia sorang nie.
Haha.. :)
Tapi sya un ada mak yang macam boyfriends dah..
Pagi2 call.. da bangun belom?
Mandi tak lagi? Makan belom? Kelas@exam pukul berapa?
Exam tadi bole jawab tak? 
Kadang-kadang kalau da cuak tahap tak ingat tuu, bila dengar suara mak..
Rasa tenang balik.. nyaman je..

^__^

# nak kongsi something #
<3 kalau kita rasa orang yang didepan kita tuu sesuai untuk kita, jangan tunggu lama utk approach dia.. sya tak suoh un minta couple just g 'cop' dia.. cakap kat dia.. "saya suka awak, bole awak tunggu saya?"---> done!! n lepas tuu jangan couple, jangan mesej, jangan call.. buat biasa je, asalkan hati tuu dah dimiliki.. #cehh *menyampah lak baca*~~
<3 jangan terlalu mengejar kesempurnaan. memiliki seseorang yang sempurna dari semua segi memang impian semua orang tapi, tak semua sempurna, kita saling melengkapi antara satu sama lain.
<3 Yakin dengan janji Allah... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... ^^
<3 n jangan terlalu mengejar jodoh hingga lupa maut.. Jodoh ditangan Allah, maut juga ditangan-NYA.. Jangan terlalu mimpikan pelamin hingga lupa keranda, jangan terlalu impikan baju cantik bling-bling hingga lupa kain kafan kita, jangan mimpikan rumah ibarat syurga hngga lupa liang lahad kita.. ^_^



p/s- sampai sini dulu coretan tengah pagi buta nie.. 
Ambil yang baik, betulkan yang buruk..
^__^
open for any comment.. 


#sambung baca MGT.. ==' <---pengsan~~

~........................................................................................................~
nie gambar gila time study kat library tadi... SENGAL rasanya.. haha




ha.. ini special sikit... sebab memang tengah fall in love ngn dia nie un.. 
^__^

#muka kitaorg sama!! hehe.. suke!!



Wednesday, 22 May 2013

Keinginan itu ada, tapi kenapa malu itu menghalang?

Assalamualaikum..
Sihat? 
Iman?
Meningkat ke menurun? hehe
*tanya orang diri sendiri tuu yang penting*

Orang cakap malu tu separuh daripada Iman,
Tapi kalau dah malu-malu apa pulak?

Berubah itu senang..
Nak istiqamah itu susah.
Macam makan itu senang..
Nak masak itu yang susah..

"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina," -copypaste dari blog I LUV ISLAM

Tersentuh baca tulisan tuu...
Kekadang itu lah yang sya rasa.. Rasa nak berubah sangat4 bila tengok kawan berubah.
Entah..
Sekarang nie pakai tudung labuh time nak solat je, orang cakap slow2, biar perubahan itu tak nampak sangat. at least kita try. Biar niat kita ikhlas kerana Dia, bukan niat nak menunjuk..

Tersentap rasa bila ada yang tegur..
"Kenapa pakai time solat je, pakai la keluar pegi kelas"

Jujur cakap tak ready..
Mungkin dulu pernah try kat Nilai tapi rasa mcm tak kuat..
*nak nagis.. Allah da bagi hidayah tapi campak cmtu je.. *okay da nangis..

Tapi, sya positivekan diri, biarlah sya jujur ikhlas depan Allah dulu baru sya ikhlas sepenuhnya utuk keluar mcm sya solat tuu..

Sya rasa Allah da banyak bantu sya untuk berubah, tapi kenapa lambat sangat ek perubahan sya?
Iman tak kuat ke?
Sya selalu pikir cmtuu..
Iman sya nie tak kuat ke nak pakai macam muslimat yang lain..
Sopan macam yang lain..

Lemah sangat ke Iman sya?
Allahurabbi~~

Sya tertinggal buku Ustaz Pahrol kat rumah. tak sempat nak habiskan lagi..
Keinginan nak baca buku cmtuu ada. Banyak je post2 kat group ada buat service pinjaman, 
Tapi tuu la.. MALU punya pasal.
Pikir orang kata..
Sengal kan?

Sekarang nie kalau rasa down bukak Al-Quran. Bukak muka surat secara rawak then baca..
Alhamdulillah, tenang...setenang kata-kata-NYA..
Sebab tuu Quran pink tuu da berubah tempat.. Kalau dulu di rak kini depan mata. atas meja study..
Rasa selamat dia kat situ..

Bila ada sister pakai purdah lalu depan mata..
Rasa malu dengan dia. malu sangat..
Bila ada sister bertudung litup jalan sebelah rasa malu..
Hinanya diri..
Hati memberontak inginkan perubahan tapi akal tolak mahukan kemodenan.
Gila rasanya..

Ya Allah kuatkan aku.. 
Luaskan jalan aku menuju-MU, ya Rabb..
Pimpin tangan aku.. 
Amiinn~~


p/s- diri ini meginginkan yang soleh, tapi hati mencantas
"sedar diri, kau tak sesolehah untuk dipandang si-soleh"

Allahurabbi~~

Sunday, 12 May 2013

Dia~~

Dia..
Siapa dia?
Dia lah ibu, mak, mama, mummy, ummi, kawan, sahabat, teman, cinta, rindu dan sayang sya..
Puan Siti Rokiah Hamid



Assalamualaikum..
^____^
Pagi nie di FB
"Happy Mother's Day"
Pastu ada yang membidas..
"Hari ibu tu setiap hari bukan setahun sekali"
^__^

hehe..
macam-macam..
ada pulak yang menjawab
"Nak tunjuk kasih sayang setiap hari bukan sekali dalam setahun"
ada pulak yang melawan
"Kalau aku buat status sayang ibu setiap hari, ada jugak yang muak naty"

hahaha :D

Tak kisah lah, 
Yup, memang hari ibu setiap hari 12 bulan, 356 hari setahun..
Tapi tak salahkan dalam masa setahun tuu..
Ada satu hari special untuk kita tunjukkan kasih sayang kita sebagai seorang anak kepada ibu dan nak semua orang tau, kita sayang ibu kita..
Tak salah kan??
^__^

My mom..
Mak,
Panggilan dari kecik sampai sekarang,
Mummy,
Panggilan bila nak manja-manja n nak mengedik dengan mak..
Ma,
Bila malas nak sebut 'k' kat belakang.. :)
Ibu, ummi, 
tak penah panggil lagi..
Mama@ummi,
InsyaAllah, bakal putera n puteri sya akan panggil naty.. amiinn~~

Mak,
seorang yang tegas, garang, suka membebel..
TAPI,
disebalik garangnya mak, ada satu senyuman yang bole cairkan semua masalah anak-anaknya..
Disebalik tegasnya mak, ada satu sifat manjanya yang bole tawan hati anak-anaknya..
disebalik bebelnya mak, ada ayat-ayat yang boleh menitiskan air mata anak-anaknya..
Itu lah mak..

Mak,
Tak pernah mengungkit salah anaknya,
Tak pernah membebankan anaknya,
Sayang mak..

Saat melihat air mata mengalir keluar dari mata kuyup mak,
Hati rasa sayu, jantung bagaikan terhenti.
Dalam hati..
"Salah kami anak-anak mak ke? Kami ke yang buat mak menangis?"

Dulu,
Sya takut nak peluk mak..
Seriously, rasa malu sangat4 nak peluk mak..
Bila kat sekolah tengok kawan-kawan, masa mak dorang hantar dorang g sekolah mesti mak dorang peluk..
Sya tak. Sebab malu nak minta mak pelukkan..
:')

Tapi, 
bila berjauhan beratus kilometer nie..
Tiada segan tiada malu..
Pelukan itu satu kewajipan,
Ciuman itu satu keperluan..

Ingat lagi,
Abang dengan sya berebut nak peluk mak..
Adik-adik tengok je abang dengan kakak dorang peragai macam budak-budak tadika..
Indah sangat saat tuu..

Mak,
Waktu SPM..
sanggup berhujan berpanas dalam kereta bacaan Yassin n doa tatkala sya berperang dalam dewan peperiksaan..
Bila time rehat, mak bawakkan bekal dari rumah.. dan moist kek air tangan mak untuk sya lepas berjuang dalam dewan.. saat tuu rasa macam nak mengalir air mata, tapi ego menyekat..
Sebelum masuk dewan mak kiss pipi bagi semangat.. dalam hati bagaikan ingin meletup keriangan, tapi sekali lagi ego menyekat mulut tak terkeluar 'terima kasih mak'.. ego~~

Saat mak demam sebab berpanas n berhujan dalam kereta..
Rasa macam nak nangis sebab sya mak demam..
Tapi senyuman mak, matikan rasa bersalah tuu..
Mak, anak mak nie ego dia kuat sangat..

Kalau dulu,
Setiap pagi mak buatkan bekal untuk anak-anak mak..
Nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, roti telur, roti sausage n banyak laa..
Untuk anak-anak bawak bekal pergi sekolah..
Air botol sorang satu.. Semua sama, warna kuning.. besar lak tuu..
First2 malu nak bawak sebab rasa macam darjah satu..
Tapi last2, takyah malu lagi bangga sebab semua mak yang buat..
^_^

Mak,
Setiap kali sya ada masalah, mak orang pertama yang tau..
Mak orang pertama yang dengar,
Mak orang pernah yang nampak air muka anak dia berubah..
Mak orang pertama yang tenangkan hati nie..

Tapi,
bila mak ada masalah..
Kenapa mak simpan?
Anak-anak tak tau langsung..
Yang kami tau, mak senyum, mak gelak ketawa, mak hanya diam tanpa kata..

kerana sifat sabarnya lah,
Ada pendamping yang setia disisi..
Segala masalah dicurahkan buat teman disisi..
Setiap tanggungjawab tak pernah lalai hanya untuk dia demi syurga-NYA disana..
Mak lah pendamping ayah, insyaAllah sampai syurga sana


Mak,
Insan yang paling dekat dengan sya..
Insan yang paling kenal luar dalam sya..
Insan yang paling arif apa kesukaan n kelemahan sya..
Insan yang paling pandai ambik hati sya..

So, kalau sesapa nak tau pasal sya, terus tanya mak..
She know everything about me..

Mak,
Khas dari anak-anak mak:
Mohamad Solehul Hafiz
Nor Sakinatul Syafiqah
Nor Syakiratul 'Aliah
Mohamad Syariful Asmar
Mohamad Sofieyul Amzar
Nor Syahiratul Sofieah
Mohamad Syahirul Rafiq

"We love u more than others in the world. U are the best give from Him for us. Mak senyuman kami, mak gelak tawa kami, mak segalanya bagi kami, Saat kami sakit mak disisi, saat kami nangis, hanya mak yang mengerti, saat kami jatuh mak bangunkan kami. Mak, andai anak-anak mak ini buat salah sehingga mengalir air mata ibu dari mata mak, kami memohon ampun, kami tak berniat buat mak menangis. Ampunkan kami.."

"Mak, kakak banyak buat mak marah.. Bila kakak masuk dapur, kakak lupa nak kemas balik.. Bila kakak da start tengok TV kakak lupa nak tolong mak kat dapur. Bila kakak balik U, kakak lupa nak call mak. Kakak minta maaf. Ampunkan kakak"

^_^
Lot of Love for my mom, the best mom in the world~~



~........................................................................................................~

P/s- buat bakal menantu mak ngn ayah.. Pesanan dari sya, jangan risau wali sya, ayah okay je, tak cerewet. Awak hanya perlu belajar ambil hati mak. n u will won my heart. #cehh.. haha.. Mak susah sikit nak suka orang luar, lain lah kalau mak betul-betul suka dia.. ^_^ Kalau mak dah betul2 sayang, awak tak akan jadi menantu mak but u will be a new son in my family.. <3

Asif, salah silap.. 
Sya mohon undur diri n baca macro.
hehe

May Allah bless..


Friday, 10 May 2013

Aku lemah~~

Assalamualaikum,,

Sekarang nie sya lebih suka berblog...
Blog-walking, ziarah blog2 orang, cari apa yang kosong dalam diri..

Sya tertinggal buku tulisan Ustaz Pahrol kat rumah..
Tak habis lagi baca..
Pernah tak rasa kosong dalam diri? Rasa bagaikan ada sesuatu yang belum cukup dalam diri?
Kadang-kadang sya rasa, tapi sya buat taktau je.. Lebihkan masa dengan kawan-kawan..
Gelak ketawa, ber'joyah' dengan rummates, kua makan sana sini,
Kadang-kadang rasa tak tentu arah jugak..

Hidup nie singkat je kan..
Kekadang pernah tak duk sorang-sorang then nangis?
:) Kalau pernah jangan risau banyak yang macam tuu..
Mungkin waktu tuu Allah tengah bersama kita, mengingatkan kita kepada dosa-dosa lalu kita..

Allah~~

Tadi pergi tengok midterm maths,
Rasa sayu la.. "terlalu main-main ke aku selama nie?"
Alhamdulillah, still dalam paras selamat tapi bukan cemerlang..
Kenapa dulu waktu SPM. even last minutes punya study kita still bole kecup apa yang cikgu ajar kat depan..
Sekarang?
Berbeza bukan? Kalau dulu main-main un bole dapat result yang hebat..
Sekarang kita tido kejap je dalam kelas dah hilang 2/3 drpd apa yang madam explain..
Cepat kan?? Terlalu cepat masa berlalu..

Sekarang dah 10 May 2013..
Masuk degree 29 Jan 2013..
Dan hampir 4 bulan kat sini..
Kejapnye.. Tak terasa un, rasa macam baru semalam nangis taknak datang Gombak sambung degree..
Rasa macam baru semalam check result untuk short sem CFS,
Rasa macam baru semalam dapat offer letter sambung economics kat IIUM..

Allah..
Kejapnya masa yang kau tinggalkan untuk kami..
Sempat ke kita nak bertaubat nie?
Masih ada waktu ke kita nak bertaubat?

Kekadang terasa air mata yang mengalir tuu bukan kerna Allah,,
Terasa membazir kerna menangis hanya sebab dunia..



Allah dah mention dunia ini hanya sementara, akhirat sana yang kekal selamanya..
Kita terlalu mengejar dunia hingga lupa akhirat hanya beberapa jengkal dengan kita..
Kematian makin menghampir bila kita lupa dialah teman kita kelak..

Manusia sifatnya pelupa,, kena selalu mengingatkan..
Semalam pergi 'bulatan gembira' dengan k.dayah..
Berdua je..
K.Dayah tanya, "memang kina nak join ke mentoring (usrah) nie"
Sya jawab : "kadang-kadang kina perlukan sesuatu untuk ingatkan kina tentang akhirat, kina cari juga benda nie, tapi ada ja benda yang menghalang.."

Yes, sya tak kuat untuk hadapi halangan syaitan yang selalu mengikat sya dengan dunia..
Sya lemah, sebab tuu kadang-kadang sya perlukan bacaan n orang yang bole berkongsi tentang akhirat dengan sya..

Selalu juga sya dapat mcg untuk join talk, mcg nasihat2 dari akak uia sendiri..
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan sya..
Tapi sya je yang tak sayang diri sendiri, menghabiskan waktu dengan sia-sia sedangkan Allah dah bagi petunjuk dah yang akhirat makin hampir..

Tersenyum sendiri mengenangkan diri yang banyak dosa tapi mengada nak menyampaikan dakwah..
Mampu ke sya? Bila ada yang mcg suruh sya tegur seseorang yang berpakaian tak sopan un sya sendiri yang takut..
Seriously sya takut.. Sya takut sebab sya rasa diri tak cukup sempurna untuk tegur orang lain berpakaian sedangkan sya sendiri tak sempurna dari segi pakaian..

Teguran kalian sgt sya hargai 
Kalau sya salah tegur bukan perli
Kalau sya terpesong salah haluan, bawa sya kembali bukan tinggal sya sendiri.

^_^
Sya still lemah dalam ujian dunia yang Allah beri, sya lalai...
Asif kalau ada salah silap..




Thursday, 9 May 2013

(^_^)v

Assalamualaikum...
Sihat?

Ke demam pru lagi? hehe
Sapa yang join semalam kompem best..
Sya just bole doakan semoga perhimpunan semalam dirahmati dan diredhai Allah..
InsyaAllah..

Rujuk ayat nie:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebayakkan mereka adalah orang-orang fasik"- Ali 'Imran:110

Tadi asalnya nak tasmi' bacaan je dengan akak Hidayah (akak study circle) tapi Allah nak kitaorang berusrah sesama..
Kami discuss pasal bahaya lidah..

Okay fine sya tau ramai dah tau apa contoh2 bahaya lidah..
^_^
Sya just nak relatekan bahaya lidah dengan PRU13 nie..

Berdasarkan ayat kat atas tuu, Allah dah meninggikan taraf kita sebagai umat Islam iaitu Umat yang terbaik untuk manusia... Kenapa kita kotorkan jawatan yang Allah beri tuu?
Allah menyuruh kita berbuat serta menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. 

Kalau ikut isu PRU nie,
Sya rasa kita banyak buat salah..
Yes, pihak yang salah menang untuk PRU kali nie,
Tapi cuba kita sebagai pihak yang benar duduk dan fikir kejap..
Kenapa Allah tangguhkan kemenangan kita? ?

Bagi sya, mungkin..
Ada antara kita (penyokong) masih melakukan maksiat even inginkan perubahan,
Mungkin ada yang masih tinggalkan solat walaupun inginkan system pemerintahan Islam,
Bole jadi juga ada diantara kita yang masih lalai dengan suruhan-NYA..

Kita masih belum faham lagi erti sebenar perubahan itu..
Pernah dengar ayat nie?
"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak disekeliling kamu"

^__^
Allah nak kita betulkan dulu diri kita (penyokong)..
Tak salah menuntut hak, tapi bila hak tak dikembalikan mungkin ada sebab disebaliknya..

Jangan kita sempitkan fikiran dengan melakukan benda-benda yang bole mendatangkan murka Allah..
Kita dipihak yang benar kan? Tunjukkan kebenaran bukannya kemarahan..
Jom kita sama-sama jaga lidah kita,
Jangan menhamburkan kemarahan sesuka hati..
Just indahkan bibir kita dengan senyuman..

Macam TG cakap, Allah hanya menunda kemenangan kita..
Allah juga pernah berjanji yang Islam pasti menang..
Sirah Rasulullah juga membuktikan Islam tetap menang jika kita berserah semuanya pada Allah..
Pertolongan Allah itu ada dimana-mana cuma kita je sekarang yang perlu ubah dulu diri kita..
kalau Allah nak menangkan kita, dengan sekali lafaz je kita bole menang.. Tapi jika tak, Allah simpankan kemenangan untuk menjadikannya kemenangan yang paling berharga buat umat Islam dan manusia..

Bagi yang suka buat fitnah sana sini..
Cuba tanam atau basahkan bibir dengan kalimah Alhamdulillah..
Bersyukurlah kerana Allah masih memenangkan kamu..
Bersyukurlah wahai manusia..

Jangan basahkan bibir dan hati kamu dengan fitnah..
Itu lagi menampakkan 'kekalahan' kamu sebenarnya..
^_^

Baca ayat nie:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"- surah A-Hujurat:12

Faham tak?
So, stop2 la menabur fitnah..

Kita Malaysia, masyarakat majmuk
Melayu, Cina, India tinggal bawah satu langit atas bumi yang sama.
Suka ria, gelak ketawa bersama..
Kenapa harus dimusnahkan semua tuu??

Jaga lidah, bole jadi lidah itulah yang akan mebawa kita keneraka-NYA..




Sampai sini je.
pesanan ringkas : Doakan sya untuk Final akan datang!! Cuak dah nie pas tgok carrymark..

^_^
p/s- k.dayah, thanks... 

Thursday, 2 May 2013

Sucikan balik

Assalamualaikum.. ^_^
Kembali berblog'ing..

Miss sharing..
Nak share kat facebook macam tak best sebab space terhad.. hehe

Rasanya semua da tau kot pasal lappy sya yang hilang minggu lepas.
Orang cakap tak ada jodoh.
Bukan sya nak ungkit or apa, just nak remind kawan-kawan tak kisah la lelaki ke perempuan ke
lepas nie lepas buat keja terus simpan lappy dalam locker then kunci. Jangan biar atas meja tuu ja.
Tu namanya bagi rezeki kat pencuri.. hehe

Benda nak jadi.
Kakak study circle sya cakap..
Jangan meratapi apa yang hilang, sebab Islam tak pernah ajar kita buat macam tuu..
Bila kita ratapi apa yang Allah ambil dari kita, itu namanya kita tak terima takdir or senang cakap kita lawan takdir..
Ada kawan yang bagi nasihat time2 critical minggu lepas cakap;
'May be Allah ada sesuatu yang istimewa utk kau. La Tahzan'
'Sesuatu yang tak dapat dibayangkan Allah telah sediakan untuk kau. Dia tarik sedikit je, nak uji kuat mana kau bersabar' :)
'Kekadang nikmat yang Allah tarik tuu, Allah taknak kita jauh dari Dia. Mungkin kau terlalu sayangkan lappy tuu melebihi sayang kau pada-NYA'

Macam kisah nabi Ibrahim dengan Ismail.
Kisah pengorbanan cinta seorang bapa.
Tapi disebabkan kecintaan kepada Allah lebih utama, dia sanggup korbankan cinta dunianya iaitu anaknya, Ismail.. 
^___^
Sya anggap ujian sya macam tuu la, even tak seberat tuu.. hehe


"DIMANA DIA DIHATIKU? ALLAH ITU AMAT HAMPI, TAPI KENAPA AKU MASIH MEMINGGIR? AKALKU ALPA BERFIKIR, HATIKU LUPA BERZIKIR...." -Ustaz Pahrol Mohd Juoi..
I just buy this book.
Alhamdulillah, banyak info dapat n banyak juga pengajaran yang dapat daripada pembacaannya.
Baru berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah macam nie..
Sebelum nie asyik dengan novel je.
Sekarang mungkin da matang sikit kot, sebab tuu teringin nak baca buku macam nie..
I'm still in learning process.. Still merangkak..
^__^

Daripada pembacaan nie, alhamdulillah sedikit sebanyak dia banyak memotivasikan balik diri sya..
Menaikan balik semangat sya..
n yang paling penting menguatkan lagi tali pergantungan sya dengan Allah..

Dalam tulisan buku nie, ada mencoretkan, pabila iman seseorang kian meningkat atau niat ingin menuju kepada perubahan akan terselit ujian untuk melihat sejauh mana seseorang hamba itu ingin berubah..
sama ada perubahan itu ikhlas kerana Dia atau hanya materialistik sahaja.
Ya Allah,, Allahurabbi..

Sya harap ini adalah permulaan yang baik..

"Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'kalau' atau 'jika'. Redha dan pasrahlah dalam istirja'. Walau ditangan dan dimata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas, pasti punah jua. Paling penting bersangka baiklah dengan Allah.. Allah akan menyelamatkan"- Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Peng!! Dush!!
Kena kepala sendiri.. Sya suka kalau baca sesuatu yang sangat mengena dengan situasi sya.. 
Benar lah apa yang ditulis ustaz, andai Allah kata pergi, pergi jua, tiada satu benda yang boleh menghalang takdir-NYA.. :)

Melepaskan bukan sesuatu yang senang. 
Kalau orang yang tak pernah rasa, korang semua kena belajar untuk lebih faham.. :)
Its take time.. But Alhamdulillah, Allah hantar buku ini untuk sya.. Thanks Allah..
I know U love me more than 'em~~

"Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, oleh itu berpada-padalah memcintai sesuatu kerna tatkala Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita cinta, kita tak terlalu menderita"- ustaz Pahrol Mohd Juoi..

hehe.. so berpada -padalah dalam bercinta.. 
Sebenarnya Allah risau kita lupakan-NYA..Baiknya Allah sebab tatkala kita hanyut dengan cinta dunia, Dia akan cuba tarik balik kita dalam pelukkan-NYA.. Allahurabi~~
Allah tak pernah tinggalkan hamba-NYA, begitu setia Dia menanti cinta kita.. Kenapa selama nie kita buta?
Buta untuk lihat kecintaan yang paling agung..
Kita dibutakan dengan cinta dunia yang hanya mimpi di alam maya.. Cinta dunia nie semua angan-angan, cinta Dia yang realiti..
Sejak kita dilahirkan, sehingga lah kita sedewasa ini, cinta Allah tak pernah pudar buat hamba-hamba-NYA..
Butakan kita??

Kita senang mengunkapkan kata cinta tapi sebenarnya kita buta apa erti cinta..

"Kita didunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-NYA. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang"

Sampai sini dulu kot..
Tak larat nak sambung.. hehe
Sebenarnya sya baru separuh bacaan. tak habis lagi..
Kalau sesapa nak pinjam, text me.. InsyaAllah naty sya bagi.. tapi jaga elok-elok la..
^____^

Ambil yang baik, betulkan yang buruk..
Kekadang manusia anggkuh dalam menyampaikan dakwah kerana terasa diri sempurna menyampaikan ayat-NYA, ampunkan sya kalau sya ter'naik' diri.. tegur sya jika sya terlebih kerna sya juga manusia biasa..

Wallahu'alam..
Moga Allah bersama dengan kita.. insyaAllah..
ammiinn~~


segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA