Friday, 18 May 2012

salah siapa?

"semalam SEJARAH, hari ini KENYATAAN, esok MISTERI" ~~

Selalukan kita dengar pasal kata-kata ni.. Ingat lagi masa kat sekolah dulu, ramai cakap "Sejarah tak penting sebab semua tu dah berlaku, tak perlu nak ingat pasal sejarah, kita just perlu focus matlamat kita sekarang dan akan datang"~~~~

Sebenarnya, sejarah tu penting.. Okay kita revise balik sejarah Islam dulu....

Masa zaman Firaun dulu, semua baby lelaki dibunuh sebab----------------> Firaun tak nak ada bayi yang naty besar akan gantikan tempatnya sebagai pemimpin dan bayi lelaki yang akan menghancurkan kerajaannya suatu hari naty...~~

Masa zaman masyarakat Arab Jahilliah pula, bayi perempuan dibunuh sebabnya------------------> bagi mereka perempuan itu akan merosakkan keturunan mereka.. *betulkan kalau salah* ^^

Okay zaman sekarang?????
Tak kira, bayi tu lelaki ke perempuan ke semua mereka bunuh. Sebabnya???

sebenarnya kesian sangat nak letak gambar ni. Time cari gambar2 bayi2 ni, rasa sebak sangat~~ :'(


SEBABNYA---> malu nak tanggung dosa, malu naty masyarakat pandang serong, malu sebab anak tu anak luar nikah, malu sebab naty anak tu tak ada bapa, malu...malu...malu dan malu...

Itulah pentingnya sejarah, at least kita boleh jadikan sejarah tu sebagai iktibar, pengajaran kepada kita untuk menjauhkan perbuatan-perbuatan hina macam tu.

Kalau dah tau MALU jangan la TAK TAHU MALU pegi buat maksiat.. Sengal kan? Buat maksiat tak malu, bila nak tangung akibatnya tu baru tau malu.. Ni la masyarakat kita. Bila dah jadi baru tau menyesal, baru tau malu... Kenapa tak fikir dulu benda tu??

Kita, kalau nak buat something tu cuba fikir dulu kesan dan akibatnya masa akan datang. Sekarang ni banyak kita boleh tengok benda-benda macam ni. Bersepah kat surat khabar, Sorry, aku memang emo sikit bila cakap benda ni... Tolong la fikir baik buruk kita buat something tu.. FIKIR!!!

Sekarang ni, salah semua. Lelaki salah, perempuan pun salah. Kenapa tak fikir masa buat benda tu? Boleh tak bila kita nak buat benda-benda jahat ni kita fikir kejap pasal dosa pahala.. Rasanya semua tahu pasal benda dosa pahala ni, even tanya adik aku yang umur 6 tahun tu pun tahu pasal yang mana dosa yang mana pahala..

Stop la buat benda-benda yang tak berfaedah ni.. Tak ada faedah langsung.. Bila dah lahir anak tu, bersepah kat merata tempat macam sampah. Korang buang anak tu macam sampah weyh. Tolong la ada hati perut sikit, budak tu bernyawa! Korang yang buat asal korang tak tangung? Asal korang buang?



Ni la orang kata----> Tahu buat tapi ta tahu nak bertanggungjawab.. 

Kalau korang rasa macam tak boleh sangat tahan. Pergi merisik then kahwin. habis cerita...

TAPI!!!! jadikan itu perkara last untuk selesaikan masalah...

Banyak lagi cara penyelesaiannya.. Korang boleh habiskan masa korang dengan kawan-kawan.. G lepak ke. At least better lepak dari pegi berzina kan??? Korang penuhi masa korang dengan benda-benda yang berfaedah, like bersenam ke, baca Al-Quran ke, apa-apa je la. Asalkan berfaedah..

Yang penting tak yah couple-couple la.. Buang masa.

Allah berfirman; Jangan kamu dekati zina...

Bukan "Jangan kamu BUAT zina".. tapi Allah dah sebut jangan MENDEKATI zina.. So, salah satu perkara yang mendekati zina ialah couple..

Kita selalu ikut barat. semua Barat bawa, semua kita ikut.. Ada ke yang Timur orang barat ikut? Kita je bengong, ikut satu satu.. sebiji sebijik kita amik.

Dorang pakai skirt singkat kita pun pakai, dorang kaler rambut, kita pun nak, dorang buat tatooo, kita pun bodoh buat gak...Ni la orang kita.. buat tak fikir... tau buat je... Ikut je......

Cuba kita cari identity kita sendiri, jangan asyik ikut orang je.. Islam ada identity tersendiri, so cuba kita ikut ajaran Islam, kenapa nak ikut ajaran Barat yang memang sah2 bukan ajaran Islam...

Last pesanan, kalau kita rasa kita jahil, kita belajar, kalau kita rasa kita perlukan bimbingan, kita cari org yang boleh tolong kita. Banyak penyelesaian untuk kita elak benda ni berlaku. Jangan kita terlalu ikut nafsu. Fikir dulu sebelum buat. Thing first!

Bertaubatlah selagi pintu taubat terbuka luas. Allah Maha Penyanyang, InsyaAllah, Allah terima taubat hamba-NYA yang benar-benar ikhlas.

Semoga kita sentiasa berada dibawah limpahan rahmatnya dan naugan cinta-NYA. Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang menjauhkan kita dari nikmatNYA.. aamiin~~


p/s~ suka tengok Liga Ilmu chanel 106 Astro Oasis.. Alhamdulillah banyak ilmu dapat drpd program tersebut... ^^ <3


Saturday, 14 April 2012

finally............

 Assalamualaikum, pembuka bicara~~~ ^^


Pejam celik, pejam celik... da nak habis sem da pun... Kejap je kan? Hurm, nak kiamat da la ni...

Dulu ustazah pernah cakap..
"Dalam setahun, kamu akan rasa seperti sebulan,
Sebulan kamu akan rasa seperti seminggu,
Seminggu kamu akan rasa seperti sehari,
Sehari kamu akan rasa seperti sejam.. dan seterusnya..."


Tinggal lagi berapa minggu je lagi nak menetap kat sini sebagai junior...
Sem depan dah jadi senior------> tua dah kan? ^^




SEM 1:
Nilai jadi saksi kitaorang bersahabat.. 922..
Indahnya nama seindah ukhwahnya..
Rindunya...
Akhirnya tinggal kenangan je semua..

SEM 3:
Gombak jadi saksi kami bersama...
Gelak ketawa,
Gaduh bermasam muka perkara biasa...
912 insyaAllah, akan ku kenang sampai bila-bila..


Kalau dulu, selalu bising dengan..
Alep, Yus, Naim, Fina, Pain, Dila, Ili n semua dak perempuan...
Sem ni..
Kalau nak gaduh kat fb cari Syamil dengan Akim... :)
Dila banyak bagi nasihat n ketawakan aku
Tikah, menceriakan hari aku... 
Fina, Pain ngn Ili, kawan aku selamanya...

Kalau dulu, meeting project account jadi tempat hilangkan tension...
Sem ni, Fb jadi sasaran hilangkan tension..

Kalau dulu, cornetto jadi pilihan hati..
Sem ni choki-choki peneman hati tatkala sunyi..

Kalau dulu, dataran Nilai jadi saksi kebosanan,
Sem ni, tasik jadi pilihan meluahkan perasaan..

Banyak yang dah berubah kan?
Aku berubah tak?
Erm, mungkin ya..
Or mungkin tak.. hehe

Sem depan kena jadi matang sikit..
Childish je aku dari sem lepas sampai sekarang..




Sejarah jadi kenangan,,
Masa depan jadi sasaran.. ^_^

Friday, 13 April 2012

Salahkah aku? ^^

"Duhai muslimah yang dikasihi Allah S.W.T tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah 'mensolehahkan' dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hamba-Nya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada-Nya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua."





Kosong...- bak kata Najwa Latif

Nak kata diri ni kosong menanti ada yang mengisi, tak juga... Tapi entah mungkin seorang manusia ingin untuk menyintai dan dicintai....

Adam,
Apa dosa aku jika menyintaimu?,
Salah aku, atau kau?,
Atau salah takdir kerana hadirnya perasaan ini dalam hatiku?

Nak salahkan takdir, memang tak boleh la..
Cinta itu suci, kerana Allah yang membenihkannya dalam hati setiap insan...

Hawa,
Kita lemah,
Kita sangat lemah,
Lemah untuk menangung rasa hati,
Membiarkan hati dan perasaan menangisi,
Rasa yang semakin berisi dhati...

Muslimah, bukan salah kita untuk menyintai..
Siti Khadijah juga menyintai Rasulullah, sebelum Rasulullah menyintainya..
Zulaikha juga menyintai Nabi Yusuf sebelum cintanya dibalas..

Tapi,
Dalam menyintai,
Perlu ada untuk menyakiti..

Jangan diikut perasaanmu,
Jangan tunduk dengan keinginanmu,
Jangan terdorong dengan kehendakmu,

Muslimah,
Kita kuat,
Kuat untuk menahan diri..
Jika Adam kuat untuk menegakkan ego,
Kita juga kuat untuk mempertahankan maruah diri..

Selagi kau percaya Allah yang terbaik,
Kau akan percaya adanya JODOH yang terbaik untuk kau,
Jangan pernah dusta dengan kasih Allah..
Jika kau menyintai Adam, kau cintailah dia kerana Penciptanya...




p/s~ Imam yang baik untuk makmum yang terbaik..~~ cari diri sendiri dulu sebelum sempurnakan orang lain.. ^^

Wednesday, 11 April 2012

delete all..

Assalamualaikum,,
Kalau sape yang follow aku, mesti tgok dah banyak post aku da tak ada.. 

Okay, I need to delete all of my history...
Be a new kina now and future...

Manusia,,,
Leka dengan dunia,,,
Tak pernah alert dengan adanya hari kiamat...

Seperti, ada sesuatu memanggil diri ini untuk berubah...
Berubah menjadi muslimah yang lebih baik...
Lebih disayangi sahabat dan lebih utama Allah...

Sirah Rasulullah membuka tirai keinsafan buat diri ini..
Ingin dicintai Allah dan kekasih-NYA membuatkan aku sedar akan dosa2 diri...
Selama ini, hati ini gelap untuk mencari sinar...

Ya Allah, 
Hina nya diri ini...
Terima kasih kerana masih menegur aku untuk berubah...
Ya Allah, akan aku berubah untuk menjadi muslimah yang Engkau redhai..

InsyaAllah,
Bukan sebab pemuda aku berubah,
Bukan sebab menginginkan populariti, aku berubah
Bukan mengejar dunia aku berubah..
Tapi aku berubah kerana-MU..
Kerana mendambakan kasih sayang-MU..

Ya Allah, bimbinglah aku... 
Aku lemah tanpa bimbingan-MU..


Sukran, akan aku lindungi pinjaman-MU untuk-MU~~~ :)

Tuesday, 10 April 2012

Kekasihku Muhammad SAW...

Assalamualaikum,, 
Indahnya hidup jika dapat berada disamping seorang lelaki sejati bernama Muhammad SAW... 




Bergetar hati tatkala namanya disebut,,
Mengalir air mata tatkala pengorbanannya terukir indah dalam sejarah Islam,,

~Indahkan jika seumur hidup kita dapat melihat susuk tubuh yang amat disanjungi ramai.. Ya Allah, layakkah hambu-MU yang lemah ini menatap indah wajah kekeasih-MU?

Ingin sekali hati kecil ku untuk melihatnya,
Ingin sekali diri yang hina ingin mendampinginya,

Rasulullah, indahnya namamu,
Jujur dari hati kecil ini, aku merindu mu... sangat merindu mu..
Ingin sekali aku melihat wajahmu, tapi layak kah aku?

Ya Allah,
Dia kekasih agung-MU, lelaki yang amat ku sanjungi....

Pernah membaca sirah2 Baginda, sehingga terbit rasa cemburu dihati tatkala, para sahabat dan isteri2nya berpeluang mendekatinya, memeluknya, bergurau-senda dengannya.. Ya Allah, hati kecil ini, inginnya.. Layakkah aku?

Memgimbas diri yang penuh dengan dosa dunia..
Terlalu hina untuk mendekati Baginda, layakkah aku untuk menyintai, menyayangi dan merindu Baginda Rasulullah, Ya Allah?

Bersyukur dilahirkan sebagai umat Baginda... Walaupun tak pernah melihat wajahnya, tak pernah merasa sejuknya pandanganya, tak pernah merasa damainya disisinya, aku bersyukur dapat hidup sebagai umatnya..

Rasulullah, sirahmu kusanjungi, sunnahmu ku ikuti, amanatmu kuhormati.... dengan harapan kelak kita boleh bertemu kembali.. InsyaAllah, jika diri ini diizinkan Allah..

Ya Allah,
Izinkan aku menyintai kekasih-MU selepas Engkau...~~~~


~~ <3 Rasulullah, ~~~


segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA