Thursday, 9 May 2013

(^_^)v

Assalamualaikum...
Sihat?

Ke demam pru lagi? hehe
Sapa yang join semalam kompem best..
Sya just bole doakan semoga perhimpunan semalam dirahmati dan diredhai Allah..
InsyaAllah..

Rujuk ayat nie:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebayakkan mereka adalah orang-orang fasik"- Ali 'Imran:110

Tadi asalnya nak tasmi' bacaan je dengan akak Hidayah (akak study circle) tapi Allah nak kitaorang berusrah sesama..
Kami discuss pasal bahaya lidah..

Okay fine sya tau ramai dah tau apa contoh2 bahaya lidah..
^_^
Sya just nak relatekan bahaya lidah dengan PRU13 nie..

Berdasarkan ayat kat atas tuu, Allah dah meninggikan taraf kita sebagai umat Islam iaitu Umat yang terbaik untuk manusia... Kenapa kita kotorkan jawatan yang Allah beri tuu?
Allah menyuruh kita berbuat serta menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. 

Kalau ikut isu PRU nie,
Sya rasa kita banyak buat salah..
Yes, pihak yang salah menang untuk PRU kali nie,
Tapi cuba kita sebagai pihak yang benar duduk dan fikir kejap..
Kenapa Allah tangguhkan kemenangan kita? ?

Bagi sya, mungkin..
Ada antara kita (penyokong) masih melakukan maksiat even inginkan perubahan,
Mungkin ada yang masih tinggalkan solat walaupun inginkan system pemerintahan Islam,
Bole jadi juga ada diantara kita yang masih lalai dengan suruhan-NYA..

Kita masih belum faham lagi erti sebenar perubahan itu..
Pernah dengar ayat nie?
"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak disekeliling kamu"

^__^
Allah nak kita betulkan dulu diri kita (penyokong)..
Tak salah menuntut hak, tapi bila hak tak dikembalikan mungkin ada sebab disebaliknya..

Jangan kita sempitkan fikiran dengan melakukan benda-benda yang bole mendatangkan murka Allah..
Kita dipihak yang benar kan? Tunjukkan kebenaran bukannya kemarahan..
Jom kita sama-sama jaga lidah kita,
Jangan menhamburkan kemarahan sesuka hati..
Just indahkan bibir kita dengan senyuman..

Macam TG cakap, Allah hanya menunda kemenangan kita..
Allah juga pernah berjanji yang Islam pasti menang..
Sirah Rasulullah juga membuktikan Islam tetap menang jika kita berserah semuanya pada Allah..
Pertolongan Allah itu ada dimana-mana cuma kita je sekarang yang perlu ubah dulu diri kita..
kalau Allah nak menangkan kita, dengan sekali lafaz je kita bole menang.. Tapi jika tak, Allah simpankan kemenangan untuk menjadikannya kemenangan yang paling berharga buat umat Islam dan manusia..

Bagi yang suka buat fitnah sana sini..
Cuba tanam atau basahkan bibir dengan kalimah Alhamdulillah..
Bersyukurlah kerana Allah masih memenangkan kamu..
Bersyukurlah wahai manusia..

Jangan basahkan bibir dan hati kamu dengan fitnah..
Itu lagi menampakkan 'kekalahan' kamu sebenarnya..
^_^

Baca ayat nie:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"- surah A-Hujurat:12

Faham tak?
So, stop2 la menabur fitnah..

Kita Malaysia, masyarakat majmuk
Melayu, Cina, India tinggal bawah satu langit atas bumi yang sama.
Suka ria, gelak ketawa bersama..
Kenapa harus dimusnahkan semua tuu??

Jaga lidah, bole jadi lidah itulah yang akan mebawa kita keneraka-NYA..




Sampai sini je.
pesanan ringkas : Doakan sya untuk Final akan datang!! Cuak dah nie pas tgok carrymark..

^_^
p/s- k.dayah, thanks... 

Thursday, 2 May 2013

Sucikan balik

Assalamualaikum.. ^_^
Kembali berblog'ing..

Miss sharing..
Nak share kat facebook macam tak best sebab space terhad.. hehe

Rasanya semua da tau kot pasal lappy sya yang hilang minggu lepas.
Orang cakap tak ada jodoh.
Bukan sya nak ungkit or apa, just nak remind kawan-kawan tak kisah la lelaki ke perempuan ke
lepas nie lepas buat keja terus simpan lappy dalam locker then kunci. Jangan biar atas meja tuu ja.
Tu namanya bagi rezeki kat pencuri.. hehe

Benda nak jadi.
Kakak study circle sya cakap..
Jangan meratapi apa yang hilang, sebab Islam tak pernah ajar kita buat macam tuu..
Bila kita ratapi apa yang Allah ambil dari kita, itu namanya kita tak terima takdir or senang cakap kita lawan takdir..
Ada kawan yang bagi nasihat time2 critical minggu lepas cakap;
'May be Allah ada sesuatu yang istimewa utk kau. La Tahzan'
'Sesuatu yang tak dapat dibayangkan Allah telah sediakan untuk kau. Dia tarik sedikit je, nak uji kuat mana kau bersabar' :)
'Kekadang nikmat yang Allah tarik tuu, Allah taknak kita jauh dari Dia. Mungkin kau terlalu sayangkan lappy tuu melebihi sayang kau pada-NYA'

Macam kisah nabi Ibrahim dengan Ismail.
Kisah pengorbanan cinta seorang bapa.
Tapi disebabkan kecintaan kepada Allah lebih utama, dia sanggup korbankan cinta dunianya iaitu anaknya, Ismail.. 
^___^
Sya anggap ujian sya macam tuu la, even tak seberat tuu.. hehe


"DIMANA DIA DIHATIKU? ALLAH ITU AMAT HAMPI, TAPI KENAPA AKU MASIH MEMINGGIR? AKALKU ALPA BERFIKIR, HATIKU LUPA BERZIKIR...." -Ustaz Pahrol Mohd Juoi..
I just buy this book.
Alhamdulillah, banyak info dapat n banyak juga pengajaran yang dapat daripada pembacaannya.
Baru berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah macam nie..
Sebelum nie asyik dengan novel je.
Sekarang mungkin da matang sikit kot, sebab tuu teringin nak baca buku macam nie..
I'm still in learning process.. Still merangkak..
^__^

Daripada pembacaan nie, alhamdulillah sedikit sebanyak dia banyak memotivasikan balik diri sya..
Menaikan balik semangat sya..
n yang paling penting menguatkan lagi tali pergantungan sya dengan Allah..

Dalam tulisan buku nie, ada mencoretkan, pabila iman seseorang kian meningkat atau niat ingin menuju kepada perubahan akan terselit ujian untuk melihat sejauh mana seseorang hamba itu ingin berubah..
sama ada perubahan itu ikhlas kerana Dia atau hanya materialistik sahaja.
Ya Allah,, Allahurabbi..

Sya harap ini adalah permulaan yang baik..

"Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'kalau' atau 'jika'. Redha dan pasrahlah dalam istirja'. Walau ditangan dan dimata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas, pasti punah jua. Paling penting bersangka baiklah dengan Allah.. Allah akan menyelamatkan"- Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Peng!! Dush!!
Kena kepala sendiri.. Sya suka kalau baca sesuatu yang sangat mengena dengan situasi sya.. 
Benar lah apa yang ditulis ustaz, andai Allah kata pergi, pergi jua, tiada satu benda yang boleh menghalang takdir-NYA.. :)

Melepaskan bukan sesuatu yang senang. 
Kalau orang yang tak pernah rasa, korang semua kena belajar untuk lebih faham.. :)
Its take time.. But Alhamdulillah, Allah hantar buku ini untuk sya.. Thanks Allah..
I know U love me more than 'em~~

"Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, oleh itu berpada-padalah memcintai sesuatu kerna tatkala Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita cinta, kita tak terlalu menderita"- ustaz Pahrol Mohd Juoi..

hehe.. so berpada -padalah dalam bercinta.. 
Sebenarnya Allah risau kita lupakan-NYA..Baiknya Allah sebab tatkala kita hanyut dengan cinta dunia, Dia akan cuba tarik balik kita dalam pelukkan-NYA.. Allahurabi~~
Allah tak pernah tinggalkan hamba-NYA, begitu setia Dia menanti cinta kita.. Kenapa selama nie kita buta?
Buta untuk lihat kecintaan yang paling agung..
Kita dibutakan dengan cinta dunia yang hanya mimpi di alam maya.. Cinta dunia nie semua angan-angan, cinta Dia yang realiti..
Sejak kita dilahirkan, sehingga lah kita sedewasa ini, cinta Allah tak pernah pudar buat hamba-hamba-NYA..
Butakan kita??

Kita senang mengunkapkan kata cinta tapi sebenarnya kita buta apa erti cinta..

"Kita didunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-NYA. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang"

Sampai sini dulu kot..
Tak larat nak sambung.. hehe
Sebenarnya sya baru separuh bacaan. tak habis lagi..
Kalau sesapa nak pinjam, text me.. InsyaAllah naty sya bagi.. tapi jaga elok-elok la..
^____^

Ambil yang baik, betulkan yang buruk..
Kekadang manusia anggkuh dalam menyampaikan dakwah kerana terasa diri sempurna menyampaikan ayat-NYA, ampunkan sya kalau sya ter'naik' diri.. tegur sya jika sya terlebih kerna sya juga manusia biasa..

Wallahu'alam..
Moga Allah bersama dengan kita.. insyaAllah..
ammiinn~~


Sunday, 21 April 2013

Apa Kalimah Terakhir Kita Nanti?

Assalamualaikum..
Hai sahabat, sya doakan Iman semua makin bertambah n doakan juga untuk sya.

Minggu nie agak buzy..
Sabtu program dengan anak2 yatim Al-Solihin kat banting..
Ahad program dengan Akhi bersama adik-adik sekolah rendah..

Actually masa degree nie tak la sebuzy nie, kecuali masa conduct program Perkim dulu.. 
Tapi masa conduct program Perkim dulu lagi buzy, lagi2 masa conduct program adik adik Imtiaz..
Even penat tapi best..
Kadang-kadang bila ada program dengan adik adik nie, at least kurang la sikit rasa rindu dengan adik-adik kat rumah.. even merindui adik-adik kat rumah selalu sangat, sampaikan kekadang terpanggil kawan sendiri dengan nama adik.. :D *tuu da tahap teruk da..

Okay drop da topic pasal program minggu nie..
Sya nak kongsi pasal topic yang tak selalu kita ingat macam topic perkahwinan,
tak sefemes topic PRU yang bakal berlangsung 5 May nie,
tak sehot topic video Gwiyomi..

Topic yang selalu kita lupa n kalau boleh kita nak abaikan..
KEMATIAN..

Kematian tuu pasti..
Apa yang dekat dengan kita adalah kematian, bukan makin menjauh malah makin mendekat setiap detik, setiap nafas kita. Itulah dia, kematian yang selama ini kita takuti padahal dialah yang selalu menyeru kita untuk mengingatinya..

Minggu lepas agak stress sebab problem family..
Kehilangan ahli keluarga tuu perit rasanya..
Lebih perit daripada kehilangan cinta seorang manusia..

Dulu masa usrah, ustazah Mardhiyyah penah cerita..
Apa yang selalu kita buat kat muka bumi nie naty masa diambang kematian kita, kita akan buat benda tuu..
contohnya, masa kita hidup kita suka pakai skrit pendek, boleh jadi waktu kita tengah nazak tuu kita masih taknak tutup aurat..
masa kita hidup kita selalu maki hamun mak ayah, boleh jadi waktu kita tengah nazak tuu kita masih bercakap begitu dengan mereka..
masa kita hidup, kita selalu buat video Gwiyomi, boleh jadi waktu tengah nazak dan tak berdaya tuu, kita masih nak buat video Gwiyomi tuu.. 
Jangan ketawa, benda nie boleh jadi~~

Pernah tak kita fikir, apa agaknya kalimah terakhir kita naty?
Sya paling takut saat tengah nazak tuu, sya tak boleh lafaz kalimah syahadah..
Boleh jadi waktu tuu, Allah tarik nikmat untuk mengucap kalimah syahadah..
Nauzubillah.. 

Sya takut~~
Takut saat itu, Allah tak terima semua amalan sya selama didunia nie..
Takut, waktu tuu kita keseorangan tanpa cinta dan kasih sayang-NYA..

Allah~~
Andai bisa saat tuu, kita aturkan semuanya, kita tulis skrip apa kalimah terakhir kita, kita hafal mulai saat ini. Tapi bolehkah semuanya begitu?
Boleh kah skrip yang kita hafal, plan yang kita rancang berjalan sempurna saat kematian menghampiri?

Bersediakah kita untuk hari itu?
Cukupkah amalan kita untuk menempuhi cabaran itu?

Para syuhada' bergembira saat kematian menjemput mereka?
Kita? 

Ya Allah, izinkanlah kami pergi menemui-Mu dalam keadaan kami sesuci Engkau lahirkan kami, izinkanlah kami akhiri hidup kami dengan kalimah-Mu. terimalah semua amalan kami. Ya Rabb, saat kematian menjemput kami, Engkau bahagiakanlah kami disaat yang lain menangisi pemergian kami. 
Amiinn~~

p/s: saat kita ketawa tak ingat akhirat, disaat itulah Malaikat Maut dihadapan kita, mengingatkan kita saat kematian kita.

^_^
Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk~~

Monday, 8 April 2013

Ambil yang baik, buang yang buruk ~~

Assalamualaikum~~
Apa khabar? sihat? MOga sihat selalu dalam limpah kurnia kasih sayang-NYA.. insyaAllah..

Baru habis test 2 ISF.. 
perghhh...essay semua.. memang naya la.. gilakan?
5 question essay yang memang menguji minda..

Semalam baca sampai pukul 4 pagi untuk habiskan semua notes.
Tapi apakan daya, certain je yang ingat.. Hopefully mark naty seperti yang diharapkan..
Ammiinnn~~

Okay, taknak cakap pasal test nie.. abaikan..
Tapi doakan sya untuk test 2 macro rabu nie.. hiphip~~

~......................................................................................~

Semalam ABPBH.. 
Tapi tak tengok un, tengok fb je.. tuu un gelak guling baca comment yang memang tak membina..
Tapi nak salahkan public tak boleh jugak, sebab benda tuu memang benda tak ada akal fikiran pakai baju rupa macam alien planet marikh.. Marikh taknak terima, bumi terima dia.. nak buat cmna..

Pakaian artis nie kadang-kadang over n terlebih over..
Kita nak diamkan, ofcoz la tak boleh.. mesti ada jugak element nak mengutuk + mengumpat + mengata n segala M tuu ada..

Artis nie kadang-kadang ikut tema je cara dorang berpakaian tuu.. kadang-kadang tema pelik sangat..
sebab tuu pakaian un pelik.. ha..tak gitu?
Cuba la sekali penganjur buat tema Islamic ke.. 
paling kurang un, even dorang pakai secara terpaksa mengikut tema..
at least comey sikit penonton nak tengok.. takda la semalam berat sebelah penonton kumpul dosa..

^_^
Jom fikir rational..

hurm, sape yang tengok ABPBH semalam? angkat tangan?
hehe
Tak salah un tengok.. benda tuu cuma hiburan, tapi jangan sampai jadi ikutan..
Sya kalau duk kat rumah nie, memang tak tengok dah sebab family sya jarang sikit suka tengok benda-benda nie sejak abang masuk sekolah agama, sya un dari sekolah agama, si kembar tuu un da masuk sekolah agama.. at least dah faham la sikit apa dosa apa pahala..
Bukan bangga, tapi nie la reality.. kalau nak tengok un part yang okay.. tak un rakam melalui beyond.. 
kalau rakam tuu, part2 yang gelong gediksss gila tuu tak yah tengok.. tengok part last sape yang menang tuu je..

Okay drop pasal rumah..
Bila kita tengok sesuatu yang melawan fitrah..
Perempuan pakai baju macam tak pakai.. 
Baju tak cukup kain..
Baju terbelah tak cukup benang..
Baju kecik takde saiz..
Baju jarang.. n so on lah..

Kita fikir waras balik, mungkin Allah nak tunjuk kat kita dunia dah nak berakhir..
Allah nak tunjuk musuh nyata yang melawan-NYA..
So, sebagai seseorang yang berfikir, kita jadikan itu sebagai pengajaran, jangan jadikan trend dan ikutan..
Sya tak nak la pasnie tengok kat IIUM nie ada sisters pakai kotak terbuang kat atas kepala.. :)

Kadang-kadang kita dah tak boleh nak buat apa dah dengan orang yang macam nie..
Kalau kita lawan, lagi dorang melawan then ofcoz la dorang menang..
sebab dorang tak ada ilmu agama..
Kita tak akan menang dengan orang yang jahil agamanya..

So, kita kena ambil semua kesalahan mereka sebagai pengajaran bagi kita..
Supaya kita tak terikut dengan trend yang mereka bawa..
Bukan bermaksud nak pentingkan diri sendiri.. Tapi dah tak boleh nak buat apa dah..



Bila kita tegur..
'Hak saya, biar saya yang jaga'
'Itu hak saya, kalau nak pakai seksi'
'Jangan jaga tepi kain orang lah!!'

Bila kita cakap..
'Kita sesama Islam kena saling tolong menolong. Kalau awak tak cukup kain, izinkan saya nak tolong belikan kain'
Agak-agak apa dorang akan balas?

'Kubur masing-masing, so tolong jaga kubur sendiri'
=='

hehe.. manusia..manusia..
Kalau kita tegur un buat sakit hati.. baik kita benci dalam diri n tunggu ada yang lebih berani yang tegur..
Kita yang tak mampu buat apa nie, ambil pengajaran untuk didik hati dan diri menjauhi perkara yang Allah murka.. Bila Allah murka, kita susah.. 

Dunia sekarang dah terbalik.. even technology dah maju..
Bangunan tinggi-tinggi.. 
Tapi kenapa Islam itu mundur?

Kita dah masuk zaman dimana...
Perkara haram dibanggakan..
Perkara baik, dibenci dan difitnah sana sini..

Bila dah sampai tahap macam nie.. 
Salah siapa sebenarnya?

Sya ingat balik perkongsian dengan sister satu halaqah..
'Saat kalimah syahadah dilafazkan, kita adalah da'ie'

Sayu hati dengar.. Pernah ke diri nie berdakwah membawa orang kejalan-NYA?
Pernahkah sya tegur orang buat baik, pimpin tangan dia ke jalan benar?
Nak nagis un ada masa tuu sebab pikir macam tak pernah je sya buat macam tuu..

Semua nie salah Umat Islam tuu sendiri..
Sya tak berani nak bahas pasal nie sebab sya tak tinggi sangat ilmu pasal benda nie.. 
InsyaAllah kalau ada yang boleh bantu, mohon share lah.. :)

Tapi bagi sya la, umat Islam sekarang makin mundur..
Maju dalam technology, dunia, economic, satera..
Tapi hancur bab agama..

Teringat video Matluthfi..
Kalau pandai cakap, tapi tak nak belajar agama, jadi ahli politik lah..hehe

Jangan pulak kita salahkan orang lain..
Kita bertanggungjawab dalam kalangan kita untuk sampaikan dakwah..
Sampaikan sesuatu yang baik.. walaupun kita tak berani bersuara, kita cuba mengayakannya..
Tampil dengan gaya yang boleh jadi ikutan..
Alhamdulillah, penampilan brothers kat IIUM nie baik.. Berkopiah, kadang-kadang ada nampak brothers baca Quran pegi kelas..even tuu kelas economic..
Pakai baju melayu.. At least dalam kampus nie sya boleh lagi tengok nilai-nilai Islam dipraktikan..
Sisters un sama.. Pakai tudung labuh tutup dada.. Bawa Quran sebagai pendamping, duduk dalam usrah dengar nasihat n sebagainya.. *mungkin sya tak tergolong dalam golongan nie*
Tapi sya suka tengok majoritinya begitu, walau ada jugak yang tak..



Dalam halaqah minggu lepas, kitaorang discuss pasal..
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah, Allah akan jaga hak kita.. Hubungan baik dan rapat dengan Allah akan bawa kita lebih tenang dalam layari kehidupan dunia nie.. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.. Konsep dia senang je kan? 

Moga kita tergolong dalam golongan yang disayangi dan diredhai Allah..
May Allah bless all of us..

p/s-jaga adik-adik kita, didik mereka jadi insan berguna.. tanggungjawab mendidik bukan terletak pada bahu ibubapa sahaja, kita sebagai abang dan kakak un ada tanggungjawab untuk mendidik adik-adik kita.. :)

"Jangan tengok pada siapa yang menyampaikan, tetapi lihat pada apa yang disampaikan"
Sya tau sya masih kurang.. Doakan sya moga boleh jadi macam Muslimah lain.. :)

Thanks for reading.. sukran~~


Wednesday, 3 April 2013

^_^

Assalamualaikum..
Just short entry~~
curi masa study business maths kejap..
hehe..
anyway, pray for my midterm this evening.. amiinn~~

sya just nak suoh korang pikir je..
nie analogi dia..

~....................................................~
A : Kau nak pegi mana nie? Lawa gila.
B : Nak keluar dengan pakwe aku la. Mesti la kena lawa, naty xde la dia cari lain.
A : Owh.. Okay. May Allah bless.. =='

situasi lain..
B : Uish, lawa gila. Dengan cardigan dengan tudung lagi. Nak kemana?
A : Nak pegi date la.
B : Sejak bila kau ada bf? sampai hati tak gtau aku.
A : Sejak aku dalam perut mak aku lagi, Dia dah jaga aku. Aku nak pegi solat lah. Da masuk waktu un.
B : Tak kan lah nak solat un pakai tudung bagai.
A : Salah ke aku nak nampak cantik depan Allah ? hehe.. Aku un nak cantik macam kau, masa keluar date dengan boyafren kau tuu..
B : (:

Dapat tak konsep dia? Hopefully dapat la ek. Sebenarnya saje kongsi sikit.
Ramai yang ingat kalau dah pakai telekung tuu, kira boleh la terus solat..
Dia depend on telekung tuu jugak. Ada yang tebal ada yang nipis.
Kalau yang nipis tuu better pakai tudung n paling kurang un pakai cardigan la nak cover aurat kita waktu solat..
Nie penting ek.. :)

~....................................................................~

Tadi kat facebook ramai yang kongsi pasal Al-Quran.. Kelas Tahsin Al-Quran.
Dulu pikir nak join. n teringin nak join.. sebab dah lama tinggal bab hafal-hafal nie..
Masa form 3 dulu pernah jadi peserta hafazan perempuan..
So bila dah lama tinggal nie, rasa lupa dah kott.. Risau.. seriously, dengan sekarang perangai makin teruk je rasa.. Ya Allah~~ T_T

Ntah, tetiba rindu saat bertukar bacaan dengan ustazah kat sekolah. 
Seriously rindu..

................................................

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

okay. sorry kalau entry kali nie macam bosan..
just nak remind diri balik..

Mesti ramai yang cakap..
'Dia nie, perangai teruk je tengok. aurat un kadang okay, kadang tak. mcg laki, status dia lelaki je yg rajin comment n what so ever la..'
sya un kadang2 dengar jugak benda nie, walaupun orang tak straight away cakap depan sya. But I know.

Sya tau, sya tak sebaik perempuan bertudung labuh,
Sya tak sealim perempuan berpurdah..
But I'm trying..

Kadang-kadang kita tak sempurna apa yang orang harapkan.. Tapi kita mencuba jadi seperti yang diharapkan. Doa dan dorangan diperlukan. Bukan cacian dan hinaan.. 

^_^

Thanks for reading.
Assalamualaikum..



segala yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik KINA