Assalamualaikum.. ^_^
Kembali berblog'ing..
Miss sharing..
Nak share kat facebook macam tak best sebab space terhad.. hehe
Rasanya semua da tau kot pasal lappy sya yang hilang minggu lepas.
Orang cakap tak ada jodoh.
Bukan sya nak ungkit or apa, just nak remind kawan-kawan tak kisah la lelaki ke perempuan ke
lepas nie lepas buat keja terus simpan lappy dalam locker then kunci. Jangan biar atas meja tuu ja.
Tu namanya bagi rezeki kat pencuri.. hehe
Benda nak jadi.
Kakak study circle sya cakap..
Jangan meratapi apa yang hilang, sebab Islam tak pernah ajar kita buat macam tuu..
Bila kita ratapi apa yang Allah ambil dari kita, itu namanya kita tak terima takdir or senang cakap kita lawan takdir..
Ada kawan yang bagi nasihat time2 critical minggu lepas cakap;
'May be Allah ada sesuatu yang istimewa utk kau. La Tahzan'
'Sesuatu yang tak dapat dibayangkan Allah telah sediakan untuk kau. Dia tarik sedikit je, nak uji kuat mana kau bersabar' :)
'Kekadang nikmat yang Allah tarik tuu, Allah taknak kita jauh dari Dia. Mungkin kau terlalu sayangkan lappy tuu melebihi sayang kau pada-NYA'
Macam kisah nabi Ibrahim dengan Ismail.
Kisah pengorbanan cinta seorang bapa.
Tapi disebabkan kecintaan kepada Allah lebih utama, dia sanggup korbankan cinta dunianya iaitu anaknya, Ismail..
^___^
Sya anggap ujian sya macam tuu la, even tak seberat tuu.. hehe
"DIMANA DIA DIHATIKU? ALLAH ITU AMAT HAMPI, TAPI KENAPA AKU MASIH MEMINGGIR? AKALKU ALPA BERFIKIR, HATIKU LUPA BERZIKIR...." -Ustaz Pahrol Mohd Juoi..
I just buy this book.
Alhamdulillah, banyak info dapat n banyak juga pengajaran yang dapat daripada pembacaannya.
Baru berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah macam nie..
Sebelum nie asyik dengan novel je.
Sekarang mungkin da matang sikit kot, sebab tuu teringin nak baca buku macam nie..
I'm still in learning process.. Still merangkak..
^__^
Daripada pembacaan nie, alhamdulillah sedikit sebanyak dia banyak memotivasikan balik diri sya..
Menaikan balik semangat sya..
n yang paling penting menguatkan lagi tali pergantungan sya dengan Allah..
Dalam tulisan buku nie, ada mencoretkan, pabila iman seseorang kian meningkat atau niat ingin menuju kepada perubahan akan terselit ujian untuk melihat sejauh mana seseorang hamba itu ingin berubah..
sama ada perubahan itu ikhlas kerana Dia atau hanya materialistik sahaja.
Ya Allah,, Allahurabbi..
Sya harap ini adalah permulaan yang baik..
"Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'kalau' atau 'jika'. Redha dan pasrahlah dalam istirja'. Walau ditangan dan dimata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas, pasti punah jua. Paling penting bersangka baiklah dengan Allah.. Allah akan menyelamatkan"- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Peng!! Dush!!
Kena kepala sendiri.. Sya suka kalau baca sesuatu yang sangat mengena dengan situasi sya..
Benar lah apa yang ditulis ustaz, andai Allah kata pergi, pergi jua, tiada satu benda yang boleh menghalang takdir-NYA.. :)
Melepaskan bukan sesuatu yang senang.
Kalau orang yang tak pernah rasa, korang semua kena belajar untuk lebih faham.. :)
Its take time.. But Alhamdulillah, Allah hantar buku ini untuk sya.. Thanks Allah..
I know U love me more than 'em~~
"Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, oleh itu berpada-padalah memcintai sesuatu kerna tatkala Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita cinta, kita tak terlalu menderita"- ustaz Pahrol Mohd Juoi..
hehe.. so berpada -padalah dalam bercinta..
Sebenarnya Allah risau kita lupakan-NYA..Baiknya Allah sebab tatkala kita hanyut dengan cinta dunia, Dia akan cuba tarik balik kita dalam pelukkan-NYA.. Allahurabi~~
Allah tak pernah tinggalkan hamba-NYA, begitu setia Dia menanti cinta kita.. Kenapa selama nie kita buta?
Buta untuk lihat kecintaan yang paling agung..
Kita dibutakan dengan cinta dunia yang hanya mimpi di alam maya.. Cinta dunia nie semua angan-angan, cinta Dia yang realiti..
Sejak kita dilahirkan, sehingga lah kita sedewasa ini, cinta Allah tak pernah pudar buat hamba-hamba-NYA..
Butakan kita??
Kita senang mengunkapkan kata cinta tapi sebenarnya kita buta apa erti cinta..
"Kita didunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-NYA. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang"
Sampai sini dulu kot..
Tak larat nak sambung.. hehe
Sebenarnya sya baru separuh bacaan. tak habis lagi..
Kalau sesapa nak pinjam, text me.. InsyaAllah naty sya bagi.. tapi jaga elok-elok la..
^____^
Ambil yang baik, betulkan yang buruk..
Kekadang manusia anggkuh dalam menyampaikan dakwah kerana terasa diri sempurna menyampaikan ayat-NYA, ampunkan sya kalau sya ter'naik' diri.. tegur sya jika sya terlebih kerna sya juga manusia biasa..
Wallahu'alam..
Moga Allah bersama dengan kita.. insyaAllah..
ammiinn~~
1 comment:
allah jodohkan awak dengan buku . tapi allah jodohkan saya dengan info blog awak ni . terima kasih . alhamdulillah . hati saya lebih tenang
Post a Comment