Sunday, 12 May 2013

Dia~~

Dia..
Siapa dia?
Dia lah ibu, mak, mama, mummy, ummi, kawan, sahabat, teman, cinta, rindu dan sayang sya..
Puan Siti Rokiah Hamid



Assalamualaikum..
^____^
Pagi nie di FB
"Happy Mother's Day"
Pastu ada yang membidas..
"Hari ibu tu setiap hari bukan setahun sekali"
^__^

hehe..
macam-macam..
ada pulak yang menjawab
"Nak tunjuk kasih sayang setiap hari bukan sekali dalam setahun"
ada pulak yang melawan
"Kalau aku buat status sayang ibu setiap hari, ada jugak yang muak naty"

hahaha :D

Tak kisah lah, 
Yup, memang hari ibu setiap hari 12 bulan, 356 hari setahun..
Tapi tak salahkan dalam masa setahun tuu..
Ada satu hari special untuk kita tunjukkan kasih sayang kita sebagai seorang anak kepada ibu dan nak semua orang tau, kita sayang ibu kita..
Tak salah kan??
^__^

My mom..
Mak,
Panggilan dari kecik sampai sekarang,
Mummy,
Panggilan bila nak manja-manja n nak mengedik dengan mak..
Ma,
Bila malas nak sebut 'k' kat belakang.. :)
Ibu, ummi, 
tak penah panggil lagi..
Mama@ummi,
InsyaAllah, bakal putera n puteri sya akan panggil naty.. amiinn~~

Mak,
seorang yang tegas, garang, suka membebel..
TAPI,
disebalik garangnya mak, ada satu senyuman yang bole cairkan semua masalah anak-anaknya..
Disebalik tegasnya mak, ada satu sifat manjanya yang bole tawan hati anak-anaknya..
disebalik bebelnya mak, ada ayat-ayat yang boleh menitiskan air mata anak-anaknya..
Itu lah mak..

Mak,
Tak pernah mengungkit salah anaknya,
Tak pernah membebankan anaknya,
Sayang mak..

Saat melihat air mata mengalir keluar dari mata kuyup mak,
Hati rasa sayu, jantung bagaikan terhenti.
Dalam hati..
"Salah kami anak-anak mak ke? Kami ke yang buat mak menangis?"

Dulu,
Sya takut nak peluk mak..
Seriously, rasa malu sangat4 nak peluk mak..
Bila kat sekolah tengok kawan-kawan, masa mak dorang hantar dorang g sekolah mesti mak dorang peluk..
Sya tak. Sebab malu nak minta mak pelukkan..
:')

Tapi, 
bila berjauhan beratus kilometer nie..
Tiada segan tiada malu..
Pelukan itu satu kewajipan,
Ciuman itu satu keperluan..

Ingat lagi,
Abang dengan sya berebut nak peluk mak..
Adik-adik tengok je abang dengan kakak dorang peragai macam budak-budak tadika..
Indah sangat saat tuu..

Mak,
Waktu SPM..
sanggup berhujan berpanas dalam kereta bacaan Yassin n doa tatkala sya berperang dalam dewan peperiksaan..
Bila time rehat, mak bawakkan bekal dari rumah.. dan moist kek air tangan mak untuk sya lepas berjuang dalam dewan.. saat tuu rasa macam nak mengalir air mata, tapi ego menyekat..
Sebelum masuk dewan mak kiss pipi bagi semangat.. dalam hati bagaikan ingin meletup keriangan, tapi sekali lagi ego menyekat mulut tak terkeluar 'terima kasih mak'.. ego~~

Saat mak demam sebab berpanas n berhujan dalam kereta..
Rasa macam nak nangis sebab sya mak demam..
Tapi senyuman mak, matikan rasa bersalah tuu..
Mak, anak mak nie ego dia kuat sangat..

Kalau dulu,
Setiap pagi mak buatkan bekal untuk anak-anak mak..
Nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, roti telur, roti sausage n banyak laa..
Untuk anak-anak bawak bekal pergi sekolah..
Air botol sorang satu.. Semua sama, warna kuning.. besar lak tuu..
First2 malu nak bawak sebab rasa macam darjah satu..
Tapi last2, takyah malu lagi bangga sebab semua mak yang buat..
^_^

Mak,
Setiap kali sya ada masalah, mak orang pertama yang tau..
Mak orang pertama yang dengar,
Mak orang pernah yang nampak air muka anak dia berubah..
Mak orang pertama yang tenangkan hati nie..

Tapi,
bila mak ada masalah..
Kenapa mak simpan?
Anak-anak tak tau langsung..
Yang kami tau, mak senyum, mak gelak ketawa, mak hanya diam tanpa kata..

kerana sifat sabarnya lah,
Ada pendamping yang setia disisi..
Segala masalah dicurahkan buat teman disisi..
Setiap tanggungjawab tak pernah lalai hanya untuk dia demi syurga-NYA disana..
Mak lah pendamping ayah, insyaAllah sampai syurga sana


Mak,
Insan yang paling dekat dengan sya..
Insan yang paling kenal luar dalam sya..
Insan yang paling arif apa kesukaan n kelemahan sya..
Insan yang paling pandai ambik hati sya..

So, kalau sesapa nak tau pasal sya, terus tanya mak..
She know everything about me..

Mak,
Khas dari anak-anak mak:
Mohamad Solehul Hafiz
Nor Sakinatul Syafiqah
Nor Syakiratul 'Aliah
Mohamad Syariful Asmar
Mohamad Sofieyul Amzar
Nor Syahiratul Sofieah
Mohamad Syahirul Rafiq

"We love u more than others in the world. U are the best give from Him for us. Mak senyuman kami, mak gelak tawa kami, mak segalanya bagi kami, Saat kami sakit mak disisi, saat kami nangis, hanya mak yang mengerti, saat kami jatuh mak bangunkan kami. Mak, andai anak-anak mak ini buat salah sehingga mengalir air mata ibu dari mata mak, kami memohon ampun, kami tak berniat buat mak menangis. Ampunkan kami.."

"Mak, kakak banyak buat mak marah.. Bila kakak masuk dapur, kakak lupa nak kemas balik.. Bila kakak da start tengok TV kakak lupa nak tolong mak kat dapur. Bila kakak balik U, kakak lupa nak call mak. Kakak minta maaf. Ampunkan kakak"

^_^
Lot of Love for my mom, the best mom in the world~~



~........................................................................................................~

P/s- buat bakal menantu mak ngn ayah.. Pesanan dari sya, jangan risau wali sya, ayah okay je, tak cerewet. Awak hanya perlu belajar ambil hati mak. n u will won my heart. #cehh.. haha.. Mak susah sikit nak suka orang luar, lain lah kalau mak betul-betul suka dia.. ^_^ Kalau mak dah betul2 sayang, awak tak akan jadi menantu mak but u will be a new son in my family.. <3

Asif, salah silap.. 
Sya mohon undur diri n baca macro.
hehe

May Allah bless..


No comments:

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA