Thursday, 30 January 2014

Allah sayang kita

Assalamu'alaikum
Acane result?
Alhamdulillah..

Kalau tanya sya punya result.
Not too bad and not too good
Moderate. Just fine.

Nak check result sem nie lain rasanya.
Lebih tenang, tak tension.
Lepas subuh tadi terus check.
hanya bersyukur tak ada paper yang perlu direpeat and tak ada paper yang kecundang jauh dari penilaian.
Syukur~~~

Berbeza dengan sem-sem sebelum nie.
Nak check result tu riuh satu kampung.
Ke hulu kehilir. Tak senang duduk.
Buat pulak system down lagi la haru biru.
Mungkin sebab time tu sya exam untuk pointer.
Study hanya untuk pointer.
Dalam kepala otak nie pointer pointer pointer~~~

Bila kita tau apa tujuan kita.
Kita yakin dengan usaha kita.
dan kita percaya ada Allah sentiasa bersama kita.
Kita tak akan lemah untuk terima apa jua keputusannya.

Kalau syamil kata DL tu jauhnya bagai api dengan satay.
Bagi sya. Nak dapat DL tu bagai langit dengan bumi jaraknya.

Pernah menjerit-jerit dalam bilik nak dapat DL.
Tak caya tanya rummate. hehe
DL dari asasi lagi duk ngidam nak gengam tapi sayang tak pernah un dapat.
Tapi sya selalu fikir. Kenapa tak dapat DL?
Nak kata berdoa, berbuih mulut dah berdoa,
Nak kata tak usaha hampir nak patah pingang siang malam berteleku atas kerusi keras tu nak study.

Tapi siapa tau, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Bak kata seorang kawan tadi.
'Tuhan sayangkan kita. Allah taknak kita riya.'
'Tuhan tak pernah silap'

Betul!
Allah taknak kita riya'
Allah lebih kenal diri kita. Even kita cakap kita tak akan riya or lupa diri.
Allah lebih mengetahui segalanya.
Sebab Allah lebih mengenali kita lah Allah hanya beri apa yang kita perlu sahaja.
Macam nak masuk department paling kurang 2.67
So Allah bagi lepas je la. Buat masa sekarang itu je yang kita perlu.
Allah simpan yang 'special' tu untuk masa akan datang supaya kita lebih menghargainya.
Kan? ^_^

So, tak nak down-down.
Teruskan usaha. 
Kata sahabat juga..
'ada sarjana kata, syukur itu nilainya lebih tinggi dari sabar'

So, ayuh bersyukur.
Biar apa pun keputusannya. Jangan pernah lumpuhkan perkataan syukur itu dari mulut kita.

Kalau nak dibandingkan result abang dengan sya.
Jauhnya tu macam barat dengan selatan.
Tapi itu tak akan patahkan semangat sya.
Result abang akan jadi batu loncatan untuk sya lebh maju kehadapan.

Belajar lillahi ta'ala..
InsyaAllah. Lebih tenang..

~...................................~
Tapi
Yang menambahkan sakit kepala
bacaan suhu badan meningkat
dan tahap batuk berganda-ganda 
bila nak tau masuk department mana

Buat masa sekarang sya mengharapkan accounting.
Tapi kalau dah final result naty dapat selain dari accounting.
Terima aja. n sahut cabaran.

Kalau dapat becs..
Terpaksa lah sya siang malam bertemankan graph.
Boleh muntah nie..
InsyaAllah boleh.
Go sakinatul syafiqah go!!!

Kalau dapat bachelor of culinary un okay aja.
Boleh tambah skill n asah lagi bakat memasak sya.
hehe..

Last but not least sya happy dengan apa yang sya dapat.
Coz He know me better then i know myself
Sya serahkan segalanya pada ketentuan Allah
Moga Allah berikan yang terbaik. InsyaAllah. Ameenn.

To all iium-ians
Congrate for ur super gempak power result. U deserve it.
Allah tak kejam pada hamba-hamba-NYA, cuma kita je yang tak tau bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan. Bila diuji sedikit kita sudah melatah. Allah sayangkan kita sebab itu diuji. 

Moga result nie terus bawa sya dekat dengan-NYA. Ameenn~~

^__^

Friday, 22 November 2013

Aku berserah. Moga ini yang terbaik~~

"Kalau kita dah berserah pada-NYA, kita tak akan menyesal dengan keputusan yang kita ambik. Sebab kita dah serahkan takdir kta pada-NYA dan Dia lah sebaik-baik perancang." - Imam Muda Asyraf

~................~

Seminggu dua nie agak stress memikir..
Pikir pasal..... macam-macam..
Haha. Biasala nama pun students.

Kebanyakkannya fikir pasal MAJORING..

"Nak major apa nie???"
Pecah otak fikir..

Dulu memang cinta sampai mati dengan Account. Tapi bila mula study MAF, rasa macam tak boleh nak carry account. Bila keluar kelas MAF je asyik nak nangis je. Tuu memang trouble + horrible laa..

Then rasa macam nak ber'chenta' dengan IBF pulak. Okay stick dengan IBF. Then pikir balik, IBF belajar macam mana ek nanti? Ada term-term baru ke? Account dia sama macam account sekarang tak?
Hah, dia mula pikir luar alam dah...

After that, mula berjinak-jinak dengan Economics pulak. Maaf memang tak boleh. Dalam kelas je rasa macam kelas berangan dah. Berangan je keja. Bila sir cakap, imagine.. dia mula imagine beli rumah then jiran dengan sape, pastu nak pergi keja nanti, nak drive ke nak naik public. Pastu pergi pulak ke UK, main-main salji. Then travel ke Korea jumpa Gary. Ji Hyo jeles then kena lempang, pastu terus tersedar. Tapi sedar-sedar je dah habis kelas.. n_n

BBA? Memang tak tengok dah. 1000 kemaafan.. ^_^

~.....................................~

Buntu sangat nak pilih apa then, call orang rumah
"Mak, ce mak gtau kakak jap. Kakak patut major apa?"
"Mana mak tau. Dulu cakap nak accounting"
"Tapi rasa macam tak boleh nak carry"
"Mak tak boleh nak buat keputusan sebab nie tentang masa depan kakak. Kakak lebih tau apa yang kakak nak. Make the best choice. Mak akan doakan yang terbaik. Tapi !!! Mak nak keluar naty keja pensyarah bukan keja bank. Mak tak nak keja bank. Kakak perempuan."

Tak selesai jugak call mak un. Tanya ayah n abang un jawapan yang sama..

Tanya kawan pulak
"Apa yang kau cari dalam major nie?"
"................."

Aku sendiri tak boleh nak jawab. Apa yang aku cari ek?

Dalam kelas MAF tadi, kena duduk belakang sebab tak buat exercise. Nampak tak kemalasan Sakinatul Syafiqah. huhu. Then tengah-tengah buat latihan tuu, terfikir soalan sahabat tuu. "Apa yang aku cari?"

.........housewife-to-be je la. senang keja.
Jaga account isi rumah, urus ekonomi rumah tangga, finance duit husband n anak-anak, manage business rumah tangga je. - Apply semua course terus..

Tapi, apa guna belajar sampai tahap nak gugur isi rambut kalau just grad jadi housewife je.
At least naty bole ringankan beban suami sikit kalau keja.
TAPI AKU NAK MAJOR APA???

~..................................................~

Doa tak pernah putus, mohon diberikan petunjuk.
Berteleku lama diatas sejadah mohon untuk dipermudahkan urusan...
Allah bukak sikit jalan..

Nampak sikit apa yang aku nak,
Aku nak sesuatu yang aku idamkan selama nie.

Ada sahabat pernah kata
"Kau nak putus asa? Allah tak suka orang yang putus asa tanpa usaha nie? Kalau ye un nak putus asa, mana usaha kau? Dah berusaha sangat-sangat ke nie sampai nak putus asa?"

Tak kan nak patah balik
Move on.
Cabar diri.
Melayu tak akan maju kalau asyik putus asa
Kalau asyik rendah diri. *bukan suruh sombong takabur tau*
Kalau asyik kata diri tak boleh..
Bila nak maju macam nie??

Melayu mundur, Islam terkubur.
Jangan! Kita pewaris bangsa dan agama.
^__^

~.........................................~

Akhirnya,
Allah bimbing juga hati nie untuk pilih Accounting as the first choice.
Alhamdulillah. akhirnya nampak pro-cont 
Beza keputusan bila kita berserah pada-NYA dan keputusan bila kita buat ikut suka hati je.

Mungkin ini yang terbaik. InsyaAllah.

~.............................~

Semuanya selesai
Bila kita yakin dengan-NYA, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Allah knows what the best for us.
Yakin~~

"Yakin pada Allah. Dekat diri dengan-Nya. Jaga hubungan. InsyaAllah, keberkatan sentiasa disisi. Allahul musta'an." - Ariff

~................................................................................~

"Mak, kakak amek Accounting. Mak doakan yang terbaik tau"
^___^

..........

1st choice- Accounting
2nd choice- IBF
3rd choice- Economics

Moga Allah mudahkan segalanya. 

"....rugi la dptmnt acc xde bdk mcm ko nnti.."- Syukur

Rugi ke? Jangan menyesal sudah lah. haha

Friday, 8 November 2013

Terima kasih sahabat~~~


Assalamualaikum~~~

Khamis, 7 November 2013, 2 Muharram 1435
Aku mula faham apa itu sahabat bila mula jauh dari family..
Bab kata dila
"Kami kan family kau kat sini..."

Tersentuh dengar kata-kata tuu..

Ah, indahnya ukhwah bila bersatu dalam satu ikatan kekeluargaan..



~.......................................~

Balik dari kelas tadi lepas solat zohor terus landing atas katil...
Baca buku motivasi kejap then tertidur *Baca buku 2 baris pun dah mengantuk. Itu normal*

Then sampai la ke asar sya tidur. wah wah, bahagia sungguh petang nie.
Assignment, quiz, test, presentation macam tak wujud ja..

"Kina, bangun solat"- paen
"okay2.. kejap2."- aku

5 minit after

"Kina, nak pergi makan pukul bape? Lapar"- tikah
"Pukul 6 naty la. pukul 5.30. okay2, kejap nak g solat"- aku

Sampai je bilik lepas balik dari toilet, bukak-bukak langsir compartment..
"Happy advanced birthday !!!"
Dengan towel atas kepala, dengan muka bangun tidur dengan tak readynya..
Ya Allah, speechless time tuu. Tak tau nak kata apa..

Beb, Sayang korang~~
Tau apa?
Aku tak pernah bermimpi nak ada kawan yang macam korang..
Even kadang-kadang angin tuu kalah monsun timur laut barat,
Perangai kalah taiko simpang empat jalan belakang KLCC,
air mata kalah drama Nur Kasih,
But
Sweet korang memang nak buat aku kena diabetes..
sweet n cute sangat korang..
Memang tak bole lah aku nak replace korang dengan yang lain..

Ya Allah, jika ada musuh antara kami jauhkanlah, jika air mata dalam hubungan kami, hapuskanlah, jika ada pertelingkahan antara kami padamkanlah. Ya Allah, jangan pisahkan kami dengan perpisahan yang panjang kecuali kematian memisahkan~~ Ameenn

Fina + Paen + Dila + Tikah
Happy jumpa korang. Insya Allah may Allah bless our ukhwah n be till Jannah













Ha tudia kalau bab makan ngn amik gambar itu memang profession kitaorang.. haha

"Kalau aku pergi jauh, aku tau ada yang mendoakan aku kelak.. Terima kasih sahabat buat segalanya"

~..................................................................~

Buat yus jugak, tak ketinggalan terima kasih nya..
^__^

InsyaAllah korang akan ku kenang sampai bila-bila

p/s: Mak ayah abang adik-adik, kawan-kawan kakak sambut bufday kakak awal sangat. But pape un celebrate bufday dengan family tetap number satu dalam hati..

#Allah sampaikan rindu dan sayang aku buat family. Lindungi mereka~~

Thursday, 17 October 2013

Clash? Nikmat sangat...

Assalamu'alaikum..



Raya korban lepas, selain dari status pasal erti pengorbanan dan apa matlamat kita, apa yang kita nak korbankan demi kejayaan dan ada jugak status yang 'terkorban dalam percintaan' atau pun 'perhubungan cinta terkorban'.. :)

Dulu ada someone hantar mesej kat sya bunyinya lebih kurang macam nie...
"Perempuan hati dia Allah jaga, selagi Allah tak hadirkan seorang lelaki dalam hidup seorang perempuan tu, maknanya Allah masih nak jaga kita n Allah masih nak pelihara kita. Tapi bila telah hadir seorang lelaki dalam hidup (bukan suami) itu Allah nak uji setakat mana kecintaan yang Allah berikan dapat balasan dari kita. N bila Allah pisahkan kita dengan lelaki tuu, sebenarnya Allah nak jaga balik hati kita dan Allah nak hati kita sepenuhnya milik-NYA"

Lebih kurang gitu lah mesejnya.
Allah sayang kita lebih dari segalanya. Udara Allah kasi, makan minum Allah beri, tempat tinggal, duit makan pakai Allah rezekikan pada kita.
Masih ragu cinta Allah?

Sya bukan yang terbaik untuk mengarang pasal benda nie, but insyaAllah sya akan buat yang terbaik untuk korang faham mesej sya kali nie.

Petang tadi sya tengok video.
Menarik. Cerita pasal pasangan muda IIUM yang berkahwin n dah dikurniakan seorang cahaya mata.

Indahnya hubungan kalau halal. Tapi rosak erti cinta tuu kalau ianya hubungan yang haram.
Dr. Farhan Hadi cakap couple tuu haram.
Apa hukum makan khinzir? Haram kan?
Sama hukumnya dengan couple. Wallahu'alam.

Couple tuu bole bawa kepada penzinaan.
Allah telah berfirma..
"..jangan mendekati zina.."
Couple itu secara terang-terangan mendekati malah siap ada signboard lagi menuju zina.

'Tapi kami bukan berzina un'
Zina tuu banyak, zina hati, zina mata, zina tangan, zina mulut. Semua tuu zina.

Bila kita clash atau berpisah dari kekasih @ orang yang paling kita sayang, itu suatu nikmat bagi kita.
Allah nak kita kembali pada-NYA. 
Kembali kepada cinta yang lebih hakiki.

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
Ada yang kita nampak dan ada yang tak nampak contohnya macam perasaan cinta la.
Cinta itu fitrah, sebab Allah mencintai hamba-hamba-NYA
Allah menciptakan alam ini dengan penuh kecintaan.
Cinta itu sejak dari kiita lahir lagi kita dah merasainya.
So, sya tak salahkan sesiapa yang sedang bercinta mahupun yang ingin bercinta.
Tapi yang sya katakan ujian itu bila kita tak tau nak meng'control' perasaan itu.
Disitu la  markah kita akan ditolak.
:)

Amir cakap 'yang bercouple saya tak suruh clash tapi berkahwinlah'

Kenapa Allah jauhkan @pisahkan kita dari cinta manusia?
Kerana Allah tau kita belum cukup sempurna untuk menyintai dan dicintai.
Kenapa sya cakap macam tuu?
Okay reflect balik dalam diri.
Kita cukup cintakan diri kita ke?
Solat kita diawal waktu atau di'middle' atau diakhir? 
Puasa Ramadhan kita macam mana? Dijaga dengan sebaiknya tak? Ke habiskan dengan tidur je?
Amalan sunat untuk tambahkan amalan kita buat tak?
~~kalau yang diwajibkan kepada kita un kita gagal tunaikan, kita tak cintakan diri sendiri maksudnya, sebab kita rela dihukum kerana gagal tunaikan tanggungjawab~~

Dalam family...
Ada tolong ayah basuh keta?
Tolong mak masak kat dapur? Mandikan adik? Hidang makanan? 
Ajak adik2 g masjid, solat berjemaah? Tegur ahli keluarga yang tak sempurna auratnya bila keluar?
Dah yakin boleh tarik keluarga jauh dari neraka Allah?
~~kalau nak jadi abang dengan kakak dan anak yang soleh dan solehah yang baik untuk kelurga un tak bole, kita belum boleh menyintai orang lain selagi kecintaan pada keluarga sendiri tak ada~~

Begitu juga dalam bersahabat..
^__^

Banyak lagi yang perlu kita pelajari..
Kalau sisters, nak jadi seorang isteri tuu bukan senang. Seriously. 
Sabar kena tinggi, tanggungjawab kena ada. 
Seorang adam akan memilih perempuan yang mampu untuk melahirkan zuriat yang terbaik untuk dia.
Zuriat yang bole bawa kita kesyurga-NYA.
Zuriat yang bole mendoakan kita.
Sebab tuu kita digelar Madrasah- seorang ibu yang melahirkan anak2 Islam yang dapat memperjuangkan Islam kelak.
So, before kita di lamar atau sebelum jatuh cinta, perbaiki diri dulu. jadi wanita baik n insyaAllah yang bole bimbing anak-anak serta bantu suami dalam kehidupan berkeluarga.

Untuk brothers..
Jangan ingat perempuan je perlu berubah. Lelaki un perlu.
Dari kaca mata seorang perempuan.
Kami menginginkan seorang adam yang boleh bimbing kami, ajar ilmu agama, ajar baca Al-Quran, bantu kami didapur, ringankan beban seorang isteri. 
Lelaki lagi besar tanggungjawabnya.
So before kalian melamar, perbaiki diri supaya boleh jadi seorang imam yang terbaik untuk keluarga.

^__^

Kalau korang bukak link yang sya bagi, insyaAllah lagi banyak input korang akan dapat.

Sisters..
Sya tak nafikan kita selalu menginginkan ingin dicintai.
Tapi selagi hati kita belum bole tepis perasaan jeles, marah, sedih, cenggeng, yang berlebih-lebihan kita belum layak untuk dimiliki.
Sebab, ce kalau kita tak bole kawal jeles kita, mahu mati suami kita.
Bosan dia kalau kita asyik control hidup dia.
hahaha..
 Queen control-to-be. Jaga-jaga sape yang kurang bernasib baik tuu.. :D

Sya mohon sangat-sangat. Kalau clash or break-up or what ever.
Jangan update status minta couple or tayang muka kesian nak minta boyfriend baru.
Malu sangat-sangat. Macam tak ada maruah je.
Kesian mak ayah jaga dari kecik pakai tudung comel2, pegi ngaji.
Bila besar pakai tudung tapi macam tak mengaji..
Kesian~~

Sebagai kaum hawa, sya sangat-sangat malu.
Maruah seorang perempuan tuu Rasulullah dah bela dan tinggikan martabat kita..
Jangan kita jatuhkan martabat kita sampai boleh pijak terbenam dalam tanah.
Ingat!!! <----marah nie..

~......................................~
"Belajar elok-elok. Bagi dapat pointer tinggi, kalau boleh terus jadi pensyarah. Jadi pensyarah kat uia un senang sikit. Mak tak mau la kakak keja bank, keja pejabat. Balik malam-malam buta, keluar keja pagi-pagi. Kalau dah kahwin naty kesian anak suami. Tak terurus depa. Jadi pensyarah senang."-mak

Baiklah, mak dah kata gitu, ayah un dah sokong. Dengan sebulat suara, sya resign keja accountant n insyaAllah Lecturer-to-be. Ameenn...

"Keja pensyarah kat uia, kahwin dengan orang uia, naty anak-anak semua masuk uia. huh..tak berkembang langsung!!" haha


Dalam bisikan doa,
ada segaris nama.

Jika benar dia,
permudahkan segalanya.
Jika bukan dia,
luputkan lah dari ingatan. :')


p/s: tuan empunya blog nie tak pernah terlibat dengan aktiviti couple semua nie ye. First time masuk SM, ada orang tanya 'pernah couple tak?' geleng kepala-me. Mak ayah tak kasi. hahaha. 








Thursday, 19 September 2013

Ingin lebarkan sayap.

Assalamua'laikum

Lama dah tak menconteng 

Semalam beli Gen-Q. Ingin sangat rasa dihati nak beli Solusi tapi duit tak mencukupi.
Kesian kan? haha

Tapi sronok jugak baca Gen-Q. Dalam setiap bacaan itu ada ilmu berguna, so jangan abaikan bacaan anda.
haha. Pesanan ikhlas dari penaja.

Masa tengah-tengah baca terbaca iklan nie... Macam best..



Sejak dari kecik lagi suka menulis-menulis nie. Kalau buat karangan feveret nie. So bila tengok advertisement cmtu teringin pulak nak lebarkan sayap ke penulisan yang lebih luas. Berkongsi dengan orang luar daripada terperap dalam blog dan microsoft word ja. kan?

Tapi apa yang nak dikongsikan? Kadang-kadang pengetahuan itu limited.
Sya tak pandai nak related dengan sirah, hadith Rasulullah, ayat-ayat Al-Quran.
Ayat un tunggang langang lagi. Mampu ke nak lebarkan sayap ke penulisan yang lebih luas?

Anyway, sape yang ada idea tentang apa yang sya bole kongsikan ce gtau. Nak try gak hantar ke email tuu. Mana tau dapat kan? hehe. Kongsi idea sekali. Sukran.

^___^
Ilmu tuu lebih tinggi darjatnya bila dikongsi dan dibahagi-bahagikan. 

segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA