Assalamualaikum...
Sihat?
Ke demam pru lagi? hehe
Sapa yang join semalam kompem best..
Sya just bole doakan semoga perhimpunan semalam dirahmati dan diredhai Allah..
InsyaAllah..
Rujuk ayat nie:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebayakkan mereka adalah orang-orang fasik"- Ali 'Imran:110
Tadi asalnya nak tasmi' bacaan je dengan akak Hidayah (akak study circle) tapi Allah nak kitaorang berusrah sesama..
Kami discuss pasal bahaya lidah..
Okay fine sya tau ramai dah tau apa contoh2 bahaya lidah..
^_^
Sya just nak relatekan bahaya lidah dengan PRU13 nie..
Berdasarkan ayat kat atas tuu, Allah dah meninggikan taraf kita sebagai umat Islam iaitu Umat yang terbaik untuk manusia... Kenapa kita kotorkan jawatan yang Allah beri tuu?
Allah menyuruh kita berbuat serta menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran.
Kalau ikut isu PRU nie,
Sya rasa kita banyak buat salah..
Yes, pihak yang salah menang untuk PRU kali nie,
Tapi cuba kita sebagai pihak yang benar duduk dan fikir kejap..
Kenapa Allah tangguhkan kemenangan kita? ?
Bagi sya, mungkin..
Ada antara kita (penyokong) masih melakukan maksiat even inginkan perubahan,
Mungkin ada yang masih tinggalkan solat walaupun inginkan system pemerintahan Islam,
Bole jadi juga ada diantara kita yang masih lalai dengan suruhan-NYA..
Kita masih belum faham lagi erti sebenar perubahan itu..
Pernah dengar ayat nie?
"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak disekeliling kamu"
^__^
Allah nak kita betulkan dulu diri kita (penyokong)..
Tak salah menuntut hak, tapi bila hak tak dikembalikan mungkin ada sebab disebaliknya..
Jangan kita sempitkan fikiran dengan melakukan benda-benda yang bole mendatangkan murka Allah..
Kita dipihak yang benar kan? Tunjukkan kebenaran bukannya kemarahan..
Jom kita sama-sama jaga lidah kita,
Jangan menhamburkan kemarahan sesuka hati..
Just indahkan bibir kita dengan senyuman..
Macam TG cakap, Allah hanya menunda kemenangan kita..
Allah juga pernah berjanji yang Islam pasti menang..
Sirah Rasulullah juga membuktikan Islam tetap menang jika kita berserah semuanya pada Allah..
Pertolongan Allah itu ada dimana-mana cuma kita je sekarang yang perlu ubah dulu diri kita..
kalau Allah nak menangkan kita, dengan sekali lafaz je kita bole menang.. Tapi jika tak, Allah simpankan kemenangan untuk menjadikannya kemenangan yang paling berharga buat umat Islam dan manusia..
Bagi yang suka buat fitnah sana sini..
Cuba tanam atau basahkan bibir dengan kalimah Alhamdulillah..
Bersyukurlah kerana Allah masih memenangkan kamu..
Bersyukurlah wahai manusia..
Jangan basahkan bibir dan hati kamu dengan fitnah..
Itu lagi menampakkan 'kekalahan' kamu sebenarnya..
^_^
Baca ayat nie:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"- surah A-Hujurat:12
Faham tak?
So, stop2 la menabur fitnah..
Kita Malaysia, masyarakat majmuk
Melayu, Cina, India tinggal bawah satu langit atas bumi yang sama.
Suka ria, gelak ketawa bersama..
Kenapa harus dimusnahkan semua tuu??
Jaga lidah, bole jadi lidah itulah yang akan mebawa kita keneraka-NYA..
Sampai sini je.
pesanan ringkas : Doakan sya untuk Final akan datang!! Cuak dah nie pas tgok carrymark..
^_^
p/s- k.dayah, thanks...
No comments:
Post a Comment